Anda di halaman 1dari 7

Kebelakangan ini, dunia pendidikan digegarkan dengan gaya pembelajaran

abad ke-21. Namun, masih ramai yang tidak faham mengenai apa itu pembelajaran
abad ke-21 terutamanya ibu bapa murid. Apa yang mereka faham adalah untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan mengambilnya setelah tamat waktu
persekolahan. Perkara seperti ini tidak harus wujud dalam pemikiran ibu bapa
zaman sekarang kerana anak-anak merupakan pewaris bangsa pada masa
hadapan. Ini kerana, ianya merupakan kemahiran pembelajaran yang diperlukan
oleh murid untuk berdaya saing pada era global moden.

Dalam menjayakan usaha untuk melahirkan murid yang mampu menguasai


kemahiran abad 21, kerajaan telah memberi banyak inisiatif dan kemudahan
kepada sekolah agar hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) dapat
dicapai. Diantara perkara yang boleh dilakukan bagi mencapai kemahiran abad ke
21 adalah dengan meningkatkan atau menaik taraf kemudahan fizikal bilik darjah
sedia ada. Ini kerana persekitaran bilik darjah yang bersesuaian mampu membantu
dalam mengembangkan bakat dan kemahiran murid mengikut bentuk fizikal bilik
darjahnya. Marland(1975) memberikan pendapat tentang suasana fizikal bilik darjah
dimana ianya mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pembelajaran.
Maksud yang ingin dijelaskan adalah bahawa fizikal bilik darjah boleh membantu
murid untuk berubah kearah yang lebih baik atau sebaliknya.

Bagi melahirkan murid yang menguasai kemahiran abad ke 21, ruang dan
pergerakan di dalam kelas mestilah bersesuaian dan fleksibel. Perkara yang perlu
dititikberatkan adalah susunan meja dalam organisasi sesuatu kelas. Meja
hendaklah disusun untuk mencapai tahap interaksi yang holistik antara murid
dengan murid dan murid dengan guru. Menurut Haliza Hamzah(2009), susunan
meja hendaklah disusun untuk mencapai tahap optimum bagi perbincangan. Ini
kerana, pembelajaran abad ke 21 menekankan pembelajaran berpusatkan murid
dimana susunan meja secara perbincangan membolehkan mereka untuk
berinteraksi, berkongsi bahan pembelajaran, berbincang dan bertukar-tukar
pendapat. Di dalam Bahagian Pengurusan Sekolah Harian(BPSH) juga ada
menyatakan bahawa murid abad 21 hendaklah mempunyai komunikasi dan
kolaborasi dan susunan meja seperti ini jelas menunjukkan bahawa komunikasi
dapat dijalankan secara optimum. Antara kesan positif yang boleh diwujudkan
adalah murid mampu meningkatkan kemahiran sosial di samping melatih
kepimpinan dan tanggungjawab apabila melakukan tugas berkumpulan. Selain itu,
perbincangan sesama rakan juga mampu meningkatkan percambahan otak melalui

1
idea yang dikongsi bersama dan ditambahbaik untuk menghasilkan murid yang
kreatif dan berinovasi. Terdapat juga nilai-nilai murni murid abad ke 21 dimana
mereka akan saling tolong-menolong bagi menyelesaikan masalah secara bersama.
Contoh susunan meja yang menunjukkan gaya perbincangan seperti yang
ditunjukkan pada rajah 1.

Rajah 1

Seterusnya, perkara yang penting dalam fizikal bilik darjah mesra budaya
adalah sudut pembelajaran. Sudut pembelajaran merupakan tempat berilmiah
dimana informasi yang berkaitan dengan subjek-subjek yang terkandung di dalam
PnP dipaparkan pada sudut pembelajaran yang kebiasaannya terdapat di belakang
kelas. Selain itu, ruang membaca juga termasuk salah satu ciri sudut pembelajaran
dimana ruang kecil seperti suatu sudut di dalam kelas diperuntukkan untuk
dijadikan tempat membaca. Elemen ini penting pada murid agar mereka boleh
mendapatkan nota atau input dengan cara yang menarik seperti peta i-think dan
ringkasan maklumat. Perkara seperti ini amat penting kepada pelajar agar mereka
boleh meneroka dan mendapatkan maklumat dengan cara yang mudah seperti
pembelajaran by station. Perkara penting di dalam sudut pembelajaran adalah
dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif,
kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Hasilnya, ciri-ciri murid abad ke 21
dapat dilahirkan seperti sikap dahagakan ilmu, sentiasa ingin tahu dan mampu
menjana idea. Morrow dan Weinstein (1982), menyatakan bahawa keep in mind to
2
include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate
and discover knowledge yang menegaskan penggunaan sudut pembelajaran agar
pelajar boleh meneroka dan mengetahui PnP dalam konteks tidak formal.
Kepentingan sudut pembelajaran ini adalah ianya mampu untuk meningkatkan
literasi maklumat pelajar seperti yang terkandung di dalam BPHS bagi
meningkatkan kemahiran abad ke 21.

