Anda di halaman 1dari 13

TERAPI SENI SEBAGAI SATU AMALAN PENGAJARAN

DALAM MEMPERKEMBANG KREATIVITI DAN BAKAT PELAJAR


SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, KUALA LUMPUR:
SATU TINJAUAN.

ART THERAPY AS A TEACHING PRACTICE IN THE DEVELOPMENT OF


STUDENTS CREATIVITY AND TALENT: An Overview in Sekolah Bimbingan
Jalinan Kasih, KL. Commented [U1]: tajuk yang betul

Azizah Suleiman, Faridah Anum Abdul Wahid,


Zainun Abu Bakar, Salehuddin Zakaria
faridah_anum@ipgkik.edu.my
Jabatan Pendidikan Seni Visual
IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras

Abstraks
Kajian tinjauan yang dijalankan ini adalah bagi mengenalpasti sejauhmanakah keberkesanan terapi seni
dalam memperkembangkan kreativiti dan bakat pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih(SBJK) melalui
aktiviti pembelajaran yang bersifat estetik di dalam bilik darjah. Kajian tinjauan ini juga turut menilai
pengetahuan asas para pelajar dan guru SBJK melalui soal selidik , temu bual serta pemerhatian lapangan
yang dilakukan oleh pengkaji bagi melihat perubahan tingkah laku dan hasil produk yang berkaitan. Hasil
kajian tinjauan ini menunjukkan bahawa amalan pengajaran yang menerapkan elemen terapi seni sebagai
asas pembelajaran yang bersifat estetik mampu memperkembangkan kreativiti dan bakat pelajar secara
berkesan. Hal ini terbukti melalui projek seni yang dihasilkan oleh kumpulan pelajar yang mempunyai
latar belakang dan tahap umur yang berbeza mampu menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif
melalui penerapan pembelajaran dalam aktiviti Terapi Seni yang dijalankan kepada pelajar yang terlibat.

Kata kunci: terapi seni, kreativiti, estetik

Abstraks
The survey was carried out to identify the effectiveness of art therapy as a teaching practice in developing
the creativity and talent of Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) students through aesthetic learning
activities in the classroom. This survey study also examines the basic knowledge of SBJK students and
teachers through a quantitative questionnaire,interviews, as well as field observations conducted by
researchers to see changes in behavior and related product outcomes. The findings of this survey show
that teaching practices that incorporate elements of art therapy as an aesthetic learning base can
effectively enrich the creativity and talent of students. This is evidenced by the art project created by a
group of students with different backgrounds and ages capable of producing creative and innovative
products through the application of learning in Arts Therapy activities conducted to the students involved.

Keywords: art therapy, creativity, aesthetic

1
Pendahuluan
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) yang ditubuhkan pada 2013 adalah satu-satunya sekolah yang
dikhususkan kepada anak-anak gelandangan yang terdapat di sekitar ibu kota. Murid-murid dari sekolah
SBJK ini terdiri dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Tujuan diwujudkan SBJK ini adalah
bagi memberi peluang pendidikan kepada setiap lapisan masyarakat khususnya kepada kanak-kanak
gelandangan atau terbiar yang sebelum ini tercicir daripada sistem pendidikan kebangsaan. Hal ini selaras
dengan Dasar Pendidikan Wajib (2009) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dalam melaksana amalan antarabangsa melalui ketetapan yang dibuat oleh UNESCO.

Kerencaman latar belakang pelajar SBJK ini memberi cabaran besar kepada pihak sekolah dalam
memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan asas yang sempurna dan bermotivasi tinggi untuk ke
sekolah. Seperti sekolah harian, murid dari SBJK juga tidak sunyi dengan isu-isu disiplin yang ketara
seperti masalah ponteng dan minat yang rendah terhadap pelajaran. Kenyataan ini seiring dengan kajian
yang dibuat oleh M. Salem dan Abd. El Latif (2002) yang melihat permasalahan anak-anak jalanan atau
anak-anak gelandangan ini mengalami masalah emosi merangkumi tahap kemurungan dan keresahan
tinggi, perasaan malu, tiada motivasi dalaman, tiada minat belajar, tidak mempunyai tempat tinggal yang
tetap, selalu bertukar sekolah, sikap negatif-hiperaktif, suka poteng sekolah, nutrisi pemakanan yang
kurang dan keadaan tempat tinggal yang bising menjadi dorongan kepada masalah kognitif dan
konsentrasi belajar yang kurang.

Justeru langkah konkrit bagi mengekang masalah ini dari berlarutan adalah dengan melaksanakan kaedah
pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan keadaan psikologi murid-murid berkenaan, khususnya
melalui aktiviti seni yang bersifat terapeutik. Aktiviti seni yang bersifat terapeutik ini merujuk kepada
satu bentuk terapi yang dinamakan terapi seni. Terapi seni sesuai diterapkan sebagai sebahagian dari
strategi yang bukan sahaja dapat meningkatkan minat belajar malah mampu menyuburkan daya kreativiti
dalam kalangan pelajar berkenaan serta sebagai asas kepada penyerlahan bakat terpendam mereka seperti
kajian yang dijalankan oleh Steve Harvey (1989) yang menunjukkan bahawa terdapat perkembangan
yang positif dalam bentuk pemikiran kreatif, kemahiran membaca dan kefahaman, bermotivasi dan
meningkatkan pemikiran yang lebih autentik yang memberi kesan positif terhadap sistem pembelajaran
kanak-kanak sekolah.

Terapi seni
Kaedah Terapi seni adalah satu bentuk psikoterapi yang menggunakan media seni sebagai asas
komunikasi. Klien tidak perlu mempunyai skil melukis yang baik. Ini adalah kerana tumpuan psikoterapis
adalah untuk melihat kemajuan dan perkembangan klien melalui penggunaan media seni dalam suasana
yang selamat dan teratur. Keberkesanan terapi seni dalam membentuk diri individu menjadi lebih kreatif
telah banyak di sentuh dalam kajian-kajian lalu bagi membuktikan bahawa kaedah terapi yang berbentuk
luahan artistik mampu membantu menangani isu-isu seperti konflik dan permasalahan jiwa,
meningkatkan kemahiran interpersonal, mengurus perlakuan, mengurus stres, meningkatkan estem
kendiri dan dapat memahami diri sendiri. Isu-isu ini amat membantu para guru dan pelajar dalam
meningkatkan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang lebih berkesan.

Hal ini kerana terapi seni berintegrasi dengan proses kreatif seperti dalam aktiviti pendidikan seni untuk
meningkatkan kesihatan mental. Kaedah terapi seni juga sering digunakan dalam modul-modul latihan
dalam pendidikan estetika pelajar kerana ia adalah proses yang berterusan dan fleksibel. Kesenian dan
kraf adalah salah satu daripada bentuk latihan yang berkait rapat dengan terapi seni kerana ia
menggunakan proses kreatif untuk mencipta karya seni. Suatu keadaan yang mampu memperbaikki
keadaan fizikal, mental dan emosi seseorang dari semua peringkat umur. Keterampilan kreatif kanak-
kanak yang berkembang melalui seni akan membawa mereka ke arah idea baru, pengalaman baru dan
cabaran baru, serta menawarkan kepuasan peribadi, sebagai satu nilai intrinsik kesenian yang sangat
berharga. Hal ini turut ditegaskan oleh Lowenfeld dan Brittain (1987), yang menyatakan bahawa

2
perkembangan artistik kanak-kanak merangkumi pengalaman mental dan emosi yang dapat
memuncakkan kebolehan unik seseorang individu melalui seni.

Terapi Seni adalah kaedah yang digunakan oleh Profesion Perkhidmatan Kemanusiaan yang
menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan
produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan
pertelingkahan. Terapi Seni merupakan prosedur yang direka untuk membantu perubahan yang baik di
dalam personaliti atau dalam kehidupan yang boleh kekal pada sesi tersebut (Elinor Ulman, ATTP; Judith
ARubin, 1999)

Terapi seni kini menjadi keperluan sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah . Pelajar datang dari latar
belakang yang berbeza samada dari segi genetik, keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan
agama menjadikan terapi seni ini suatu keperluan demi merungkai permasalahan tersebut daripada
menjadi bertambah serius. Ini adalah untuk memastikan kepesatan pembangunan negara kita, bukan saja
diterajui oleh insan yang berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta dan berbudaya tetapi yang
mempunyai kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap di samping kestabilan emosi(Eve C. Jarboe(2002: 1)

Kreativiti
Kreativiti boleh difahami sebagai mempunyai kuasa atau kualiti untuk mengekspresikan diri seseorang
dengan cara yang tersendiri. Umumnya kanak-kanak memiliki sifat kreatif secara semula jadi, oleh itu
mereka melihat dunia melalui perspektif yang baru dan segar. Salah satu aspek yang paling bermanfaat
untuk melibatkan diri dengan kanak-kanak adalah peluang untuk melihat mereka mencipta sesuatu yang
bermakna melalui karya seni yang dihasilkan.

Kajian yang mengkaji tentang perkembangan kreativiti melalui seni telah membuktikan bahawa aktiviti
seni adalah alat yang ampuh untuk merangsang kreativiti. Kajian berkenaan juga turut mencadangkan
perihal kepentingan seni sebagai satu perubahan paradigma dalam menyuburkan kreativiti dalam
kalangan pelajar sekolah. Ini adalah kerana kreativiti merupakan ciri manusia yang penting, ia umpama
satu proses yang memerlukan campuran pelbagai ramuan, termasuk sifat keperibadian, kebolehan dan
kemahiran.

Pendidikan seni di sekolah telah membantu murid-murid untuk mengembangkan kreativiti mereka dengan
menyediakan persekitaran yang kondusif, membantu mereka membina kemahiran melalui kaedah
bermain dengan alat dan bahan, bersikap artistik dan memuji usaha kreatif murid-murid terhadap produk
yang dihasilkan. Pendidikan Seni sebagai satu terapi adalah ciri penting dalam memberi laluan dan
memastikan setiap pelajar dapat mencapai potensi mereka dan menyumbang sepenuhnya kepada
masyarakat di masa hadapan.

Latar Belakang Masalah


Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh melalui pernyataannya dalam Utusan Melayu (M)
Bhd pada 11 Februari 2014, berkata 3.6 peratus iaitu 108,000 daripada lima juta kanak-kanak di negara
ini terpinggir daripada arus pendidikan antara lain disebabkan kemiskinan dan tidak mampu mengikut
modul pembelajaran kelas biasa. Idris berkata, cabaran kini adalah untuk memastikan kanak-kanak
terbabit dapat bersekolah dan diberi peluang pendidikan menjelang 2020. Bagaimanapun, katanya,
penyertaan kanak-kanak terbabit ke sekolah meningkat 2.1 peratus sejak tiga tahun lalu iaitu 94.3 peratus
(2009), 94.7 peratus (2010) dan 96.4 peratus (2012).
E.M. Salem dan Abd El Latif(2002), melihat permasalahan anak-anak jalanan atau anak-anak
gelandangan ini mengalami masalah emosi merangkumi tahap kemurungan dan keresahan tinggi,
perasaan malu,tiada motivasi dalaman , tiada minat belajar, tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap,

3
selalu bertukar sekolah, sikap negatif- hiperaktif, suka poteng sekolah, nutrisi pemakanan, keadaan tempat
tinggal yang bising, mendorong masalah kognitif dan konsentrasi belajar yang kurang. Bagi guru,
masalah anak-anak ini antaranya adalah murid selalu bertukar sekolah kerana tiada tempat tinggal yang
tetap. Ini menyebabkan guru tidak dapat mengikuti rekod kesihatan murid jika murid selalu bertukar
sekolah. Selain daripada itu , pihak sekolah juga tidak dapat membekalkan kenderaan kepada anak-anak
ini ke sekolah.

Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa bergerak seiring dengan hasrat yang diperjuangkan oleh
UNESCO iaitu Education for All (EFA) dan pendidikan berterusan. Prinsip EFA merupakan satu mandat
global bagi memastikan semua keperluan rakyat dalam pendidikan dipenuhi. Dalam menyokong mandat
EFA, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil langkah sewajarnya
dengan memperkenalkan Dasar Pendidikan Wajib. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 bertarikh 11 Mac
2009 telah mengeluarkan arahan bahawa mana-mana kanak-kanak yang tidak memiliki dokumen dan
salah seorang ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara, boleh didaftarkan sebagai surat
perakuan. Dengan dasar baharu ini, KPM telah memberi akses pendidikan kepada kanak-kanak yang
tidak memiliki dokumen pengenalan diri tetapi ibu bapa kanak-kanak tersebut adalah warganegara
Malaysia.

Oleh dasar keprihatinan dan tanggungjawab KPM, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) telah
dilancarkan di ibu negara pada bulan Oktober 2013, bagi memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak
gelandangan atau terbiar yang sebelum ini tercicir daripada sistem pendidikan kebangsaan. Pengetuanya
Zulkernain Fauzi (2016) berkata, sekolahnya hanya memberikan ruang kepada kira-kira 143 orang murid
dan pelajar di SBJK buat masa ini untuk berkarya dan mengasah kemahiran yang ada pada mereka.

"Bukan semua pelajar mempunyai potensi dalam bidang sama, jadi kita memang mengalu-alukan
kedatangan mereka ini di sini. Ini kerana potensi kanak-kanak ini cukup besar. Akademik bukanlah fokus
utama kita, itu mungkin di sekolah biasa. Tapi di sini, kita menekankan untuk mereka dapatkan
kemahiran asas 3M (membaca, mengira, menulis) sahaja. Dapat asas sahaja sudah mencukupi daripada
mereka sebelum ini yang tidak pernah bersekolah, malah boleh kembangkan bakat diri dengan kemahiran
diberi," ucapan Zulkernain kepada GPS Bestari.com ketika mengulas perkembangan SBJK selepas lebih
tiga tahun beroperasi.

Tujuan Kajian
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah keberkesanan Terapi Seni dapat
memperkembangkan kreativiti dan bakat pelajar SBJK melalui aktiviti pembelajaran yang bersifat estetik
di dalam bilik darjah. Kajian ini juga turut menilai pengetahuan asas para pelajar dan guru SBJK
terhadap aktiviti yang berbentuk Terapi Seni serta membuat penambahbaikan yang diperlukan.

Objektif Kajian
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru dan pelajar tentang aktiviti seni dalam Terapi Seni.
2. Meninjau amalan artistik yang boleh dikaitkan dengan Terapi Seni dalam bilik darjah.
3. Meninjau keberkesanan penerapan kaedah Terapi Seni dalam meningkatkan kreativiti dan bakat
pelajar.

Metodologi
Kajian ini merupakan kaedah tinjauan yang menggunakan pengumpulan data secara kuantitatif dan
kualitatif. Instrumen kajian ini menggunakan dua set kaedah soal-selidik untuk guru dan pelajar , soalan
temubual guru dan subjek kajian, pemerhatian dan analisis dokumen iaitu hasil kerja subjek kajian.

4
Responden dipilih berdasarkan jumlah pelajar yang mengikuti Program Santai Seni yang dijalankan oleh
Jabatan Pendidikan Seni Visual.

Jadual 1:
Subjek Kajian (pelajar)
Jantina bangsa Umur

L P M Lain 13 thn 14 thn 15 16 thn 17 18


thn thn thn
8 9 16 1 1 8 3 2 2 1
JUMLAH 17 17 17

Subjek kajian ini pada asalnya seramai 33 orang pelajar SBJK , Kuala Lumpur yang mengikuti program
Santai Seni iaitu terdiri daripada 16 orang pelajar lelaki dan 17 orang perempuan berumur antara 13
hingga 18 tahun. Tetapi pada hari kajian dan soal-selidik dijalankan hanya seramai 17 orang yang hadir,
8 orang lain sedang menduduki peperiksaan SPM manakala subjek kajian yang lain tidak hadir ke
sekolah. Mereka dipilih kerana mereka terlibat dengan aktiviti Santai Seni yang melibatkan aktiviti
Terapi Seni.

Jadual 2:
Instrumen Pengumpulan Data
Objektif Kajian Instrumen Pengumpulan Data
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru dan soal-selidik guru
pelajar tentang aktiviti seni dalam Terapi Seni. temu-bual guru
2. Meninjau amalan artistik yang boleh dikaitkan soal-selidik guru dan pelajar
dengan Terapi Seni dalam bilik darjah. temu bual guru dan pelajar
3. Meninjau keberkesanan penerapan kaedah Terapi soal selidik
Seni dalam meningkatkan kreativiti dan bakat analisis dokumen
pelajar. pemerhatian

Soal selidik
Soal selidik yang digunakan adalah kepada guru yang mengajar seni dan pelajar.
Soal-selidik 1 adalah untuk guru mengandungi dua konstruk iaitu:

 konstruk 1: mengandungi pengetahuan tentang konsep Terapi Seni(TS), amalan TS dalam bilik
darjah, penggunaan kaedah hands-on dalam bilik darjah dan penggunaan bahan bantu mengajar. .
Tujuannya adalah untuk mengetahui adakah guru mengetahui konsep TS dan adakah pernah
menggunakan kaedah-kaedah pengajaran seni di bilik darjah. Pilihan jawapan ya atau tidak
beserta alasan.

 Konstruk 2: mengandungi tujuh item bagi meninjau kebekersanan kaedah TS yang telah
dijalankan dapat meningkatkan kreativiti dan minat pelajar.
Pilihan jawapan menggunakan skala likert.
1- sangat tidak setuju, 2-tidak setuju,3-kurang setuju,4-setuju, 5- sangat setuju

5
Soal selidik 2 adalah untuk pelajar mengandungi dua konstruk:

 Konstruk 1 :mengandungi tujuh item bagi meninjau kebekersanan kaedah TS yang telah
dijalankan dapat meningkatkan kreativiti dan minat pelajar.
 Konstruk 2: mengandungi soalan untuk mengetahui maklum balas tentang aspek kreativiti dan
bakat yang ada dalam kalangan pelajar.

Pilihan jawapan menggunakan skala likert:


1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-kurang setuju, 4- setuju, 5-sangat setuju

Temu bual
Dalam kajian ini, instrumen temu bual berstruktur digunakan. Temu bual berstruktur ini dapat
memastikan pengkaji memberi fokus yang maksimum terhadap isi soalan yang diberikan kepada subjek
kajian supaya maklumat yang tepat dapat direkodkan. Rosinah Edinin (2012) menyatakan bahawa hasil
analisis data temu bual dipersembahkan dalam memerihal semula dan menggunakan kekerapan tema yang
diperoleh melalui transkripsi temu bual secara sistematik dan berkesan.

Pengkaji telah menjalankan temu bual ke atas lima orang guru sekolah dan tujuh orang pelajar selepas
pelaksanaan Terapi Seni dalam Program Santai Seni bagi mendapatkan maklumat dan data berdasarkan
kriteria-kriteria yang telah disediakan. Segala temubual dicatat sebagai maklumat yang perlu dianalisis
oleh pengkaji. Maklumat yang diperolehi melalui temubual adalah penting kerana maklumat yang
diperolehi melalui sumber pertama tepat serta boleh dipercayai dan tidak meragukan. Temubual yang
dijalankan terhadap sampel kajian adalah merujuk kepada soalan yang telah ditetapkan tentang kreativiti
dan bakat seni di SBJK.

Pelaksanaan Aktiviti Menggunakan Kaedah Terapi Seni


Berdasarkan latar belakang masalah di atas, pengkaji ingin mengemukakan kaedah alternatif lain yang
boleh dijalankan ke atas anak-anak di SBJK iaitu Kaedah Terapi Seni. Program ini telah dijalankan
menggunakan tema “Santai Seni” yang melibatkan 33 orang pelajar sekolah tersebut. Tujuan program ini
adalah bagi memberikan pengalaman dan pengetahuan serta memupuk minat dalam bidang Seni Visual
kepada anak-anak di SBJK ini. Malahan pelajar juga dapat mengaplikasikan segala pengetahuan,
pengalaman serta ilmu-ilmu yang mereka perolehi sepanjang berada di IPG Kampus Ilmu Khas serta
secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerja berpasukan, budaya penyayang, keyakinan diri
dalam kalangan pelajar tersebut. Di samping itu, aktiviti Terapi Seni melalui tema Santai Seni
menyediakan program yang berkualiti bagi membolehkan pelajar bersedia untuk meningkatkan
kecemerlangan pendidikan terutama daripada keluarga berpendapatan rendah di kawasan bandar dan
mendapat peluang pendidikan yang setara dengan pelajar lain. Aktiviti Terapi Seni ini dapat menzahirkan
suatu pengalaman estetik secara santai dan menyeronokkan.

Program Santai Seni menggunakan kaedah Terapi Seni dilaksanakan selama dua hari bersama Jabatan
Pendidikan Seni Visual IPG Kampus Ilmu Khas. Antara aktiviti Seni yang dijalankan ialah:
BENGKEL 1:Menghasilkan batik ikat dan celup
BENGKEL 2:Menghasilkan Catan Teknik Semburan Udara
BENGKEL 3: Melukis pada T.Shirt
BENGKEL 4:Sesi Apresiasi

Kaedah pelaksanaan terapi dalam konteks aktiviti seni ini juga boleh dijalankan di dalam kelas sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Guru juga boleh menerapkan unsur seni visual dalam

6
pengajaran mereka supaya pengajaran pada hari itu lebih menarik dan menyeronokkan. Unsur Terapi Seni
ini boleh dimasukkan dalam langkah pengajaran mereka sama ada dalam langkah dua atau tiga. Ia juga
boleh dijadikan salah satu aktiviti yang boleh menarik minat pelajar untuk terus mengikuti pengaran dan
pembelajaran guru tersebut.

Sorotan Literatur
Terapi Seni adalah berdasarkan kepada pengetahuan tentang teori perkembangan dan psikologi
manusia yang dilakukan sepenuhnya mengikut penilaian dan rawatan model spektrum termasuk
pendidikan, psikodinamik, kognitif, dan transpersonal. Terapi ini juga berpotensi untuk
mendamaikan konflik emosi dalaman seseorang, mendidik keinsafan diri, dan
memperkembangkan kemahiran sosial, mengurus tingkah laku, menyelesaikan masalah,
kenyataan dan meninggikan sanjungan diri ( Yasmin, 2013).

Pendekatan terapi seni yang menekankan aspek kreatif dan kreativiti telah digunakan secara
meluas di negara barat. Tetapi di Malaysia, pendekatan terapi seni dalam proses menolong dan
membantu masih belum kelihatan walaupun keperluannya amat dirasai. (Mohd Makzan Musa,
2006) Pendekatan kaunseling dan psikoterapi yang menjangkau usia 40 tahun di Malaysia masih
tertumpu kepada kaedah kaunseling konvensional secara lisan menerusi kaunseling individu dan
kelompok. (Suradi Salim, 2005).

Terapi Seni pula mengikut Lowenfeld dan Brittain(1982: 3) pula dalam bukunya “Creative and Mental
Growth” mendapati proses melukis, catan atau membina adalah suatu yang kompleks di mana kanak-
kanak membawa bersama elemen bercapah dari pengalamannya untuk melahirkan pembaharuan dan
bermakna. Di dalam proses pemilihan, interpretasi dan pembentukan elemen ini, kanak-kanak ini
memberi lebih dari sekeping gambar atau arca. Ia memberi sebahagian dirinya, bagaimana ia berfikir,
apakah perasaannya dan bagaimana ia melihat”.

Menurut Rahmat, 2008 Art Therapy merupakan terapi seni yang disarankan untuk penyembuhan trauma
khususnya mereka yang mempunyai masalah dalam mengekspresikan perasaan melalui bahasa verbal.
Terapi ini sesuai kerana dilihat dari karakteristik individu yang menuntut kebebasan dalam penyampaian
ekspresi jiwa dan pikirannya. Terapi itu dapat menyingkap dan melepaskan tekanan alam bawah sedar
melalui karya-karya yang terdiri dari hasil seni tersebut. Terapi tersebut bertujuan untuk menjadikan
pesakit selesa atas diri mereka.

Mark Wagner (dalam Hirawan, 2014) terdapat 10 manfaat seni bagi anak anak, iaitu :
a) Seni mendidik penyelesaian masalah.
Menghasilkan sebuah karya seni memberikan pengalaman pada anak betapa banyaknya kemungkinan dan
solusi yang boleh diambil dalam menghadapi suatu masalah/tugas.
b) Seni mempersiapkan anak-anak menghadapi masa depannya.
Anak yang berkembang dalam stimulasi kreativiti dan open minded akan memiliki peluang lebih luas
dalam perjalanan kariernya, kerana kreativiti adalah life skill yang diperlukan dalam berbagai situasi
sehari-hari.
c) Seni mengembangkan kecintaan akan belajar dan keterbukaan atas ide-ide baru.
Aktiviti seni mengajarkan keberanian mengambil resiko dan keterbukaan akan berbagai kemungkinan.
d) Seni adalah global.
Seni tidak mengenal batas, para penggiat seni dapat melintasi batas jarak dan negara.
e) Seni mengembangkan kemampuan otak kiri dan otak kanan.
Seni memerlukan fokus, konsentrasi dan berbagai koordinasi visual.
f) Seni meningkatkan perlakuan kepribadian.

7
Aktiviti seni dapat meningkatkan kepercayaan diri, motivasi, komunikasi, kerja sama dan juga
memperkuat hubungan dengan lingkungan sekitarnya.
g) Seni membentuk kecerdasan emosional.
Seni dapat membantu anak-anak untuk mengekspresikan perasaannya, terutama pada anak yang masih
memiliki keterbatasan bahasa. Sering kali anak-anak merasa senang dan bangga atas karya yang mereka
hasilkan.
h) Seni mengembangkan aktiviti dalam komuniti.
Seni adalah satu-satunya bidang yang menembus batas-batas budaya, agama, kaum, maupun tingkat
sosial ekonomi. Bahasa seni adalah bahasa emosi iaitu batasan pengetahuan dan logika tidak menjadi
halangan untuk memahami suatu karya seni.
i) Seni meningkatkan kepekaan.
Seni membuka hati dan pikiran akan kemungkinan-kemungkinan dan imaginasi.
j) Seni adalah media tanpa batasan.

Dapatan
Jadual 3:
Analisis tahap pengetahuan guru tentang Terapi Seni(TS)
BIL PERKARA YA TIDAK
1 PENGETAHUAN TERAPI SENI (TS) 2
2 APLIKASI TS DALAM BILIK DARJAH 2
3 KAEDAH HANDS ON 2 -
4 PENGGUNAAN BBM(ICT,PENGGUNAAN SUMBER) 1 1

Analisis dari dapatan soal-selidik bagi mengenalpasti pengetahuan guru tentang kaedah Terapi Seni (TS)
menunjukkan kedua-dua guru tiada pengetahuan tentang TS, kedua-dua guru juga tidak pernah
mengamalkan TS. Subjek kajian menjelaskan iaitu mereka tidak mendapat input tentang TS dan telah
meminta pengkaji menerangkan maksud TS semasa pengkaji membuat kaji-selidik ini. Walau
bagaimanapun mereka setuju iaitu guru mengajar Seni Visual patut tahu Kaedah Terapi Seni dan kedua-
duanya setuju TS perlu diaplikasikan dalam PdP. Kedua-dua guru pernah menggunakan kaedah hands on
dalam mengajar mata pelajaran lain seperti menghasilkan lukisan gambar manakala salah seorang guru
mengakui dia tidak pernah menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membina kreativiti murid.
Namun mereka sedar iaitu mereka pernah melaksanakannya di dalam bilik darjah.

Analisis data temu bual murid mendapati subjek kajian mengetahui beberapa aktiviti berkaitan
aktiviti seni yang pernah dilakukan seperti melukis, spray, cetakan, kraf tangan, mewarna, muzik dan
menghasilkan kraf tangan. Ini menunjukkan walaupun ada pengetahuan tentang seni tetapi aktivitinya
adalah terhad manakala pengetahuan tentang terapi seni mendapati empat daripada tujuh murid tidak tahu
, manakala tiga orang lagi hanya tahu grafiti, melukis poster dan batik iaitu aktiviti yang dinyatakan telah
dijalankan semasa bengkel Santai Seni.

8
Jadual 4:
Analisis pandangan subjek kajian tentang amalan aktiviti kreatif dalam bilik darjah.
ITEM PERKARA MIN KURANG
SKOR SETUJU(KS)/
SETUJU(S)
1 Guru faham aktiviti kreatif 3.6764 KS
2 Guru amalkan ciri-ciri kreativiti dalam mengajar 3.2279 KS
3 Guru banyak sumber rujukan 3.625 KS
4 Guru patut tahu bagaimana hendak galakkan 4.1029 S
kreativiti pelajar
5 Guru patut tahu objektif pengajaran 4.8750 S
6 Guru galakkan pelajar cuba aktiviti seni 4.9632 S
7 Guru galakkan pelajar secara kreatif 4.3455 S
8 Guru pernah laksanakan aktiviti kreatif 3.0147 KS
min keseluruhan 4.2940 S

Berdasarkan analisis jadual 4 terhadap pandangan subjek kajian tentang amalan aktiviti kreatif dalam
bilik darjah, jadual 2 menunjukkan min keseluruhan 4.29 iaitu subjek kajian bersetuju guru patut
mengamalkan amalan kreatif dalam bilik darjah. Dapatan daripada item soalan 4,5,6,7 menunjukkan
guru patut menggalakkan pelajar melakukan aktiviti secara kreatif dan perlu tahu cara hendak
menggalakkan kreativiti pelajar. Ini dapat dikaitkan dengan dapatan pandangan subjek kajian yang
kurang bersetuju iaitu guru-guru mereka faham tentang amalan kreatif, ciri-ciri kreatif dan penggunaan
sumber rujukan di dalam kelas. Min skor paling rendah iaitu 3.01 menunjukkan guru kurang
melaksanakan aktiviti kreatif semasa pdp.

Analisis data temubual tentang amalan kreativiti di bilik darjah, mendapati kelima- lima guru
menyedari memang terdapat pelajar yang kreatif. Walaupun kurang melaksanakan aktiviti kreatif semasa
pdp tetapi cara pelajar menonjolkan bakat antaranya membuat persembahan muzik, melukis poster dan
mural, menyanyi dan berlakon di dalam kelas, melukis dan mewarna, mewarna bersama dengan pelajar
semasa PdP, menghias bilik atau pakaian. Data temubual juga menjelaskan iaitu guru memang ada
menonjolkankan bakat seni pelajar seperti membuat hiasan taman dan landskap. Empat dari lima guru
menyenaraikan beberapa aktiviti seni yang pernah dilaksanakan di SBJK seperti Pameran Belia, melukis
mural dan mewarna, aktiviti hiasan dalaman dan bengkel seni tetapi bukan sebagai aktiviti formal atau
sebagai satu mata pelajaran khas.

Bagi melihat samada terdapat ciri-ciri kreatif dalam diri subjek kajian, penyelidik telah
bertanyakan pendapat mereka berkaitan dengan reka corak dalam berpakaian. Daripada temubual
mendapati mereka mengenal corak bunga, batik dan corak pelbagai warna, corak petak dan corak
pelbagai warna, corak yang mudah boleh dihias pada pakaian menunjukkan terdapat idea kreatif pada diri
sampel kajian. Ini menunjukkan beberapa subjek kajian di sini memang kreatif dan berbakat.

9
Jadual 5:
Analisis Keberkesanan Terapi Seni .

ITEM 1 2 3 4 5 6 7 jumlah min


TOTAL 75 80 80 81 79 80 84 559 79.85
MIN 4.42 4.70 4.70 4.76 4.64 4.70 4.94 4.69
5 2 2 6 9 2 6 32.88 9

Berdasarkan analisis dalam jadual 5 menunjukkan penyertaan yang positif dapatan soal selidik pelajar
menunjukkan semua item mempunyai min keseluruhan 4.69 (setuju) bahawa Terapi Seni dapat memberi
peluang pelajar mempunyai pelbagai prestasi, satu pengajaran yang berpusatkan pelajar, meningkatkan
kemahiran / kreativiti dan bakat pelajar, meningkatkan motivasi pelajar juga meningkatkan peluang
pelajar terlibat dengan aktiviti yang sesuai dengan kemahiran dan bakat.

Jadual 6:
Analisis Aspek Kreativiti dan Bakat Murid melalui Terapi Seni

ITEM 1 2 3 4 5 6 7 jumlah min


TOTA
L 62 71 68 74 70 52 72 469 52
MIN 3.94
3.64 4.17 4.0 4.35 4.11 3.06 4.23 27.59 7

Analisis dapatan jadual 6 menunjukkan min keseluruhan hampir setuju (min: 3.94) bagi iaitu aktiviti TS
yang dijalankan membawa idea baru dan mempunyai tujuan. Subjek kajian juga bersetuju aktiviti
menunjukkan keberkesanan, kegunaan yang praktikal, ada kesahihan, kepuasan atau elemen seronok juga
bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada
sesuatu yang biasa dijangka dan dapat diaplikasikan ke dalam bidang yang baru. Terdapat Individu
kreatif boleh menyatakan tentang dirinya serta mempunyai aras intelektual yang tinggi,
Walaubagaimanapun dapatan item 1 (min:3.64) mendapati mereka kurang setuju pernyataan iaitu adakah
mereka mempunyai pengalaman dan kepakaran estetika. Keseluruhan subjek kajianmenganggap diri
mereka kurang kreativiti dan bakat item 6 (min: 3.05) kerana mungkin tiada pendedahan sebelumnya dan
di sekolah mereka tiada subjek Pendidikan Seni secara khusus.

