Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

BENGKEL PENATARAN BAHASA

PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

_________________________________________________________________________

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas cadangan adalah untuk memohon kelulusan daripada pihak IPG Kampus
Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah bagi menganjurkan Bengkel Penataran Bahasa.

2.0 LATAR BELAKANG

Bidang penulisan amat penting dalam penyebaran maklumat yang tepat dalam kalangan pihak
pengurusan di sektor awam, swasta dan badan berkanun. Dua aspek penting yang perlu
dikuasai ialah ketrampilan berbahasa yang persis dan kemahiran menulis yang baik. Untuk ini,
Bengkel Penataran Bahasa akan mendedahkan format serta laras bahasa yang sesuai dan
betul digunakan dalam penulisan dokumen rasmi seperti kertas cadangan, surat rasmi, laporan
dan sebagainya.

3.0 OBJEKTIF

Bengkel Penataran Bahasa ini diharap dapat:

3.1 Meningkatkan pengetahuan siswa pendidik berkenaan kaedah dan format penulisan
dokumen rasmi seperti kertas cadangan, surat rasmi dan sebagainya.
3.2 Memantapkan penggunaan laras bahasa Melayu baku yang sesuai dan tepat dalam
penyediaan dokumen rasmi
3.3 Meningkatkan teknik penulisan dokumen rasmi yang berkualiti

4.0 ANJURAN

4.1 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sesi 2018/ 2019.
5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Siswa pendidik PISMP Semester 1 Tahun 4 (65 orang)


5.2 Siswa pendidik PISMP Semester 1 Tahun 3 (106 orang)

6.0 BUTIRAN PROGRAM

6.1 Tarikh : 24 Jun 2018


6.2 Masa : 2:15 – 5:15 petang
6.3 Tempat : Dewan Munsyi, IPG Kampus Sultan Abdul Halim
6.4 Penceramah : Encik Abdul Rahim bin Othman, Encik Mohd Januri bin Aiyub,
Tuan Haji Suheimi bin Abdul
( Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu )

7.0 JUMLAH PESERTA

7.1 Peserta : 171 orang siswa pendidik

8.0 KEWANGAN

8.1 Sumber Kewangan : OS 29000

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Seperti dalam Lampiran B

10.0 ATUR CARA MAJLIS

10.1 Seperti dalam Lampiran C

11.0 SENARAI NAMA PESERTA

11.1 Seperti dalam Lampiran D


12.0 PENUTUP

Penganjuran Bengkel Penataran Bahasa ini mampu membantu para siswa pendidik untuk
menyediakan dokumen rasmi mengikut format yang standard serta dengan penggunaan laras
bahasa yang betul dan timbul rasa kesedaran siswa pendidik mengenai kepentingan
profesionalisme dan integriti dalam penulisan dokumen rasmi. Kami berharap program ini
mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama yang sewajarnya daripada pihak
pengurusan dan pentadbiran institut. Semoga program ini akan berjalan dengan jayanya dan
mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.

Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

________________________ ________________________

( CHIA HUEY YING ) (DATIN DR. HAJAH WAN ROSLINA

BINTI WAN ISMAIL )

Pengerusi, Penasihat Exco Akademik


Exco Akademik dan Penyelidikan, dan Penyelidikan,
Jawatankuasa Perwakilan Siswa pendidik, Jawatankuasa Perwakilan Siswa pendidik,
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Sultan Abdul Halim,
08000 Sungai Petani, Kedah. 08000, Sungai Petani, Kedah.

Tarikh : 7 May 2018 Tarikh : 7 May 2018


ATUR CARA MAJLIS Lampiran C

1400 Pendaftaran siswa pendidik

1415 Bengkel Penataran Bahasa


Slot 1: Penulisan untuk kertas kerja
oleh Encik Abdul Rahim bin Othman

1515 Slot 2: Penulisan laporan


oleh Tuan Haji Suheimi bin Abdul

1615 Slot 3: Penulisan surat rasmi


oleh Encik Mohd Januri bin Aiyub
1715 Tamat

Anda mungkin juga menyukai