Anda di halaman 1dari 1

ISU & INTERVENSI MP BAHASA MELAYU TAHUN 1

ISU YANG DIKENALPASTI DI SEKOLAH


1. Tidak mengenal dan mengecam abjad/huruf dengan betul.
2. Masih terdapat murid-murid yang tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik.
3. Tidak dapat membina ayat-ayat yang mudah.
4. Tidak memahami arahan yang diberi oleh guru.
5. Tahap penguasaan menulis yang agak rendah.
6, Sukar memahami kosa kata yang mudah.

INTERVENSI YANG TELAH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH PADA JAN - JUN 2021


1. Mengukuhkan lagi tahap penguasaan abjad murid-murid.
2. Memberi latihan mengikut tahap penguasaan murid agar murid lebih ceria dan bersemangat
untuk belajar.
3. Murid yang tidak menguasai membuat aktiviti pemulihan manakala murid yang telah
menguasai pula dengan aktiviti pengayaan.
4. Membuat latih tubi aktiviti menyalin ayat-ayat mudah.
5. Murid digalakkan membuat latihan di rumah dengan bimbingan ibu bapa.
6. Menyediakan lembaran kerja yang sesuai mengikut tahap kebolehan murid.

CADANGAN INTERVENSI YANG AKAN DILAKSANAKAN DI SEKOLAH PADA JUL - DIS 2021
1. Memberi latihan secara berterusan kepada semua murid.
2. Topik-topik yang tidak dikuasai oleh murid akan di buat latih tubi.
3. Merekod teks bacaan murid untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid.
4. Latihan mengeja diteruskan untuk memantapkan lagi tahap penguasaan murid.
5. Membuat penambahbaikan bagi setiap murid yang bermasalah dalam membaca, menulis
dan memahami arahan.

Anda mungkin juga menyukai