Anda di halaman 1dari 5

Hari Orientasi Tahun 4

KERTAS CADANGAN HARI ORIENTASI TAHUN 4

1. Nama Program :Hari Orientasi Tahun Empat


Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud

2. Pengenalan.

Program Orientasi atau suai kenal adalah antara program yang amat perlu didedahkan kepada
murid-murid. Selain daripada memberikan pendedahan terhadap kepelbagaian subjek, ia juga
memberikan peluang kepada murid-murid tahun 4 untuk mengenali para pentadbir serta guru-
guru yang terlibat atau bertugas di sesi pagi.
Secara keseluruhan bolehlah dikatakan bahawa program ini menjurus kepada
pembentukkan konsep pembelajaran yang terancang untuk murid-murid tersebut atau dalam
erti kata lain pembelajaran yang telah didedahkan dengan terpeinci kepada mereka agar
mereka faham serta tahu dengan sukatan yang bakal dipelajari.
Pengisian program ini keseluruhannya berbentuk orientasi iaitu suai kenal, sama ada info
subjek ataupun info untuk perkara-perkara yang lainnya seperti kegiatan koku, tenaga
pengajar, para pentadbir serta setaf sokongan dan lain-lainnya.

3. Rasional.

Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua murid yang menyertainya mendapat
manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembelajaran, sosial dan
persekitaran yang baru.
Ia juga turut menyediakan pakej suai kenal yang komprehansif kerana melibatkan dari
setinggi-tinggi jawatan pentadbiran hinggalah kepada tukang masak di kantin, tukang kebun
serta penyelenggara kebersihan di sekolah. Penekanan yang diberikan adalah info berupa
pengetahuan disusuli dengan etika sosial yang patut diamalkan agar murid-murid berakhlak
mulia.
Di samping itu, pengisian program daripada unit Bimbingan turut diselitkan dalam
bentuk sahsiah serta disiplin diri.

4. Matlamat

4.1 Melahirkan murid berakhlak mulia.


4.2 Menyedarkan murid terhadap sukatan yang bakal ditempuhi.
4.3 Mendidik murid agar mengerjakan kebajikan.

5. Objektif.

5.1 Peserta mengenali serta menghormati semua warga sekolah.


5.2 Peserta tahu tentang sukatan matapelajaran yang akan diambilnya sepanjang sesi 2011
5.3 Peserta tahu tentang aktiviti serta program yang akan dilaluinya sepanjang sesi 2011

6. Tema

“ Pelajar Cemerlang Sekolah Gemilang ”

7. Jangkamasa Orientasi

Program ini dijalankan pada sesi pagi selama 3 jam pada 5 Januari 2011

Unit Bimbingan & Kaunseling Page 1


Hari Orientasi Tahun 4

8. Tempat :

Dataran Berbumbung SKHMC

9. Kumpulan Sasaran.

Semua pelajar Tahun Empat Sesi 2011.

10. Kaedah Perlaksanaan

10.1. Taklimat
10.2. Ceramah

11. Jawatankuasa Hari Orientasi Pelajar Tahun Empat.

Penasihat : Guru Besar


Pengerusi . : Guru Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi : Guru Kanan Pentadbiran.
Penyelaras Program : Guru Bimbingan & Kaunseling
Setiausaha : Penyelaras Tahun 4
AJK : Guru Kelas /Akademik Tahun 4

Unit Bimbingan & Kaunseling Page 2


Hari Orientasi Tahun 4

12. JADUAL PROGRAM ORIENTASI.

BIL AKTIVITI WAKTU TINDAKAN


1. Ucapan Guru Besar 8.00 –8.30 pg Guru Besar
- Perubahan Sessi
- Kenali Guru Anda

2. Ucapan Guru Kanan Pentadbiran 8.30 – 9.00 PK Pentadbiran


- Kenali Diri
- Persediaan Menghadapi peperiksaan.

2. Disiplin Diri 9.00 – 9.30 pg PK HEM


- Peraturan Sekolah

3. Taklimat Ringkas
( Sahsiah dan Pengenalan ) 9.30 pg – 9.50pg Guru Penyelaras
-suasana baru Tahun 4
Pn Asnida Abdullah

4. REHAT 9.50 – 10.20


5. Apa itu Kokurikulum 10.20 – 10.50 pg Penolong Kanan
- Unit Beruniform Kokurikulum
- Persatuan & Kelab
Permainan
6. Kenali Subjek Baru

- Kajian Tempatan 10.50 - 11.00 pg Pn. Mazlina Yahya

En. Ahmad
11.00 – 11.10 pg
- Kemahiran Hidup Zawahir

- Sivik dan Kewarganegaan 11.10 – 11.20 pg En. Ismail b.


Bujang

12. Penilaian

12.1. Berdasarkan penglibatan dan minat peserta dalam setiap aktiviti.


12.2. Ulasan, pemerhatian dan pendapat para guru dan penceramah.
12.3. Borang soal-selidik.
12.4. Reaksi dan perubahan tingkahlaku peserta khususnya personaliti dan ketrampilan
selepas hari orientasi

13. Penutup.

Adalah diharapkan para pelajar yang telah mengikuti program hari orientasi ini akan mendapat
beberapa celik akal atau wawasan mengenai falsafah dan nilai yang sepatutnya ada pada
seseorang seorang Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud Chemor.

Unit Bimbingan & Kaunseling Page 3


Hari Orientasi Tahun 4

Disediakan oleh, Disemak dan disokong,

Disahkan oleh,

Unit Bimbingan & Kaunseling Page 4


Hari Orientasi Tahun 4

CARTA ALIRAN
PROGRAM MINGGU ORIENTASI TAHUN 4

Bermula

Menyediakan Kertas Cadangan

Mendapat kelulusan Guru Besar


gURUPengetgU/PIBG

Mengenalpasti Penceramah

Menghantar surat Jemputan


Penceramah

Menyediakan bahan/alatan dan


Melaksanakan Program

Penilaian

Menyediakan Laporan

Hantar laporan

Unit Bimbingan & Kaunseling Page 5

Anda mungkin juga menyukai