Anda di halaman 1dari 8

KEMAMPUAN GESTALT DALAM PERKEMBANGAN SENI TAMPAK: SATU KESEDARAN DALAM SENI KONTEMPORARI

Tajuk ini cuba menyangkal dan menyokong kemampuan Gestalt dalam seni tampak dengan melihat seni yang mengutamakan konsep dan idea, nilai falsafah dan estetika dalam kesedaran kontemporari. Analisis hujah, mengaitkan kefahaman kontemporari dalam pendirian beberapa orang seniman yang mencari alternatif kebebasan meneroka. Adakah ini bererti Gestalt tidak membuka ruang kebebasan?

Gaya kontemporari membuka ruang lebih luas dan dapat diinterpretasi jauh ke dalam makna. Kerana itu sejarawan dan pengkritik meletakkan seni kontemporari dengan ciri-ciri kegemilangannya dari kejayaan Avant-Garde dalam sejarah seni moden.

Analisis yang dibuat cuba meletakkan perbandingan seni kontemporari untuk menilai kemampuan Gestalt. Kepelbagaian media diperhalusi secara konsepsual, menonjolkan sifat media dan makna di sebaliknya. Seni kontemporari meneroka makna-makna yang tersirat di sebalik bahan, teknik dan hal benda yang lebih ke hadapan berbanding Gestalt yang terkongkong oleh situasi konvensional. Pendekatan kontemporari dijadikan analisis, melihat kekurangan dan kelemahan Gestalt.

Penawaran kontemporari dengan konsep baru dalam aliran semasa membolehkan seni itu berkembang dalam aliran semasa membolehkan seni itu berkembang dengan

signifikan melampaui peraturan konvensional. Sesuatu yang mencabar dalam seni dapat membantu memperkayakan perbendaharaan kata seni, penerokaan teknik dan bahan dalam pelbagai dimensi mengikut situasi universal.

Tempoh masa dan sempadan dalam seni membawa kemampuan Gestalt. Masa menjadi fakta menyokong Gestalt. Masa telah mengesahkan stail dalam sejarah seni. Kesannya, seniman disendatkan oleh masa yang juga mewajarkan peranan Gestalt. Seniman dan stail adalah fakta membina watak sesuatu masa.

Gestalt tumbuh bersama masa dalam revolusi Behaviorisme bersama psikologi dan dimasukkan ke dalam seni sebagai satu pendekatan dalam persepsi tampak. Seniman yang terus berkarya masih menyakini pendekatan Gestalt itu boleh menyelesaikan masalah berkarya. Di kalangan seniman ada yang percaya bahawa masa telah menyempadankan semangat seni dengan arah peribadi dalam karya. Masa yang menawarkan mereka untuk bersemangat membina seni.

Dalam hal ini, tentu ada di kalangan seniman yang berada dalam sempadan masa tetapi tidak mengikut guru mereka dalam membuat seni. Pemilihan antara guru mereka dengan guru-guru lain dijadikan rujukan dalam gaya. Juga antara gambar-gambar dengan lain-lain gambar yang ada, ternampak kecenderungan untuk membesarkan diri mengikut citarasa.

Apabila kita bercakap kemampuan Gestalt, kita menekankan tentang fakta yang

boleh difahami. Selepas makna-makna ini diperjelaskan secara evolusinya, makna yang muncul sebagai kesimpulan boleh mengubah idea-idea. Dalam semangat mengkaji tahap perkembangan seni bersama Gestalt, kita mencari perbandingan di dalam seni kontemporari sebagai fakta masa.

Dalam tempoh masa, kualiti yang selama ini dipegang dalam seni didakwa bercanggah oleh Dadaisme. Sama ada dalam olahan komposisi, konsep kerja seni dan fungsinya telah mengubah makna seni. Elemen seni yang terbina melalui perubahan dan ketersengajaan sehingga mengangkat Gestalt sebagai satu gaya juga turut berubah.

Kritikan yang menyebelahi Gestalt telah cenderung untuk membangunkan semula seni sebagai gayaan. Gestalt berada dalam sempadan masa, ketika seni mencapai kecemerlangannya. Gestalt berakhir di suatu penghujung dan tiada lagi daya tarikannya. Namun citarasa serta tabiat semulajadi dimunculkan kembali, Gestalt berada dalam setiap zaman dan disebabkan Gestalt itu cemerlang buat beberapa kali maka resepinya diterima dalam juadah baharu. Tugas kita menulis, mengkaji dan menyatakan sesuatu tentang Gestalt. Untuk itu segala kemampuannya kita

ketengahkan dan kekurangannya sebagai suatu penyangkalan juga kita dedahkan. Tujuannya untuk mencuit seniman lain supaya boleh melakukan sesuatu, menyegarkan kembali sesuatu yang lama. Kelemahannya ialah kurang kekuatan untuk meletakkan kembali resepi lama ke dalam juadah baharu. Seniman masuk ke dalam sudut kiri, keluar kembali dan tergesa-gesa masuk ke

sudut yang lain. Jika begitu bagaimanakah kita dapat menonjolkan sesuatu yang baru. Sebaik sahaja seniman melakukan sesuatu maka lambat atau cepat wujudnya teori yang diangkat menjadi baru. Ini bermakna kita menyangkal yang lama kerana kekurangannya dan menerima yang baru kerana kelebihannya.

Tatacara kritikan yang menyentuh nilai indah dalam seni tampak diakui bahawa tidak ada sebarang data yang kukuh. Hanya yang ada ialah kebenaran mengadaptasi karya secara perbandingan dengan proses kewujudan masa dan sempadannya. Keindahan adalah persoalan citarasa yang subjektif mengikut kewujudan masa. Nilai harmoni dalam Gestalt tidak berubah. Kedudukan yang berubah ialah penampilan karya seni, berkonsepkan masa dengan idea berimejkan baru sama ada menerima atau menolak Gestalt.

Tujuan membandingkan Gestalt dengan masa adalah untuk memberi pengetahuan, konsep dan nilai estetikanya kepada sejarah seni dan sejarah budaya. Dalam memperkatakan sejauhmana kemampuan Gestalt, kegunaan sejarah seni diambil sebagai sumber latarbelakang. Ini mengambil kira nilai masa yang bersignifikan maknanya dalam seni sebagai kefahaman untuk menyakini kewujudan Gestalt amat diperlukan dalam persepsi tampak.

Makna provokasi yang berlaku antara masa lalu dengan seni masa kini adalah hubungan yang telah lepas dengan masa depan. Antara Gestalt dengan citarasa masa depan menjadi hujah yang hendak disangkal atau disokong dengan kegemilangannya

adalah di tangan generasi baru.

Menghitung kembali konsep keindahan dalam gerakan seni tampak moden seharusnya tidak dibuat dengan menggunakan kesecocokkan bagi menonjolkan kewajarannya. Ia sewajarnya melalui falsafah seni yang melibatkan penyangkalan nilai estetik yang berkait dengan akar umbi seni. Maka kewajaran falsafah seni dan edaran masa meletakkan nilai seni Gestalt dalam persetujuan dan penyangkalan.

Pendekatan Gestalt mengambil waktu untuk diterima sebagai aturan dan prinsip. Gestalt berpengaruh dalam seni tampak apabila persoalan olahan ruang dan bentuk menjadi hal benda. Penyelesaian dalam menginterpretasi bentuk-bentuk idea dalam sejarah seni moden telah berubah corak dan pendekatan. Perubahan ini membawa kesan dalam pendekatan Gestalt. Contoh yang dapat dikaitkan dalam Avant-Garde merupakan seni kontemporari yang telah membawa perubahan dalam seni tampak di abad ke-21. Apabila seni kontemporari diangkat sebagai pilihan kemampuan mengangkat idea-idea baru telah membawa perubahan dengan sandaran hujah bahawa seni tidak seharusnya terkongkong dan Gestalt bersama gayanya cuba mengongkong.

Penampilan Gestalt pada fasa awal perkembangan seni tampak boleh dilihat pada abad ke-19. Fasa awal ini seni itu berpegang pada hal agama dan sosial. Nilai estetikanya dikawal oleh kuasa autonomi manusia untuk sesuatu kepentingan. Pada peringkat ini Gestalt menggunakan seni sebagai saluran untuk mengangkat konsep

persepsi dan psikologi.

Manakala di awal pertama abad ke-20, dominasi seniman ke atas seni dipecahkan untuk membawa perubahan. Ketika ini tanpa Gestalt karya seni disedari boleh berdikari sebagai sebuah objek. Tanggapan baru dan kualiti terhadap seni dicabar dengan falsafah baru yang disebarkan oleh pengaruh seni Dadaisme.

