Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MAJLIS HARI TERBUKA UNIKL MESTECH BERSEMPENA SAMBUTAN HARI MARA KE-49,
2015
Tarikh

: 1 APRIL 2015 (RABU)

Masa

: 10.30 PAGI

Tempat

: DEWAN KULIAH 3 & 4, UNIKL MESTECH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia
Yang dihormati Saudari Pengacara Majlis,
YBhg. Dr. Reezal Ishak, Dekan UniKL MESTECH,
Prof. Dato Ahmad Zahir, Timbalan Presiden Industrial Linkages and Technopreneur,
YBhg. Prof. Madya Dr Kaswandi Mohd Ambia, Timbalan Dekan UniKL MESTECH,
Rakan serpejuangan saya, En. Ahmad Firdaus, Pegawai MARA Daerah Hulu Langat,
Jemputan dari Universiti Kuala Lumpur:
Prof. Madya Dr. Mohd Razif, Dekan IPROM,
Prof. Madya Dr. Mohd. Khir, Dekan MIAT,
Encik Zambri Pawanchik, Pengurus MesRa,
Rakan-rakan dari Kolej Profesional MARA:
Puan Noorizan Noordin, Pengarah KPTM Bangi
Puan Hjh Fadilah Shukor, Pengarah MJII
Puan Norlida Abdul Kadir, Pengarah KPM Beranang
Para Pensyarah, guru- guru serta para pelajar yang saya kasihi.
Para hadirin yang saya hormati,
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, maka kita dapat bersua mesra dalam majlis
meraikan Sambutan Hari MARA Ke-49 dan Hari Terbuka UniKL MESTECH 2015.

Pada kesempatan ini, saya mewakili YBhg. Pengarah MARA Negeri Selangor ingin
menyampaikan ucapan salam penghargaan dan tahniah di atas penganjuran majlis sambutan
ini. Saya mewakili YBhg. Pengarah tidak dapat bersama-sama kita pada hari ini atas urusan
kerja.
Untuk makluman semua, pada tahun 2015 , Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menjangkau
usia 49 tahun. Sepanjang 49 tahun, banyak kejayaan yang telah MARA rencanakan dan
lakarkan demi pembangunan bangsa dan Negara. Umum sedia maklum, MARA merupakan
satu-satunya agensi yang digerakkan secara integrated approach yang mana program
kesuhawanan dan pendidikan berjalan seiringan dalam pelbagai bidang. Ini bertujuan untuk
menyediakan golongan bumiputera masa hadapan yang berdaya saing, kreatif dan inovatif
serta mampu menjadi tulang belakang ekonomi negara.
Hadirin yang saya hormati,
Bagi melestarikan objektif tersebut, beberapa peluang serta hala tuju ke arah pendidikan tinggi
telah dibangunkan oleh MARA. Ini termasuklah pendidikan melalui Kolej Kemahiran Tinggi
MARA (KKTM) , Kolej Profesional MARA (KPTM), Kolej MARA, GMI, dan Universiti Kuala
Lumpur. Pembangunan institusi pendidikan tinggi ini tidak lain hanya untuk melahirkan modal
insan yang holistik melalui peluang pendidikan yang disediakan oleh MARA. Selaras dengan
pembangunan modal insan, MARA telah merangka

Pelan strategik MARA 2011-2015 bagi

melahirkan sekurang-kurangnya 80,000 usahawan dalam Negara ini dan pendidikan telah
diberikan penekanan

sebagai salah satu usaha melahirkan usahawan yang berjaya dan

inovatif.

Justeru, para pelajar dan mahasiswa adalah digalakkan untuk bijak mengambil

peluang

yang disediakan ini untuk meneroka bidang yang mampu menjana ekonomi. Tidak

terhad kepada peluang pendidikan sahaja, bidang pembangunan penyelidikan (R&D) juga
seharusnya dipergiat dan diperkasakan bagi mewujudkan peluang pemasaran produk
bumiputera yang berkualiti tinggi.
Terdorong dengan misi MARA: Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan
untuk penguasaaan ekuiti Bumiputera, kami di MARA sangat berharap sektor pendidikan di
bawah seliaan MARA untuk terus kompetitif dalam melahirkan graduan yang menepati
kehendak cabaran ekonomi Malaysia semasa. Oleh itu, saya secara peribadi ingin

mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak UniKL MESTECH di atas penganjuran sambutan
pada hari ini. Saya telah dimaklumkan bahawa UniKL MESTECH juga telah menjemput
beberapa

buah

sekolah

menengah

di

sekitar

Kajang

sebagai

salah

satu

usaha

memperkenalkan institut di kalangan masyarakat umum, khususnya para pelajar sekolah


menengah , sekaligus memberi pendedahan awal mengenai prospek program yang ditawarkan.
Begitu juga jemputan dari delegasi institusi pengajian tinggi MARA, diharapkan jemputan ini
dapat mewujudkan networking atau rangkaian sesama kita di samping membuka beberapa
peluang baru dalam entrepreneurship.
Akhir kata, saya mewakili Puan Pengarah ingin menyampaikan penghargaan kepada pihak
UniKL MESTECH di atas jemputan ini, untuk sama-sama meraikan hari bersejarah ini juga
tahniah kepada jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan ini. Dengan lafas
Bismillahirrahmanirrahhim, saya merasmikan Majlis Sambutan Hari MARA ke-49 dan Hari
Terbuka MESTECH.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai