Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI


SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
2022

PENDAHULUAN

Pembinaan sahsiah dan disiplin merupakan elemen terpenting untuk kejayaan setiap
pelajar.Disiplin merupakan jantung serta kunci sesebuah kejayaan bagi pelajar.Pelajar tanpa
mengira warna kulit dan latar belakang keluarga telah dipilih bagi membentuk golongan pelajar
yang bebas masalah disiplin dan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sama ada
di dalam atau luar sekolah.

Pendedahan kepada pelajar bahawa setiap daripada mereka adalah pemimpin sama
ada memimpin orang lain ataupun memimpin diri sendiri akan diterapkan menerusi aktiviti yang
dijalankan. Nilai-nilai murni ini juga dapat dipupuk bagi meningkatkan kefahaman dan
keperihatinan mereka dalam terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka.

RASIONAL

Pelajar sekolah adalah nadi kehidupan sesebuah negara. Utuhnya sahsiah pelajar
bermaksud utuhnya negara. Ini kerana mereka adalah pemimpin pada masa akan datang.
Sehubungan itu, Unit Disiplin dengan Kerjasama Unit Qamar Aura buat julung-julung kalinya
merasakan amat perlu pelajar di SKBBSB diberi pendedahan dan peluang untuk membina
sahsiah diri.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dari setiap
sudut sama ada dari segi sahsiah, akademik, dan sebagainya, maka Unit Disiplin dengan
kerjasama Unit Qamar Aura mengambil inisiatif untuk mengadakan program Transformasi Diri
kepada para pelajar.

Melalui kursus ini pelbagai aktiviti akan dijalankan dan berfokus kepada pembinaan jati
diri yang mantap dalam diri pelajar. Ini kerana, tanpa jati diri yang mantap, para pelajar tidak
mampu menangkis anasir-anasir yang kurang sihat dan sekaligus membantutkan hasrat
kerajaan melahirkan modal insan berkualiti.

Justeru, kami merancang untuk mengadakan kursus ini di sekolah. Kami percaya,
pembinaan modal insan ini akan terus ada kesinambungan dan tidak terhenti di sini sahaja.

MATLAMAT

Melalui kem ini diharap para pelajar SK Bandar Baru Sungai Buloh yang terlibat akan
menunjukkan ciri-ciri positif terhadap pengurangan statistik pelanggaran disiplin sekolah
seterusnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain.

OBJEKTIF

1. Mengurangkan kes-kes perlanggaran disiplin sekolah oleh pelajar-pelajar yang berisiko.


2. Memberi penekanan kepada aspek pembentukan sahsiah diri.
3. Menangani gejala sosial dan mengurangkan salah laku disiplin di sekolah.

1
PELAKSANAAN

Tarikh / hari : 15 Jun 2022 (Rabu)

Tempat : SK Bandar Baru Sungai Buloh

Bilangan peserta : 30 orang murid sesi pagi

Bilangan guru : 5 orang guru

KUMPULAN SASARAN

30 orang pelajar yang terdiri daripada para pelajar SK Bandar Baru Sungai Buloh

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Saffie bin Ismail (Guru Besar)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Hainon bt Md Yusuf (GPK HEM)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Che Haslina bt Che Abdul Hadi (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 3 : Pn. Norizan bt Dzulkifli (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 4 : Pn. Noor Adleynna Reza bt Azmal Mokhtar (GPK Petang)

Penyelaras : En. Muthanna bin Mustafar

Setiausaha : En. Amirul Amin bin Sa’aroni

AHLI JAWATANKUASA

1. En. Amirul Amin bin Sa’aroni (GBKSM)


2. En. Muthanna bin Mustafar (Guru Disiplin)
3. Pn. Noor Sheela binti Mohd Ariffin
4. En. Khairunnizam bin Suhaimi (Kerohanian)
5. Pn. Chrisila Christie (Moral)

2
PENGISIAN PROGRAM

WAKTU PERKARA

7.30 - 8.00 am Taklimat Program


8.00 - 8.30 am Slot 1 : Kenali Diri Anda
8.30 - 9.30 am Slot 2 : Kerohanian / Moral
9.30 - 10.00 am Rehat / Makan
10.00 - 11.00 am Slot 3 : Teknik Membina Disiplin Diri
11.00 - 12.00 pm Slot 4 : Sahsiah Diri Unggul
12.00 - 12.30 pm Refleksi

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Perkara Jumlah Jumlah (RM)


(Sumber (Perbelanjaan) (unit)
Kewangan) x RM
Cenderahati
 Frame Sijil 5 x RM 8.00 RM 40.00
1. Sumbangan UBK
 Buku Planner 5 x RM 20 RM 100.00

JUMLAH RM140.00

PENUTUP

Adalah besar harapan kami agar program yang dirancang ini akan dapat memberi
manfaat kepada semua pelajar yang terlibat dapat meningkatkan sahsiah diri dan berubah
menjadi pelajar yang berdisiplin.

Disediakan oleh, Disemak oleh :

…………………………………… ……………………………………
(AMIRUL AMIN BIN SA’ARONI) (HAINON BINTI MD YUSOF)
Guru Bimbingan dan Kaunseling Penolong Kanan HEM
SK Bandar Baru Sungai Buloh SK Bandar Baru Sungai Buloh

Disahkan oleh,

……………………………..
(SAFFIE BIN ISMAIL)
Guru Besar,
SK Bandar Baru Sungai Buloh

Anda mungkin juga menyukai