Anda di halaman 1dari 69

TAJUK:1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL 1.

Huraikan takrifan mengenai seni mengikut pendapat tokoh-tokoh berikut: a) Feldman b) Ibn Khaldun c) Abdullah Mohamad Nakula

Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing. a) Feldman Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi. b) Ibn Khaldun Menurut Ibn. Khaldun pula, seni itu adalahkebenaran, keindahan dan kebaikan di mana didalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika danlogika.Kesenian bermaksudperihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan c) Abdullah Mohamad Nakula konsep bentuk seni melalui falsafah simbolik yang menekankan kepada nilai

keagamaan. Menurut beliau segala kejadian alam ini adalah dari Zat Allah. Melalui zat tersebut terdapat dua tingkat iaitu Tingkat ketuhanan dan tingkat kealaman. Melalui inilah segala kejadian di alam ini berlaku.

Baca petikan yang berikut dan buat rumusan dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bidang seni terbahagi kepada pelbagai bidang , termasuk , Seni Muzik , Seni Puisi , Seni Teater , Seni Persembahan , Seni Visual, Seni Tari dan lain-lain Konsep Seni Visual member tumpuan terhadap perkara-perkara seperti subjek,idea,proses,media dan objek. Konsep Pendidikan Seni Visual memperlihatkan perihal seni sebagai alat pendidikan , Pendidikan Kesenian ,Seni Merentas kurikulum,

pembelajaran melalui seni dan seni sebagai perkembangan menyeluruh Di Malaysia Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual,dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat , memperkembang keperibadian , memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif ,ekspresif dan aktif.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini

melalui persepsi visual , imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri , membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

TAJUK : 2 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PSV KBSR 1. Berdasarkan kepada Falsafah dan Objektif PSV KBSR, lengkapkan peta minda di bawah. FALSAFAH DAN OBJEKTIF PSV KBSR

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Berilmu Pengetahuan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Menghargai tuhan.

keindahan

alam

ciptaan

Berketrampilan

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif,kreatif dan menyeronokkan. Menajamkan daya persepsi dalam imaginasi melalui pancaindera.

Berakhlak Mulia

Bertanggung jawab

Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.

Berkeupayaan

Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.

2. Adakah kenyataan di bawah sesuai tentang matlamat Kurikulum Pendidikan Seni Visual Rendah? Memupuk keharmonian pelbagai kaum di Malaysia Menyumbang kea rah pembangunan diri dan keluarga Melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi Menggalakkan penulisan buku rujukan Pendidikan Seni Visual Rendah

Ya, kenyataan-kenyataan di atas sesuai tentang matlamat kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Sebelum mengaitkan kita kena ketahui secara lanjutnya apa yang dikatakan dengan Pendidikan Seni Visual. Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifatsifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,

berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekiranya kita tengok dalam matlamat terdapat satu ayat di mana menekankan keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang kea arah pembangunan diri, keluarga , masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam seni sahaja, kita dapat menunjukkan imej tiga bangsa di mana maklumat mengenai sesuatu bangsa boleh dipetik menerusi gambar yang dilukis. Mengikut ahli falsafah, satu gambar bersamaan dengan seratus perkataan dimana sebuah gambar itu mampu menjelaskan apa yang kita ingin cakapkan selama sejam. Dengan menghayati warisan bangsa menerusi seni visual maka ia dapat memupuk keharmonian pelbagai kaum di Malaysia. Di Negara kita pelukis yang terkenal terdiri dari berbilang kaum seperti Syed Ahmad Jamal, Abdul Latiff Mohiddin, Ravichandran dan Chuah Tean Teng. Menerusi Seni Visual ini, seseorang murid mampu menjalinkan hubungan yang baik sesama saudara, ahli keluarga , rakan-rakan dan ahli masyarakat di mana mereka dapat menunjukkan kasih sayang menerusi gambar. Ini memberikan peluang kepada murid untuk menghayati hubungan yang sedia ada dan juga berusaha untuk mengukuhkannya. Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah juga bermatlamat untuk melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi. Estetik merupakan kajian deria atau nilai deria-emosi, ataupun timbangan sentimen dan cita rasa. Estetik merupakan subdisiplin aksiologi, sesuatu cabang falsafah, dan sering dikaitkan dengan falsafah seni. Murid-murid dapat merasa nilai deria-emosi dimana emosi pelukis dapat

ditunjukkan menerusi lukisan dan juga harapan pada masyarakat, alam sekeliling juga dapat ditunjukkan menerusi seni visual Ia juga menggalakkan penulisan buku rujukan Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Biasanya ramai yang beranggapan bahawa seni visual ini merupakan suatu mata pelajaran elektif di mana murid-murid tidak perlu diajar teknik seni yang betul. Selain itu , ada juga yang mengatakan seni visual ini sekadar melukis sahaja . Mereka tidak sedar bahawa seni visual membawa murid kea lam berimaginasi,kreatif di mana bakat kesenian murid dicungkil. Jadi, tidak terdapat banyak buku rujukan ataupun modul untuk dirujuk untuk mata pelajaran ini. Dengan mendorong penulisan buku rujukan seni visual ini, maka guru dapat menyampaikan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dimana teori dan amali seni visual dapat dijalankan mengikut apa yang dirancang . Ada juga ramai guru yang bukan opsyen seni di mana ini dapat menggalakkan mereka menulis buku rujukan agar dijadikan contoh.

3. Manakah antara berikut mempunyai perkaitan secara langsung dengan objektif Pendidikan Seni Visual Rendah? Kreatif Inovatif Ekspresi Produktif Komersial

Kelima-lima ciri iaitu kreatif, inovatif, ekspresi, produktif dan komersial secara langsung dan secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan objektif Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Daya kreatif merupakan proses membabitkan jumpaan idea atau konsep baru, atau kaitan baru antara konsep atau idea sedia ada, didorong oleh proses sama ada sedar atau luar sedar. Dari sudut pandangan saintifik, hasil pemikiran kreatif (kadang kala dirujuk sebagai pemikiran mencapah (divergent thought), biasanya dianggap sebagai memiliki keaslian dan kesesuaian. Sungguhpun secara intuitif fenomena mudah, ia sebenarnya amat rumit. Ia telah dikaji dari segi psikologi kelakuan, psikologi sosial, psikometrik, sains kognitif, kecerdasan buatan, falsafah, estetik, sejarah, ekonomi, kajian reka-bentuk, perniagaan, dan pengurusan antaranya. Kajian-kajian ini meliputi kreativiti harian, kreativiti luar biasa dan malah kreativiti buatan. Tidak seperti banyak fenomena dalam sains, tidak terdapat satu perspektif berwibawa tunggal atau takrifan daya kreatif. Dan tidak seperti unlike banyak fenomena dalam psikologi, tidak terdapat satu teknik pengukuran terpiawai. Murid-murid biasanya suka berimaginasi. Jadi, imaginasi mereka akan diturunkan dalam lakaran gambar ataupun contengan yang dibuat. Daya imaginasi ini sememangnya memberikan peluang untuk murid berfikir luar dari apa yang dijangka. Hasilnya boleh menjadi negatif ataupun positif mengikut haluan yang dipilih.

Kreatif biasanya digunakan bagi merujuk kepada tindakan menghasilkan idea baru, pendekatan atau tindakan, sementara inovasi merupakan proses menghasilkan dan menggunakan kreatif sebegitu dalam bentuk tertentu. Dalam konteks organisasi, istilah inovasi sering kali digunakan bagi merujuk keseluruhan proses di mana organisasi menghasilkan idea kreatif baru dan menukarkannya menjadi barangan, perkhidmatan, dan amalan perniagaan yang berlainan, berguna dan memiliki daya komesial, sementara istilah krestif dikhususkan bagi kegunaan khusus dalam proses penghasilan idea berlainan oleh individual atau kumpulan, sebagai langkah perlu dalam proses inovasi. Sebagai contoh, Amabile et al. (1996) mencadangkan bahawa inovasi "bermula dengan idea kreatif," "...creativity by individuals and teams is a starting point for innovation; the first is a necessary but not sufficient condition for the second."[1] Sungguhpun kedua perkataan adalah berlainan, ia adalah seriring. Untuk berinovasi, pekerja perlu menjadi kreatif untuk kekal bersaing. Dalam seni visual, tanpa kreatif dan inovasi sesuatu tidak boleh dihasilkan. Ekspresi manusia ini boleh dibahagikan kepada emosi gembira, sedih, takut, terperanjat, marah, cemburu dan sebagainya. Ekspresi seseorang selain dari riak muka boleh ditunjukkan dalam hasil lukisan. Ton warna juga turut memainkan peranan dalam menunjukkan ekspresi . Boleh dikatakan bahawa lukisan tanpa ekspresi ini ibarat pen tanpa dakwat. Keupayaan produktif ialah istilah yang digunakan untuk mentakrifkan output maksimum yang mungkin bagi sesebuah ekonomi. Menurut UNCTAD, tidak terdapat sebarang takrif yang dipersetujui. UNCTAD pada dirinya mencadangkan takrif sebagai "sumber produktif, keupayaan keusahawan, dan rantaian pengeluaran yang bersamasama menentukan keupayaan sesebuah negara untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan." Istilah "keupayaan produktif" juga digunakan dalam bidang ekonomi

perduaan untuk bermaksud keupayaan menjanakan pendapatan, baik oleh kilang, tanah, paten, mahupun kemahiran buruh seseorang. Sebenarnya seni visual ini suatu kerjaya di mana memberikan peluang yang amat banyak dalam menghasilkan produktiviti. Sekiranya seorang ahli seni mampu menghasilkan produk yang bermutu maka hasilnya jika dijual boleh mencecah sehingga beratus-ratus hinggalah berjutajuta. Secara tidak langsung, dengan menghasilkan produk yang maksimum maka seseorang dapat menjadi memupuk semangat keusahawanan. Penghasilan produk membawa kepada komersial. Komersial bermaksud jual beli output yang dihasilkan. Iklan secara besar-besaran dan juga publisiti bermaksud komersial. Murid-murid dapat mengetahui cara mengiklankan hasil mereka seperti membuat pameran ataupun menjualnya ke balai seni .

TAJUK : 3 KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 1. Bagaimanakah Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah berperanan sebagai alat komunikasi? SENI GRAFIK a. Grafik bermaksud gambaran bukan fotografi yang berbentuk 2 dimensi b. Grafik meliputi lukisan, catan, carta, graf, poster dan kartun c. Grafik diguna untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas dan ringkas d. Gambar foto yang diubahsuai, dimasukkan gambar lain, muka taip, logo dan lain-lain adalah sebagai grafik e. Contoh grafik boleh dilihat pada bilbod, kain rentang, papan tanda, akhbar, majalah, pembungkusan, digital dan sebagainya.

2. RISALAH a. Risalah berfungsi sebagai promosi, penerangan, pengiklanan dan memberi maklumat b. Terdapat pelbagai bentuk risalah seperti sehelai kertas berlipat dia atau tiga, beberapa lipatan dan seperti buku c. Unsur reka letak sesebuah risalah mengutamakan ilistrasi, kaligrafi, tipografi, simbol dan logo d. Antara corak yang popular ialah Mondrian, Tingkap Gambar, Bingkai, Multipanel, dan Sarkis

3. PEMBUNGKUSAN a. Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi barangan semasa dihantar, disimpan dan dipamer b. Jenis pembungkusan ialah pembungkusan kertas, plastik, botol, tin, kotak kayu dll c. Fungsi pembungkusan ialah untuk: i. Melindungi barangan

ii. Memudahkan kerja menyimpan dan penghantaran iii. Menyampaikan meklumat dan mempromosi d. Ciri-ciri pembungkusan yang baik mengandunggi i. Jenama ii. Keterangan iii. Gambar / ilustrasi iv. Logo, nama dan syarikat

4. LOGO a. Merupakan tanda sesuatu syarikat, pertubuhan, institusi, kempen, perkhidmatan dan sebagainya b. Setiap benda, perkara, warna, dan lambang yang ada pada logo mempunyai maksud tertentu seperti keris lambang keberanian & padi lambang muafakat c. Sumber logo biasanya daripada sumber huruf, angka, geometri, flora, fauna, campuran dan sebagainya

5. SIMBOL a. Merupakan tanda sesuatu benda atau perkara b. Merupakan tanda yang dapat dikenal di peringkat antarabangsa c. Menggunakan rupa mudah ( rupa positif / rupa negatif ) d. Rupa yang biasa diguna seperti rupa geometri, huruf, dan alam semulajadi e. Biasanya kurang menggunakan teks / tulisan f. Mudah difahami seperti tanda tandas, surau, hospital dan sebagainya.

6. MASKOT a. Sebagai lambang sesuatu acara rasmi syarikat atau sukan b. Dapat menarik minat terutama kanak-kanak c. Kostum yang dipakai oleh manusia memerlukan fabrik yang tidak panas d. Menampilkan identiti tempatan dan asli e. Sumber maskot diambil daripada haiwan liar atau haiwan peliharaan seperti tupai, panda, lebah dan sebagainya.

2. Apakah perbezaan di antara ekspresi dan luahan fikiran?

Mengikut Kamus, ksprsi ialah pelahiran maksud (perasaan dan sebagainya) dengan kata-kata (gerak-geri dan lain-lain). Ia juga boleh dikatakan lebih kepada perasaan emosi seperti emosi gembira, sedih , takut, terperanjat, marah, cemburu, iri hati, murung, muram, geram, baik hati, senyum, ketawa dan sebagainya. Ia lebih kepada perasaan. Apa yang terkandung dalam perasaan akan didedahan menerusi ekspresi. Manakala, luahan fikiran ialah pendapat ataupun buah fikiran yang dikeluarkan melaui perkataan ataupun percakapan. Ekspresi ini lebih banyak ditunjukkan melalui riak muka, mata, kening, dan juga anggota badan. Luahan fikiran pula hanya boleh diluahkan melalui percakapan secara logikal, bernas dan kreatif. Luahan fikiran dalam bentuk bertulis ataupun bukan bertulis. Dalam bertulis, kita boleh meluahkan perasaan , fikiran dalam bentuk artikel, risalah , majalah ataupun berita. Dalam kategori bukan bertulis pula, luahan fikiran boleh dilakukan secara lisan. Segala pandangan, cadangan dan fikiran boleh dikongsi bersama.

3. Pendidikan Seni Visual berperanan untuk mempertingkatkan kemahiran dalam penghasilan karya.Senaraikan institusi yang mempergiatkan Pendidikan Seni Visual.

1) Maktab/ Institusi Pengajian Tinggi Awam ( Dalam Malaysia)

Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPMM) kini IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) kini IPG Kampus Kota Bharu Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (M4P) kini IPG Kampus Pulau Pinang Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKTBR) kini IPG Kampus Dato' Razali Ismail Maktab Perguruan Raja Melewar (MPRM) kini IPG Kampus Raja Melewar Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) kini IPG Kampus Batu Lintang Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB) kini IPG Kampus Tuanku Bainun Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH) kini IPG Kampus Sultan Abdul Halim Institut Bahasa Melayu Malaysia kini IPG Kampus Bahasa Melayu Institut Perguruan Bahasa - bahasa Antarabangsa kini IPG Kampus Bahasa Antarabangsa Institut Perguruan Darulaman (IPDA) kini IPG Kampus Darulaman Maktab Perguruan Persekutuan Perlis (MP3P) kini IPG Kampus Perlis Maktab Perguruan Ipoh (MPIPOH) kini IPG Kampus Ipoh Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) kini IPG Kampus Ilmu Khas Maktab Perguruan Sultan Mizan (MPSMB) kini IPG Kampus Sultan Mizan Maktab Perguruan Islam (MPI) kini IPG Kampus Pendidikan Islam Maktab Perguruan Teknik (MPT) kini IPG Kampus Pendidikan Teknik Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI) kini IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan (MPTAA) kini IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Maktab Perguruan Tun Hussien Onn (MPTHO) kini IPG Kampus Tun Hussien Onn Maktab Perguruan Rajang (MPRAJANG) kini IPG Kampus Rajang Maktab Perguruan Sarawak, Miri (MPSM) kini IPG Kampus Sarawak Maktab Perguruan Tun Abdul Razak (MPTAR) kini IPG Kampus Tun Abdul Razak Maktab Perguruan Tawau (MPTAWAU) kini IPG Kampus Tawau Maktab Perguruan Gaya (MPGAYA) kini IPG Kampus Gaya Maktab Perguruan Keningau (MPK) kini IPG Kampus Keningau Maktab Perguruan Kent (MPKENT) kini IPG Kampus Kent 2) ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) 3) Kolej Komuniti Kuching 4) Balai Seni Visual Negara 5) Perpustakaan Balai Senil Lukis Negara 6) Dewan Bahasa dan Pustaka 7) Universiti Pendidikan Sultan Idris

Luar Negara Institut Seni Indonesia Denpasar Mumbai Institut Seni Indonesia Kebudayaan Beijing

4. Huraikan ciri-ciri individu yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang karya seni visual.

Ciri ciri individu yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang karya seni visual ialah perlu mempunyai kreativiti. Orang yang berkreativiti sahaja mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Jika kita bandingkan dua orang murid yang sama umur, tetapi salah seorangnya mempunyai kreativiti manakala seorang lagi tidak mempunyai kreativiti. Jika kita minta kedua-duanya menghasilkan sesuatu karya maka karya manakah yang akan menarik perhatian kita? Sudah tentulah karya orang yang mempunyai kreativiti. Orang yang mempunyai kreativiti bukan sahaja mampu menggambarkan apa yang ada dalam pemikiran malah boleh memberikan nyawa kepada karya tersebut dari segi penggunaan warna, estetik, ekspresi dan juga boleh mengubah sesuatu karya yang biasa kepada yang luar biasa. Sebagai seorang ahli seni, individu harus mempunyai bakat ini. Seterusnya, seseorang harus mempunyai pengetahuan tentang sejarah kerana ia merangkumi keseluruhan idea, konsep dan perkembangan sesuatu bidang seni secara menyeluruh. Penyelidikan seni adalah teras dalam melahirkan teori-teori baru, mengemaskini metodologi baru, proses berkarya berasaskan kepelbagaian disiplin ilmu dan kewajaran kaedah penilaian saintifik dalam penyataan seni. Individu tersebut juga harus bersifat penyabar di mana mampu menerima kritikan dalaman dan luaran. Ramai yang beranggapan bahawa orang yang melibatkan diri dalam dunia seni tidak mempunyai masa depan yang cerah dan tidak mampu memiliki kehidupan yang berjaya. Ramai ahli seni yang berjaya pada masa sekarangadalah mereka yang pernah mengalami penghinaan,kritikan yang negative dan juga dorongan negative. Individu seni yang memahami karya seni haruslah mampu menerima kritikan yang negative untuk ditukarkan kepada kritikan positif dan merancang strategi untuk membaiki kelemahan diri. Seterusnya mereka juga harus memiliki ciri ekspresi. Ekspresi adalah lebih kepada perasaan emosi seperti emosi gembira, sedih , takut, terperanjat, marah,

cemburu, iri hati, murung, muram, geram, baik hati, senyum, ketawa dan sebagainya. Ia lebih kepada perasaan. Apa yang terkandung dalam perasaan akan didedahan menerusi ekspresi. Ekspresi dalam karya ini bukan mudah untuk dihasilkan. Dengan adanya latihan yang berterusan dan teknik yang betul sahaja suatu karya dengan kespresi yang betul dan tepat dapat dihasilkan. Selain itu, cirri yang paling penting ialah mengubah ikut peredaran masa. Ramai yang tidak akan berubah mengikut peredaran masa. Bagi seorang ahli seni, dia haruslah pandai menghasilkan karya yang menggambarkan perubahan. Cara lukisan, penggunaan warna dan elemen seni yang lain menunjukkan karya yang dihasilkan. Individu yang berada pada zaman 60-an , jika tidak menghasilkan karya yang sesuai pada zaman tersebut maka karya itu akan dianggap tidak bernilai. Itulah kepandaian yang harus dimiliki oeh seseorang untuk menghasilkan karya mengikut perubahan masa dan tempat.

5. Kepekaan pengamatan seseorang terhadap karya seni boleh ditajamkan melalui berbagai cara.Huraikan berdasarkan cara-cara di bawah. Bengkel seni visual Melalui pembacaan buku seni Penghasilan karya Melalui lawatan ke pameran seni Biasanyan bengkel seni visual akan dijalankan selama tiga hari hingga seminggu. Dalam bengkel seni visual pelbagai perkara, teknik dan strategi akan diajar berkaitan dengan seni visual. Bengkel ini akan dijalankan oleh mereka yang pakar dan penuh berkemahiran dalam bidang seni visual. Pelbagai teknik seperti anyaman, catan, lukisan , warna dan teori-teori untuk diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran akan diajar. Pendapat dan cadangan untuk menambahbaik kemahiran dan cara pengajaran akan dibincang bersama. Bagi orang yang masih baru dalam seni, maka segala maklumat yang diperoleh akan membantu dalam menimba pengalaman. a) Pembacaan buku seni Orang seni biasanya suka mengkaji maklumat untuk digunakan dalam pengajaran. Pembacaan buku seni akan menambahkan pengetahuan tentang seni. Ciri-ciri dan jenis kategori juga dapat diketahui melalui buku seni. Orang yang banyak membaca biasanya akan mempunyai banyak pandangan dank omen untuk dikongsi berbanding dengan orang yang kurang berpengetahuan. Buku seni biasanya akan menjadi panduan ataupun modul pengajaran dimana kebanyakan maklumat yang berkaitan dengan seni dapat ditimba. b) Penghasilan Karya Karya Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahanbahan yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan, catan, seni cetak dan arca.Apa yang dibaca perlu dipraktikkan. Banyak teori sekiranya jika tidak praktikkan maka tidak bermakna. Untuk itu, bagi seni visual karya adalah perkara yang paling penting untuk periksa sama ada ilmu yang diperoleh betul

dipraktikkan ataupun tidak. Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya, beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan idea tertentu melalui simbol dan bentuk (seperti pokok selasih sebagai kekasih). Penghasilan karya yang bermutu dapat menunjukkan ahli seni yang baik. c) Pameran Seni Pameran seni adalah tanda komersial dimana penghasilan karya seseorang akan dinilai oleh peminat seni. Dalam pameran seni segala hasil karya ahli seniman akan dipamerkan dan karya yang paling baik akan dijual beli dalam kuantiti harga yang tinggi. Pameran seni ini membolehkan ahli seni dari seluruh pelusuk negeri dan Negara berkumpul di suatu tempat untuk menunjukkan bakat kesenian masing-masing. Penghasilan karya yang baik adalah karya yang menepati segala kriteria dan cirri yang ditetapkan. Dalam pameran seni, ramai bakat-bakat muda akan dikenal pasti dan ahli seni yang berprofessional akan memberi tunjuk ajar agar dapat meningkatkan potensi diri.

6. Kreativiti individu boleh dipertingkatkan melalui latihan berterusan.Beri pandangan anda terhadap kenyataan tersebut.

yang

Sebelum menganalisis kreativiti , kita kena tahu definisinya terlebih dahulu. Kreativiti ialah suatu kemahiran dimana murid menggabungjalinkan kesemua bakat yang sedia ada untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Bukan kesemua murid dapat peluang untuk menunjukkan kreativiti diri. Mata pelajaran seni visual ini mewujudkan platform untuk murid meluahkan kreativiti mereka bukan sahaja menggunakan teori tetapi juga dengan menggunakan estetik, inovasi dan daya imaginasi yang tiada sempadannya. Sepertimana yang kita ketahui kreativiti seseorang murid hanya boleh dipertingkatkan menerusi latihan yang berterusan. Bah kata pepatah, practice makes perfect. Kreativiti ini harus diaplikasikan selalu agar dapat menampakkan hasil yang bermutu. Daya kreativiti murid yang baik dengan lemah dapat dibezakan menerusi lakaran ataupun lukisan murid. Murid yang kurang daya kreativiti akan takut menghasilkan sesuatu yang luar biasa kerana bimbangkan kritikan. Dengan adanya latihan yang berterusan, ketakutan murid untuk cuba hasilkan sesuatu dapat dihindari. Murid yang berkreativiti tinggi mampu hasilkan sesuatu yang luar dari pemikiran dan unik . Sekiranya disokong dengan latihan yang berterusan maka murid dapat melayangkan daya imaginasinya ke paras yang lebih tinggi. Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam buday a iadianggap gabungan unik dan berguna (Sternberg & Lubart, 2003) . dan

Pada pandangan saya kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna

pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka, meluahkanperasaan dan kreativiti.

Ketika menghasilkan kolaj, pelajar dapat menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahanberwarna yang terdapat di sekitar mereka. Misalnya, keratan kertas majalah, cebisan kertas kotak, helaian daunkering, serpihan kulit kayu dan sebagainya. Mereka akan menampal bahan-bahan pilihan untuk membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke bentuk visual, di atas kertas merupakan satu prosesartistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan beberapa jenis deria rangsangan dan dapat

merangsangminda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan.

Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan untuk menghasilkan karya.Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat

menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk membentuk, membuat binaan dan sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan yang disediakan dalam bilik darjah.Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih luas dan mendorong mencapai tahap kepuasan belajar sebagaimanadiinfini.

Ikatan peraturan bilik darjah tradisional tidak sesuai lagi digunakan. Kini pelajar bebas bergerak dalamkawasan yang difikirkan perlu dan selamat. Mereka tidak terkongkong di atas kerusi sahaja sepanjang prosespengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh guru. Guru bolehmembawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian, catatan, penyelidikan, rakaman serta ujikaji.Pelajar boleh menggunakan pengalaman sedia ada untuk digabungkan dengan pengalaman baharu untuk mendapatkan hasil. Pengalaman ini dapat merangsang minda pelajar agar bertindak lebih kreatif, dan mengalamisuasana pembelajaran yang seronok.

Latihan 7 Anda dikehendaki melayari internet dan mencatat contoh-contoh kepentingan PSV dari aspek pertimbangan dan kesedaran estetik. Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama iaitu psikologi dan sosiologi.

I) Peranan psikologi Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan menghayati)

Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.

kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuat dan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan perekaan.

Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan, pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.

II) Peranan sosiologi Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamad Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan SV :

Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

Persekitaran- Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman. Rumah rakit- Kuala Lipis

Propaganda- SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad. Poskad kepada dunia (1990)

Ritual / upacara- SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor. Spiritual SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

Pengeluaran- Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.

Pemujukan- Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contohcontohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.

Perniagaan dan perdagangan- Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

PENGALAMAN ESTETIK

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan' aialh kesenangan estetik (aesthetic pleasure). Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.Terbahagi kepada : i) Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai tukang dan sebagainya.

ii) Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni. Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidang yang berkaitan dengan seni.

Latihan 8 Seni Visual bersifat universal merangkumi keperluan semua golongan termasuk pelukis ,pengacara,pereka bentuk, pereka fesyen,arkitek bahkan oleh semua manusia sebagai memenuhi keperluan dan kepuasan diri. Beri pendapat anda tentang kenyataan di atas. Ya saya amat bersetuju dengan pernyataan di atas di mana seni visual bersifat Universal merangkumi keperluan semua golongan termasuk pelukis, pengarca , pereka bentuk, pereka fesyen , arkitek bahkan oleh semua manusia sebagai memenuhi keperluan dan kepuasan diri. Jika kita melihat keperluan dari segi seorang pelukis, memang tidak dapat dinafikan bahawa pelukis tidak dapat hidup tanpa seni. Dari penghasilan karya sehinggalah ke penjualan hasil karya , elemen-elemen seni harus diaplikasikan oleh seorang pelukis. Bagi seorang pengarca pula pembentukan patung ataupun arca perlukan kreativiti , ekspresi, estetik . Semua ini adalah apa yang dipelajari dalam seni visual. Untuk menghasilkan sebuah patung yang cantik, menarik dan memikat hati maka ekspresi dalam riak muka, pembentukan setiap bahagian badan yang tepat perlu dihasilkan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam seni visual membantu untuk menghasilkan arca yang terbaik. Bagi pereka bentuk dan pereka fesyen pula penggunaan warna , teori teori , lakaran dan lukisan adalah asas untuk membina kerjaya. Tanpa mempunyai pengetahuan asas dalam seni, seseorang individu tidak dapat menjadi pereka fesyen yang baik. Penggabungjalinan warna , kemahiran menghasilkan corak pakaian ikut usia semuanya memerlukan bakat seni. Bakat seni ini dipelajari ataupun wujud secara semula jadi. Di samping itu, arkitek , pereka bangunan juga perlu ada bakat seni. Mereka perlu ketahui kehalusan, ketebalan warna yang boleh digunakan selepas bangunan habis dibina. Pada waktu mereka pula, mereka perlu menggunakan teknik lakaran dan lukisan agar bangunan yang ingin dicipta diturunkan kepada jenis gambar. Dari gambar kepada bangunan sebenar. Pereka bangunan juga perlu mereka dalaman bangunan secara sistematik dan berurutan . Untuk itu , teknik catan amat membantu. Jadi boleh dikatakan bahawa seni ini bersifat Universal di mana kepentingannya diperlukan dalam setiap bidang. Tanpa seni tiadalah kerjaya.

TAJUK 4 PANDANGAN / SUMBANGAN TOKOH-TOKOH SENI/PENDIDIKAN SENI VISUAL 1. Huraikan pandangan Sidi Ghazalba tentang konsep seni islam. Menerusi buku pandangan islam tentang kesenian,menjelaskan bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan,yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok manusia mempunyai fitrah semulajadi yang cinta akan kesenian yang boleh member ketenangan kepada hati dan fikiran.Oleh itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cintakan sesuatu yang dapat member kepuasan hati melalui pancaindera rasa.

2 a) Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan lanskap China iaitu keseimbangan dengan yang melalui perlambangan kabus, air, awan, burung dan lembah. Dalam filosofi Cina, konsep Yin-Yang biasanya di daerah barat

disebut Yin dan Yang. Biasanya digunakan untuk mendeskripsikan sifat kekuatan yang saling berhubungan dan berlawanan di dunia ini dan bagaimana mereka saling membangun satu sama lain. Konsep tersebut didasarkan pada asal muasal dari banyaknya cabang ilmu pengetahuan klasik dah filosofi Cina serta dapat digunakan sebagai pedoman pengobatan Cina dan menjadi prinsip dari seni bela diri yang ada di Cina, sebagai contoh Baguazhang, Taijiquan (Tai Chi), dan qigong (Chi Kung)

dan ramalan Ching. Yin dan Yang saling berlawanan dalam interaksi dengan dunia yang lebih luas dan sebagai bagian dari sistem yang dinamis. Semua hal memiliki kedua aspek tersebut yakni Yin dan Yang, tapi tidak setiap aspek tersebut memiliki perwujudan yang jelas pada objek dan mungkin pasang surut atau mengalir dari waktu ke waktu. Konsep Yin dan Yang sering dilambangkan dengan berbagai bentuk yang bervariasi dari simbol Taijitu, yang mana lebih umum dikenal pada kebudayaan barat. Ada beberapa persepsi (terutama di barat) yang mengatakan

bahwa Yin dan Yang selalu dihubungkan dengan sesuatu yang baik dan jahat. Namun, filsafat Taoist biasanya tidak memperhitungkan sesuatu yang baik atau jahat dan penilaian moral, dalam kaitannya dengan konsep keseimbangan. Konfusianisme (Filosofi dari Dong Zhongshu, c. Abad 2SM) tidak melampirkan dimensi moral dari Yin dan Yang. Tapi dalam istilah modern, istilah ini sebagian besar telah teradaptasi oleh filosofi Buddha Taoist. Dikatakan catan Cina bermula dengan gambar binatang. Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat. Perkembangan seni catan terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur ugama Budha, Taoism dan Confucianism. Zaman Sung, pelukis Cina menggunakn ciri-ciri pemandangan san kemanusiaan. Ciri-ciri catan motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat, Kebayakan catan menggambarkan keindahan panorama alam dan

semulajadi.

Catan

lanskap

mendapat

tempat

yang

istimewa

sekali

dalam

perkembangan seni catan China. Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud gunung dan air. Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti Sung. Ciri-ciri Catan lanskap. Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepasda ekspresi yang membawa pengnertian terrhadap keseluruhan catan. Seorang artis harus dapat berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan falsafahnya melalui catan. Spirit). Monokrom: penggunaan cat air dengan ton warna yang terhad begi Hukum Catan China (Berasaskan Prinsip Shi-Vitalize

mendapatkan impak mendalam Komposisi: mementingkan rangkaian ruang berasaskan garisan tegak dan mendatar. Ton dan suasana: Chi Yun Sheng Tungn ton yang memberi suasana yang ghairah dan dinamik Struktur dan sapuan berus: Sapuan awal berus memberi pengertian - dibuat secara spontan dan simbol kepada alam semula jadi Lakaran: penting sebagai pembentukan awal sesuatu gambaran. Kesesuaian lukisan dengan objek: Walaupun lukisan tidak sama dengan objek sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman

2. b) Pelukis China dan Barat menghasilkan karya seni dengan menggunakan konsep yang berbeza dari segi makna dan iknografi.Nyatakan perbezaan konsep tersebut bagi karya catan.

Corak catan China berbeza dengan catan barat.Pada zaman awal interaksi antara orang cina dengan barat menyaksikan bagaimana orang barat membuat kajian terhadap lukisan Cina dan sering mengkritik lukisan Cina.Seorang Padri Jesuit yang pernah sampai ke China pada abad ke 17 iaitu Matteo Ricci menyatakan seniman Cina tidak mempunyai pengetahuan dalam seni catan.Pendapat beliau dikongsi bersama oleh kebanyakkan orang Barat yang pernah sampai ke China pada abad ke 17 hingga ke 19.Hanya segelintir orang Barat yang mengakui dan menghargai lukisan Cina. Perbezaan antara seni catan Cina dan Barat adalah pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua pihak.Barat gagal memahami motif dan kaedah yang digunakan oleh pelukis Cina.Karya-karya cina berkait rapat dengan falsafah,nilai-nilai dan citarasa masyarakat Cina.Dalam hal ini ,pengaruh fahaman Taoisme amat kuat mempengaruhi karya-karya Cina.bagi masyarakat Cina lukisan dipandang tinggi.Lukisan bagi mereka tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan mereka.Lukisan umpama memberi ketenangan bagi mereka.Kadang kala orang Cina boleh leka melihat lukisan-lukisan yang bergantung dinding rumah mereka.Ini kerana bagi mereka lukisan mempunyai erti.Berbeza dengan lukisan bangsa lain,lukisan orang Cina tidak mementingkan rupa tetapi maknanya.Oleh itu, kebanyakkan catan yang dilukis berbentuk ringkas.Oleh kerana itu,kebanyakkan catan yang ditonjolkan oleh pelukis tidak menggunakan banyak warna.manakala alat yang digunakan oleh mereka agak mudah seperti dakwat hitam dan berus yang dibuat diperbuat daripada pulpa buluh.Namun demikian, senki catan Cina juga boleh didapati di dinding-dinding istana.Keadaan ini banyak berlaku pada zaman klasik.

3. Apakah pendorong utama penghasilan bentuk arca figurative india? Ikon-ikon atau perlambangan agama dalam kesenian seni ukir dan seni arca agama Hindu dijelmakan pada bentuk-bentuk figura dan bentuk-bentuk yang telah ditentukan.lebih daripada 2000 tahun yang dahulu,bentuk-bentuk figure suci in digelar sebagai murti. Ikon-ikon Hindu dan imej-imej suci ini dijelmakan menerusi sifat-sifat antropomorfik menyifatkan bentuk-bentuk perwatakan manusia kepada dewa,binatang dan sebaginya. Dewa-dewa ini mengadaptasi lebih kepada bentuk-bentuk manusia dan juga di dalam bentuk-bentuk abstrak. Figura atau bentuk manusia merupakan salah satu persamaan yang terdapat di dalam pembinaan seni arca atau patung bagi agama Hindu dan Buddha. Simbol figura begitu banyak digunakan kerana ia berkait rapat dengan kehidupan manusia sama ada melibatkan penceritaan kehidupan sekarang atau kehidupan selepas mati. Di dalam kesenian Hindu, arca simbol manusia sering kali menjadi tumpuan utama dan kebanyakkan terdapat di dalam kuil, sama adaa dalam bnetuk arca binaan dan ataupun arca timbulan. Batu dan batu pasir dikenalpasti sebagai media utama yang digunakan dalam penghasilan seni arca pada peringkat awal, sama ada bagi agama Hindu mahupun Buddha. Penggunaan media batu ini mempunyai perkaitan dengan keadaan setempat pada waktu itu. Arca timbulan berupa tuhan dan dewa-dewi dalam pelbagai bentuk, gaya dan saiz yang terdapat di dinding-dinding gua merupakan antara arca yang menggunakan media batu pada peringkat awal bagi kedua-dua agama ini. Arca-arca bersaiz lebih besar daripada manusia. Jika penghasilan arca Hindu menggunakan media batu adalah bersaiz lebih besar daripada manusia, ini tidak bereti perkembangan zaman gangsa telah menghasilkan arca bersaiz sama. Arca Hindu yang diperbuat daripada media gangasa adalah lebih jauh lebih kecil saiznya berbanding

manusia.Namun, kehalusan seni ciptaannya tetap tinggi dan halus, sebagiamana arca yang menggunakan media batu atau batu pasir.

4. Seni catan merupakan salah satu bidang dalam kesenian sesuatu budaya.Catan lanskap merupakan salah satu kesenian yang dikagumi dalam perkembangan kesenian dalam budaya seni Jepun.Nyata dan huraikan lima ciri catan lanskap Jepun. Tertumpu kepada ciri-ciri kepercayaan Shinto yang membawa pengertian terhadap keseluruhan catan. Interaksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan falsafahnya melalui catan. Bermiripkan konsep yin dan Yang aripada catan lanskap China iaitu keseimbangan dengan yang melalui perlkan pengabadambangan kabus,air,awan,burung dan lembah. Bentuk-bentuk figurative lebih ketara dengan memaparkan pengabadian terhadap alam dengan aktiviti-aktiviti. Memperkembangkan dan kombinasi dengan stail dakwat China Zen.

5. Lukisan adalah tiga kali terpisah daripada kebenaran Siapakah tokoh barat yang membuat penyataan tersebut?

Tokoh barat yang membuat pernyataan tersebut adalah Plato (347sm).Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada kebenaran.Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada kebenaran , kebaikan ,kesempurnaan,kesejahteraan dan keindahan dikaitkan dengan perlakuan,akhlak,niali dan moral.Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan meningkatkan perpaduan.Likisan juga dibincang dengan konsep imitasi, membandingkan lukisan dengan kebenaran dan pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.

6. Anda dikehendaki melayari internet dan tulis kenyataan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh di bawah. a) Eisner Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanak-kanak sebaliknya. b) Viktor Lowenfield Mengikut pendapat Eisner, Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya. Einser Viktor Lowenfeld Edmund Feldman

c) Edmund Feldman Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.

6) a) Nyatakan dua nilai dalam budaya melayu yang dipaparkan dalam karya Menanti Nelayan oleh Mazli Mat Som. I. setiap wajah yang dilihatnya mempunyai keindahan yang tersendiri dan beliau cuba untuk mengekalkan keindahan itu dengan memilih watak orang sekitarnya untuk menghidupkan potret yang dilukis. II. Mempunyai reaksi terhadap aliran romantisme, iaitu satu aliran yang terlalu

berurutan dengan perasaan.

b) Jelaskan aspek-aspek Seni Visual yang dikaitkan dengan imej-imej yang dipaparkan. Ini termasuklah idea, kandungan , konteks,pengaruh fungsi dan pernyataan. Fikirkan juga bahan, alatan dan teknik yang digunakan dalam proses penghasilannya.

Hasil karya

Aspek Seni Visual Cat minyak

Teknik Teknik impasto Glazing Cat tepat Teknik melembut

Bahan dan Alat Berus lembut keras. Pisau palet Kekuda kanvas Papan,kayu, Kadbod. Berrruuus jenis dan

Cat tempera

Disapu mengikut lapisan nipis,jalur sapuan diselang selikan kesan supaya warna yang

berbagai saiz Jenis lembut

atau keras. Kertas tebal. Kain kanvas

atau papan.

rata dan licin. Cat air Berus Basah atas basah Basah atas kering Kering atas basah Kering atas bertindih lembut Kertas cat air yang biasa jenis

8.

Di bawah ini terdapat rajah yang mengemukakan tokoh-tokoh seni pelbagai budaya. Di samping itu terdapat ruang untuk dinyatakan konsep/nilai seni yang dipegang oleh mereka. Sila lengkapkan rajah tersebut.

Bil 1.

Nama Tokoh Al-Ghazali

Seni budaya Islam

Konsep/Nilai Seni sebagai aspek keindahan dari aspek luaran dan dalaman

2.

Kuo Shi/ Ma Yuan/ Zheng China Xie

Menggunakan teknik peribadi di mana elemen dekoratif

digunakan seperti lukisan flora dan siri lukisan pemandangan. Teknik yang digunakan ialah cat air. 3. Kobayashi Kokei/ Hishida Jepun Shunso

Seni yang bernama moro-tai diperkenalkan.Seni ini

menggunakan kesatuan warna dimana menggantikan lukisan garisan . Ini adalah salah satu seni gaya tradisi Jepun. Gaya ini lebih menekankan lukisan kabus dan waktu subuh pagi.
4. Mir Sayyid Ali/ Khwaja Mughal Seni jenis catan digunakan.

Abdus Samad/ Muhammad Nadir

Kesenian Mughal Unik kerana ia adalah gabungan gaya India, Persia dan Islam.

5.

Herbert Read/ Frank Cizek

Barat

Seni visual adalah berasaskan aspek psikologi yang melihat perkembangan kanak-kanak dan melahirkan penyertaan diri.

6.

Syed Ahmad Jamal/ Hussin Tempatan Anas

Seni yang menunjukkan wajahwajah yang membawa mesej budaya pakaian melalui dan penampilan social

kegiatan

masyarakat Malaysia

TAJUK 5 PENGERTIAN REKABENTUK DALAM PSV 1. Perhatikan sekeliling anda, sudah semestinya terdapat pelbagai rupa bentuk alam semula jadi dan buatan manusia. Berdasarkan pada pemerhatian anda, cari dan kumpulkan lima gambar berkaitan reka bentuk dari aspek:

PRODUK REKA BENTUK

ASAS SENI REKA

Bentuk, garisan, warna Contoh : Telefon Bimbit Kaca merupakan sejenis bahan yang kuat dan Bekas dan peralatan kaca agak berat. Kelemahan bahan ini adalah mudah retak dan pecah. Tetapi ia dapat membalikkan cahaya dan lutsinar. Kaca amat sesuai untuk memberikan ruang. Berupa rangkaian, warna , bentuk, jalinan, Kalung kesatuan Tapak yang lebih lebar dan jalinan bunga yang Kasut lebih kasar untu memberikan kasut cengkaman menggunakan

tambahan.

Kebanyakan

bahan fabric yang mempunyai liang-liang udara bagi pengaliran udara. Pemilihan bahan yang ringan atau berat, keras Perabot kayu atau lembut, kekuatan, tekstur, fleksibiliti, teknik pembentukan dan ketahanan sesuatu bahan. Kayu yang dipilih mempunyai warna yang semula jadi dan ira kayu yang dapat menimbulkan corak serta jalinan

2. Lihat tiga foto yang dipaparkan di atas. Ianya memperlihatkan reka bentuk bangunan. Reka bentuk bangunan berubah-ubah mengikut masa, trend dan juga teknologi yang semakin berkembang maju. Berdasarkan pada foto ini, anda dikehendaki membuat analisa dari aspek; i) ii) iii) iv) Fungsi Rekabentuk Kebudayaan dan kepercayaan Persekitaran

Rekabentuk bangunan berubah-ubah mengikut masa,trend dan juga teknologi yang semakin berkembang maju dari segi aspek fungsi, rekabentuk,kebudayaan dan kepercayaan.Berdasarkan foto itu fungsi rekabentuk lebih memberi penekanan keapada fungsi tanpa melihat dari sudut estetik,ergonomic dan kesesuaian

rekabentuk.Fungsi bangunan ditentukan oleh jurutera dan kerja mereka bentuk dilakukan oleh jurutera industri. Rekabentuk boleh dilakukan dari aspek pengurusan

projek,penerbitan,perniagaan,penyiaran ,arkitek,aerospace,automatif,jurutera dan lainlain.Pembinaan bangunan memberi penekanan lebih kepada bentuk luaran tanpa mengira fungsi yang akan dimasukkan dalam rekabentuk. Kebudayaan merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusia yang diterima pakai dalam kehidupan sesebuah masyarakat.kebudayaan ini meliputi akal fikiran, serta daya ciptaan bagi memenuhi kehendak-kehendak biologi kemasyarakatan serta lam sekeliling yang sesuai dengan keperluan jasmani dan rohani.Kepercayaan ialah keyakinan dan akuan tentang kebenaran pada sesuatu.ia menjadi sesuatu yang diyakini dan diterima sebagai sesuatu yang benar oleh individu atau

masyarakat.contohnya , kepercayaan tentang ketuhanan, nilai norma dalam kehidupan, mitos dan amalan ritual. Persekitaran ialah suasana objek dan keadaan sekeliling sesuatu yang berbentuk semulajadi atau buatan manusia.persekitaran boleh mempengaruhi

kehidupan manusia.

TAJUK 6 PENGERTIAN KRAF DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 1. b). Bandingkan kraf tradisi dengan kraf dimensi baru dari aspek berikut; i) ii) TEMBIKAR Seni tembikar wujud di Tanah Melayu sejak beribu tahun dahulu. Buktinya terdapat penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan; Ulu Tembeling, Pahang; Bukit Tambun, Perak; dan Gua Niah, Sarawak. Peranan dan fungsi Proses penghasilan

Kawasan yang terkenal dengan seni tembikar ialah: a) Sayong, Kuala Kangsar, Perak ( Labu Sayong ) b) Pulau Tiga, Parit, Perak c) Kg. Mambong, Kuala, Krai Kelantan ( Tembikar Mambong ) d) Kg. Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang ( Terenang ) e) Kg. Alor Merah, Kedah f) Kuching, Sarawak

2. JENIS-JENIS TEMBIKAR a- Geluk bekas air b- Buyung bekas air c- Jambangan bekas bunga d- Labu bekas air e- Bekas bara- membakar kemenyan f- Perembunan menakung air embun g- Terenang bekas air tertutup h- Tembikar Mambong peralatan dapur spt periuk, belanga i- Tembikar Sarawak menyimpan barang berharga, arak dan bunga

3. PROSES MEMBUAT TEMBIKAR a) Proses Penyediaan Tanah Liat

Ambil tanah busut/sungai/sawah -> Keringkan/jemur -> Tumbuk hingga hancur -> Buang bendasing -> Ayak -> Kacau dan campur air -> Peram semalaman -> Uli hingga sebati -> Potong dengan dawai -> Uli semula -> Potong dengan dawai -> Proses membentuk tembikar boleh dimulakan.

b)Proses Membentuk Tembikar Proses membentuk tembikar boleh dilakukan dengan beberapa teknik, iaitu; i. Teknik picit memicit tanah liat dari bahagian tengah ii. Teknik lingkaran tanah diuli dan dilingkar membentuk tembikar iii. Teknik kepingan kepingan tanah liat dicantumkan iv. Teknik acuan menekan tanah liat ke dalam acuan kayu atau logam v. Teknik putaran tanah liat di letak di atas roda pemutar

c)Proses Pembakaran Teknik tradisional pembakaran dedah i. Pembakaran cara Sayong tembikar diletakkan di atas para selama 6 jam dan dimasukka ke dalam api selama 6 8 jam dan dimasukkan ke dalam sekam padi 5 10 minit untuk menghitamkannya ii. Pembakaran cara Pulau Tiga tembikar dikeringkan di sisi unggun api, kemudian dimasukkan ke dalam bara api untuk mendapatkan kesan warna kuning kehitaman Teknik Moden i. Tanur kayu ii. Tanur gas iii. Tanur elektrik iv. Tanur raku

Peredaran masa menyaksikan seni tembikar disesuaikan mengikut keperluan semasa. Tembikar dimensi baru memerlukan bahan hiasan lain untuk diigabungkan dengan tembikar seperti bahan campuran perak, rotan, daun kering, kaca, tali, buluh, dan sebagainya. Gabungan pelbagai bahan menyepuh yang kreatif dapat

menghasilkan kraf dimensi baru yang asli dan unik dengan bentuk hiasan yang bersesuaian dengan fungsinya. Penerokaan yang lebih berani dan kreatif telah dipraktikkan dalam seni anyaman. Campuran teknik boleh digunakan dalam seni anyaman. Contohnya, Teknik ikat dan celup dengan anyaman teknik tampal dan cantum. Ia boleh memberi nilai tambahan terhadap seni anyaman. Campuran bahan juga boleh digunakan. Bahanbahan seperti kulit kayu, tangkal buah kelapa, bahan plastik, logam, kulit pokok, upih digabungkan dengan anyaman. Bahan tambahan hiasan daripada logam atau plastic menjadikan hasil lebih canggih dan menarik. Ciptaan dimensi baru dalam Ukiran juga boleh dilakukan. Gabungan bahan seperti kayu dengan tanduk, kayu dengan logam ataupun campuran pelbagai jenis kayu. Alat seperti mesin kayu dan sembur angin boleh digunakan. Bahan pewarna digunakan mengikut trend semasa. Teknik dipelbagaikan untuk mendapat rekaan corak baru, contohnya teknik sisipan. Iaitu satu proses kepingan kecil dimasukkan ke dalam kepingan besar untuk menghasilkan satu reka corak lain.Teknik Swiss juga digunakan, iaitu satu proses kemasan permukaan yang memperlihatkan ton dan bayang yang dapat menimbulkan kesan antik. Ia boleh menghasilkan seni ukiran yang cantik dan menarik. Dimensi baru dalam seni tekat termasuk ciptaan untuk kelengkapan rumah seperti hiasan dinding, alas meja, dan bingkai foto. Bahan tambahan seperti logam, kayu, kulit, rantai, dan lain-lain digabungkan dengan seni tekat untuk menghasilkan kraf cita rasa semasa. Selain itu, teknik sulaman dan benang berwarna-warni juga dugunakan dalam seni tekat dimensi baru. Beranr\eka jenis corak hiasan baru telah direkaciptakan dan motif hiasan klasik pula diubahsuaikan oleh pandai tukang untuk memenuhi keperluan fungsi dan trend semasa bagi pelbagai barangan dimensi baru.

Ciptaan dimensi baru dalam seni batik juga boleh dilakukan Seni batik boleh digunakan dalam kelengkapan ruang tamu, kelengkapan bilik tidur, aksesori dan perhiasan diri. Bahan tamabahan untuk mencantum dan menggabung hasil ciptaan baru ialah rotan, anyaman, fabric, span, kulit, tali, tembikar dan sebagainya. Walaupun hasil tenunan masih mengekalkan rupa bentuk tradisionalnya, terdapat juga hasil tenunan baru yang disesuaikan dengan cita rasa semasa. Pewarna kimia yang tidak mudah luntur telah mengambil tempat pewarna asli. Bahan tambahan yang digunakan termasuklah span, kulit, fabric, PVC dan Sebagainya. Gabungan hasil tenunan dengan kraf lain dapat menghasilkan barangan yang lebih menarik.

2. Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Kraf Tradisional dan juga Kraf Dimensi Baru dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan

perbincangan dengan rakan-rakan . kumpulkan koleksi gambar pelbagai kraf tradisional dan gambar foto tentang kraf dimensi.

5. Dengan menggunakan pengurusan grafik buat banding beza antara tembikar sayong dan tembikar Sarawak dari segi bahagian tembikar dan motif

Bil 1

Tembikar Sayong Banyak terdapat di negeri Perak.

Tembikar Sarawak Banyak terdapat di negeri Sarawak.

Diilhamkan daripada bentuk buah labu.

Berbentuk tempayan ukir dengan hiasan kepala naga. Berasal dari China dan diusahakan oleh kaum Cina. Corak motif tempatan.

Diusahakan di Kualan Kangsar Perak

Corak alam sekeliling dan corak geometri.

Digunakan sebagai bekas untuk mengambil air dan menyimpan air.

Untuk menyimpan barang berharga, mengisi tuak atau jambangan bunga.

6. Cadangkan bagaimana untuk membuat penambahbaikan untuk ciptaan dimensi baru terhadap produk-produk kraf tradisional yang member nilai tambah terhadap industri dan ekonomi Negara. Peredaran masa menyaksikan seni tembikar disesuaikan mengikut keperluan semasa. Tembikar dimensi baru memerlukan bahan hiasan lain untuk diigabungkan dengan tembikar seperti bahan campuran perak, rotan, daun kering, kaca, tali, buluh, dan sebagainya. Gabungan pelbagai bahan menyepuh yang kreatif dapat

menghasilkan kraf dimensi baru yang asli dan unik dengan bentuk hiasan yang bersesuaian dengan fungsinya. Penerokaan yang lebih berani dan kreatif telah dipraktikkan dalam seni anyaman. Campuran teknik boleh digunakan dalam seni anyaman. Contohnya, Teknik ikat dan celup dengan anyaman teknik tampal dan cantum. Ia boleh memberi nilai tambahan terhadap seni anyaman. Campuran bahan juga boleh digunakan. Bahanbahan seperti kulit kayu, tangkal buah kelapa, bahan plastik, logam, kulit pokok, upih digabungkan dengan anyaman. Bahan tambahan hiasan daripada logam atau plastic menjadikan hasil lebih canggih dan menarik. Ciptaan dimensi baru dalam Ukiran juga boleh dilakukan. Gabungan bahan seperti kayu dengan tanduk, kayu dengan logam ataupun campuran pelbagai jenis kayu. Alat seperti mesin kayu dan sembur angin boleh digunakan. Bahan pewarna digunakan mengikut trend semasa. Teknik dipelbagaikan untuk mendapat rekaan corak baru, contohnya teknik sisipan. Iaitu satu proses kepingan kecil dimasukkan ke dalam kepingan besar untuk menghasilkan satu reka corak lain.Teknik Swiss juga digunakan, iaitu satu proses kemasan permukaan yang memperlihatkan ton dan bayang yang dapat menimbulkan kesan antik. Ia boleh menghasilkan seni ukiran yang cantik dan menarik. Dimensi baru dalam seni tekat termasuk ciptaan untuk kelengkapan rumah seperti hiasan dinding, alas meja, dan bingkai foto. Bahan tambahan seperti logam, kayu, kulit, rantai, dan lain-lain digabungkan dengan seni tekat untuk menghasilkan kraf cita rasa semasa. Selain itu, teknik sulaman dan benang berwarna-warni juga

dugunakan dalam seni tekat dimensi baru. Beraneka jenis corak hiasan baru telah direkaciptakan dan motif hiasan klasik pula diubahsuaikan oleh pandai tukang untuk memenuhi keperluan fungsi dan trend semasa bagi pelbagai barangan dimensi baru. Ciptaan dimensi baru dalam seni batik juga boleh dilakukan Seni batik boleh digunakan dalam kelengkapan ruang tamu, kelengkapan bilik tidur, aksesori dan perhiasan diri. Bahan tamabahan untuk mencantum dan menggabung hasil ciptaan baru ialah rotan, anyaman, fabric, span, kulit, tali, tembikar dan sebagainya. Walaupun hasil tenunan masih mengekalkan rupa bentuk tradisionalnya, terdapat juga hasil tenunan baru yang disesuaikan dengan cita rasa semasa. Pewarna kimia yang tidak mudah luntur telah mengambil tempat pewarna asli. Bahan tambahan yang digunakan termasuklah span, kulit, fabric, PVC dan Sebagainya. Gabungan hasil tenunan dengan kraf lain dapat menghasilkan barangan yang lebih menarik.

7. Bincangkan apakah kesan terhadap industry kraf yang menghasilkan kraf secara tradisional dan yang menggunakan mesin sebagai mass production.

Masalah peningkatan kos sumber manusia biasanya dihadapi oleh Negara. maju seperti Jepun dan Amerika. Peningkatan kos sumber manusia ini menyebabkan Kesannya

syarikat mengubah polisi agar meminimumkan penggunaan tenaga kerja.

automasi akan digunakan bagi mengganti tenaga manusia. Masalah permintaan yang tinggi ke atas produk seperti kereta akan meningkatkan kadar pengeluaran produk. Untuk meningkatkan kadar pengeluaran, pelbagai proses operasi pembuatan perlu diautomasikan agar memendekkan masa pengeluaran dan seterusnya meningkatkan kuantiti pengeluaran. Selain itu, akibat daripada persaingan global, syarikat-syarikat pengeluar utama akan bersaing dengan berkualiti dan murah (Orr, 1997). sekiranya melibatkan banyak cara mengeluarkan produk yang lebih

Masalah ruang kawasan kilang adalah terhad Melalui penggunaan sistem

proses pengeluaran.

pengendalian bahan secara automasi, ruang kawasan dapat dijimatkan. Di samping itu, bahan kerja yang berat adalah lebih mudah dikendalikan oleh automasi berbanding tenaga manusia. Melalui penggunaan automasi, sebarang pengubahsuaian proses Sebaliknya jika tenaga

pengeluaran hanya memerlukan pengubahan pada automasi.

manusia digunakan pengubahsuaian proses pengeluaran perlu diikuti dengan latihan. Keseluruhan proses pengeluaran kilang dapat dijangka dengan lebih tepat kerana pencapaian atau keupayaan automasi adalah tetap walaupun proses pengeluaran dalam tempoh masa yang panjang.

8. Batik tradisional mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu, huraikan maksud pembahagian kain batik dan motif. Jenis jenis blok batik terdiri daripada batik biasa, batik lasem, batik lasem Kelantan, batik conteng, batik pekalongan Kelantan, batik solo Kelantan dan batik selapis. Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekeliling. Gambaran alam sekeliling digubah menjadikan corak yang menarik. Corak batik diadaptasi daripada empat jenis motif: 1. Motif Flora Tumbuh- tumbuhan merupakan motif yang paling digemari. Antara motif flora yang digunakan ialah pucuk rebung, bunga kenanga, cempaka, melur, bunga matahari dan lain-lain. Bunga, pucuk, kudup, putik, daun dan ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang menarik. 2. Motif fauna Sumber fauna dilakar mengikut kreativiti berdasarkan haiwan laut, darat dan udara. Antaranya ialah ikan, obor-obor, ayam, itik, kerang, burung, serangga, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, motif manusia kurang digunakan jika dibandingkan dengan batik Indonesia. 3. Motif Geometri Bentuk geometri digubah dalam pelbagai variasi perulangan motif dan menghasilkan corak yang menarik. Antaranya motif geometri ialah manipulasi bentuk bulat, segi tiga, segi empat, kon dan lain-lain. 4. Motif Benda Corak yang diolah daripada benda-benda seperti jarring ikan, wau, watak wayang kulit dan sebagainya.

9.

Berdasarkan Kajian Masa Depan (KMD),bagaimana cara agar industri kraf tradisional dapat dikekalkan dan ditingkatkan sejajar dengan dunia tanpa sempadan dan mendapat sambutan di peringkat global.

Tiga aktiviti utama yang dilaksanakan bagi cara agar industri kraf tradisional dapat dikekalkan adalah:a) Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Produk Kraf Satu program untuk membangun sosio-ekonomi masyarakat setempat dalam satu daerah melalui penglibatan aktiviti kraf yang diusahakan secara komersil dan bersepadu. b) Pembangunan Usahawan i. Usahawan Mikro, Kecil & Sederhana Mempertingkatkan tahap usahawan dalam kategori mikro, kategori kecil dan kategori sederhana. ii. Skim Inkubator Pengeluaran Kraf Pakej kemudahan dan perkhidmatan khusus bagi membangunkan usahawan muda (start-up) dalam pengeluaran kraf secara komersil di premis Kraftangan Malaysia. iii. Pembangunan Usahawan Kraf Warisan dan Orang Asli Membangun tenaga pelapis dalam penghasilan produk kraf warisan dan orang asli serta membantu usahawan agar dapat menjana pendapatan melalui pengeluaran kraf secara pukal (mass production) mengikut permintaan semasa. c) Pembangunan Kemahiran Menggalakkan usahawan kraf mengamalkan penggunaan teknologi dan sistem pengeluaran komersil bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti produk yang ditawarkan ke dalam pasaran serta membangunkan budaya kreativiti dan inovasi di kalangan usahawan kraf.

Terdapat tujuh (7) sub-aktiviti yang dijalankan iaitu:i. Klinik Konsultansi Perkhidmatan khidmat nasihat kepada usahawan oleh tenaga profesional dalam aspek pengurusan perniagaan dan pengurusan pengeluaran. ii. Perkhidmatan Kepakaran Teknikal Perkhidmatan khidmat nasihat dan latihan kepada usahawan oleh tenaga profesional dalam dan luar negara dalam aspek pembangunan produk dan pengurusan pengeluaran. iii. Pusat Kemudahan Gunasama Pihak Kraftangan Malaysia menyediakan kemudahan pengeluaran dengan menempatkan mesin dan jentera serta alat kelengkapan di dalam sesuatu peringkat proses pengeluaran di cawangan-cawangan negeri. Usahawan dibenarkan untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di bawah pengawasan anggota teknikal cawangan iv. Anugerah Usahawan Seni Kraf Anugerah ini bertujuan memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh usahawan yang telah banyak memberi sumbangan dalam pengeluaran, pemasaran dan mempertingkatkan industri kraf negara. Penganugerahan ini dibuat secara tahunan. v. Latihan Jangka Pendek Membangunkan tenaga kerja baru dan terlatih dalam pengeluaran secara pengkhususan atau secara komersil. vi. Latihan Kemahiran Tenaga kerja Aktiviti melatih tenaga kerja bagi membantu usahawan kraf yang menghadapi masalah tenaga kerja mahir dan meningkatkan kapasiti pengeluaran di premis usahawan yang berkonsepkan belajar sambil bekerja.

vii. Skim Khidmat Kraftangan Skim Khidmat Kraftangan bertujuan untuk memberi peluang kepada para graduan Institut Kraf Negara (IKN) untuk mendapat pendedahan secara langsung daripada usahawan kraf selama enam (6) bulan sebagai persediaan untuk menceburkan diri dalam perusahaan kraf. BANTUAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KRAFTANGAN MALAYSIA i. Pembangunan Tenaga Kerja Dan Kemahiran Aktiviti ini menawarkan kemudahan melatih tenaga kerja baru dan sediada dalam peningkatan kemahiran yang dilaksanakan secara insitu di bengkel usahawan dan secara berpusat di bawah bimbingan tenaga pakar dalaman atau luar Kraftangan Malaysia. ii. Pembangunan Pengeluaran Produk Merupakan kerjasama di antara Kraftangan Malaysia dengan usahawan untuk melaksanakan aktiviti R&D dalam pengeluaran bagi menghasilkan produk baru secara massa. Aktiviti dijalankan di bengkel usahawan berkaitan dengan menggunakan kemudahan dan teknologi sediada atau baru. iii. Pembangunan Prasarana Pengeluaran Insentif berbentuk geran (pemberian secara terus) diberikan kepada pengusaha yang memenuhi syarat-syarat pemberian bantuan Kraftangan Malaysia bagi meningkatkan pengeluaran dan kualiti produk yang dihasilkan agar mampu berdaya saing di pasaran. Tiga (3) jenis bantuan tersebut adalah :a) Membina atau membaikpulih bengkel pengeluaran kraf. b) Membina atau menaiktaraf ruang pameran. c) Pembelian mesin/ jentera dan peralatan kerja.

iv. Pembangunan Promosi Dan Pasaran Usahawan diberi keutamaan untuk menyertai Program Pemasaran dan Promosi yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia samada peringkat domestik atau antarabangsa. Bantuan yang diberi berupa bahan promosi yang bersesuaian, kos pengangkutan barang dan sewaan tapak (booth) pameran. v. Pembangunan Produktiviti Dan Kualiti (P&Q) Satu aktiviti untuk membangunkan budaya kualiti dan produktiviti bagi usahawan kraf dengan tujuan untuk memastikan aliran proses pengeluaran menjadi lebih tersusun dan persekitaran tempat kerja yang lebih kondusif untuk pengeluaran produk secara pukal.

10.

Bagaimanakah corak-corak yang terdapat di sebahagian kraf tradisional dapat membantu dalam kotak pembungkusan barangan.

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi. Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu: a) Corak Terancang b) Corak Tidak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN Susunan Ulang Sekata Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan. Susunan Berselang Seli Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur. Susunan Batu Bata Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya. Susunan Bertimbal Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan. Susunan Bertindih Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik. Susunan Beralun Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza. Susunan Berpusat Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

1. Perlakuan a)Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas. c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan. d) Memilih&mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni. e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda. f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni. g) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan. h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran. i) Membezakan jenis corak tertentu. j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak. k) Mengatur corak. l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari. m) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni. o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut.

2. Persepsi a) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak. b) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. c) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar. d) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. e) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian. f) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak. g) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik. h) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan. i) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.

j) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak. k) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea. l) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka. m) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna. n) Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.

3. Pengetahuan Budaya a) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah. b) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional. c) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian. d) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional. e) Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN a) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek b) Corak sebagai elemen hiasan c) Corak sebagai nilai estetik

TAJUK 7 PENGENALAN KESENIAN PELBAGAI BUDAYA 1. a) Rumah Limas- Johor, Melaka, Pahang, Terengganu dan Selangor b) Rumah Melaka Johor dan Melaka c) Rumah Minangkabau- Negeri Sembilan d) Rumah Bumbung Panjang Selangor- Selangor e) Rumah Kutai- Perak dan Selangor a. Cari perbezaan reka bentuk dan gambar bagi rumah-rumah tradisional yang dinyatakan di atas.

Jenis Rumah Rumah Limas

Reka Bentuk Seni bina Bugis, Jawa , Banjar dan Belanda Orang Bugis

Gambar

mengupamakan rumah sebagai

tubuh manusia. Umpamanya , jika manusia mempunyai tulang selangka,

rumah pula ada jenang-jenang Tiang bagaikan rumah kaki

yang menyokong tubuh badan

Rumah Melaka

Seni bina Bugis, Jambi , Riau dan Minangkabau

Pengaruh

seni

bina cina terdapat pada tangga batu yang berjubin.

Rumah Minangkabau

Seni bina orang Minangkabau Bumbung berbeza yang seperti

bumbung Tokong Siam Mempunyai tiang penahanan yang banyak Tangga hadapan di

Rumah Bumbung Panjang

Dibahagikan kepada dapur, rumah rumah

tengah dan rumah ibu Terdapat pandangan hadapan dan

pandangan sisi. Bentuk bumbung bersegi tiga dan mempunyai tiang yang banyak Rumah Kutai Terdapat rumah

dapur, rumah ibu dan dinding lepas Mempunyai tangga iaitu tiga di

hadapan, di sisi dan di belakang rumah. Rumah ibu dan rumah dihubungkan antara satu sama lain. daur

b.

Prinsip-prinsip Seni Islam banyak terdapat dalam catan manuskrip pada zaman silam. Sila bincangkan satu seni Islam tentang prinsip-prinsip tersebut. Menurut Dr Sidi Gazalba menerusi buku Pandangan Islam tentang Kesenian

menjelaskan bahawa seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok manusia mempunyai fitrah semulajadi dan cinta akan kesenian yang boleh memberi ketenangan kepada hati dan fikiran. Oleh itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta akan sesuatu yang dapat memberi kepuasan hati melalui pancaindera rasa. Kesenian Islam memberi sumbangan kepada kesatuan hidup seseorang umat Islam. Kesatuan ini berbentuk dalam bidang pekerjaan, ketika berehat atau ketika tidur. Dalam al-Quran, setiap perkataan merupakan satu unit yang penting bagi mendukung susunan dan makna ayat. Ini sama halnya dengan seseorang individu Islam yang menjadi satu unit dalam kesatuan umat. Walaupun bentuk hasil seni Islam berbeza-beza kerana perbezaan latar belakang sejarah dan budaya, tetapi masih memperlihatkan kesatuan yang

melambangkan unsur-unsur akidah dan tauhid. Mengikut perspektif Islam, konsep kesenian adalah untuk membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Seni juga merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat. Kesenian Islam dicipta untuk tujuan pengabdian diri kepada Allah S.W.T dan mencari keredhaanNya, manakala kesenian barat adalah untuk tujuan keindahan dan kepuasan diri semata-mata. Ini bermakna, melalui kesenian Islam dapat membentuk individu yang bermoral dan seimbang daripada segi jasmani dan rohan . Secara

keseluruhannya, kita dapat melihat kesenian sebagai sesuatu yang indah, cantik, elok dan mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi. Seni Islam mementingkan ciri kesenian yang boleh dirasai melalui penghayatan dan timbul hasil daripada fitrah manusia yng sukakan keindahan.

2. Seni catan di Barat telah mengalami perubahan aliran pada setiap zaman. Banding beza 5 ciri gaya catan Aliran Impressionism,Post impressionism dan Renaissance. Aliran Impressionism Mengutamakan kesan suasana atmosfera. Warna digunakan berasaskan perkara yang dilihat dalam jangka masa tertentu. Perhatian tertumpu kepada pencahayaan dan apresiasi pelukis Kegiatan melukis dibuat diluar memperkenalkan catan menggunakan kuda Aliran ini condong kepada aliran naturalism. Post Impressionisme Bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis. Melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logic untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat. Bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan. Perspektif ,bentuk, dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.

Renaissance Realitik Manusia sebagai pemusatan / tumpuan Falsafah baru Menggunakan perspektif , ruang dan lain-lain unsur seni. Idea peniruan, penumpuan kepada Saint and Anthony.

3. Seni bina di china dapat dilihat dengan pesat pada Zaman Wangsa Ming.Bincangkan Seni pembinaan Cina merupakan satu yang unik.Ini kerana reka bentuknya agak berlainan dari tamdun lain,kecuali di sebelah Asia Timur.Secara umumnya , seni bina cina meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti istana-isatana , tempat beribadah dan taman-taman maharaja.Selain itu, kota-kota lama China seperti Anyang dan Changan juga direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi menghalang kemaraan musuh. Kajian mengenai bangunan-bangunan lama dan tempat tingaal orang cina telah banyak dibuat oleh ahli arkeologi.Antara tempat yang pernah menjadi kawasan penyelidikan ialag Banpo di luar Xian.Di situ didapati kampong dikelilingi oleh parit; rumah berbentuk segiempat atau bulat, berlantai tanah dan berdinding pagar.atap disokong oleh tiang bulat yang diletak di dalam rumah dan alang ditutupi lapisan yang bercampur tanah liat dan jerami.Pintu masuk rumah di sebelah selatan. Manakala Bandar lama seperti Shang terletak berdekatan dengan perjalanan sungai. Masyarakat Bandar pula terdiri dari beberapa kelas. Oleh itu Bandar dibahagikan dengan membina dinding-dinding untuk penemapatan kelas aristocrat, bangunan upacara , dan pelbagai kumpulan tukang. Manakala dinding-dinding Bandar diperbuat daripada tanah dan dikelilingi pula oleh parit. Kebanyakan Bandar-bandar cina kemudiannya mengikuti contoh Bandar awal Shang. Antara cirri-ciri pentingnya ialah berdinding , dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk kedai pedagang, jalan dikakasi dari selatan ke utara dan timur ke barat dan sempadan untuk kawasan keluarga diraja dan aristocrat. Pada peringkat awal penggunaan bahan-bahan untuk pembinaan bangunan boleh didapati di sekitar kawasan pembinaan. Pada zaman Dinasti chou, jubin-jubin tanah liat digunakan untuk menutup atap. Manakala semasa zaman Negeri-negeri Berperang munculnya penggunaan batu

bata.Walaubagaimanapun penggunaan batu bata ini telah dijumpai lebih awal namun penggunaannya tidak meluas.Manakala rumah diperbuat daripada kayu dengan

berdinding dan pembahagian telah diteruskan.Batu bata dan batu digunakan untuk membina kubur,bagunan ibadah dan kadang kala untuk membina jambatan.

4.

Catan Jepun mementingkan kehalusan ,ringkas dan penuh dengan nilainilai kesenian. Terangkan cirri-ciri catan Jepun yang mementingkan aspek-aspek tersebut

Perkembangan seni catan Jepun merupakan pengembangan gaya dan teknik dari China dan Korea.Ciri yang menonjol dalam seni catan Jepun ialah penggunaan teknik cat air di atas kertas dan sutera dengan subjek pemandangan alam dalam berbagai musim dan titik pandang perspektif Bird eye view. Terdapat pengaruh barat dalam seni catan di Jepun iaitu penggunaan cat minyak pada kanvas. Subjek yang menjadi pilihan pada pelukis catan di Jepun ialah pemandangan dan kaligrafi serta kehidupan harian manusia.Penampilan catan Jepun juga adalah sama dengan catan di China iaitu berbentuk skrin lipat (folding screen) dengan jumlah lipatan yang tidak terhad.Biasanyan jumlah lipatan yang digunakan ialah lebih daripada dua dan disesuaikan dengan konsep dan fungsi catan itu sendiri. Cetakan wood block print Jepun yang paling awal adalah dibuat di kuilkuil agama yang dibahagikan kepada para penganut agamanya.Biasanya seni cetak kayu ini menggambarkan subjek dewa-dewa dan pemimpin agama.Penggunaan warna pada mulanya hanya bertumpu pada warna hitam putih sahaja tetapi pada masa kemudian dibuat juga yang polychromatic dengan tambahan warna emas dan perak.Sumbangan seni catan Jepun pada perkembangan seni catan dunia ialah pengaruh wood block prints yang dapat dilihat pada hsil-hasil karya Claude Minet , Vincent van Gogh dan lain-lain. Dlam catan Jepun , terdapat pelbagai jenis burung, dan bunga-bungaan yang menjadi subjek benda hidup seperti dalam catan China.Semua dipaparkan dengan berhati-hati di mana ia ditunjukkan dalam tema yang artistic kepada nilai yang tersirat disebaliknya.

5.

Dapatkan pula imej-imej berbentuk 2-Dimensi dan 3-Dimensi di bawah ini . Daripada imej-imej berikut anda akan dapat mengenali pelbagai hasil-hasil karya seni daripada pelbagai budaya

Buat ulasan anda sendiri secara ringkas berkaitan imej-imej yang anda lihat tersebut. Ulasan anda boleh dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut; Asas seni reka Motif/ Sumber Teknik Bahan dan alat Fungsi/ makna

Aspek-Aspek Asas Seni Reka

Penjelasan Setiap hasil kerja seni dalam penghasilan seni visual memerlukan kombinasi unsur seni dan prinsip rekaan . unsur seni yang dinyatakan ialah garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna. Prinsip rekaan yang dinyatakan di sini ialah harmoni, kontra, penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan.Tanpa penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan suatu karya yang masyhur seperti karya Taj Mahal tidak akan dapat dihasilkan. Ini adalah asas bagi penghasilan sesuatu karya.

Motif/ Sumber

Motif abstrak Motif hiasan Geometri

Teknik

Glazing Hard Edge Basah atas Kering Teknik lukisan Teknik catan Teknik kolaj dan montaj Beberapa jenis pelepah bulu burung digunakan sebagai pen

Bahan dan Alat

Pelbagai saiz mata pen manuskrip ( Contoh Khat Diwani) Peralatan computer untuk penghasilan grafik Cat air, cat poster, cat minyak Fresko Kapur plaster Turpentin

Fungsi / Makna

Dapat menonjolkan keindahan alam sekitar dan juga keindahan keajaiban dunia. Karya-karya dapat mempamerkan budaya dan latar belakang sesuatu masyarakat Ia juga turut menerangkan masa karya dihasilkan dan juga secara tidak langsung menerangkan teknik , bahan dan alat yang digunakan

TAJUK : 8 KEPENTINGAN PSV DALAM ERA TEKNOLOGI 1. Nyatakan dua contoh penggunaan Multimedia dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau program yang dikendalikan di sekolah anda. I. II. Corel draw Adobe Photoshop

2. Sejauh manakah Asas seni Reka diaplikasikan dalam pelaksanaan program atau aktiviti dalam era Teknologi multimedia di sekolah anda? Berikan ulasan anda berserta bukti-bukti bergambar. Multimedia bermaksud lebih daripada satu media.Boleh dikatakan setiap gubahan yang mengandungi teks dan grafik ialah multimedia.Kini, multimedia lebih digunakan sebagai istilah bagi beraneka teknologi campuran visual dan audio khas untuk tujuan berkomunikasi.Ia dikaitkan dengan teknologi

komputer.Setiap computer terkini cekap dan mampu menjalankan kerja multimedia kerana mengandungi pemacu CD-ROM,Kad bunyi,dan video yang baik. Asas seni reka diaplikasikan dalam pelaksanaan program dan aktiviti dalam era teknologi multimedia di sekolah saya adalah dari segi pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat mengakses komputer dengan sendiri.Mereka juga dapat menggunakan beberapa perisian seperti MS Word, MS Power Point dan sebagainya.Mereka juga kini mahir dalam mengedit dan menaip dalam MS Word dan membuat persembahan grafik yang canggih Dalam MS Power Point.Kebanyakkan murid menggunakan MS Word untuk memproses data.

Merujuk kepada sumber-sumber dan internet berkaitan dengan reka bentuk,anda boleh meneroka dengan menggunakan perkakasan komputer untuk menghasilkan sebuah reka bentuk kereta berkonsepkan futuristic.Ciptaan anda boleh menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop/Adobe illustrator atau sebarang perisian multimedia. Honda Zeppelin yang futuristik

BIBLIOGRAFI

http://www.scribd.com/doc/52689900/Kreativiti-Seni-dalam-Pendidikan Modul Pembelajaran PPG http://colourexist.blogspot.com/2010/01/pandangan-tokoh-tokoh-barat-timur-dan.html

http://www.scribd.com/doc/26990001/Definisi-Seni-Dan-Konsep-Kesenian-Melayu-New Katheleen Chee (2001) Siri Rujukan Pendidikan Seni Visual,tingkatan 2(1st Edition) penerbitan pelangi sdn bhd Katheleen Chee (2001) Fokus indigo SPM Pendidikan Seni(1st Edition) penerbitan pelangi sdn bhd Marhanim A.Razak, Mohd Shahrizal Dolah, ACE AHEAD Teks STPM Seni Visual,Edisi Kedua,Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai