Anda di halaman 1dari 5

1

ANTARA BENTUK DAN ISI DALAM KARYA SENI VISUAL



C|eh MCnAMLD NCCk C1nMAN
emel: mnoorseni@gmail,com


Sesuatu imej visual yang dirancang memerlukan ruang untuk menyampaikan makna. mej
visual seperti gambar, simbol visual dan seumpamanya sebagai bentuk mewakili imej dan
memerlukan ruang mewakili sempadan, bentuk dan masa untuk dieksplorasi bagi
menyampaikan makna. Kemampuan untuk merancang itu meletakkan peranan bentuk dan
ruang diberi keutamaan. Makna akan hadir dengan sempurna apabila bentuk dan ruang
dirancang peranannya dengan betul.
Penghasilan karya seni seperti menggambar menerusi catan, cetakan, fotografi, perekaan
grafik, arca, instalasi dan lain-lain penampilan genre seni, menyediakan bentuk dan ruang yang
memerlukan cara terbaik untuk diisi dengan makna. Dalam penghasilan imej-imej visual
segalanya nampak menyerlah apabila pemilihan saiz, sifat fizikal dan sturuktur bentuknya
sepadan dengan ruang yang diolah. Makna tersendiri dapat dizahirkan mewakili bentuk dan
Karya Sharifah Fatimah Syed Zubir
Judul: Kesuma Adihara 2
Media: Akrilik atas kanvas
Saiz: 77cm X 77cm
Tahun: 2009

enghargaan aLas ehsan Calerl Chandan
8uklL uamansara
(layarl hLLp//wwwgalerlchandancom/)


ruang. Penghasilan gambar atau pemilihan bentuk yang menceritakan suatu naratif isi diangkat
menjadi ruang fikir. Hal ini dapat dikumpul bersama sebagai elemen kekuatan antara bentuk
dan isi.
Menghasilkan suatu imej visual boleh menjelmakan suatu rahsia unik dan dapat
menampilkan makna dalam pemikiran audiens untuk melihat, belajar berfikir dan mentafsir. Di
sebalik sebuah gambar atau bentuk maupun simbol, menceritakan rahsia 1001 perasaan yang
dapat membuat orang bersedih, gembira, hiba, simpati dan memujuk. Proses ini mengajar
audiens berfikir yang mencabar proses kognetif yang kompleks. Memori yang pudar kembali
segar apabila bentuk, warna, ruang dan imej yang diolah itu mengepung audiens. Secara
mudahnya apa yang dilihat ada pertaliannya dengan pengalaman seseorang. Mengepung
pengalaman ini boleh menjadi suatu rahsia yang unik. mej visual yang berjaya memerangkap
mata boleh mengembalikan emosi, memori dan pengalaman yang tidak perlu dilakukan melalui
kata-kata.

Kata-kata adalah alat komunikasi yang ideal untuk menterjemahkannya kembali selepas
mainan perasaan itu berkocak dalam minda. Satu persatu pengalaman, emosi dan liku-liku
kehidupan dapat dibedah. Tetapi untuk membedahnya, pertama - pembuat seni itu perlu kaya
dan mantap dengan imaginasi dalam proses memindahkan pengalaman psikologi. Saluran
pengalaman dan imaginasi ini penting sebagai komunikasi visual. Khayalannya terbuka luas
dan berjaya memanipulasi setiap pengalaman itu dikongsi menjadi sebuah cerita. Setiap cerita
dikaitkan dengan fakta-fakta yang ada urutan tertentu. Segalanya, cuba menceritakan kisah
yang dilihat dan dapat di hidupkan oleh akal.

