Anda di halaman 1dari 13

TEKS MAJLIS PEMASYHURAN DAN PENYAMPAIAN WATIKAH

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2018/2019

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 2018

PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN CATATAN/

PENYAMPAI

SEBELUM Assalamualaikum w.m.t., hadirin dipersilakan untuk SHERNOLD

MAJLIS mengambil tempat kerana majlis akan bermula sebentar

BERMULA lagi.

Hadirin sekalian, mohon perhatian :

Di sini dibacakan beberapa pengumuman berkaitan

perjalanan majlis kita pada hari ini.

1. Sila pastikan telefon bimbit anda diletakkan dalam

mod senyap atau dimatikan sepanjang majlis

berlangsung.

2. Hadirin diminta untuk berdiri smeasa ketibaan dan

perarakan keluar dif-dif kehormat diumumkan.

3. Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi

menyanyikan lagu-lagu rasmi.


2.25 p.m Perarakan masuk barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar SHERNOLD

sesi 2018/2019 ke dalam dewan.

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan

DIF-DIF Yang Berbahagia Dr. Mohd Nashruddin bin Basar,

KEHORMAT Pengarah Pusat Pembangunan, Penyelidikan dan Inovasi

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

*Nyanyian lagu rasmi*

Hadirin dipersilakan duduk.

Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah SWT dengan FAHMEEDA

limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam

majlis bersejarah Majlis Pemahsyuran dan Penyampaian

Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi

2018/2019 IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

UCAPAN ALUAN Sesungguhnya, majlis ini diadakan khas bagi menzahirkan

PENGERUSI penghargaan dan pengiktirafan kepada 27 perwakilan yang

MAJLIS telah dipilih.

Tampak berbalam si awan petang,

Berarak di celah pepohon ara,

Pemanis kalam selamat datang,

Lafaz bismillah pembuka bicara.


Yang Berbahagia,

Dr Mohd. Nashruddin bin Basar,

Pengarah Pusat Pembangunan, Penyelidikan dan Inovasi

IPGM

Yang Berbahagia,

Tuan Haji Hashim Bin Asman,

Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Yang Dihormati,

Dr. Azman Bin Jusoh,

Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

merangkap Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Yang Dihormati,

Puan Hajah Nor Asilah Binti Osman,

Setiausaha Akademik IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Yang Berbahagia,

Datin Dr Hajah Wan Roslina Binti Wan Ismail,

Timbalan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, pensyarah-

pensyarah cemerlang, pensyarah-pensyarah, barisan ahli

jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2018/2019,

seterusnya siswa pendidik yang dihormati sekalian.


Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera,

Salam Sehati Sejiwa

Dan Salam Muafakat Kedah.

BACAAN DOA Hadirin,

Merimbun kemiri pohonnya rendah, SHERNOLD

Dahan terikat tali perkasa,

Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan

segala hormatnya menjemput

Saudara Abdul Aziz bin Abdul Rahim bagi memimpin

bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada

saudara Abdul Aziz bin Abdul Rahim atas pimpinan doa

sebentar tadi.

Kebaya butang cantik disulam,

PENGUMUMAN Dihias intan molek dipandang, FAHMEEDA

PEMBUBARAN Selamat datang semanis kalam,

SPRK 2018 Buat jemputan yang kami undang.

Selamat datang ke Majlis Pemahsyuran dan Penyampaian

Watikah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2018/2019.


Untuk makluman para hadirin, pada tanggal 28 Januari

yang lalu telah berlangsung proses membuang undi bagi

Pilihan Raya Kampus peringkat IPG Kampus Sultan Abdul

Halim yang melibatkan semua guru pelatih. Setelah proses

pengiraan undi dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya

Kampus, seramai 7 orang calon Ahli Majlis Tertinggi dan

20 orang calon Ahli Majlis Mesyuarat telah diberikan

mandat sebagai ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi

2018/2019.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Majlis akan diteruskan dengan menjemput

Yang Berusaha, Dr. Azman Bin Jusoh,

Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

merangkap Penghulu Istiadat untuk mengumumkan

pembubaran Suruhanjaya Pilihanraya Kampus 2018 serta

mengumumkan Pembukaan Majlis Pemasyhuran dan

Penyampaian Watikah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Sesi 2018/2019.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha,

Dr. Azman Bin Jusoh, Timbalan Pengarah IPG Kampus

Sultan Abdul Halim atas pengumuman pembubaran dan

pengumuman pengisytiharan majlis sebentar tadi.


Hadirin sekalian, SHERNOLD

MENANDATANG Sekarang tibalah masa yang dinantikan iaitu upacara

-ANI WATIKAH membaca dan menandatangani Watikah Pelantikan

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2018/2019 IPG

Kampus Sultan Abdul Halim.

Upacara akan didahului oleh barisan Ahli Majlis Tertinggi

dan diteruskan oleh barisan Ahli Majlis Mesyuarat.

Oleh itu, Majlis mempersilakan barisan Ahli Majlis

Tertinggi, yang diketuai oleh

saudara Muhammad Zain Zaidiel Bin Zainan,

Yang Di-pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi

2018/2019. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*(Teruskan prosiding [Bergilir jika sebut nama])

(RUJUK LAMPIRAN)

Demikianlah tadi upacara membaca dan menandatangani SHERNOLD

Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi

2018/2019 IPG Kampus Sultan Abdul Halim.


Terbang telani ke hujung desa, FAHMEEDA

PENYERAHAN Mencari sekawan burung merpati,

WATIKAH Debaran kini cukup terasa,

Harap tuan sabar menanti.

