Anda di halaman 1dari 2

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Kursus ini
menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi
dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami
dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi
untukmencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Guru memahami
kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses
pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk
memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu
membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif. Kepentingan deria
yang dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa
yang terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas
tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah
penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini
adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Dalam pengajaran guru,
Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang
efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan
Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan
berbudaya. Ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran
artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan minat murid dan
guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi peluang kepadapelajar untuk memindahkan
maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan tujuan untuk
pembelajaran. Seni juga membantu pelajar memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan
kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.
Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan
dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini
akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk
mencapai satu matlamat. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran
Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat
mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu
melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk
supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif
dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu
aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari
segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata
pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial,
meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak
memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari
pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan.
Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan
pembangunan minda pelajar.
Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik.

Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan
penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.

Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan
prestasi dalam cara yang diingini.

Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan
di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak
langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan
dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan
pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta
pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.
Seni adalah suatu bentuk dari pencerminan kehidupan manusia. Aplikasi seni dalam kehidupan dapat
diwujudkan dalam pelbagai hal, yang kemudian memberikan bahan pengajaran dan pemaknaan akan
erti hidup itu sendiri.
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar
untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-
bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu
para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan
cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan
apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.

Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada
seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan
mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu
aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan
dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan
terhadap ekspresi diri.

Anda mungkin juga menyukai