Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PPROGRAM TRANSISI
TINGKATAN 1
SESI AKADEMIK
2023/2024
PROGRAM TRANSISI PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2023

1.0 PENDAHULUAN

Pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah akan merasakan
perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di sekolah rendah. Perubahan
ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan yang berbeza. Para
pelajar ini akan merasakan pebezaan dari segi pergaulan dengan rakan-rakan baru, guru-guru
baru, pakaian seragam baru, suasana dan tempat baru, dan yang paling ketara adalah
pertambahan matapelajaran baru yang lebih banyak berbanding di sekolah rendah. Justeru itu,
bagi memudahkan pelajar melalui perubahan tersebut, program orientasi pelajar dirangka.
Pelbagai aktiviti pelajar dirancang untuk mereka lebih mengenali persekitaran sekolah,
menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, memahami mata pelajaran yang akan dipelajari,
mengetahui sumbangan yang boleh dipohon dan pelbagai maklumat lagi yang boleh diketahui.
Oleh itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat mendorong pelajar
berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

2.0 OBJEKTIF

 Memberi pendedahan kepada pelajar- pelajar baru tentang alam persekolahan sekolah
menengah.
 Memastikan para pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan
persekitaran sekolah menengah.
 Melatih pelajar untuk bermotivasi ke sekolah.
 Mengingatkan kembali pelajar tingkatan 2 tentang peraturan sekolah, lagu sekolah dan para
guru.

PELAKSANAAN

SASARAN Tingkatan 1 Sesi 2023/2024


TARIKH 20 Mac hingga 22 Mac 2023
MASA 11.30 pg - 5.45 ptg
3.0 ATURCARA PROGRAM

Tarikh : 20 Mac 2023 (Isnin)

MASA AKTIVITI TINDAKAN


11 pg - 11.30 pg Program guru penyayang (mengalu- Guru bertugas
alukan kehadiran murid) UBK
11.30 pg - 12 tgh Taklimat program Pn. Ainol Mardziah binti Tumin
Pn. Siti Aishah binti Abu Bakar
12 tgh - 1 ptg Solat Zohor dan Tazkirah Unit Dakwah
1 ptg - 2 ptg Taklimat Pembahagian Kelas Cik Rafida
Guru kelas
2 ptg 3.30 ptg Taklimat koperasi dan pembelian Pn. Aslinah binti Abd. Majid
barang di koperasi Guru koperasi
3.30 ptg - 4.30 ptg Solat dan Happy Hour Unit Dakwah
4.30 ptg - 5.15 ptg Latihan nyanyian lagu sekolah Guru MP
5.15 ptg - 5.45 ptg Perhimpunan Rasmi Guru Bertugas

Tarikh : 22 Mac 2023 (Selasa)

MASA AKTIVITI TINDAKAN


11 pg - 11.30 pg Program guru penyayang Guru bertugas
(mengalu-alukan kehadiran murid) UBK
11.30 pg - 12 tgh Sambutan Hari Lahir murid untuk Guru kelas
bulan Januari, Februari dan Mac
12 tgh - 1 ptg Solat Zohor dan Tazkirah Unit Dakwah
1 ptg - 1.30 ptg Taklimat HEM PK HEM
1.30 ptg - 2 ptg Taklimat KOKUM PK KOKUM atau Penyelaras KOKUM
Sesi Petang
2 ptg - 3.30 ptg Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Guru MP
3.30 ptg - 4.30 ptg Solat dan Happy Hour Unit Dakwah
4.30 ptg - 5.45 ptg Taklimat UBK dan UBK
Pentaksiran Psikometrik
Tarikh : 23 Mac 2023 (Rabu)

MASA AKTIVITI TINDAKAN


11 pg - 11.30 pg Program guru penyayang Guru bertugas
(mengalu-alukan kehadiran murid) UBK
11.30 pg - 12 tgh Taklimat Disiplin En. Abd. Karim bin Abd. Hakim
Ketua guru disiplin
12 tgh - 1 ptg Solat Zohor dan Tazkirah Unit Dakwah
1 ptg - 1.30 ptg Latihan nyanyian lagu sekolah Guru MP
1.30 ptg - 2.30 ptg Jamuan Kelas Guru Kelas
2.30 ptg - 3.30 ptg Gotong royong Keceriaan Kelas Guru MP
3.30 ptg - 4 ptg Solat dan Happy Hour Unit Dakwah
4.30 ptg - 5.45 ptg Persembahan Kreatif

AJK PELAKSANA

Penasihat : En. Nor Aslam Mano bin Abdullah

Pengerusi : Pn. Nurmida binti Idris

Penyelaras program : Pn. Ainol Mardziah TuminPn

Setiausaha : Pn. Siti Aishah binti Abu Bakar

AJK PA System : En. Farhan bin Azman

AJK Aktiviti : Pn Vivianne Longinus

PENUTUP

Diharapkan agar program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat seterusnya
dapat mencapai objektif yang disasarkan.
Disediakan oleh Disahkan oleh

…................................. …...............................................
(SITI AISHAH ABU BAKAR) (NOR ASLAM MANO ABDULLAH)
Setiausaha Program Pengetua

Anda mungkin juga menyukai