Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM ANAK ANGKAT 2014

( KELAS TAMBAHAN SELEPAS SEKOLAH )

SJK KWONG KOK, SIBU

PENGENALAN

Murid-murid SJK Kwong Kok, Sibu memerlukan bimbingan dan galakkan untuk terus maju dalam
pelajaran mereka. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan
potensi diri individu dari pelbagai aspek maka pendidik di SJK Kwong Kok percaya bahawa
dengan mengadakan Program Anak Angkat ini dapat membantu mereka meningkatkan prestasi
dan persediaan diri mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

Secara tidak langsung program ini juga menjadi landasan untuk guru-guru mata pelajaran Tahun
6 terus menyebarkan pengetahuan dan menyediakan diri sebelum menduduki peperiksaan
UPSR. Program ini juga merupakan satu perancangan awal untuk memastikan murid-murid
Tahun 6 bersiap sedia untuk menghadapi UPSR 2014.

RASIONAL

Program ini diadakan untuk meningkat prestasi murid Tahun 6 dengan menyediakan latihan
pengayaan bagi murid yang berpotensi mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
UPSR dan memberi pemulihan dan bimbingan kepada murid yang lemah untuk berjaya seperti
murid-murid lain.

OBJEKTIF
a. Melahirkan calon yang berkeyakinan dan berkebolehan mencapai sasaran dalam UPSR.
b. Murid dapat belajar dalam kumpulan secara berkesan dalam dan luar bilik darjah.
c. Memberi peluang kepada murid untuk belajar tuisyen.
d. Melahirkan rasa akrab dan perkongsian antara murid dan guru.
e. Meningkatkan mutu pembelajaran murid dan kaedah menjawab dengan lebih berkesan
dalam memperolehi pencapaian optimum.
f. Memberi aktiviti pengayaan kepada murid cemerlang.
g. Memberi pemulihan dan motivasi kepada murid yang lemah.

SASARAN
Semua murid tahun enam SJK Kwong Kok, Sibu.

TARIKH & MASA CADANGAN


Program Anak Angkat ini akan dijalankan mula pada 6 Jan 2014 hingga 5 September 2014.
Hari-hari yang terlibat adalah dari hari Isnin dan Selasa. Masanya adalah dari pukul 1:00 petang
hingga 3:00 petang.
1
JADUAL WAKTU

Hari Mata Pelajaran Guru Yang Terlibat

Isnin Bahasa Inggeris Teo Ung Siang & Tang Sing Ee

Selasa Bahasa Malaysia Ngu Kuan Ing & Kong Teck Kiong

Tempat

Bilik Kelas Pemulihan Khas atau mana-mana tempat yang sesuai mengikut guru.

JAWATANKUASA PROGRAM ANAK ANGKAT 2014

Pengerusi : Liu Se Lung ( Guru Besar )


Timbalan Pengerusi : Teo Ung Siang ( PK 1 )
Naib Pengerusi : Ngu Kuan Ing ( PK Hem )
Setiausaha : Kong Teck Kiong

Jawatankuasa Kerja

Teo Ung Siang ( BI Tahun 6 )


Ngu Kuan Ing ( BM Tahun 6 )
Kong Teck Kiong ( BM Tahun 6)
Ahli Jawatankuasa
Semua Warga SJK ( C ) Kwong Kok, Sibu

PENGISIAN PROGAM

Melalui kelas bimbingan ini, murid-murid diberi latihan tambahan, bahan rujukan tambahan dan
format soalan-soalan UPSR terdahulu oleh guru yang bertanggungjawab. Bahan-bahan ini akan
disediakan oleh guru mata pelajaran masing-masing sebelum kelas bimbingan dijalankan. Topik-

2
topik kritikal tertentu berdasarkan analisis ujian diagnostik yang dibuat awal tahun bagi mata
pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan diberi bimbingan dan tuisyen.

BAHAN-BAHAN
Rujuk bahan-bahan kelas tambahan yang dikepilkan bersama mengikut mata pelajaran yang
dibimbing.
( Sila rujuk bahan yang dikepilkan)

PENUTUP

Program ini merupakan satu usaha guru-guru SJK Kwong Kok bersama-sama bagi membantu
murid Tahun 6 yang tidak berkemampuan untuk mengikuti kelas tambahan luar kerana sekolah
terletak di luar Bandar. Melalui kelas tambahan yang diadakan di sekolah, murid-murid Tahun 6
ini akan lebih bersedia dan lebih berkeyakinan untuk menghadapi UPSR kelak.

Semoga segala yang dirancang dan pelaksanaan kelas tambahan 2014 ini akan membawa
suatu pencapaian dan kejayaan yang lebih tinggi kepada murid , ibu bapa dan sekolah. Dan juga
berharap pelaksanaan Kelas Bimbingan Cuti Sekolah dan komitmen daripada semua warga SJK
Yuk Chai, Sibu dapat meningkatkan prestasi UPSR bagi tahun 2014.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… …………………………………
Kong Teck Kiong Teo Ung Siang
Setiausaha Jawatankuasa Penolong Kanan Pentadbiran
SJK Kwong Kok, Sibu SJK Kwong Kok, Sibu

Disahkan oleh,

…………………………………
Liu Se Lung
Guru Besar
SJK Kwong Kok, Sibu

Anda mungkin juga menyukai