Falsafah baru yang dibawa oleh Dadaisme telah merombak definasi seni kepada suatu yang segar, ada revolusi dan inovasi. Kedudukanseni sudah dapat ditafsir dalam interpritasi yang lebih luas. Kemampuan seni ditonjolkan melalui kenyataan bahan yang bersifat sebenar. Seni itu mampu berkomunikasi dalam bahasa visualnya,

membolehkan hasil seni itu dirujuk kembali ke akar umbi bahan asal, sama ada warna, bentuknya, sifat asal dan fungsi.

Kemampuan seni kontemporari menjadikan seni itu secara uniknya adalah karya yang sentiasa mencari-cari sesuatu. Maka seni itu menuju arah yang unik dalam sigifikannya pada inovatif dan ketulenan. Sebagai benda baru, ruang dibuka untuk mengajak khalayak menginterpreatsikannya sebagai ejen sosial yang mencabar nilainilai lama, baik secara akademik maupun teorinya (social anti thesis of society).

Keupayaan Gestalt menjadi peraturan, formula dan hukum. Namun di pertengahan abad ke-20, suatu anjakan bermula, Gestalt perlu dikaji kembali dari sudut sejauhmana sempadan dan kemampuannya. Seni tidak lagi dirujuk sebagai mainan mata, olahan

bentuk atau mainan persepsi.

Penciptaan imej-imej lama diolah, diperbaharui dan telah mencetuskan persoalan dan komentar sosial. Aliran seni masa kini, contohnya di Malaysia telah dilihat oleh pembuat seni muda melalui semangat ingin keluar dari sifat konvensional. Percubaanpercubaan dibuat sebagai keinginan memecah tradisi dan ada yang mahu meneroka idea baru. Melalui sorotan karya pemenang pertandingan Bakat Muda (Young Contemporaries 1997) menjelaskan lagi sempadan masa merubah citarasa dan gaya. Nilai harmoni yang ada dalam Gestalt tidak berubah perubahan hanya pada konsep masa kev atas idea dan imej. Sebagai contoh, karya arca/instalasi oleh Susyilawati berjudul 96 & 97 Kedai Ubat Jenun meletakkan makna Gestalt tidak berubah tetapi disesuaikan dengan masa, idea dan imej. Fungsinya sebagai suatu alternatif dalam persepsi tampak bagi menyelesaikan masalah ruang dan objek masih dilihat bermanfaat kepada pengkarya dan penikmat seni.

Karya ini menonjolkan kepelbagaian bahan adalah semangat untuk mengubah gaya. Bersama tin-tin ubat tradisi Cina disusun dalam suatu kedudukan vertikal dan horizontal. Percubaan menghidupkan kesan karat pada permukaan tin dengan tertera label dalam bahasa Cina membawa tafsiran masa dan budaya. Gaya Gestalt boleh dikesan dalam komposisi susunan yang mencari pertautan antara sepunya. Penegasan Gestalt boleh disedari kehadirannya dari susunan bertindih, olahan susunletak yang matlamatnya menuju keharmonian dan kesatuan.

Dipetik dari katalog Imbasan Bakat Muda Sezaman yang berlangsung pada 20 Disember 5 Mac 1999 di Balai Seni Lukis Negara Malaysia. No.2 Jalan Temerloh off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur. Tel : 603-4025 4990/4989 Fax : 603-4025 4987 ISBN : 983-9572-29-6

Dalam mengutamakan konsep dan idea, karya seni itu dilihat sebagai proses kreatif yang bukan peragaan semata-mata, tetapi mengajak pemerhati

menghubungkannya dengan dunia luar melalui pelbagai interpretasi. Makna seni itu lahir dari cara penggunaannya dan menggunakan seni sebagai salah satu keperluan masyarakat.

Objek dan elemen-elemen seni yang sebelum menjadi karya adalah dibangunkan oleh idea, pendekatan, peraturan dan ketentuan ilmu. Kedudukan persepsi Gestalt dan peranannya boleh kita lihat berada pada kedudukan sebelum objek dan elemen seni menjadi sebuah hasil karya.

Pendekatan Gestalt yang berperanan mengharmonikan ruang menawarkan persepsi yang lebih selesa. Olahan elemen-elemen seni dan objek padu menjadi gayaan naratif dan ia menguatkan idea yang hendak disampaikan.

Anda mungkin juga menyukai