Anda di halaman 1dari 7

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang berbahagia Dato Markiman Bin Kobiran,
Penolong Penyelaras Pembangunan Persekutuan, Parlimen Hulu Langat dengan diiringi Puan
Roziah Bt. Osman, Pegawai Kebajikan Masyarakat , Daerah Hulu Langat @ En. Tan Kian Kiat,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Rakan dan dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan.
Hadirin dipohon berdiri.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi


dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Yang Berbahagia Dato Markiman Bin Kobiran

Penolong Penyelaras Pembangunan Persekutuan,

Parlimen Hulu Langat.

Yang dihormati Puan Roziah Bt. Osman

Pegawai Kebajikan Daerah Hulu Langat.

Yang Berusaha En. Tan Kian Kiat,

Guru Besar Sekolah Keb. Taman Rakan.

Yang dihormati En. Norulrozi B. Azeri,

Pen. Pengarah Bidang Tajaan ( Biasiswa ), Jab. Pend. Selangor.


Yang berbahagia Dato Ibrahim B. Hj Zulkifli,

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Keb. Taman Rakan.

Yang dihormati barisan pentadbir Sekolah Keb. Taman Rakan, Wakil-wakil Agensi Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah, Polis Diraja Malaysia,
Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia, Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan ibu bapa dan Guru, guru-guru dan
murid-murid sekalian.

Selamat datang ke :

Program Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat Bijak : Safe & Protect.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk menjayakan majlis
ini.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian
kerana sudi menghadirkan diri ke program ini terutamanya kepada Yang Berhormat Dato
Markiman B. Kobiran kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis ini.

Hadirin yang dimuliakan,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati program kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz
Mawardee b. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz
Mawardee b atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin warga dewan yang di rahmati sekelian,

Kempen Keselamatan Kanak-kanak ini dicadangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi
mengatasi isu keselamatan kanak-kanak di Malaysia pada masa kini yang agak
membimbangkan. Kempen ini merupakan satu bentuk advokasi dan literasi undang-undang
secara bergerak iaitu dari sekolah ke sekolah. Pendekatan Strategi Lautan Biru- JKM dan
Pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah ( PPKK ) bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri,
PDRM, AADK dan SKMM.

Diantara objektif utama ialah :

1. Menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak kepada pelajar sekolah


rendah.
2. Mendedah kepada kanak-kanak, ibu, bapa, penjaga, guru-guru serta masyarakat
tentang bentuk-bentuk bantuan yang berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak.

Sekapur sirih tiada berharta,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En. Tan Kian Kiat, Guru Besar
Sekolah Keb. Taman Rakan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

************(Ucapan)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Tan Kian Kiat atas
ucapan tersebut.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Dato Markiman Bin Kobiran, Penolong
Penyelaras Pembangunan Persekutuan, Parlimen Hulu Langat untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat Bijak : Safe And
Protect.

dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Dijemput Yang Berbahagia Dato Markiman Bin Kobiran diiringi Puan Roziah Bt. Osman,
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat dan En, Tan Kian Kiat, Guru
Besar SK Taman Rakan ke tengah pentas bagi menyempurnakan gimik perasmian.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Dato atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Anak adalah kurniaan Allah yang sangat besar bagi setiap pasangan. Sifat kanak-kanak
adalah rapuh, senang percayakan orang, tidak boleh mengurus dan menyelamatkan diri
apabila berdepan dengan bahaya.

Mereka perlu dilindungi daripada segala bentuk kekerasan, penderaan dan keganasan.
Kanak-kanak hari ini adalah modal insan Negara masa depan. Masyarakat perlu memainkan
peranan, bersikap prihatin, mengambil tahu dan sama-sama menolong menjaga kanak-kanak
walaupun mereka bukan anak atau keluarga kita. Begitulah secara ringkas simbolik daripada
gimik perasmian itu tadi.

Seterusnya majlis sekali lagi menjemput Dato Markiman B. Kobiran diiringi Puan Roziah Bt.
Osman, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat naik ke pentas bagi
menyempurnakan majlis penyampaian sijil penghargaan daripada Jab, Kebajikan Masyarakat
kepada agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan :


( Tanya dulu sebelum serah )

1. En. Tan Kian Kiat Guru Besar SK Taman Rakan


2. Wakil Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat. ( Tanya dulu..perlu bagi tak dari
JKM )
3. Wakil Agensi Pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah.
4. Wakil Polis Diraja Malaysia.
5. Wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
6. Wakil Pasukan Bomba dan Penyelamat.
7. Wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato Markiman B. Kobiran atas kesudian menyampaikan siji-sijil penghargaan itu tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati
Puan Roziah Bt. Osman, Pegawai Kebajikan Masyarakat, Daerah Hulu Langat untuk
menyampaikan cenderamata kepada Dato Markiman B. Kobiran. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Seterusnya majlis menjemput En. Tan kian Kiat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan taman
Rakan diiringi Puan Merianah Bt. Jamaludin, Guru Penolong Kanan Kurikulum bagi
menyampaikan sijil dan cenderamata daripada pihak sekolah kepada agensi-agensi yang
terlibat dalam menjayakan program hari ini. Dipersilakan.

Sekali lagi dijemput agensi-agensi berikut untuk menerima sijil dan cenderamata :

1. Wakil Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat.


2. Wakil Agensi Pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah.
3. Wakil Polis Diraja Malaysia.
4. Wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
5. Wakil Pasukan Bomba dan Penyelamat.
6. Wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Tan Kian Kiat kerana sudi menyampaikan
sijil dan cenderamata itu tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian sijil dan cenderamata sebentar tadi, maka majlis
perasmian sudah sampai kepenghujungnya Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja
program Kempen Keselamatan kanak-kanak Sahabat Bijak : safe and Protect
ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.
SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
SAYA SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillahwassalamualaikum dan terima kasih.

Dijemput Yang berbahagia Dato Markiman B. Kobiran serta dif-dif jemputan untuk ke
majlis jamuan ringan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kempen keselamatan kanak-kanak diteruskan dengan ceramah 1 oleh unit kanak-kanak,


Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dijemput . Untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk Hak kanak-kanak . Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada .. atas


ceramah beliau yang penuh dengan info yang bermanfaat itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput untuk menyampaikan


ceramah yang kedua bertajuk Jauhi Jenayah Anda bahagia daripada Agensi Polis Diraja
Malaysia. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada . Semoga


ceramah yang disampaikan oleh beliau membari manfaat kepada kita semua.

Sebelum Program berhenti rehat. Marilah kita sama-sama menyaksikan Demonstrasi yang
akan dilakukan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat. Dipersilakan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> REHAT >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Program diteruskan dengan Ceramah ke 3 yang bertajuk Klik Dengan Bijak daripada
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk itu dijemput .
untuk menyampaikan ceramah tersebut. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan..


Program Kempen Keselamatan kanak-kanak Sahabat Bijak : Safe And Protect telah sampai
ke penghujungnya. Dengan ini majlis menjemput Puan NoorAisyah Mohd Amin
. Jab. Kebajikan Masyarakat untuk menyampaikan sedikit ucapan penutup
program kita pada hari ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Noor Aisyah Bt. Mohd Amin di atas ucapan beliau itu
tadi.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik
itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.

Anda mungkin juga menyukai