Anda di halaman 1dari 19

PENGAJARAN 15:

3.1.1. Menulis pseudokod dan melukis carta alir pelbagai


pilihan dalam penyelesaian masalah.
3.1.2. Menulis pseudokod dan melukis carta alir yang
melibatkan ulangan.

Isi Kandungan Muka Surat


Pelan Pengajaran 2 10
Lampiran 1.0 11
Lembaran Kerja 1.0 12
Lembaran Kerja 1.1 13
Lembaran Kerja 1.2 13 14
Skema Jawapan 15 19

1
TINGKATAN 1: ASAS SAINS KOMPUTER
Pengajaran 15
Standard Kandungan
Persediaan: 5 to 10 mins
3.0 Algoritma Pengajaran: 60 mins

3.1 Pembangunan Algoritma


Penerapan Pemikiran
Komputasional:
Leraian (Decomposition)
Standard Pembelajaran
Pengecaman Corak (Pattern
Murid boleh
Recognition)
3.1.1. Menulis pseudokod dan melukis carta alir pelbagai
pilihan dalam penyelesaian masalah. Peniskalaan (Abstraction)
3.1.2. Menulis pseudokod dan melukis carta alir yang Pengitlakan (Generalisation)
melibatkan ulangan.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)


Bahan untuk satu kelas
Lampiran 1.0
Bahan untuk setiap pelajar
Lembaran Kerja 1.0
Lembaran Kerja 1.1
Lembaran Kerja 1.2
Persediaan
1. Guru mencetak dan memotong kad arahan dalam lampiran 1.0. Pastikan guru mempunyai satu
kad arahan untuk setiap kumpulan.
2. Guru mencetak lembaran kerja 1.0, 1.1 dan 1.2 untuk setiap pelajar dalam kelas masing-masing.

Sumber Tambahan
1. Video untuk pembelajaran algoritma dalam bentuk pseudokod dan carta alir:
http://www.cambridgegcsecomputing.org/modules_lms/more?id_module=132620&id_
course=134795&id_course_inquiry=&id_section=4137

2 Pengajaran 15
Lesson Plan

Masa Cadangan Aktiviti BBM/Catatan


5 minit Set Induksi
1. Murid dikehendaki untuk menuliskan langkah untuk memberus gigi.
Contoh jawapan:
1) Masuk bilik air
2) Cari ubat gigi dan berus gigi
3) Letak ubat gigi atas berus gigi
4) Berus gigi dalam mulut selama dua minit
5) Kumur
6) Bersihkan berus gigi
7) Letak semula berus gigi dan ubat gigi ke tempat asal
8) Keluar bilik air
2. Berapa murid membentangkan jawapan masing-masing.
3. Guru menerangkan bahawa langkah memberus gigi juga dinamakan sebagai algoritma.
4. Algoritma merupakan satu set arahan untuk menyelesaikan sesuatu atau masalah.
25 minit Aktiviti 1: Menulis pseudokod BBM:
1. Guru menerangkan terdapat beberapa cara untuk menulis algoritma. Lampiran 1.0
2. Dua cara yang paling umum ialah pseudokod dan carta alir. Lembaran Kerja 1.0
3. Pseudokod merupakan satu set arahan untuk programkan sesuatu mesin atau komputer. Set arahan ini ditulis
dalam bahasa yang senang difahami oleh penulis dan pengguna seperti Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Penerapan Pemikiran
4. Guru menggunakan contoh berus gigi untuk menunjukkan contoh cara menulis pseudokod. Komputasional:
Contoh pseudokod: Leraian
Pengecaman Corak
Masuk bilik air
Jika ada berus gigi dan ubat gigi
Letak ubat gigi atas berus gigi
Berus gigi dalam mulut selama dua minit
Kumur
Bersihkan berus gigi
Letak semula berus gigi dan ubat gigi ke tempat asal
Kalau tidak
Keluar bilik air
Keluar bilik air

3 Pengajaran 15
Masa Cadangan Aktiviti BBM/Catatan
5. Guru menunjukkan bahawa bahagian dalam kotak merah merupakan salah satu cara untuk menulis pseudokod
apabila mempunyai pelbagai pilihan dalam pseudokod.
Contoh:

Masuk bilik air


Jika ada berus gigi dan ubat gigi
Letak ubat gigi atas berus gigi
Berus gigi dalam mulut selama dua minit Salah satu cara menulis pelbagi
Bersihkan berus gigi pilihan untuk pseudokod
Letak semula berus gigi dan ubat gigi ke tempat asal
Kalau tidak
Keluar bilik air
Keluar bilik air

6. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu masalah untuk diselesaikan. Pelajar harus
tuliskan langkah penyelesaian dalam bentuk pseudokod.
Kad arahan untuk masalah (Lampiran 1.0 m/s 10):
a. Program satu ciptaan yang boleh tolong anda bersihkan bilik anda.
Contoh jawapan:
Masuk bilik
Jika ada sampah
Kutip sampah
Kalau tidak
Keluar dari bilik
Keluar dari bilik
b. Program satu ciptaan untuk memberikan makanan kepada haiwan perliharaaan anda secara automatik
ketika anda tiada di rumah.
c. Program satu ciptaan system sekruriti untuk menjaga keselamatan rumah anda.
*Guru bebas untuk mencipta masalah sendiri. Masalah di atas merupakan beberapa contoh masalah yang
berkaitan dengan kehidupan pelajar dan boleh dianggap sebagai rujukkan atau digunakan dengan
sepenuhnya.
7. Pelajar diberi 15 minit untuk melaksanakan aktiviti. Pelajar mencatat jawapan kumpulan mereka dalam lembaran
kerja 1.0 (m/s 11).
8. Guru membimbing pelajar semasa aktiviti berkumpulan dijalankan.
9. Selepas 15 minit, setiap kumpulan membentangkan masalah dan langkah penyelesaian masing-masing.
4 Pengajaran 15
Masa Cadangan Aktiviti BBM/Catatan
10. Guru memberikan ulasan dan membetulkan sebarang kesilapan kalau ada.
25 minit Aktiviti 2: Melukis Carta Alir BBM:
1. Guru menerangkan bahawa langkah penyelesaian masalah juga boleh ditulis dalam bentuk carta alir. Carta alir Lembaran Kerja 1.1
merupakan cara menulis algoritma dalam bentuk carta.
2. Guru menerangkan beberapa peraturan yang perlu diatuhi apabila menggunakan carta alir. Penerapan Pemikiran
a. Bujur seperti berikut merupakan simbol untuk bermula dan berakhir. Komputasional:
Leraian
Mula Akhir Pengecaman Corak

b. Segi empat tepat merupakan simbol untuk proses.

Proses

c. Bentuk berlian merupakan simbol untuk pilihan. Pilihan hanya boleh dalam bentuk ya atua tidak.

Pilihan

d. Anak panah menghubungkan setiap simbol yang digunnakan.

e. Bentuk parallelogram merupakan simbol untuk input.

Input

3. Guru menunjukkan cara melukiskan carta alir secara perbincangan menggunakan contoh berus gigi.
1) Masuk bilik air
2) Cari ubat gigi dan berus gigi
3) Letak ubat gigi atas berus gigi
4) Berus gigi dalam mulut selama dua minit

5 Pengajaran 15
Masa Cadangan Aktiviti BBM/Catatan
5) Kumur
6) Bersihkan berus gigi
7) Letak semula berus gigi dan ubat gigi ke tempat asal
8) Keluar bilik air

6 Pengajaran 15
Masa Cadangan Aktiviti BBM/Catatan

7 Pengajaran 15
Masa Cadangan Aktiviti BBM/Catatan

4. Guru menerangkan langkah kedua merupakan cara melukis pelbagai pilihan dalam carta alir.
5. Pelajar dibahagikan semula kepada kumpulan yang sama seperti aktiviti 1. Setiap kumpulan diberi semula kad
arahan yang sama dengan aktiviti 1. Kali ini, pelajar dikehendaki untuk menuliskan langkah penyelesaian masalah
dalam bentuk carta alir.
6. Pelajar melukiskan carta alir masing-masing dalam lembaran kerja 1.1 (m/s 13).
7. Pelajar diberi 15 minit untuk melaksanakan tugasan yang diberi.
8. Selepas 15 minit, setiap kumpulan membentangkan carta alir masing-masing.
9. Guru memberikan ulasan dan membetulkan kesilapan kalau ada.
Aktiviti 3: Pseudokod dan Carta Alir Komputer BBM:
1. Guru menerangkan setiap program yang kami nampak dalam laman sesawang seperti Facebook, Google dan Lembaran Kerja
sebagainya ditulis oleh manusia. 1.2
2. Semua program ditulis dalam bentuk pseudokod dan carta alir sebelum ditukarkan kepada kod arahan dalam
komputer.
Penerapan Pemikiran
3. Guru menunjukkan satu contoh program yang boleh dicipta oleh komputer iaitu kalkulator untuk mengira luas
dan perimeter segi empat.
Komputasional:
4. Guru menunjukkan contoh secara perbincangan dengan pelajar. Pelajar catatkan contoh dalam Lembaran Kerja Leraian
1.2 (m/s 14 15). Pengecaman Corak
Contoh: Kami ingin tulis satu program untuk mengira perimeter segi empat tepat. Peniskalaan
Pseudokod Pengitlakan
Tekan butang mula/padam.
Masukkan panjang segi empat tepat.
Masukkan lebar segi empat tepat.
Melakukan operasi berikut: (lebar x 2) + (panjang x 2)
Paparkan jawapan.
Ada soalan perimeter segi empat tepat lagi?
Ya, ulang semula dari langkah 1.
Tidak, akhir.

