Anda di halaman 1dari 3

ULASAN GURU MATA PELAJARAN

KELAS 1 AL-KHAWARIZMI
MUHAMMAD IRFAN HAKEEMI BIN MOHD IZUWAN

GURU BAHASA MELAYU:


PN. NOR RULAKMANIZA BT HANIFAH

Irfan tidak mahu bercakap @ memberi respon terhadap pertanyaan guru. Irfan faham apa
yang diminta/diujar oleh guru tetapi tidak membalas dengan percakapan/pertuturan.
Kadang kala Irfan menggunakan Bahasa isyarat untuk memberitahu sesuaatu contoh
menunjukkan buku jika telah siap latihan yang diberikan, mencuit guru untuk memberi
perhatian kepadanya.

GURU BAHASA INGGERIS:


PN. FATIN FARHAH BT AHMED

Murid tidak memberi respon semasa sesi soal jawab, tidak ada komunikasi lisan bersama
guru dan rakan-rakan sekelas. Hanya hubungan fizikal sahaja. Apabila tidak ada respon
secara lisan guru tidak tahu menilai sejauh mana kefahaman murid terhadap sesuatu tajuk
yang diajarkan.
Murid juga tidak boleh menggunting kertas dengan baik kerana murid memegang gunting
dengan cara yang salah.

GURU MATEMATIK:
PN. NURUL AZIYAN BT ABD AZIZ

Irfan memahami setiap arahan mudah yang diberikan kepadanya namun dia tidak akan
bercakap dengan guru dan murid lain setiap kali diminta untuk membilang nombor atau
membuat aktiviti bersama rakan-rakan sekelas.
Dari reaksi muka Irfan guru dapat tahu dia faham setiap arahan tersebut dan akan membuat
latihan yang diberikan jika ia tidak melibatkan komunikasi lisan.
Tulisan murid terlalu besar untuk garisan dalam buku tulis. Murid masih tidak boleh menulis
dengan baik dan mewarna dengan kemas.
Ada masa murid juga akan memakai kasut secara terbalik.murid ini juga tidak boleh memakai
beg sandang secara sendiri.
ULASAN GURU MATA PELAJARAN
KELAS 1 AL-KHAWARIZMI
NUR ERSYA MAIZARA BINTI MOHD AZHAR

GURU BAHASA MELAYU:


PN. NOR RULAKMANIZA BT HANIFAH

Murid tidak boleh memberi perhatian sepenuhnya kepada pengajaran guru. Sukar memahami
apa yang diajar oleh guru. Ersya mempunyai masalah dalam pertuturan, guru tidak
memahami apa yang diperkatakannya kerana pelat yang terlalu kuat.
Murid juga tidak boleh duduk diam di kerusinya, dia akan sentiasa bergerak-gerak untuk
bangun.

GURU BAHASA INGGERIS:


PN. FATIN FARHAH BT AHMED

Murid memberi respon apabila berkomunikasi tetapi respon yang diterima sukar difahami
kerana murid terlampau pelat. Murid juga tidak dapat menguruskan diri sendiri di dalam kelas.
Murid masih belum boleh menulis dengan betul tanpa bantuan sepenuhnya dari guru. Beliau
hanya akan membulat-bulat dan menconteng.
Setiap aktiviti yang di lakukan di dalam kelas murid juga akan tercicir kerana murid tidak dapat
menerima arahan dengan baik dan fokusnya amat sekejap.
Murid ini juga masih memakai pampers ke sekolah.

GURU MATEMATIK:
PN. NURUL AZIYAN BT ABD AZIZ

Ersya Maizara murid yang tidak dapat belajar dalam arus perdana bersama rakan sekelas
yang lain kerana beliau tidak dapat bertutur dengan baik dan tidak dapat menerima arahan
yang mudah daripada guru mahupun rakan. Murid ini tidak boleh menyebut dan menulis
nombor 1 hingga 10. Ersya juga tidak boleh lagi menyalin nombor yang diberikan.

Aktiviti kelas semasa pembelajaran berlangsung murid tidak dapat membuat dengan baik
kerana pertuturan yang sukar difahami.
ULASAN GURU MATA PELAJARAN
KELAS 2 AL-KHAWARIZMI
NUR IRIS ZULAIKHA BINTI KHAIRUL AZMAN

GURU BAHASA MELAYU:


PN. ZAINUDDIN BIN HAMZAH

Iris Zulaikha masih gagal mengeja suku kata terbuka dengan baik. Ada menunjukkan sikap
ingin maju, rajin bertanya tentang kerja yang diberikan kepanya. Tidak banyak bergaul dengan
rakan sebaya.

Murid tidak boleh menyalin semuka dengan baik petikan yang ditulis di papan putih mahupun
di dalam buku teks. Tulisan murid tidak kemas dan sering kali melakukan kesalaahn ejaan
dalam perkataan dan menggugurkan perkataan dalam ayat. Murid akan menyalin dengan
rapat tanpa ada jarak antara perkataan.

Iris Zulaikha juga akan bertanya perkara yang sama berulang-ulang kali. Setiap satu soalan
murid akan bertanya walaupu soalan itu adalah sama.

GURU BAHASA INGGERIS:


PN. INTAN NAJIHAH BINTI MOHAMMAD

Iris Zulaikha dia kelihatan tidak faham arahan yang guru sampaikan. Perlu arahan yang
berulang-ulang dan tunjuk satu-persatu. Lambat dapat menyiapkan tugasan yang mudah.
Murid juga bersikap seperti kanak-kanak yang bukan seusia dengannya. Di dalam kelas dia
banyak mendiamkan diri dan kurang bercakap dengan rakan.

GURU PENDIDIKAN ISLAM:


PN. MUAIZAM BINTI HASHIM

Murid ingat sekejap sahaja huruf yang dibaca. Contoh huruf ba, ta, tha dan lain-lain. Apabila
minta di ulang semula huruf akan bertukar dengan sebutan huruf yang lain.
Murid masih belum boleh membaca dan menyalin huruf hijaiyah dengan betul.
Beliau juga mempunya daya ingatan yang sangat singkat.

Anda mungkin juga menyukai