Anda di halaman 1dari 2

BEBERAPA CATATAN DAN GARIS PANDUAN MENGENAI BUKU RINGKASAN MENGAJAR/PERSEDIAAN MENGAJAR ATAU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

GURU
PENDAHULUAN Buku Ringkasan Mengajar atau Persediaan Mengajar ini adalah secara amnya menggambarkan perkembangan serta proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ianya bukan sahaja sebagai suatu catatan ringkas tetapi harus menepati apa yang hendak diajar serta persediaan yang dirancangkan sebegitu rupa sesuai dengan tahap pembelajaran dan menepati pula Sukatan pelajaran yang dibekalkan mengikut tahun/darjah-darjah berkenaan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab akan menggunakan buku ini bagi persediaan mereka bila berhadapan dengan murid-murid di dalam bilik darjah. Ianya bukan sahaja dirancang dengan keadaan bersambung-sambung terus-menerus seperti suatu proses yang berkembangan dan mempunyai rekod-rekod pencapaian dan prestasi bagi seseorang murid untuk setiap masa pembelajarannya. Buku ini juga boleh dijadikan ukuran yang positif bagi melihat perkembangan proses belajar-mengajar dan dapat menggambarkan perkembangan tersebut secara menyeluruh. TUJUAN Buku ini juga mempunyai beberapa tujuan dan objektif tertentu sebagai rujukan oleh beberapa golongan yang ingin membuat pengesanan dan pemerhatian terhadap perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran seperti :GURU BESAR 1. Buku ini penting untuk dijadikan ukuran tentang pekerjaan dan taraf serta mutu pekerjaan seseorang guru di sekolahnya. 2. Untuk dijadikan bahan penilaian secara spontan bila mana keadaan wujud untuk seseorang Guru Besar hendak melihat rekod pengajaran dan pencapaian murid-murid bagi darjahdarjah berkenaan. 3. Guru Besar juga boleh mengukur keupayaan seseorang guru di sekolahnya sama ada Berjaya atau gagal di dalam pekerjaannya sehari-hari dan membiat nasihat atau teguran jika didapati perlu. 4. Guru Besar juga akan membuat semakan dan rujukan setiap masa bagi menentukan buku ini digunakan dengan betul, tepat dan menepati pula tujuannya ia dibekalkan kepada setiap orang guru. NAZIR SEKOLAH/PENDAFTAR/PENYELIA Kepada mereka ini, Buku Persediaan Mengajar ini juga mempunyai erti yang sangat besar dan berguna bila mana mereka membuat lawatan ke sekolah-sekolah sebagai bahan untuk rujukan, semakan dan juga bahan penilaian yang penting bagi melihat keupayaan seseorang guru itu bertugas di bilik darjah. Kemajuan atau kegagalan seseorang guru itu pada peringkat awalnya dapat diukur melalui catatan-catatan dan persediaan yang dibuat menerusi buku ini.. Perbincangan-perbincangan, tindakan susulan dan nasihat akan dapat diberi oleh pihakpihak berkenaan semasa lawatannya ke sekolah-sekolah manakala mereka merujuk rekod pekerjaan guru menerusi buku ini.

GURU DARJAH Setiap guru darjah, guru mata pelajaran ataupun guru ganti, dikehendaki memiliki sebuah buku ini bagi kegunaan mereka semasa mengajar di bilik-bilik darjah. Tanpa buku ini sebagai panduan, mereka adalah ditegah sama sekali mengajar murid-murid kerana sebelum memasuki bilik darjah, seseorang guru itu seharusnya tahu apa yang hendak diajar dan bagaimana proses pengajaran itu harus berlaku. Tindakan-tindakan berikut adalah sesuai dilakukan oleh seseorang guru terhadap buku ini. 1. Menyediakan ruangan-ruangan khas mengenai Sukatan Pelajaran bagi darjah dan mata pelajaran yang hendak diajar, termasuk Jadual Waktu harian; 2. Menyusun dan merancang Pembahagian unit-unit, tajuk atau perkara yang hendak diajar itu untuk setahun yang kemudiannya boleh dipecah-pecahkan pula kepada penggal, minggu dan harian; 3. Persediaan ini hendaklah dirancang dan disediakan secara berterusan pada minggu-minggu dan hari-hari tertentu pada ruang-ruang yang telah disediakan; 4. Menyediakan rekod-rekod soalan atau latihan yang diberikan serta mencatatkan pencapaian hasil daripada latihan atau ujian itu sama ada ujian bulanan, ataupun penggal dan akhir tahun persekolahan. Semua rekod ini hendaklah jelas dan boleh menggambarkan hasil pekerjaan seseorang guru itu; 5. Kesemua ruangan atau bahagian-bahagian yang tertera di dalam buku ini hendaklah diisi dan dipenuhkan oleh seseorang guru dengan cermat, sesuai dan berkesan. Oleh hal yang demikian, seseorang guru yang bertanggungjawab hendaklah sentiasa melengkapkan dan menulis buku ini dengan penuh berhati-hati dan sentasa ada bersamasamanya pada setiap masa persekolahan. Jadi seseorang guru tidaklah boleh menganggapkan kerjanya untuk menyediakan buku ini sebagai suatu yang ringan ataupun boleh diabaikan. AM Buku Persediaan Mengajar ini hendaklah disimpan dengan baik dan selamat serta mudah pula apabila hendak disemak atau dihalusi oleh pihak Guru Besar ataupun lain-lain pihak yang berkenaan. Walaupun ada perkara-perkara yang dimasukkan itu mungkin ringkas, tidak mencukupi atau berbeza di antara sebuah negeri dengan sebuah negeri atau di antara sebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain. Walaubagaimanapun wujud perbezaan-perbezaan ini akan tetapi ianya masih tetap mempunyai tujuan yang sama. Pentadbiran Guru Besar di sesebuah sekolah mungkin berlainan mengenai cara bila dan bagaimana buku ini akan disemak dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, seseorang guru hendaklah sentiasa bersedia pada setiap masa bagi melengkapkan dann menyempurnakan isi kandungan buku ini sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak pentadbiran sekolah. Diharap Buku Ringkasan Mengajar/Buku Persediaan Mengajar ini akan sentiasa digunakan oleh setiap orang guru dengan berkesan bagi menunjukkan mutu kerja mereka masing-masing di samping mencatatkan perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap masa.

Anda mungkin juga menyukai