Melalui pengalaman mengolah bentuk sebagai simbol-simbol abstrak atau realis, ramai
pembuat seni telah berjaya mengajak audiens masuk ke dalam ruang waktu yang misteri.
Audiens diajak bersama berfikir dalam ruang waktu sehingga menangkap kesan pertama
dalam meneroka rahsia pencipta alam, keajaiban diri dan persekitaran. Hal ini dapat
mengembalikan rasa pudar kepada suatu yang segar atau mengumpul kembali suatu imaginasi
baharu dalam realiti kehidupan. Proses mengembalikan ruang waktu melalui mainan bentuk
mengisi keutuhan dalam makna yang dicari.

Apakah prasyarat awal dalam pemilihan bentuk? Bentuk ilustrasi yang paling mudah ke
bentuk yang sukar atau berpusat dari yang kecil kepada lebih besar atau berpindah dari posisi


tradisional kepada moden. Atau beralih dari bentuk realis kepada bentuk abstrak yang pelik dan
keliru. Semua kenyataan ini adalah jawapan kepada persoalan kekuatan antara bentuk dan isi.
Peredaran masa sebagai sempadan ruang telah menjadikan banyak karya seni yang
tumbuh melalui celah-celah media elektronik. Sebagai media baharu pelbagai tafsiran bentuk
membawa makna yang baharu. Namun nilai bentuk dan isi masih saling berkaitan hanya
sempadan ruang telah berubah dan menghimpunkan lebih ramai audiens yang semakin bijak
berfikir dan mentafsir. Pendekatan baharu dengan cara olahan media elektronik telah
menggantikan gambar yang dilukis tangan. Bentuknya telah berubah tetapi untuk memahami
maknanya sebagai isi memerlukan perubahan sikap dan pemikiran yang tinggi. Malah
mencabar minda dan mengaktifkan keseluruhan pancaindera.
Bentuknya semakin mudah dan ringkas menjadi semakin canggih sehingga makna-
maknanya perlu ditafsir secara tersirat. Sekiranya kita melihat ilustrasi Norman Rockwell, tentu
berbeza kalau kita melihat karya Jason Cook (layari www.jasoncook.co.uk) yang menegaskan
konsep digital art yang diolah secara komersial melalui fotografi dan manipulasi digital illustrator
seperti Adobe Photoshop, Macromedia Freehand, Adobe AfterEffects dan Cinema 4D. Hal ini
telah melanda pembuat seni untuk memahami perubahan sikap yang membawa pendekatan
inovasi dalam ilustrasi tradisional ke arah kontemporari.
Sebagai khalayak seni yang masih berpegang pada bentuk konvensional akan membaca
naskhah dan melihat gambar untuk memahami maksudnya. Sebaliknya pembuat seni yang
berubah gaya dengan titik pandang sendiri ingin memulai sebahagian daripada media itu
sebagai bentuk dan sebahagian lagi sebagai isi.
Bentuk menjadi pilihan utama sekiranya alam bawah sedar dijadikan idea awal. Pemikiran
bawah sedar dalam konsep psikoanalisa Freud mungkin tidak lagi menggambarkan sesuatu
yang normal kerana pembuat seni yang mengolahnya tidak terikat dengan alam
realiti. Sebaliknya, ia banyak menyogok elemen intelektual dan menarik memori yang hampir
dengan imaginasi. Gambar kemerdekaan boleh sahaja dijelmakan dalam elemen cahaya
sebagai media atau bahan yang mewakili bentuk. ni adalah cara yang berbeza untuk
memberikan bentuk sebagai mewakili isi dan pada saat ini genre seni tampak media baharu
telah melakukan pelbagai percubaan dan menawarkan sesuatu yang baharu untuk diangkat
sebagai seni popular.


