Anda di halaman 1dari 9

042-PKSR 1 2014 Sekolah Kebangsaan Seri Saujana

1

A.Bulatkan pada jawapan yang menunjukkan kamu melaksanakan
tanggungjawab di sekolah. ( 10 Markah )

1.
A Memohon maaf dengan guru dan berjanji akan menghantar keesokan
hari.
B Memberitahu guru kamu tidak akan menyiapkan projek tersebut.

2.
A Melepaskan kawan kamu.
B Membawanya berjumpa guru disiplin.

3.
A Meminta mereka jangan bercakap.
B Membiarkan kelakukan mereka.

4.
A Tidur awal dan sampai ke sekolah pada waktunya.
B Lambat ke sekolah kerana kawan-kawan akan menunggu kamu.

5.
A Berpuas hati dengan pencapaian kamu.
B Berlatih bersungguh-sungguh.

Kamu tidak dapat menyiapkan Projek Pendidikan Moral.
Kamu pengawas sekolah. Rambut kawan kamu panjang.
Kamu ketua kelas. 2 orang murid sedang bercakap semasa perhimpunan.
Kamu akan mengikuti rombongan sekolah ke Pusat Sains Negara pada hari
Sabtu.
Kamu telah dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan berpidato
peringkat negeri.
042-PKSR 1 2014 Sekolah Kebangsaan Seri Saujana

2

B.Bulatkan jawapan yang betul ( 20 Markah )
1. Apakah agama yang menyuruh penganutnya berpuasa pada bulan
Ramadhan?
A Buddha
B Islam
C Kristian

2. Apakah tindakan kamu jika rakan beragama lain sedang bersembahyang?
A Bersembahyang sama
B Senyap
C Berbuat bising

3. ____________memastikan rakan-rakannya senyap ketika guru tiada di dalam
kelas.
A Pengawas
B Ketua Perpustakaan
C Ketua kelas

4. Pilih dialog yang bersopan.
A Hei, kau hendak apa?
B Pak cik, apa khabar?
C Orang tua, mari ke sini!


042-PKSR 1 2014 Sekolah Kebangsaan Seri Saujana

3

5. Bagaimanakah cara kamu menolak ajakan yang tidak sihat?
A Menolak ajakan itu dengan sopan
B Menengking orang tersebut
C Memukul orang tersebut

6. Apakah perasaan anda sekiranya anda dilantik sebagai ketua kelas?
A Bangga
B Marah
C Kecewa

7. Selain ibu bapa, siapakah lagi yang perlu diucapkan terima kasih apabila kita
berjaya?
A Guru
B Rakan
C Datuk

8. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan kawasan sekolah?
A Supaya semua orang datang bergambar di kawasan sekolah kita
B Supaya kita dapat belajar dengan selesa
C Supaya guru-guru tidak malu dengan kita



042-PKSR 1 2014 Sekolah Kebangsaan Seri Saujana

4

9. Kamu ternampak dua orang murid sedang bertengkar di kantin sekolah.
Tindakan yang akan kamu lakukan ialah
A Mendiamkan diri
B Masuk campur
C Melaporkan pada guru yang bertugas

10 Apakah nama panggilan yang sesuai dipanggil kepada rakan ayah yang
datang ke rumah?
A Datuk
B Abang
C Pak cik












042-PKSR 1 2014 Sekolah Kebangsaan Seri Saujana

5

C.Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan tandakan ( X ) pada
pernyataan yang salah. ( 10 Markah )
Bil. Pernyataan ( / ) atau ( X )
1. Saya berasa gembira dapat membantu guru
membawa buku latihan ke bilik guru.

2. Saya berasa seronok dikecualikan daripada
membantu guru mengemas dan menceriakan pusat
sumber sekolah.

3. Saya tidak berpuas hati apabila saya seorang
sahaja diarahkan untuk membersihkan tandas
sekolah.

4. Saya suka membantu pekerja sekolah mengutip
sampah dan menyusun pasu bunga di luar bilik
darjah.

5. Saya sangat gembira apabila melihat persekitaran
sekolah bersih dan ceria hasil bantuan yang diberi
oleh semua warga sekolah.

6. Saya berasa gembira apabila usaha saya
membantu warga sekolah dihargai.

7. Saya berasa sedih apabila melihat murid lain tidak
mahu meletakkan pinggan selepas
menggunakannya di dalam bekas yang disediakan.

8. Saya akan berasa marah jika terdapat murid yang
enggan membantu warga sekolah yang memerlukan
bantuan.

9. Saya berasa sedih jika murid lain tidak mahu
membantu warga sekolah melakukan kerja.

10. Saya berasa marah apabila murid lain mengejek
saya selalu membantu guru mengangkat beg.




042-PKSR 1 2014 Sekolah Kebangsaan Seri Saujana

6

D.Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. ( 20 Markah )

berusaha turut serta damai persefahaman berkecil hati
pergaduhan sopan menghormati tersinggung bersabar

1. Kita mestilah _______________ perayaan yang disambut oleh rakan-rakan di
sekolah.
2. Semasa rakan kita menyambut perayaan mereka, kita perlu ______________
memeriahkan sambutan tersebut.
3. Rakan kita akan berasa _______________ jika kita mengejek dan menghina
perayaan mereka.
4. Sebagai rakan yang berlainan agama, kita perlu _______________ untuk
mencari maklumat tentang perayaan yang disambut oleh rakan-rakan kita.
5. Amalan menghormati perayaan yang disambut oleh rakan di sekolah boleh
memupuk ______________dan perpaduan.
6. Kita janganlah bercakap buruk terhadap amalan perayaan rakan kerana boleh
menyebabkan ______________.
7. Pakailah pakaian yang _______________ dan kemas semasa menghadiri
sesuatu perayaan di sekolah.
8. Kita dapat hidup aman dan _____________ jika kita saling menghormati
kepelbagaian yang terdapat di negara kita.
9. Rakan kita akan _______________ jika kita merungut-rungut tentang upacara
keagamaan mereka.
10. Kita perlu _______________jika upacara sembahyang jiran kita menyebabkan
suasana bising.

042-PKSR 1 2014 Sekolah Kebangsaan Seri Saujana

7

E. Padankan pernyataan yang menunjukkan sumbangan warga sekolah dengan
jawapan yang betul. ( 10 Markah )





















1. Menjaga kesuburan
pokok bunga dan
padang sekolah
3. Mewakili sekolah
dalam pertandingan
berpidato
Guru
2. Menjaga
keselamatan murid di
makmal sains
Pengawal sekolah
5. Membimbing murid
membaca, menulis dan
mengira
4. Memastikan
keselamatan murid
melintas jalan
Murid
Pekebun sekolah
Pembantu am makmal
sekolah
042-PKSR 1 2014 Sekolah Kebangsaan Seri Saujana

8

F. Pilih dan tuliskan jawapan yang betul dalam ruangan yang disediakan.
( 10 Markah )

1. Saya berasa ______________ ( gembira / sedih ) apabila melihat warga
sekolah dan pelawat saling menghormati antara satu sama lain.
2. Murid perlu menghormati guru sebagai tanda_______________
( kesyukuran / terima kasih ) kepada jasa dan pengorbanan guru terhadap
mereka.
3. Hormatilah pelawat dengan memberi_______________( layanan / sokongan )
yang baik kepada mereka.
4. Kita berasa __________________ ( kecewa / bangga ) apabila kita dapat
menjaga nama baik sekolah dengan mengamalkan sikap saling menghormati
antara satu sama lain.
5. Disiplin sekolah akan_______________ ( meningkat / merosot ) jika murid
tidak menghormati warga sekolah dan pelawat.










042-PKSR 1 2014 Sekolah Kebangsaan Seri Saujana

9

Disediakan oleh:

.............................................................
( PN NOR FARHANIS BINTI MOHD TURMIZI )

Disemak oleh:

.............................................................
( PN SAW PHAIK GAN )
KETUA PANITIA PENDIDIKAN MORAL,
SK SERI SAUJANA,
KUALA LUMPUR.

Disahkan oleh:

.............................................................
( PN SITI MAZIAH BINTI MALIK )
GPK TADBIR & KURIKULUM,
SK SERI SAUJANA,
KUALA LUMPUR.

Anda mungkin juga menyukai