Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK KULIM Kod Sekolah: KEA 5024

AMIRAH AKMAL BINTI KHAIRUDIN


1. Nama Guru
3. Bidang: Pengetahuan
2. Judul Guru Sebagai Pendorong Dalam      Profesional
Darjah
4. Tarikh Pembentangan 14 JULAI 2020 5. Masa: 9.00 pagi

6. Tempat Pembentangan BILIK PENGETUA


7. Sinopsis

Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan
menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah
berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila
sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah
itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya, kemudian mereka tidak
datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan
disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses
yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa
yang kurang berada, khususnya ibu bapa di kawasan luar bandar. Program-program motivasi
bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak lewat
tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu, seperti cendawan tumbuh pada
musim hujan, negara menyaksikan begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar
motivasi dan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-
murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah
mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka
memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1.      Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.


2.      Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3.      Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4.      Melatih murid bersikap optimis.
5.      Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan.
6.      Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1.      Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.


2.      Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3.      Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan didalam bilik
darjah.
4.      Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid
dapat mengingat dengan mudah.
5.      Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid.
6.      Meransang murid membina konsep diri yang positif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( AMIRAH AKMAL BINTI KHAIRUDIN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai