Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI

ANJURAN JAWATANKUASA BIMBINGAN & KAUNSELING BERSAMA


UNIT KOKURIKULUM SJKC BUKIT TANGGA

1.0 PENGENALAN

Ahli Jawatankuasa Badan Disiplin, Jawatan Kuasa Bimbingan & Kaunseling Sekolah
kebangsaan dengan kerjasama Unit Kokurikulum , telah bercadang untuk mengadakan
satu Program Pembentukkan Sahsiah Diri. Di mana ianya disertai oleh murid – murid
darjah tiga hingga darjah enam. Kebelakangan ini kesedaran murid-murid tentang
ketaatan terhadap ibu bapa semakin kurang telah mewujudkan situasi ibu bapa di
hantar ke rumah orang tua apabila mereka sudah tua. Justeru pihak sekolah akan
menganjurkan satu ceramah kesedaran kepada murid.

2.0 RASIONAL

Setiap sekolah mengimpikan sifar salah laku di sekolah, di samping murid yang
mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya
murid – murid ini dapat dipupuk dengan sikap dan contoh yang baik. Jika masalah disiplin
di setiap sekolah dapat dikurangkan , pihak sekolah sudah semestinya dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang kurikulum dan kokurikulum .

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid –murid yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati diri yang tinggi
bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui betapa
pentingnya disiplin diri untuk masa depan masing – masing.

4.0 OBJEKTIF

1. Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak
diri orang lain.
2. Meningkatkan kesedaran murid untuk taat kepada ibu bapa.
3. Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan semua insan dan
sekolah.
1
4. Memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan
hidup.
5. Memotivasikan diri para peserta supaya belajar dengan lebih teratur dan
menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

TARIKH : 02.07.2018 (Isnin)


TEMPOH : 10.30 pagi – 4.30 petang
TEMPAT : Bilik Auditorium SJK(C) Bukit Tangga

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid darjah 3 hingga darjah 6

7.1 PENGISIAN PROGRAM

 Ceramah Akhlak Mulia Murid Mencerah Masa Depan


Aturcara Program

HARI PERTAMA
TARIKH MASA AGENDA
02.07.2018 10.30pagi – Ceramah Akhlak Mulia Murid Mencerah Masa
12.00 petang Depan Sesi 1
12.00petang- Ceramah Akhlak Mulia Murid Mencerah Masa
1.30 petang Depan Sesi 2
2.30petang- Ceramah Akhlak Mulia Murid Mencerah Masa
4.00 petang Depan Sesi 3

8.0 PERBELANJAAN MENGURUS KEWANGAN

Bil Jenis Perbelanjaan Jumlah


1. Hadiah kepada penceramah RM
2. Buku – ”Taat kepada orang tua” RM

Jumlah Keseluruhan

2
9.0 JAWATAN KUASA PENGELOLA INDUK
PROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI

Penasihat : Pn Poon Sau Mee


( Guru Besar ,)

Pengerusi : En Chong Chee How


( GPK Hal Ehwal Murid,)

Naib Pengerusi : En Cho Haw Yen


( GPK Kokurikulum)

Setiausaha : Cik Chong Ser Ying


( Setiausaha Unit Disiplin Sekolah)
Naib Setiausaha : Cik Liew Siew Khian
(Guru Bimbingan Dan Kaunseling)

Bendahari : En Chong Gah Sin

10.0 Penutup

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan program kali ini
agar tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah. Semoga
dengan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan memberi kesan serta
kesedaran terhadap diri murid-murid dalam erti kata mengahrgai diri sendiri demi
keluarga, agama, bangsa dan negara.

Disediakan Oleh : En Chong Chee How


Tarikh :

Disemak Oleh : En Cho Haw Yen

Tarikh :

Disahkan Oleh : Pn Poon Sau Mee


Tarikh

Anda mungkin juga menyukai