Selain daripada ciri-ciri diatas, bilik darjah yang mesra budaya seharusnya
mempunyai kemudahan teknologi seperti komputer dan internet kepada murid.
Kemudahan seperti ini membolehkan mana-mana ahli kelas untuk mencari
maklumat yang diperlukan atau jawapan kepada soalan yang diberikan oleh guru.
Pembelajaran abad ke 21 ini lebih menggalakkan manusia untuk menggunakan
teknologi semasa agar seiring dengan kemajuan dunia pada masa kini seperti yang
dijelaskan oleh Saidina Umar R.A. didiklah anak kamu mengikut zamannya.
Pendapat ini turut disokong oleh rata-rata pakar pendidikan bahawa kaedah
pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan
teknologi siber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran
konvensional seperti chalk and talk semata-mata kurang berhasil menarik minat
murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan
kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa(KPM,
2015). Hal ini kerana, kepentingan komputer sangat banyak dimana ianya boleh
mencari maklumat dengan mudah dan cepat. Selain itu, ianya turut membantu
dalam menunjukkan sesuatu perkara yang tidak dapat dapat ditunjukkan oleh guru
seperti contoh, pembelajaran tentang haiwan yang tiada di dalam Malaysia tetapi
terdapat di luar negara. Oleh itu, kemahiran abad ke 21 dapat ditunjukkan dengan
usaha untuk literasi teknologi, maklumat dan komunikasi melalui penggunaan
internet dan komputer.

Bilik darjah mesra budaya juga turut menekankan tentang peraturan sesuatu
koloni seperti di dalam kelas. Peraturan yang disediakan adalah berlandaskan
pekeliling dan peraturan sekolah agar ianya sah disisi undang-undang untuk diguna
pakai terhadap murid. Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki Miskon(2014), intipati
peraturan perlulah mencakupi amalan menepati masa, amanah, rasa
tanggungjawab, menjaga kebersihan, hormat-menghormati, bertolak ansur dan
bekerjasama. Peraturan tersebut hendaklah dipaparkan di papan kenyataan kelas.

3
Perkara ini perlu dilakukan agar murid boleh melihat dan peka terhadap akta yang
tertulis di dalam peraturan tersebut. Murid perlu diberi penjelasan dan dilatih untuk
mematuhi peraturan yang ditetapkan. Perlanggaran peraturan akan mengakibatkan
murid diberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil juga bertujuan
untuk mendidik dan bukan sebagai hukuman. Kesan yang timbul daripada wujudnya
peraturan ini, murid mampu bertindak secara amanah dan bertanggungjawab.
Selain itu, sikap hormat-menghormati dan saling tolong-menolong juga dapat
diwujudkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan
murid yang sihat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Kesimpulannya, elemen fizikal banyak membantu dalam melahirkan murid


untuk menguasai kemahiran abad ke 21. Guru dan pihak pentadbiran sekolah perlu
memainkan peranan penting bagi menjayakan bilik darjah mesra budaya agar ianya
mampu melahirkan murid yang menguasai kemahiran abad ke 21. Antara aspek
yang penting adalah seperti ruang dan pergerakan seperti contoh susunan meja di
dalam kelas yang menuju ke arah pembelajaran berpusatkan murid. Seterusnya,
sudut pembelajaran di dalam kelas yang boleh membantu pelajar agar berfikiran
lebih kreatif dan inovatif. Selain itu, kemudahan akses dan teknologi yang
membantu murid dalam mencari ilmu dan maklumat selain boleh mengenal dunia
luar. Akhir sekali, peraturan di dalam kelas yang mampu melahirkan murid yang
berdisiplin dan bertanggungjawab. Terdapat banyak lagi aspek fizikal yang boleh
dinyatakan selain daripada perkara di atas. Kita semua memainkan peranan yang
penting dalam menjayakan pendidikan yang berkualiti agar masa depan negara
Malaysia mampu terus maju dan berkembang.

4
Rujukan

Ahmad Subki Miskon, & Syed Ismail Syed Mustapa. (2012). Budaya dan

Pembelajaran (4th ed.). Puchong, 47100: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (1st ed.). Shah Alam,

40150: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hosnan, M. (2014). Pendekatan saintifik dan kontekstual dalam pembelajaran


abad 21: kunci

kejayaan pelaksanaan Kurikulum 2013 . R. Sikumbang (Ed.).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -

2025 - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Retrieved from

http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-

2013-2025

5
Marland, M. (1975). Comment. Educational Management Administration & Leadership, 3(2),

38-39. doi:10.1177/174114327500300208

Morrow L.M., Weinstein, C.S. (1982). Increasing Childrens Use of Literature Though Program

and Physical Design Changes. Elemntary School Journal, 83, 131- 137.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. (2015). Buletin Anjakan. Retrieved from

http://www.padu.edu.my/files/Anjakan_Bil_4_(2015)_Final.pdf

6
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai