Anda di halaman 1dari 5

ALANC 2ACkI DALAM kANVAS ILUSI

SUA1U LNGCk8ANAN DALAM IAIAnAN 8AkU

C|eh Mohamed Noor b|n Cthman


Lme| mnoorsen|Qgma||com

'$ ditegangkan. Lapisan warna putih sudah siap disapu meliputi kanvas bersaiz
150 cm X 195 cm. Palano Zacki sedar tentang gaya keseimbangan untuk meletakkan
setiap objek menjadi harmoni. Tidak hanya untuk melengkapkan permukaan malah
untuk menyempurnakannya. deanya memperjelaskan keseluruhan imej figura
dihasilkan dari sambungan titik ke titik hingga kewujudan garisan. Setiap garisan
berkonflik menjadi bentuk, rupa bentuk untuk menegakkan jalinan. Figura yang
dilukisnya itu perlu bergerak dan beraksi.

Satu figura di padang luas. Tidak berbaju dengan luka di dada. Berlari dan terus
berlari.
Berlatar belakang suatu daerah jajahan yang tidak dapat dilupakan. Terus
mengganas yang sebahagian kisahnya sudah diketahui umum. Sejarah berulang
kembali, menggunakan taktik gerilya dan tipu muslihat untuk menyerang kawasan yang
dianggap memberi kemenangan. Sudah berabad, kini segalanya diputarkan kembali.
Suatu perjuangan yang tiada noktah. Tanpa kasih sayang. Tiada belas kasihan. Tiada
kemaafan untuk meraih suatu kemenangan. Nilai maruah dipijak-pijak. Satu pihak akan
menang dalam pengorbanan manakala pihak lain gagal meneruskan perjuangan.
Kekuatan dan kesempatan digunakan untuk menghimpit pihak yang lemah.
Konsentrasi Palano dalam penonjolan figura jarak dekat melalui pemerhatian yang
teliti cuba dikuasai dengan baik. Diperkuatkan melalui warna sejuk yang progresif dan
kombinasi nilai kontras yang diperincikan dalam kesan jalinan. Hidup dan nampak imej
dramatik, menghasilkan figura dalam latar situasi yang nyata.
Perjuangan untuk siapa. demi bangsa, agama atau untuk kepentingan diri. Nilai
pengorbanan yang tinggi terpaksa diragut lantas melepaskan sesuatu yang dimiliki.
Tanpa disedari atau sudah menyedari. Suatu kehilangan berharga yang terpaksa
dikorbankan. Demi apa dan untuk apa? Segala yang muncul di hadapan dan di
belakang usah diragui. Hadapi dan tempuhlah dengan pengorbanan. Di sebalik bukit
dan tembok itu tidak diketahui apa yang ada dan jenis apa halangannya. Semuanya
belum pasti. Jika belum pasti untuk apa segala pengorbanan itu.
Untuk menyempurnakan unsur realisme suatu ketelitian kesan seni pada permukaan
menjadi fokus Palano. Figura-figura yang diolah bukan hanya ulangan simulasi dalam
infiniti malah melorongkan ruang untuk menuju kesempurnaan. Ada sempadan
hadapan dan tepi dalam bingkai gambar. Segalanya diorganisasikan secara klasik.
nilah kunci pembuka yang dipegang kukuh oleh Palano untuk menerapkan suatu ilusi
cahaya keadilan. Suatu penyebaran ilusi visual menerusi tiga dimensi untuk melihat
dunia sebenar yang bulat dan adil. Ada permukaan dalam permukaan. Figura yang
dilukis merefleksikan karektor dalam bentuk dramatik yang mengabungkan konflik
sebagai gambaran latar waktu.
Segalanya jadi korban di penghujung perjuangan. Figura yang berlari di padang luas
itu adalah sebahagian dari korban. Ketika ini kita mengutip sisa-sisa busuk yang
ditinggalkan oleh musuh atau kita sendiri menjadi sisa busuk disisi musuh kita.
Di penghujungnya kita kehilangan rakan. Kita mengisi kesedihan atas kehilangan
semuanya. Adakah kita turut menangisi kehilangan pemimpin? Soalan yang sedang
berputar ligat dalam kotak fikir Palano sepantas figura yang dilukiskan. Jika pemimpin
terkorban tanpa ikut bersama dalam perjuangan, rasanya tidak adil untuk kita
menangisi. Jika pemimpin lari dari perjuangan dan mengaut segala kekayaan, kita patut
menginsafi diri yang telah diperbodohkan. Jika pemimpin melaungkan semangat
perjuangan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran sedangkan di penghujung
perjuangan sekelompok rakan dan saudara maranya beroleh habuan, apakah pendirian
kita?
"kut jalan ini, bangun dari tidur dan bangkit dari mimpi. Untuk masa depan dan
kesenangan anak cucu. Jauh kita berjuang menempuh onak duri dan tidak perlu untuk
kita berundur. Segalanya telah kukorbankan untuk kalian menikmati hasilnya. Kata-
kata ini didengari oleh Palano melalui figura yang dilukisnya.
Jauh perjalanan dan lama masanya kita menghabiskan waktu, keringat dan bergadai
nyawa. Semasa kita tergagap-gagap, seorang pemimpin muncul. Waktu kita tidak tahu
menahu seperti sipekak mengekori angin, kosong kotak fikir dan gelap masa hadapan
tiba-tiba lahir seorang pemimpin. Ketika kita dihimpit kemiskinan, hadir seorang
pemurah menabur kemewahan. Kini figura-figura yang ada sedang berjuang dalam
sempadan demokrasi menuntut hak dan keadilan. Figura-figura berdepan dengan dua
pilihan. Kedua-duanya berwatak mulia dari segi zahir dan melaung-laungkan lagu
perjuangan. Pilihan pertama, menjadikan figura-figura yang asalnya bodoh menjadi
lebih bodoh, dungu dan taat. Mereka mendengar kata-kata pemimpin yang terulung
lahir di penghujung zaman yang menanti cahaya keadilan. Manakala yang satu lagi
menjadikan figura-figura lebih cerdik dan berani daripada datuk dan nenek mereka.
Figura yang satu tadi terus berlari di padang luas. Hari semakin gelap dan dalam
kegelapan ia berlari dikejar musuh. Dalam terang ia berlari dikejar bayang. Cerah dan
gelap menjadikan figura gelap akal. Figura mencari siapa dirinya.
"Tinggalkan aku, biarkan aku terkorban. Terkeluar dari mulut seorang pemimpin
pertama yang berjuang bersama dalam gelap dan terang. "Usah tunggu aku, kau
selamatkan yang lain. Palano terdengar suara itu dalam studionya. Suara itu datang
dari belakang kanvas.
"Jaga dan lindungi yang lain. Biar anak cucu kita tidur dalam lena. Malamnya yang
panjang dapat bermimpi yang indah. Kata-kata akhir sebelum pemimpin kedua mati.
Dalam keadaan nafas yang separuh mati masih sempat pemimpin kedua melaungkan
harapan untuk masa hadapan. Janji dan harapan untuk tidak berpatah balik. Menjadi
satu sumpah dan bai'ah.
Kedua-kedua pemimpin figura telah lama mati. Tugu peringatan mereka diabadikan
sepanjang Dataran Medan Merdeka. Semangat perjuangan diteruskan. Figura yang
satu itu tidak berlari keseorangan. Ada lima lagi figura yang turut berlari mencari
perlindungan. Mencari daerah selamat untuk berlindung. Masing-masing hilang takut. Di
hadapan mereka ada gaung dan tebing yang tinggi. Airnya mercik tinggi, menjunam-
junam jatuh ke bawah dan menghempas batu. Satu demi satu figura berlari, melompat
dan melakukan terjunan maut. Dalam berlari itu satu figura tertewas. Tiga anak panah
berbisa menancap kejantungnya, tersembur darah panas. Anak panah pertama
menembusi kulit dan daging, sempat ia melaungkan, "Ya Allah.
Terus ia berlari, lima langkah menahan kesakitan dan menusuk anak panah kedua
pada jarak 4 cm dari tusukan pertama. Seperti menyiat daging dan menghancurkan
tulang dan sempat ia menjerit, "Ya-a-a-A-A-A-A-Allahh. Semangatnya masih ada dan
terus berlari dan sempat menoleh ke belakang.
Dalam samar-samar anak panah ketiga terus menerpa, menikam dan tembus ke
depan dada dari jarak 3 cm berdekatan anak panah kedua. Terasa tusukan yang
berbisa seolah menembusi batang pisang bersama gema dari suara berani, "Ya Allah,
Muhamad Rasulullah. Tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, lalu menjunam ke
bawah dan dihanyutkan air jeram. Segalanya berlaku begitu pantas.
Suatu imbasan kembali.
Dengan infiniti warna biru bersama kilauan tajam tiga bilah anak panah bergerak laju
dalam garis horizontal dan tepat ke jantung dari arah belakang. Keseimbangan figura
antara ketegangan sedang bergelut menjadi tempang. Kekuatan otot dan gerakan
tangan dan kaki yang serentak di sebelah kiri menunjukkan gerak perlahan figura yang
lemah, membawa emosi dalam tekanan. Mayat figura itu hanyut. Tubuhnya tertiarap,
muka dan badannya menyembam ke dalam air dengan tiga anak panah masih tercacak
pada belakang batang tubuh yang kaku. Hanyut di hadapan rakan-rakan yang berjaya
melepasi sungai dan jeram. Lima figura melihat dengan kaku mayat figura hanyut di
bawa arus yang perlahan. Sepuluh mata mengekori dan menoleh 7 saat memerhati
figura kaku berendam air darah tetapi lima hati yang terus berdenyut masih dalam