Secara umumnya, makna reka bentuk dan susun letak ke atas semua elemen seni boleh
dimanipulasikan dalam satu konsep. a berkembang mengikut peredaran zaman contohnya
pernah berlaku bentuk-bentuk seni di sekitar tahun 60-an, meletakkan kekuatan cahaya dalam
warna. Karya-karya Abstrak Ekspresionisme (contoh karya Sharifah Fatimah Syed Zubir)
adalah ekspremen bentuk-bentuk melalui warna. Olahan bentuknya mengatasi isi yang
kemudiannya dikembangkan oleh pembuat-pembuat seni lain melalui unsur pengulangan dan
pergerakan garisan yang dicipta menggambarkan ilusi. Elemen pengulangan, penindihan dalam
pengolahan bentuk bersama ruang difahami membawa makna tersirat. Makna itu sebenarnya
adalah isi .ontent) yang menjadi intipati kepada hal benda. Dengan memberi peluang kepada
mainan bentuk sebagai sumber penting dalam nilai kreatif, ia sebenarnya adalah suatu peluang
yang ditawarkan kepada pemerhati untuk mentafsir makna di sebalik bentuk.


Karya seni yang sarat dengan idea melalui bentuk dianggap membawa kekayaan mesej.
Kenyataan ini disokong oleh sebilangan pengkritik seni dan penulis termasuk Roger Fry dan
Clive Bell. Mereka menyedari hal ini dan menyetujui karya seni kaya dengan makna dan nilai
tersendiri melalui mainan bentuk-bentuk. Karya seni harus disedari maknanya yang sinonim
dengan proses mengolah bentuk yang menghendaki tindakan bijaksana dari pembuat seni
untuk menghasilkannya. Perbincangan tentang bentuk ini boleh dirumuskan sebagai proses di
mana kita mencari perkaitan yang mengharmonikan antara bentuk dan isi. Cuma dalam kita
mencari perkaitan itu hal yang penting di sebaliknya ialah kita juga turut mencari kesan harmoni
menerusi kesamaan dalam aspek bahan, struktur bentuk yang membawa makna dan
menambat emosi.
Karya Sharifah Fatimah Syed Zubir
Tajuk: Floating 3
Media: Akrilik atas kanvas
Tahun: 2009
Saiz: 61cm x 76cm



Kesimpulannya pencarian di sebalik olahan bentuk semata-mata akan menyempitkan
tafsiran seni. Sepatutnya pencarian bentuk seiring dengan isi yang mencakupi makna luaran
dan dalaman yang jawapannya di sebalik mainan emosi.
Hujah ini disokong oleh Reid Hastie dan Christian Schmidt, bahawa olahan bentuk dapat
memperjelaskan makna menerusi ilustrasi dan lain-lain faktor estetik. Hal ini menjelaskan lagi
bahawa proses menyediakan bentuk-bentuk itu bergerak ke hadapan dan ke belakang dalam
persekitaran tiga segi. Pertama, keunikan bahan (media) yang dipilih, kedua struktur bentuk dan
ketiga faktor bentuk dan bahan itu sendiri mewakili isi sebagai kombinasi keharmonian yang
buktinya nampak pada lapisan luar.
Hujah Reid Hastie dan rakannya ini boleh disimpulkan bahawa, pembuat seni mendapat
kebebasan mengolah elemen estetik dari satu bentuk ke bentuk lain. a melibatkan nilai estetik
dalam pemilihan bahan, penonjolan estetik pada struktur bentuk dan nilai estetik pada isi itu
sendiri. Akhirnya antara bentuk dan isi, saling berkaitan dalam penghasilan karya-karya seni
dan tidak dianggap terasing apabila bermulanya proses berkreatif.
-----------------------------------------------------------------
Rujukan
John Adkin Richardson. Modern Art and Scientific Thought
Chicago: University of llinois Press, 1992

Mahzan Musa dlm. "Kegirangan Citra Abstrak Sharifah dalam oing Places.
Kuala Lumpur: The in flight Magazine Of Malaysia airlines, Oktober 1997

Melvin Raders & Bertram Jessup. Art and Human Values.
New Jersey: Prentice Hall, inc., Englewood Cliffs, 1976


Reid Hastie & Christian Schmidt. Encounter With Art
New York: Mc Graw Hill, Book Company, 1990

Anda mungkin juga menyukai