Warga dewan yang dimuliakan,

Kini, tibalah acara kemuncak bagi Majlis Pemasyhuran dan

Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan

Pelajar sesi 2018/2019 IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Dengan itu, majlis mempersilakan

Yang Berbahagia Dr. Mohd. Nashruddin bin Basar,

Pengarah Pusat Pembangunan, Penyelidikan dan Inovasi

IPGM diiringi oleh

Yang Berbahagia, Tuan Haji Hashim Bin Asman,

Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim bagi

menyampaikan watikah. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

*(Senarai nama penerima watikah) FAHMEEDA

(RUJUK LAMPIRAN)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada

Yang Berbahagia, Dr. Mohd Nashruddin bin Basar

atas kesudian menyempurnakan acara penyerahan watikah

sebentar tadi.
LAFAZ IKRAR Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput SHERNOLD

OLEH JPP saudara Muhammad Zain Zaidiel Bin Zainan,

Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi

2018/2019 bagi memimpin bacaan ikrar. Dengan segala

hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada

saudara Muhammad Zain Zaidiel Bin Zainan,

Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi

2018/2019 atas pimpinan bacaan ikrar sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi, FAHMEEDA

TAYANGAN Kata orang, tak kenal, maka tak cinta. Oleh itu, marilah kita

VIDEO MONTAJ sama-sama saksikan tayangan klip video untuk lebih

mengenali barisan JPP sesi 2018/2019.

*Tayangan montaj*

Demikianlah tadi, tayangan klip video barisan ahli

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Sultan Abdul

Halim sesi 2018/2019 yang disediakan oleh Exco

Dokumentasi dan Penerbitan Jawatankuasa Perwakilan

Pelajar 2018/2019.
UCAPAN Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan SHERNOLD

PENGARAH Yang Berbahagia, Tuan Haji Hashim Bin Asman,

Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada

Tuan Haji Hashim Bin Asman atas ucapan yang diberikan

sebentar tadi.

UCAPAN Indah hiasan di tengah bendang, FAHMEEDA

Teratak papan beralas jerami,

Tampillah tuan kami mengundang,

Bersama ucapan kata perasmi.

Sidang dewan yang dihormati,

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan

mempersilakan,

Yang Berbahagia, Dr. Mohd. Nashruddin bin Basar

bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup rasmi

Majlis Pemasyhuran dan Penyampaian Watikah

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2018/2019. Majlis

dengan penuh takzimnya mempersilakan.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

Yang berbahagia, Dr. Mohd. Nashruddin bin Basar

atas ucapan dan penutupan rasmi Majlis Pemasyhuran dan

Penyampaian Watikah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Sesi 2018/2019 sebentar tadi.

Mohon Yang Berbahagia Dr. Mohd. Nashruddin terus

berada di atas pentas.

PENYAMPAIAN Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan SHERNOLD

SIJIL Yang Berbahagia , Dr. Mohd. Nashruddin bin Basar,

PENGHARGAAN diiringi Yang Berbahagia, Tuan Haji Hashim Bin Asman,

Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim bagi

menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan. Dengan

segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan

Yang Dihormati, Encik Sukiman Bin Haron,

merangkap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus

2018 untuk menerima sijil penghargaan.

Dipersilakan Puan Quinie Ong Kooi Loo,

selaku penyelaras sistem undian atas talian Pilihanraya

Kampus IPG Kampus Sultan Abdul Halim.


Seterusnya dipersilakan

Encik Abdul Rahim Bin Omar,

Penasihat Exco Kesenian dan Kebudayaan Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Seterusnya, dipersilakan

saudari Farah Sofea Binti Razali,

Setiausaha Agung Kehormat Jawatankuasa Perwakilan

Pelajar sesi 2017/2018.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

Yang Berbahagia, Dr. Mohd. Nashruddin bin Basar

atas kesudian menyampaikan sijil penghargaan sebentar

tadi.

PENGUMUMAN Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput FAHMEEDA

Penghulu Istiadat Majlis,

**** Yang Berusaha Dr. Azman Bin Jusoh,

Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim untuk

mengisytiharkan penangguhan Majlis Pemasyhuran dan

Penyampaian Watikah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Sesi 2018/2019. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Yang Berusaha, Dr. Azman Bin Jusoh atas pengumuman

penangguhan majlis sebentar tadi.


PERSEMBAHAN Hadirin sekalian, SHERNOLD

KOIR Bagi menyerikan majlis kita pada petang ini, sama-sama

kita saksikan persembahan koir “Nyalakan Tekad” dan lagu

rasmi IPG Kampus Sultan Abdul Halim oleh siswa pendidik.

Dipersilakan.

*Persembahan*

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan

koir IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang dipimpin oleh

En. Abdul Rahim Bin Omar atas persembahan sebentar

tadi.

Dengan berakhirnya persembahan tadi, maka majlis kita

sudah tiba di penghujungnya.

Bagi pihak majlis, kami ingin menyusun 10 jari memohon

ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa, terlanjur

bicara sepanjang mengendalikan majlis itu. Penghargaan

terima kasih yang tak terhingga juga diucapkan kepada

seua sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung dalam menjayakan majlis ini.


Daun selasih permainan budak,

Bunga melur berbau wangi;

Bertaut kasih bercerai tidak,

Panjang umur berjumpa lagi.

Semoga kita dapat bersua kembali dalam pertemuan lain.

Sebelum majlis bersurai, dijemput hadirin dan hadirat

sekalian berdiri dan bersama-sama menyanyikan Lagu

IPGM, Lagu Guru Malaysia dan Lagu IPGKSAH.

Sekian, Wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.

BERSURAI Perarakan keluar Yang Dihormati diiringi dif-dif kehormat SHERNOLD

ke luar dewan.

Anda mungkin juga menyukai