Jadual 7
Analisis Pemerhatian dan Dokumen Hasil Karya Sampel Kajian

BIL PERKARA YA TIDAK


1 Penglibatan Pelajar 14 3
2 Kreativiti dan bakat 7 10
3 Kekangan dan Halangan 7 10

Jadual 7 , adalah analisis pemerhatian yang dilihat sewaktu aktiviti kaedah Terapi Seni dijalankan.
Berdasarkan item 1 senarai semak tersebut, pengkaji mendapati 14 orang terlibat sepenuhnya manakala
tiga orang tidak terlibat dalam aktiviti tersebut. Ini adalah kerana mereka ini adalah pelajar baru dan
ketika Program Santai Seni dilaksanakan mereka belum mendaftar di SBJK. Pengkaji perhatikan tiga
orang pelajar ini agak resah bila pemerhatian dibuat. Mereka ini sentiasa melihat-lihat ke kiri dan ke
kanan apabila rakan-rakan menyiapkan tugasan yang diberikan.

10
Items 2, Daripada analisis dokumen hasil karya pelajar terdapat tujuh orang yang mempunyai kreativiti
dan bakat yang tinggi kerana karya mereka di luar jangkaan, kreatif dan menarik,, manakala 10 orang
mempunyai kreativiti dan bakat yang sederhana sahaja. Ini menunjukkan pelajar ini berbakat dalam
aktiviti Terapi Seni dan jika dibantu, mereka ini pastinya dapat mengasah bakat dan potensi yang lebih
tinggi. Daripada data temu bual mengesahkan bahawa memang terdapat beberapa orang yang pernah
menjual hasil karya seperti airbrush,potret kepada orang luar malah pernah dijadikan cenderamata kepada
tetamu- tetamu juga Yang erhormat.

Items 3, Apabila melihat 10 orang pelajar yang agak lemah dalam aktiviti Terapi Seni yang dijalankan,
pengkaji mendapati beberapa halangan yang menyebabkan pelajar ini kurang minat dalam aktiviti Terapi
Seni, antaranya halangan alat dan bahan serta tiada bimbingan guru yang berkelayakan dan opsyen
Pendidikan Seni Visual di sekolah tersebut.

Perbincangan
Kanak-kanak dan remaja memerlukan terapi untuk mengembangan konsep diri yang positif. Konsep diri
positif berpengaruh terhadap kondisi psikologis dan kesehatan fisik. Hal ini karena konsep diri positif
akan membantu memberikan energi baru untuk menyelesaikan suatu masalah (Campbell, Trapnell, Heine,
Katz, Lavalle, & Lehman, 1996), karena saat individu memiliki kepuasan hidup, rasa harga diri yang
tinggi, dan optimis terhadap kesuksesan masa depan (Caprara, Barbaranelli, Steca, & Malone, 2006)
dalam Hidayah (2014). Terutamanya kanak-kanak yang berhadapan dengan situasi persekitaran sosial
yang kurang memberansangkan.

Oleh kerana itu, kaedah terapi ialah meningkatkan daya pengamatan murid-murid, merangsang mereka
untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi
kognitif, emosi. Sosial dan psikomotor mereka. Selain daripada itu, melalui terapi juga guru-guru dapat
melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan
seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan (G. Eliana, 2008, S.
Pengily, 2008; Z. Ibrahim, 2009)

Melalui kaedah Terapi Seni yang dijalankan ke atas pelajar , masyarakat akan melihat kesungguhan dan
bakat yang ada pada mereka. Karya-karya yang dihasilkan membuka laluan kepada diri mereka.
Pengetahuan yang khusus mengenai Terapi Seni dapat menolong guru mendorong pelajar-pelajar ini
membuka laluan diri ini agar pelajar lebih yakin. Kenyataan ini disokong oleh Judith Peck (2003), yang
mengatakan bahawa kajian mengenai karya seni sebagai suatu bantuan dalam memahami pengalaman
manusia. Pembelajaran ini mentaksir tentang keupayaan perluahan seni visual dalam personaliti dan
tabiat, dan nilai seni visual di dalam menambahkan kualiti kehidupan. Tujuan Terapi Seni melalui
Pendidikan Seni Visual di dalam proses Pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menggalakkan
perkembangan diri, kebolehan, minat, personaliti dan konflik para pelajar bagi membantu pelajar
mencapai objektif yang sesuai dengan sistem persekolahan.

Aktiviti menggunakan kaedah Terapi Seni telah dapat meningkatkan kemahiran dan bakat pelajar di
SBJK. Konsep Terapi Seni telah memberi peluang pelajar mendapat pendedahan dan layanan yang sama
rata tanpa mengira latar belakang sosial mereka. Peluang mendapatkan pengetahuan dan kemahiran baru
telah berjaya memberi kesedaran kepada sekurang-kurangnya dua pelajar untuk mencuba kemahiran yang
diajar terutamanya bagi menampung perbelanjaan harian mereka.

Tidak dapat dinafikan guru-guru di sekolah tersebut telah mengelolakan pengajaran dan pembelajaran
dengan baik. Bakat dan kreativiti seni murid berjaya dipertingkatkan. Bagaimana pun perancangan yang
rapi gagal dilaksanakan dalam aktiviti yang melibatkan terapi seni. Ini menyebabkan pelaksanaan PSV
kurang berfungsi secara optimum di sekolah tersebut kerana mata pelajaran ini tiada dalam modul.

11
Rumusan dan cadangan
Sepanjang kajian dijalankan, pengkaji terpaksa menjekaskan satu persatu soalan soal-selidik kerana
ramai di antara subjek kajian tidak pandai membaca. Sampel kajian lain terpaksa saling membantu
mencacatatkan jawapan, Ini agak mengambil masa yang lama di samping jumlah subjek kajian ramai
yang tidak hadir. Oleh kerana subjek kajian ini mempunyai pelbagai latar belakang dan masalah, guru-
guru memang menghadapi masalah kehadiran. Untuk mendapatkan jumlah yang cukup seperti kehadiran
dalam Santai Seni, adalah mustahil.Oleh itu, jumlah sampel yang terdapat dalam kajian berkurangan dari
jumlah sebenar.

Kekuatan kajian ini, daripada dapatan pemerhatiankami mengenalpasti aktiviti yang pengkaji laksanakan
memang sangat menyeronokkan dan berjaya menarik minat subjek kajian untuk berjaya dalam
menghasilkan karya. Semasa temubual dengan subjek kajian didapati sekurang-kurangnya dua orang
telah melibatkan diri secara aktif dalam mengimplementasikan kemahiran contohnya aktiviti catan
menggunakan air-brush atau spray dan catan potret.

Cadangan untuk tindakan seterusnya, pengkaji bercadang untuk menubuhkan Kelab Seni di sekolah
tersebut. Ini kerana Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih tidak mempunyai sukatan PSV khas. Seperti
dijelaskan sebelumnya, PSV hanya sebagai gabung jalin dengan mata pelajaran lain. Keadaan ini juga
memberi kesan kepada kalangan pelajar tersebut yang berminat dengan mata Pelajaran PSV tetapi tidak
mengambil PSV semasa SPM. Ini diluahkan oleh pelajar tersebut semasa pengkaji berkunjung ke sekolah
tersebut. Kelab Seni Visual ini di harap kan dapat membantu guru-guru meningkatkan kemahiran PSV,
kaedah TS yang lebih sesuai dan memberi banyak pendedahan kepada pelajar di sekolah tersebut untuk
mengembangkan kreativiti dan bakat mereka. Pengkaji akan memberi fokus kepada aktiviti catan dan
lukisan setelah mengenalpasti kecenderungan mereka.

Setelah kajian dijalankan mendapati bahawa Terapi Seni antara faktor yang dapat menyumbang kepada
pencapaian potensi kanak-kanak ini kerana di sekolah ini akademik bukanlah fokus utama tetapi
menekankan untuk mereka dapatkan kemahiran asas 3M (membaca, mengira, menulis) sahaja. Walaupun
sebelum ini subjek kajian tidak pernah bersekolah adalah diharap dengan kesenian mereka boleh
memperkembangkan bakat diri dengan kemahiran diberi dan dapat meneruskan kelangsungan hidup
dengan berkarya.. Melalui kesedaran ini juga Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)dengan kerjasama
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK)telah menghasilkan sebuah Modul Pendidikan
Kesenian sebagai panduan guru-guru untuk melaksanakan elemen kesenian dalam pdp mereka.

RUJUKAN

Annette Shore (2013) The practitioner’s guide to child art teraphy: fostering creativiti and relational
growth: Routledge. NY.
Caroline Sharp. (2001). Developing young children’s creativity through the arts: Paper presented to an
invitational seminar. Chadwick Street Recreation Centre.London. 14 February, 2001.
Hidayah, R. 2014. Pengaruh terapi seni terhadap konsep diri anak. Makara Hubs-Asia. 18(2): 89-96.
DOI: 10.7454/mssh.v18i2.3464 http://alfiahth.blogspot.my/2016/10/
Harvey S. (1989). Creative arts therapies in the classroom: a study of cognitive, emotional, and
motivational changes.
I.T Rebecca, C.R Shirley. (2003). Creativity and The Arts With Young Children. Canada ;Thomsons
Learning Inc. Illianos : FE Peacock Publication.
Peck, J. ( 2003). Art As Therapy. http://orion.ramapo.edu.
Rosinah Edinin (2012).Penyelidikan Tindakan : Kaedah dan Penulisan.
Kuala Lumpur :Freemind Horizons Sdn. Bhd

12
Sallya Fazyloya (2016). Development of creativity in schoolchildren through art: Czech-Polish
Historical and Pedagogical Journal 8/2, 112–123.
Konvensyen Hak Kanak Kanak. (20November 1989). Telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Malaysia mengekalkan reservasi terhadap Perkara 1, 2, 7,
13, 14, 15. 28(1)(a) dan 37 dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.)
L. Bernice .(1970). Methods & Material for Today’s High Schools. Toronto: Litton Educational
Publishing , Inc.
Mohd Makzan Musa. (2006). Setahun Yang Lalu: Kajian Art Therapy Kelompok Di Kalangan Remaja
dan Gadis Mengandung Luar Nikah. Kertas kerja yang dibentangkan di Simposium
Pembangunan Komuniti Marginal. Jabatan Kerja Sosial, Fakulti Pembangunan Sosial &
Manusia. Universiti Utara Malaysia dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan
Persatuan Kerja Sosial Malaysia. 12 – 14 September 2007.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.(20 November 1989). Malaysia mengekalkan reservasi
terhadap Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15. 28(1)(a) dan 37 dalam Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-Kanak.
Perlindungan Kanak Kanak Negara. Portal Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Dasar. http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=dasar_perlindungan_kanak-
kanak_negara&lang=bm.
Rahmat Fajar. (2008). Konseling Anak-Anak Panduan Praktis. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Rerrin, R. (1994). Creative in Art . Canada : Thomsons Learning Inc.
Rubin J A.( 2005). Child art therapy. John Wiley & Sons, Inc., Hoboken, New Jersey
Rubin J A.(2010). Introduction to art therapy: sources & resources. Routledge Taylor & Francis Group.
New York
Myint, S. K., Lourdusamy, A., Quek, C.L., & Angela, F. L. W. (2005). Classroom Management.
Singapura : Pearson Education South Asia Pte. Ltd.
Suradi Salim. (2005). Halatuju Penyelidikan Kaunseling di Malaysia. Jurnal PERKAMA, 11: 1 –11.
Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Yusmini Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran
Interpersonal Guru. Selangor : PTS Professsional Publishing Sdn. Bhd.
Lowenfeld, V. (1982). Creative and Mental Growth. New York : Macmillan Co.
Yasmin Hussain. (2013). Terapi Dalam Pendidikan Khas. Jabatan Khas. IPG Durian Daun. Pekan Ilmu
Publications Sdn. Bhd.

13

Anda mungkin juga menyukai