Anda di halaman 1dari 5

Pendidikan tidak kira dalam apa bidang sekalipun mestilah berbentuk pengalaman

yang bermakna. Pendidikan juga haruslah memberangsangkan dan menghasilkan


kepuasan yang mampu mencetuskan sifat minat bagi mendapatkan pengetahuan
agar pembelajaran tersebut menjadi pembelajaran berkesan. Menyedari hal itu,
Institut Pendidikan Guru Malaysia telah menyediakan satu kursus yang mampu
melahirkan guru berperwatakan menarik agar pembelajaran yang diberi kepada
murid menjadi sangat menarik dan seterusnya mampu melahirkan insan yang
mencintai ilmu dan alam persekolahan. Kursus Seni Dalam Pendidikan memainkan
peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan
daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan
individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa
kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi(Dr. Sharifah Norul
Akmar Syed Zamir, 2006). Penggabungan tiga jenis bidang yang terdiri daripada
seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu dalam membentuk
insan yang lebih bersifat holistik yang mampu memberi kesan kepada kelahiran
masyarakat yang berjiwa kreatif dan inovatif.
Pengaplikasian elemen Seni Dalam Pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bimbingan dan Kaunseling dipercayai mampu menginovasikan suatu
kaedah pembelajaran yang baharu sesuai dengan pembelajaran murid di sekolah
dan memberi banyak faedah dan kelebihan kepada guru kaunseling untuk
pengaplikasian dalam bidang ini. Melalui elemen seni visual yang terdapat dalam
Seni Dalam Pendidikan, pembelajaran yang diajar menjadi lebih mudah, menarik
dan seronok. Antara contoh seni visual yang diamalkan dalam bidang Bimbingan
dan Kaunseling adalah seperti kaedah sand play therapy yang boleh digunakan
dalam proses penerokaan masalah melalui teknik projektif kerana prosesnya yang
mempunyai unsur interpretasi dan penggunaan simbol (Bradway & McCord, 1999).
Sand play therapy ini dilakukan dengan menggunakan kaedah permainan seperti
patung mainan dan kita projeksikan diri kita ke dalam patung itu dan membuat satu
situasi yang dihadapi oleh klien pada masa itu. Kaedah ini membolehkan klien
untuk menceritakan masalah dengan lebih mudah dan secara berterus-terang
tanpa mereka sedari. Kaedah sand play therapy ini terbukti berkesan dalam bidang
Bimbingan dan Kaunseling kerana ia pernah dijadikan kajian kes yang dibuat oleh
Peridah Binti Mahal(2009) yang menceritakan mengenai cara sand play dalam
1

menangani masalah pergaulan sosial (sila rujuk lampiran). Perkara ini membuktikan
bahawa teknik kaunseling juga boleh diinputkan unsur Seni Dalam Pendidikan dan
menjadikan teknik kaunseling itu menjadi lebih mudah, menarik dan seronok.
Bagi aspek elemen seni muzik pula, Seni Dalam Pendidikan diaplikasikan
dalam terapi muzik. Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan
merupakan salah satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan
untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta
fizikal. Fungsi terapi muzik adalah untuk membantu mewujudkan suasana relaksasi,
ketenangan dan kedamaian kepada pendengarnya. Terapi muzik ini merupakan
suatu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan
berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian yang telah berjaya membuahkan hasil
yang memberangsangkan. Menurut The American Music Theraphy Association
(Peters, 2000), terapi muzik bermaksud
A planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on
assessment

evaluation

of

individual

clients

specific

needs,

strengths,

and

weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing


music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used
by specially trained personnel to influence positive changes in an individuals
condition, skills, thoughts, feelings or behaviours.
Dalam bidang kaunseling, terapi muzik ini sesuai digunakan di dalam bilik
kaunseling seperti contoh guru kaunseling yang sentiasa memasang lagu yang
berunsurkan ketenangan di dalam bilik kaunseling. Dengan cara itu, murid-murid
yang mendengar lagu tersebut akan berasa tenang apabila berada dalam bilik
kaunseling dan memudahkan mereka untuk mengadakan sesi kaunseling bersama
kaunselor. Kelebihan terapi muzik ini adalah mampu membantu klien atau
pendengarnya yang mempunyai masalah emosi terutamanya untuk meneroka dan
menyelami masalah sendiri. Dengan cara itu ianya dapat mewujudkan suasana
positif dan seterusnya membantu dalam perubahan terhadap tingkah laku yang
lebih baik. Terapi muzik ini membantu dalam mengurangkan tekanan yang dialami
oleh orang lain dan perkara ini disokong di dalam Berita Harian(19 Mac, 2008) yang
menyatakan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk mengurangkan
penderitaan pesakit dan meredakan tekanan. Selain itu, terapi muzik juga boleh
2

digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma, gangguan emosi,


terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS. Penggunaan terapi muzik ini
sangat membantu dalam memberi ketenangan jiwa sesuai untuk meneutralkan
masalah klien yang mempunyai otak yang serabut dan runsing dengan masalah.
Terapi muzik ini merupakan contoh terbaik dalam kemasukan Seni Dalam
Pendidikan dalam pendidikan terutamanya Bimbingan dan Kaunseling.
Pengaplikasian seterusnya yang diterapkan dalam Seni Dalam Pendidikan
untuk diintegrasikan dalam subjek Bimbingan dan Kaunseling adalah melalui
elemen seni pergerakan. Fowler (1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan
sebagai

suatu

pendekatan

dalam

kaedah

pengajaran,

kemahiran-kemahiran

bermotor termasuk pergerakan kemahiran-kemahiran berasas, permainan, tarian


dan aktiviti-aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam proses
pembelajaran serta menggabungkan kesemua faktor pergerakan yang disarankan
oleh Rudolf Laban. Bagi seni pergerakan, perkara yang boleh diaplikasikan dalam
bidang Bimbingan dan Kaunseling adalah melalui lakonan. Lakonan boleh dijadikan
sebagai role-play untuk membantu klien mendapat celik akal bagi permasalahan
yang sedang dihadapinya. Sebagai contoh, seorang klien menghadapi masalah
pergaduhan dengan rakan sekelasnya, kaunselor boleh menyuruh klien untuk
berlakon situasi yang menjadi permasalahan untuk mendapatkan gambaran yang
lebih jelas. Melalui cara itu, kaunselor boleh bertanya soalan yang mampu
mencabar minda klien dan memberi celik akal kepada klien semasa klien sedang
mengadakan sesi lakonan. Kaedah role-play ini sememangnya digunapakai oleh
kaunselor untuk membantu klien mendapat celik akal di dalam teori REBT, namun
melalui

pengaplikasian

Seni

Dalam

Pendidikan,

kaedah

role-play

ini

boleh

dikembangkan lagi dengan memasukkan unsur lakonan yang sebenar. Faedah yang
boleh didapati daripada role-play ini ialah murid berpeluang untuk menjalani proses
penerokaan semasa pengajaran dan pembelajaran. Maksud penerokaan yang
dinyatakan adalah cara pemikiran murid untuk berfikir secara holistik yang
seterusnya mampu untuk mendapat celik akal mengenai permasalahan yang
dihadapinya.

Elemen

pergerakan

mampu

membantu

kaunselor

dalam

melaksanakan langkah-langkah dan kaedah dalam teori kaunseling bagi membantu


kaunselor secara berkesan.

Kesimpulan yang dapat kita pelajari adalah elemen seni muzik, seni visual dan seni
pergerakan yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan mampu diaplikasi dan
diintegrasikan ke dalam subjek Bimbingan dan Kaunseling. Seni Dalam Pendidikan
mempunyai banyak faedah dan kelebihan seperti menjadikan proses atau
pembelajaran menjadi lebih seronok, memudahkan proses pembelajaran dan
banyak lagi. Kewujudan subjek ini merupakan usaha yang sangat baik dalam
membantu

bakal

pendidik

untuk

menghadapi

cabaran

pengajaran

dan

pembelajaran abad ke-21. Melalui subjek ini, kita dapat melahirkan bangsa yang
kreatif dan inovatif demi pembangunan dan perkembangan negara Malaysia pada
masa hadapan.

Rujukan

Bradway, K. & McCord, B. (1999). Sand play and active imagination. Journal
of Sandplay Therapy, 13, 9-12.
Fowler, J. W., & Levin, R. W. (1984). Stages of faith: The psychology of human
development and the quest for meaning.
Malaysia, O. U. (2007). HBEF 1403 Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
UNITEM SDN. BHD.
Nurul Hidayah Bahaudin. (2008, March 19). Karya Mozart mengurangkan
penderitaan pesakit.Berita Harian.
Peridah Binti Mahal. (2009). Pendekatan Sandplay dalam menangani
masalah pergaulan sosial: satu kajian kes. Buku Koleksi Kertas Kerja
Seminar Penyelidikan IPGM KBL , 1-13.
Peters, J. S. (2000). Music therapy: An introduction. Charles C Thomas
Publisher.

Sharifah Norul Akmar Syed Zamri, Yew, Wun Thiam , and Lim Hooi Lian.
(2006). "Assessing Preservice Secondary School Teachers Knowledge
Of The Relationship Between Perimeter And Area."

Anda mungkin juga menyukai