infiniti dan tak siapa yang tahu.
Lima figura tadi berlari dan terus berlari. Kali ini dikejar serigala ganas. Satu lagi
figura tewas dibaham serigala lapar. Suasana cemas menjadi tarikan melalui larian dan
diburu. Apakah untung nasib kalau tewas dalam pelarian itu? Maut yang menjadi
pertaruhan. Larian membelah malam pekat. Malam tidak menjadikan mata untuk tidur.
Figura-figura yang kematian pemimpin terus diburu dalam malam gelap pekat. Kepala
mereka diburu sebagai tebusan. Ketika ini tiada kamus kecewa dan putus harapan.
Empat figura yang masih berlari dan terus berlari. Di belakang - sekumpulan serigala
lapar mengejar dan terus mengejar.
Salah seekor serigala ganas itu berjaya menangkap figura yang akhir di belakang
figura yang lain. Serigala melompat dengan tangan berkuku tajam dan mencengkam
bahu figura. Tangan serigala berbulu itu bertukar imej menjadi tangan figura yang
memegang kapak. Sambil menghayun tanpa melepaskan kapak di tangan, terkopak
bahagian tengkok figura dan terpercik darah. Berpisah kepala dari badan. Maut dan
pancutan darah dalam gerak perlahannya berlaku di awang-awangan. Seluruh tubuh
serigala itu berubah dan bertukar menjadi bentuk figura yang terhempas ke tanah.
Proses bertukar rupa dan imej terjadi dengan pantas. Serigala-serigala yang lain hilang
ghaib dalam kepekatan malam.
Figura itu turut bersama figura-figura lain yang selamat. Tiada lagi serigala yang
mengejar mereka. Menjelang pagi keempat figura tersebut sampai di sebuah
perkampungan. Muncul seorang gadis penyelamat. Siapakah gadis itu? Dia pembawa
utusan harapan baru. Dia berjiwa lembut sutera. Dia bukan wirawati dan bukan idealis.
Malah dia bukan pejuang feminisme. Dia bukan pejuang tempelan. Malah jauh sekali
sebagai pembawa misi perjuangan pembebasan wanita. Dia penyelamat maruah
bangsa. Moga kita dapat melihat satu jajahan baru untuk menikmati hidup yang
harmoni, persefahaman, bersatu hati, berkongsi hidup menggunung tinggi. Lebih ramai
figura yang hidup berkasih sayang sesama figura. Bukan lagi slogan dan laungan tapi
suatu harapan yang selama ini dinanti. Harapan ini akan disambung berulang tahun.
Harapan yang pasti bukan khayalan kosong. Harapan yang mencerdikkan semua figura
dijajahan baru. Akhirnya dalam daerah jajahan baru tiada lagi figura yang boleh
diperbodohkan.
Bingkai yang dipenuhi imej yang menyerlah kesan cahaya dengan warna yang
dimainkan oleh Palano. Penggunaan pigmen yang lembut. Ada kesinambungan ,0
dari hasil sapuan berus meletakkan autonomi dalam berkarya. Figura-figura yang
dihasilkan membawa ciri keistimewaan dalam warna dan garisan. Bentuk figura
digubah dengan baik dan meninggalkan kesan kontra. Segalanya terhasil kemarahan
dalam dramatik apabila satu figura menikam belakang figura lain.
Di penghujung ilusi, Palano sempat mencatatkan sesuatu dalam diarinya;
"Aku menemui kekuatan dalam figura-figura yang merentasi suatu pengorbanan.
nilah ideaku dan inilah seni perjuanganku sama seperti ombak yang tinggi memukul
pantai dan kembali memukul hingga batu di pantai terhakis. Semoga segala
pengorbanan dan perjuangan di sebalik figura-figura yang hidup dalam realiti menjadi
unggul dan tidak dalam kekaburan.
Sebulan selepas itu.
Daerah jajahan baru yang dipimpin oleh seorang gadis penyelamat sudah tidak
seharmoni dahulu. Sudah berlaku tikam menikam dari belakang dan tidak diketahui
siapa yang melakukannya. Jajahan baru sudah tiada lagi semangat persefahaman,
berpecah belah dan sudah tidak bersatu hati. Perkongsian hidup yang menggunung
tinggi hanya khayalan. Lebih ramai figura yang hidup tidak berkasih sayang sesama
figura. Fitnah dan tikam dari berlakang berlaku di waktu malam dalam setiap hari. Tiada
lagi slogan dan laungan untuk suatu harapan.
Palano menutup kanvasnya dengan kain hitam. Dipadamkan lampu studio. Bilik
studio menjadi gelap hitam. Beralih ia ke bilik sebelah. Menghidupkan suiz lampu.
Dalam kecerahan ia mulai melakar figura-figura baru hingga cerah ke siang hari.

Anda mungkin juga menyukai