Anda di halaman 1dari 7

SMK BUKIT GAMBIR, KG.

SUNGAI EKOR,
84800 BUKIT GAMBIR TANGKAK

KERTAS KERJA

PELAKSANAAN PROGRAM GURU PENYAYANG


TAHUN 2024

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK BUKIT GAMBIR
1.0 PENGENALAN

Tugas pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi
merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang
sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada
usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin
mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak
dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik diluar batas
etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik
manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental.

2.0 RASIONAL
i) Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai bagi
membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini
serta disukai oleh murid tersebut.
ii) Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik, di mana
mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka.
iii) Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid

3.0 OBJEKTIF
i) Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
ii) Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan
keperluan semasa.
iii) Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

4.0 JUSTIFIKASI

i) Terdapatnya peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan murid.


ii) Peningkatan kadar ponteng murid.
iii) Terdapat laporan/aduan pelanggaran etika profesion keguruan.
iv) Peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam menjalankan tugas.
5.0 PERSONALIA

Jawatankuasa Kerja Program Guru Penyayang

Pengerusi : En. Ab Mutalib bin Abd. Mahad


Pengetua
Tim. Pengerusi :
PK HEM
Naib Pengerusi 1 :
GPK 1
Naib Pengerusi 2 :
GPK Kokurikulum
Penyelaras : Pn. Ainol Mardziah Binti Tumin
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
AJK : Semua GBK

6.0 PENGISIAN / AKTIVITI


Rujuk Modul Guru Penyayang

7.0 SASARAN
Guru, murid dan seluruh warga sekolah

8.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Sepanjang tahun 2024
10 Februari 2024 - Perasmian Minggu Bimbingan Dan Kaunseling dan Program Guru
Penyayang

9.0 SUMBER KEWANGAN


PCG kaunseling
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Item Kuantiti Jumlah (RM)


1 Pen biru 100 batang x 1.00 100.00
2 Banner Guru Penyayang 1 x 80.00 80.00
3. Button Batch Saya Guru Penyayang 122 x 1.20 146.40
Jumlah 326.40

11.0 PENUTUP

Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke arah


pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana yang lebih harmoni
antara guru dengan murid, serta dapat mengurangkan salah laku disiplin murid.

Disediakan oleh:

…………………………………………..
(AINOL MARDZIAH BINTI TUMIN)
Penyelaras
Program Guru Penyayang

Disahkan Oleh,

………………………………………
AB MUTALIB BIN MAHAD)
Pengetua,
SMK Bukit Gambir
MODUL AMALAN PENYAYANG GURU DENGAN MURID
Nama Program Objektif Program Sasaran Pelaksanaan/Pengisian Instrumen
SELAMAT  Menggalakkan murid seronok Murid 1) Pentadbir, guru bertugas berada di Buku kedatangan
DATANG untuk hadir ke sekolah. pintu pagar dan memberi salam, murid
ANAKKU  Memberi penghargaan kepada senyum, peluk, ucap dan tepuk.
murid yang sampai awal ke 2) 20 orang murid terawal pada hari
sekolah pertama sesi persekolahan akan
menulis nama yang disediakan di
pondok pengawal keselamatan
3) 10 murid yang terawal akan diberi
sijil selepas perasmian Program
Guru Penyayang yang disampaikan
oleh pengetua.

SAMBUTAN  Meraikan murid dan guru 1) Murid dan guru yang lahir pada Kek
HARI LAHIR yang lahir pada bulan Mac bulan Mac akan dijemput untuk
MENGIKUT memotong kek selepas perasmian
BULAN Program Guru Penyayang.
KELAHIRAN
JOM KE  Meningkatkan motivasi dan 1) Guru Bimbingan dan Kaunseling Sebaran Infografik
SEKOLAH rasa ingin ke sekolah setiap akan menyebarkan infografik ke
hari setiap kelas melalui aplikasi
 Mewujudkan rasa kasih Whatsapp.
sayang terhadap sekolah. 2) Infografik berkaitan motivasi dan
tips belajar
PEMBERIAN  Meningkatkan rasa kasih 1) Semua guru akan diberikan button Button Batch
DAN sayang guru terhadap murid batch semasa perhimpunan rasmi
PEMAKAIAN dan dikehendaki memakai button
BUTTON batch tersebut semasa perasmian
BATCH SAYA sebagai sokongan terhadap
GURU program guru penyayang ini.
PENYAYANG
KEPADA
SEMUA GURU

Anda mungkin juga menyukai