Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST (ACS), MELAKA

HARI PENDAFTARAN TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN - 2023/2024


TEMA : EMOSI STABIL AKADEMIK CEMERLANG

1. Pengenalan
Pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah akan
merasakan perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di
sekolah rendah. Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di
persekitaran persekolahan yang berbeza. Para pelajar ini akan merasakan pebezaan
dari segi pergaulan dengan rakan-rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru,
suasana dan tempat baru, dan yang paling ketara adalah pertambahan matapelajaran
baru yang lebih banyak berbanding di sekolah rendah. Justeru itu, bagi memudahkan
pelajar melalui perubahan tersebut, program orientasi pelajar dirangka. Pelbagai
aktiviti pelajar dirancang untuk mereka lebih mengenali persekitaran sekolah,
menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, memahami mata pelajaran yang akan
dipelajari, mengetahui sumbangan yang boleh dipohon dan pelbagai maklumat lagi
yang boleh diketahui. Oleh itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program
ini dapat mendorong pelajar berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
2. Rasional
Pengalaman pertama berada di sekolah menengah bagi semua pelajar adalah berbeza
jika dibandingkan dengan situasi sebelum ini. Proses menyesuaikan diri dengan
persekitaran sebenarnya bergantung kepada latar belakang pelajar, sosio ekonomi,
ras, agama serta tahap pencapaian akademik. Mereka yang datang dari pelbagai
sekolah membawa bersama-sama budaya-budaya yang telah lama mereka amalkan.
Amalan-amalan tersebut ada yang boleh baik dan boleh diteruskan tetapi tidak kurang
sebaliknya. Justeru proses utama yang patut dilakukan kepada pelajar-pelajar
tersebut adalah untuk mengorientasikan mereka mengikut budaya sekolah ini. Ini
untuk mengelakkan mereka daripada menghadapi masalah dari segi pembelajaran,
disiplin, interaksi dengan guru dan rakan. Menyedari hakikat tersebut pihak sekolah
wajar menyediakan program ini untuk menyediakan pelajar-pelajar agar menjadi
warga sekolah yang efektif dari setiap segi.

1
3. Matlamat
Semua pelajar-pelajar adalah aset negara di masa akan datang. Mereka merupakan
pewaris ketemadunan generasi masakini. Negara pula senantiasa memikirkan kaedah
dan pendekatan untuk mempertingkatkan kualiti generasi di masa hadapan. Kaedah
modal insan merupakan yang terkini telah dilancarkan bagi mencapai matlamat
tersebut. Untuk itu matlamat yang kita ingin capai adalah untuk melahirkan generasi
yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, perasaan dan intelek selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.

4. Objektif
Adalah diharapkan supaya pelajar-pelajar akan dapat:-
 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang budaya, suasana dan
aturan-aturan baharu alam persekolahan sekolah menengah.
 Mempastikan para pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem
pengajaran dan pembelajaran serta persekitaran fizikal sekolah menengah.
 Melatih pelajar untuk mengenal dan memupuk semangat belajar dengan
lebih bermotivasi ke sekolah.

5. Sasaran
 Semua pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan Sesi 2023/2024

6. Tarikh, Masa dan Tempat


 18.03.2023
 7.30 pagi hingga 2.00 petang
 Dewan GOH CHOON LIM (GCL) SMK METHODIST (ACS), Melaka.

2
7. Jadual Program

MASA AKTIVITI/ATURCARA

7.30 pagi
Ucapan dan Taklimat Pengetua

8.45 pagi
Ucapan dan Taklimat PK Pentadbiran

9.00 pagi Ucapan dan Taklimat PK HEM

9.20 pagi Ucapan Perasmian YDP Persatuan Ibu Bapa


dan Guru

10.40 pagi Pendaftaran murid di kelas

2.00 petang Bersurai

9. Organisasi
9.1 Jawatankuasa Induk
(a) Pengerusi : Pengetua
(b) Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(c) Naib Pengerusi I : Penolong Kanan Pentadbiran
(d) Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Kokurikulum
(e) Setiausaha : GBK
(f) Penolong Setiausaha : Penyelaras Tingkatan Satu dan Peralihan

9.2 Jawatankuasa Kerja


3
TUGASAN PERSONALIA
1. Teks Ucapan Ydp Pibg
2. Persiapan Tempat Di Dewan
3. Persiapan Pa Sistem Dan Lcd
4. Pendaftaran Ibu Bapa
5. Persediaan Tempat Di Kelas
6. Jamuan Tetamu
7. Banner Dan Brochure
8. Juru Gambar
9. Laporan

10. Kewangan
PENDAPATAN JUMLAH

PERBELANJAAN JUMLAH

JUMLAH BESAR

11. Penutup

Matlamat ke arah kecemerlangan dan kegemilangan tidak akan sia-sia jika ada
sokongan, galakkan dan tindakan yang bersungguh-sungguh. Sesuatu yang baik tidak
boleh dilengah-lengahkan jika diketahui keuntunganya. Menyemai benih biarlah pada

Anda mungkin juga menyukai