8 Pengajaran 15
Masa Cadangan Aktiviti BBM/Catatan

Carta Alir:

Cara mewakili ulangan dalam carta


alir

5. Pelajar tuliskan pseudokod dan carta alir untuk kalkulator yang mengirakan luas segi empat tepat secara individu.
(Lembaran Kerja 1.2)
6. Murid diberi 15 minit untuk menyiapkan lembaran kerja 1.2.
5 minit Refleksi
1. Guru mendapatkan semula perhatian pelajar dan menanyakan soalan berikut:

9 Pengajaran 15
Masa Cadangan Aktiviti BBM/Catatan
a. Berikan dua contoh pseudokod.
b. Apakah maksud simbol bujur dalam carta alir?
c. Apakah simbol untuk menunjukkan pilihan dalam carta alir?
d. Apakah maksud simbol segi empat tepat dalam carta alir?
e. Mengapa kita perlu gunakan pseudokod atau carta alir untuk menulis algoritma?
f. Pseudokod atau carta alir lebih sesuai digunakan?

10 Pengajaran 15
Lampiran 1.0
Kad Arahan Psuedokod
Potong setiap kad di bawah mengikut garisan yang disediakan. Guru boleh laminat setiap keeping kad supaya
boleh digunakan semula.

Program satu ciptaan yang boleh tolong anda bersihkan bilik anda.

Program satu ciptaan system sekruriti untuk menjaga keselamatan


rumah anda.

Program satu ciptaan untuk memberikan makanan kepada haiwan


perliharaaan anda secara automatik ketika anda tiada di rumah.

11 Pengajaran 15 Lampiran 1.0


Lembaran Kerja 1.0
Pseudokod
Isikan masalah yang diberi oleh guru anda melalui kad arahan. Tuliskan pseudokod untuk menyelesaikan
masalah yang diberi.

Masalah:

Pseudokod:

12 Pengajaran 15 Lembaran Kerja 1.0


Lembaran Kerja 1.1
Carta Alir
Isikan masalah yang diberi oleh guru anda melalui kad arahan. Lukiskan carta alir untuk menyelesaikan
masalah yang diberi.

Penghubung
Mula/Akhir Input Pilihan Proses

Masalah:

Carta Alir:

13 Pengajaran 15 Lembaran Kerja 1.1


Lembaran Kerja 1.2
Latihan Pseudokod dan Carta Alir
Berikut merupakan contoh pseudokod dan carta alir untuk program kalkulator perimeter segi empat
tepat. Rujuk contoh yang diberi untuk melengkapkan latihan di bawah.

Contoh:
Kami ingin tulis satu program untuk mengira perimeter segi empat tepat.
Pseudokod:
1. Tekan butang mula/padam.
2. Masukkan panjang segi empat tepat.
3. Masukkan lebar segi empat tepat.
4. Melakukan operasi berikut: (panjang x 2) + (lebar x 2)
5. Paparkan jawapan.
6. Ada soalan perimeter segi empat tepat lagi?
7. Ya, ulang semula dari langkah 1.
8. Tidak, akhir.

Carta Alir:

14 Pengajaran 15 Lembaran Kerja 1.2


Latihan:
1. Tuliskan pseudokod dan lukiskan carta alir untuk program kalkulator yang mengira luas segi
empat tepat.

15 Pengajaran 15 Lembaran Kerja 1.2


Lembaran Kerja 1.0 Skema Jawapan

Pseudokod
Isikan masalah yang diberi oleh guru anda melalui kad arahan. Tuliskan pseudokod untuk menyelesaikan
masalah yang diberi.

Masalah:

Pseudokod:
IKUT KREATIVITI PELAJAR

16 Pengajaran 15 Skema Jawapan


Lembaran Kerja 1.1 Skema Jawapan

Carta Alir
Isikan masalah yang diberi oleh guru anda melalui kad arahan. Lukiskan carta alir untuk menyelesaikan
masalah yang diberi.

Penghubung
Mula/Akhir Input Pilihan Proses

Masalah:

Carta Alir:

IKUT KREATIVITI PELAJAR

17 Pengajaran 15 Skema Jawapan


Lembaran Kerja 1.2 Skema Jawapan

Latihan Pseudokod dan Carta Alir


Berikut merupakan contoh pseudokod dan carta alir untuk program kalkulator perimeter segi empat
tepat. Rujuk contoh yang diberi untuk melengkapkan latihan di bawah.

Contoh:
Kami ingin tulis satu program untuk mengira perimeter segi empat tepat.
Pseudokod:
1. Tekan butang mula/padam.
2. Masukkan panjang segi empat tepat.
3. Masukkan lebar segi empat tepat.
4. Melakukan operasi berikut: (panjang x 2) + (lebar x 2)
5. Paparkan jawapan.
6. Ada soalan perimeter segi empat tepat lagi?
7. Ya, ulang semula dari langkah 1.
8. Tidak, akhir.

Carta Alir:

18 Pengajaran 15 Skema Jawapan


Latihan:
1. Tuliskan pseudokod dan lukiskan carta alir untuk program kalkulator yang mengira luas segi
empat tepat.

Pseudokod:
1. Tekan butang mula/padam.
2. Masukkan panjang segi empat tepat.
3. Masukkan lebar segi empat tepat.
4. Melakukan operasi berikut: (panjang x lebar)
5. Paparkan jawapan.
6. Ada soalan luas segi empat tepat lagi?
7. Ya, ulang semula dari langkah 1.
8. Tidak, akhir.

Carta Alir:

19 Pengajaran 15 Skema Jawapan

Anda mungkin juga menyukai