Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG (VIP)

PROTOKOL SEKOLAH .........

Terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis pada hari ini.

Yang Berusaha
En. Zalizan bin Abdullah Guru Besar Sk guar lobak

Yang dihormati
Pn. Nor Rehan bt mokhtar , guru penolong kanan kurikulum sk guar lobak
Tn hj Abdul Rasid b. Abduk Majid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK
Guar Lobak,
En. Zanari bin zainol, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Guar Lobak,
En. Mohamad b. Sulaiman Guru Penolong kanan petang
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Guar Lobak,
Guru-guru dan seterusnya tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah
sekalian.

Asssalamualaikum w.b.t

Tuan-tuan/puan-puan sekalian,

Syukur alhamdulillah dan salam serta selawat ke atas junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin memanjatkan
kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya
dapat kita bertemu dalam majlis yang amat bermakna ini. Saya berasa gembira
melihat semangat, kerjasama dan iltizam yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam
melibatkan diri secara bersungguh-sungguh bagi menjayakan majlis ini. Saya amat
prihatin terhadap usaha, keringat, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh
semua pihak .

Hadirin sekalian,
Perubahan dalam sistem pendidikan negara menuntut pengorbanan yang bukan
kepalang daripada guru Oleh itu, para guru perlu mempersiapkan diri dengan
segala ilmu di dada agar aspirasi negara ini dapat direalisasikan. para guru juga
perlu ikhlas dalam melaksanakan amanah yang diberi seperti kata-kata Imam
Syafie; barang siapa yang mengendaki akhirat, wajib baginya ikhlas kepada
ilmu pengetahuan yang diajarnya.
Hadirin sekalian,
Kerjasama diantara ibubapa dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam
memastikan anak-anak mendapat ilmu pendidikan yang sempurna. Jesteru itu, ibu
bapa haruslah memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi terhadap segala
usaha murni pihak sekolah . Saya yakin dengan penggemblengan tenaga dan
penyatuan minda akan menyemarakkan budaya permuafakatan yang seterusnya
akan pasti melahirkan generasi yang berwibawa dan maju dalam semua aspek.

Hadirin sekalian,

Imam Al-Ghazali pernah berkata bahawa ‘Beriman dan beramal sumbernya ialah
ilmu. Ilmu diperoleh dengan belajar. Tiada ertinya iman kalau tiada amal dan
tiada erti amal kalau tiada keikhlasan

Sebelum saya berundur diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian
kepada kata-kata Saidina Ali r.a kepada Kamil Bin Ziyad dalam membezakan antara
ilmu pengetahuan dengan harta kekayaan:

Ilmu itu lebih baik daripada harta


Ilmu akan menjagamu
Tetapi
Harta kamu yang menjaganya
Ilmu semakin bertambah jika diinfakkan
Tetapi
Harta sebaliknya semakin berkurangan jika dibelanjakan

Ilmu pembimbing tetapi harta dibimbing


Ilmu akan memberi ketenangan dalam hidup
Dan meninggalkan nama baik setelah wafatnya

Hasil harta akan hilang dengan hilangnya harta


Pemegang wang boleh sahaja mati dalam keadaan hidup
Tetapi
Ilmu tetap kekal sepanjang masa

Dengan itu, saya dengan lafaz Bismillah Hirrahman Nirrahim merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Guar Lobak tahun 2018.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah , Wassalamualaikum Warahmatullah
Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai