Anda di halaman 1dari 27

Falsafah Immanuel Kant dalam lukisan Vincent van Gogh

MOHD FARID SALUDIN SITI RAFEAH ISHAK NURUL HIDAHYU BAHARUDIN MOHD SHUKRI

Immanuel Kant adalah seorang ahli falsafah Jerman yang sangat berpengaruh di abad ke 18 dimana beliau dianggap sebagai salah seorang pemikir era pencerahan (Enlightment) yang telah memberi kesan kepada perubahan dalam bidang falsafah. Kant telah meletakkan pemikiran manusia dalam pencarian makna dan jawapan (reason) bagi membuat penilaian (judgement) di tempat yang sangat tinggi.

Kant percaya bahawa keupayaan dalam membuat penilaian (faculty of judgement) adalah melalui aktiviti pemikiran atau kognitif telah membolehkan manusia menilai estetika (aesthetic) dan kecantikan (beauty) memahami proses penilaian berlandaskan perasaan (feeling) atau rasa (taste) dan memahami perasaan suka (pleasure) atau tidak suka (displeasure) manusia yang kompleks terhadap sesuatu perkara yang cantik atau estetik. Kant menggelar penilaian ini sebagai penilaian estetika (aesthetic judgement). Immanuel Kant telah mengemukakan konsep penilaian estetik ini di dalam Critique of Judgement iaitu penilaian terhadap kecantikan (judgement of beauty) dan penilaian terhadap sublime (judgement of the sublime).

penilaian pada kecantikan atau keindahan (beauty judgement) adalah melalui empat penjelasan atau 4 moment dimana setiap moment mempunyai penjelasan-penjelasan yang tersendiri di dalam proses manusia membuat penilaian serta melihat penilaian terhadap kecantikan atau keindahan yang bersifat kompleks. penilaian terhadap sublime (sublime judgement) pula adalah dimana konsep sublime ini merupakan satu konsep yang susah untuk dikupas dan diterjemahkan apabila manusia melihat sesuatu perkara yang estetik. Terdapat dua jenis sublime iaitu Mathematical sublime dan Dynamical sublime dimana keduanya ini cuba memperjelaskan fenomena sublime yang berlaku kepada manusia.

1 MOMENT
Penilaian terhadap sesuatu subjek itu berdasarkan kecantikan yang sukar diluahkan dan bersifat dalaman yang bergantung kepada seseorang individu itu menilainya. Menilai sesuatu melalui kualiti kecantikan secara terus tanpa ada pengaruh atau terpengaruh dengan penilaian lain. Menilai sesuatu itu dengan singkat dan mudah. Rumusan: Apabila kita melihat sesuatu subjek itu secara terus kita akan cakap benda itu cantik.

2 MOMENT
Satu penilaian secara universality @ universal validity iaitu dimana penilaian kecantikan terhadap sesuatu objek yang mana jika seseorang itu menyatakan objek itu cantik maka setiap orang lain harus menerima dan turut bersetuju objek itu cantik.

Semua orang yang melihat objek itu berkongsi perasaan suka dan puas terhadap sesuatu objek itu. Boleh juga dikaitkan dengan persekitaran dimana kita menyatakan sesuatu objek itu cantik seperti cermin mata untuk dipakai dan orang lain mengiakan maka dengan secara langsung mereka berkongsi perasaan yang sama. Rumusan: Apabila kita menyatakan bahawa lukisan ini cantik dan orang lain yang melihat juga mengiakan bahawa lukisan itu cantik. Berkongsi perasaan yang sama.

3 MOMENT
Moment ini melibatkan sesuatu perkara itu mempunyai tujuan @ ada mesej yang hendak disampaikan melalui apa yang dilihat. Menyampaikan sesuatu yang ingin disampaikan melaluinya. Rumusan: Macam kita mempotretkan seseorang yang kita sayang. Bagaimana kita meluahkan keindahan seseorang itu melalui kecantikannya.

4 MOMENT
Dalam moment ini, penilaian mengandungi nilai aethestic judgement yang mana sesuatu keindahan @ kecantikan itu dihayati sepenuhnya. Bermain dengan perasaan kerana dalam setiap perkara yang dipandang akan terbit rasa gembira. Aethestic judgment perkara sangat penting kerana ia mendasarkan kepada sesuatu. Ia lebih kepada hak individu tetapi kelemahannya dalam konsep ini ia kelihatan memaksa orang lain untuk menerima kecantikan dipandangan mata kita. Rumusan: Seorang pelukis melukis sebuah catan yang abstrak yang mempunyai nilai kecantikan yg estetik. Maka semua orang yang melihat harus menerima kecantikan lukisan itu.

Satu penilaian terhadap satu cetusan rasa yang kompleks yang dirasai @ dialami oleh seseorang manusia sewaktu menikmati sesuatu perkara @ hasil kerja seni estetik. Subline didefinisikan sebagai greatness @ kualiti kehebatan yang tidak dapat diperjelaskan oleh akal, dibandingkan serta melangkaui sempadan (infiniti) yang timbul dalam diri manusia. 2 jenis sublime iaitu mathematically sublime dan dynamicallay sublime.

mathematically sublime
ialah dimana manusia lebih besar dari alamiah (manusia tahu merasai dan mengawal) apa yang ingin mereka jadi.

dynamicallay sublime
ialah alamiah lagi besar dari manusia (alam mempengaruhi tindak tanduk manusia)

VINCENT VAN GOGH DAN KRONOLOGI LUKISAN BELIAU MENGIKUT IMMANUEL KANT

Vincent van Gogh dilahirkan di Zunbert, wilayah Brabant Utara, Belanda Selatan, ayah Van Gogh, Theodorus, merupakan seorang paderi bagi Gereja Pembaharuan Belanda( Dutch Reformed Church) . Ibunya bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang adik lelaki dan tiga orang adik perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien. Setelah membuat keputusan ketika berumur 27 tahun bahawa misi kehidupannya ialah untuk menjadi seorang pelukis, Van Gogh membuka studio pertamanya di pondok seorang pelombong arang batu Borinage. Beliau membayar sewa dengan sedikit wang yang dihantar oleh ayahnya, dan di studio itulah beliau bermula belajar sendiri dengan kerja yang mencurah-curah.

Pada 27 Julai 1890, Vincent Van Gogh cuba membunuh diri setelah pulih daripada satu lagi serangan epilepsi. Selepas diserang, Van Gogh keluar berjalan. Selepas beberapa ratus ela dari rumah tumpangnya, beliau memasuki sebuah kawasan ladang gandum, dan menembak diri pada bahagian perutnya. Kemudian, Van Gogh berjalan pulang ke rumah tumpang dan kembali ke biliknya sebelum dijumpai terbaring dengan mukanya tersembam di atas katil oleh tuan rumah tumpangan itu. Vincent Van Gogh mati dua hari kemudian selepas peristiwa itu ketika berusia 37 tahun dan dikebumikan di perkuburan bandar Auvers-surOise, Perancis.

KRONOLOGI LUKISAN BELIAU

TAHUN 1883 - 1886

The Potato Eaters

Skull of a Skeleton with Burning Cigarette, oil on canvas, 1885 Ketika ini, Van Gogh masih menggunakan warna-warna gelap seperti perang dan hijau gelap

The Potato Eaters


"Saya ingin menyampaikan gagasan bahawa orang-orang yang makan kentang diterangi cahaya lampu minyak menggunakan tangan yang sama dengan yang mereka mengambil makanan daripada pinggan untuk bekerja tanah, bahawa mereka telah bekerja keras dengan tangan mereka-yang telah mereka usahakan makanan mereka dengan jujur bererti. " "Saya berfikir bahawa gambar-gambar daripada para petani makan kentang yang aku melukis di Nuenen adalah yang terbaik daripada semua pekerjaan saya." MOMENT 3: Lukisan ini menyampaikan mesej yang mana petani bekerja keras serta berusaha dalam meneruskan hidup dengan menanam kentang dan hidup dengannya. MOMENT 4: Sengaja memilih model yang kasar dan jelek bagi melahirkan perasaan yang sebenar yang memperlihatkan kegembiraan dalam wajah mereka setelah penat bekerja. MATHEMATICALLY SUBLIME : dimana petani megawal keadaan kemiskinan mereka dengan bercucuk tanam.

Tahun 1886 - 1888

Courtesan (after Eisen) (1887),

The Blooming Plumtree (after Hiroshige), (1887)

Portrait of Pre Tanguy, (1887),

The Night Caf (1888),

The Red Vineyard (November 1888),

Paul Gauguin's Armchair (1888),

Van Gogh's Chair (1888 Still Life: Vase with Twelve Sunflowers (August 1888), Mula menggunakan warna-warna terang

Still Life: Vase with Twelve Sunflowers


Bunga matahari (judul asli dalam bahasa Perancis: Tournesols) adalah subjek daripada dua siri yang masih hidup lukisan karya pelukis Belanda Vincent van Gogh. Seri sebelumnya dilaksanakan di Paris pada tahun 1887 memberikan bunga tergeletak di tanah, sedangkan set kedua dilaksanakan setahun kemudian di Arles menunjukkan rangkaian bunga di dalam pasu bunga matahari menonjolkan kegemilangan warna yang mula digunakan oleh Van Gogh di Arles. Beliau menjadikan penelitian bunga matahari sebagai perhiasan di biliknya, dan setiap satunya memancarkan kegemarannya kepada cahaya, warna dan cara mudah. Telah dikatakan bahawa kuning keemasan dan jangka hayat bunga matahari yang pendek itu menarik minat Van Gogh

Moment 1 : memancarkan kecantikan bunga matahari. Moment 2: melahirkan kecantikan itu dan orang menyetujuinya. Moment 3: maksud kepada bunga matahari dan penelitiannya kepada bunga itu.

Tahun 1889 - 1890

The Round of the Prisoners, (1890).

Olive Trees with the Alpilles in the Background, (1889),

Wheatfield with Crows (1890), Mencampurkan gelap dan cerah

The Starry Night, June 1889,

Self-portrait, 1889

The Church at Auvers (1890

Wheatfield with Crows Van Gogh percaya bahawa kehidupan adalah tiada penghujung. Salah satu lukisan terakhir Van Gogh ialah "Ladang Gandum dengan Gagak" (Wheatfield with Crows). Lukisan itu dikatakan menunjukkan perasaan Van Gogh yang ingin bebas seperti burung tetapi terhad oleh langit mendung yang gelap

Moment 3 : langit mendung penuh dengan burung gagak petanda jelas kedatangan kematian. Van Gogh keadaan fikiran dengan gelap, melarang dari langit, tiga jalur keraguan akan arah yang berbeza dan burung gagak hitam di atas menjadi tanda-tanda firasat buruk atau bahkan kematian Dynamically sublime : dimana segala firasat yang dilukis oleh Van Gogh menghantui dirinya dan keadaan alam yang mengawal perasaan beliau ketika itu.

KESIMPULAN
Teori Kant dan keindahan seni memfokuskan secara eksklusif pada karya-karya yang menyebabkan kesenangan dan harmoni dalaman atau "permainan bebas" fakulti mental. Definisinya tentang seni dilihat sebagai terhad mengikut piawaian seni saat ini, yang merangkumi karya-karya yang cantik ataupun tidak menyenangkan. Namun, terlepas dari kepicikan dalam Kant tidak termasuk hal-hal seperti kepentingan peribadi daripada evaluasi seni, ia berjaya dalam menyediakan sebuah analisis mendalam tentang alasan mengapa kecantikan itu dapat digambarkan.

Anda mungkin juga menyukai