Anda di halaman 1dari 9

JANGAN DIABAI PENDIDIKAN SENI VISUAL : NEGARA MEMERLUKAN

GENERASI KREATIF

SEBAGAI Pendidik Seni Visual yang kreatif sememangnya saban waktu di

kelilingi dengan cetusan idea-idea baru. Cetusan yang hadir dari sumber bacaan,

pemerhatian, kemahiran serta jiwa yang sensitif menjadikan pendidik seni visual

berperanan meningkatkan celik seni di kalangan anak didik.

Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) dimanfaatkan fungsinya ke arah

membuka laluan dengan melihat dan mengaplikasikan ke dalam kehidupan

seharian. Isi pelajarannya yang mendidik pelajar mencintai alam semulajadi,

menghargai bakat seni, menyanjungi hasil karya dan tokoh pengkarya adalah

didikan formal yang disemai sejak dari awal. Cara didikan ini melahirkan

masyarakat yang menyayangi khazanah budaya, merasai nilai tamadun yang

indah sekaligus menyeimbangkan aspek-aspek rohani, intelek, emosi dan

jasmani. Asuhan dan didikan seni visual ini berlaku secara evolusi untuk tempoh

masa yang panjang bagi melahirkan nilai murni kepada generasi yang seimbang

antara fizikal dan jiwa seni.

Melalui skil dan pengetahuan sedia ada umpamanya ilmu estetika,

membentuk suatu generasi berteraskan kekuatan dalaman ke arah cepat peka

kepada maklumat seni, keindahan sekitar dan mengaplikasikan dalam kehidupan

seharian.
Jangan diabaikan PSV Muka Surat 1
Barangkali sebahagian kecil yang kreatif dan genius akan mencipta dan mereka

bentuk sesuatu produk yang berguna untuk kegunaan harian dalam dunia serba

moden. Gabungan pemikiran kreatif dan kritis dapat diterapkan di dalam rumah,

di tempat kerja dan pandai menilai sesuatu bukan sekadar menjadi pengguna

yang biasa tetapi menjadi pencipta yang luar biasa.

Bermula dengan percubaan awal dapat memberi kesan kepada PSV untuk

dinaikkan taraf dan martabatnya. ilmu, teori serta kemahiran seninya tidak

terbatas di dalam bilik darjah. Kemahirannya sentiasa berkembang dari masa ke

semasa dan jika ia seorang pendidik seni visual tentu ia contoh yang terdekat

untuk anak didiknya mengkaguminya sebagai pendidik dan pengkarya.

Dalam mengapresiasikan seni maupun pemahaman dan penghargaan,

pelajar dididik untuk mengkaji dan menyelidik. Kemahiran dan ilmu tersebut

menjadikan generasi yang bijak menilai, tahu membuat, mahir bercakap tentang

seni. Fokus utama di sini ialah cetusan untuk menjadi celik seni dan sebagai titik

mula penyambung ke arah melahirkan individu seni, yang ada ilmu seni,

berkemahiran seni, mencintai budaya dan mempengaruhi generasi yang ada.

Kedudukan mata pelajaran PSV perlu diangkat kembali menjadi antara mata

pelajaran yang wajib diambil di dalam peperiksaan. Langkah dan usaha ini sudah

sampai waktunya apabila menjelang wawasan 2020, negera memerlukan


Jangan diabaikan PSV Muka Surat 2
rakyat yang kreatif dan inovatif serta mampu menyumbangkan peranannya

sebagai intelek seni di dalam negara yang maju.

Ketika negara memerlukan generasi yang kreatif serta berkemampuan tinggi

dalam reka cipta, PSV tidak perlu diabaikan sebagai subjek alternatif. PSV

mampu melahirkan modal insan yang berpengetahuan seni dapat

menyumbangkan peranan membangunkan negara. Insan kreatif dapat

membawa perubahan bersama kesedaran yang lebih baik dalam penciptaan

produk, penjenamaan bahan atau menghasilkan sesuatu ciptaan yang kreatif

serta inovatif dan boleh diaplikasikan dalam keperluan masyarakat. Apabila

kecenderungan kreatif digabungkan bersama teknologi, idea-idea terbaharu

dapat dilahirkan.

Di masa hadapan masyarakat Malaysia yang terdidik dengan pengalaman

seni, mudah peka dan cepat terangsang kepada setiap objek malah prihatin

dalam menilai sesuatu dan bijak ketika berdepan dengan masalah. Isi

pengajaran dan pembelajaran PSV melatih dan mendidik pelajar bagaimana

menyelesaikan masalah dan menjadi individu yang responsif kepada setiap

cabaran.

Sesebuah negara maju menjelang 2020, tidak lagi menjadi negara yang

masyarakatnya hanya sebagai pengguna sebaliknya mampu menjadi pereka

cipta kepada produk berkualiti dan ada nilai estetikanya. Generasi yang akan
Jangan diabaikan PSV Muka Surat 3
mendokong wawasan 2020 terdiri daripada mereka yang kreatif serta inovatif,

yang aktif, berbakat, matang dalam pemikiran dan dapat mewujudkan idea

dalam mencipta atau menyelesaikan sesuatu.

Idea yang muncul adalah terbaharu dalam ciptaannya, mencabar idea-idea

lama kepada perubahan yang lebih baik. Dengan pengetahuan PSV, melahirkan

masyarakat yang bercitarasa tinggi dalam memilih dan menilai sesuatu.

Di dalam PSV terkandung falsafah, psikologi dan sosiologi sebagai cabang

ilmu yang berkaitan antara satu sama lain. Pendidikan yang ada di dalam PSV

bermula dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi

menanamkan falsafah yang dinyatakan di atas. PSV itu sendiri, mendidik

kepekaan, persepsi kepada kesedaran terhadap alam sekitar yang merangsang

perkembangan emosi dan intelek.

Di peringkat sekolah menengah, corak pengajaran dan pembelajaran PSV

mengisi agendanya dalam menyemai dan memperkayakan kemahiran di bidang

seni melalui konsep ‘Education Throught Art’. Perkara yang dititik beratkan

seperti nilai estetika sebagai ilmu yang mendidik pelajar menghayati seni melalui

pancaindera dan rasa seni. Tahap menghayati seni dan tahu tentang nilai indah

dalam hasilan seni melalui proses berperingkat sehingga mencapai martabat

rasa seni itu mendalam dan halus jiwa seni yang dimiliki.
Jangan diabaikan PSV Muka Surat 4
Dalam aktiviti apresiasi, nilai estetika dan moral diadun bersama. Guru yang

menguasai ilmu ini akan menyampaikannya kepada pelajar-pelajar dengan lebih

jelas nilai dalam menghargai seni itu. Matlamat akhirnya, pelajar dan masyarakat

yang celik ilmu boleh menilai seni itu dengan pertimbangan rasa seni yang logik

dan baik emosinya.

Perjuangan memartabatkan seni itu perlu diangkat dan digilap dari peringkat

sekolah lagi oleh guru-guru PSV. Nilai seni itu perlu disebut selalu dalam

pengajaran dan pembelajaran. Seni sebagai salah satu cabang ilmu falsafah

menekankan keindahan seni yang berfungsi. Apabila sifat seni itu berfungsi ia

memerlukan pengalaman yang unik, luar biasa yang dididik melalui latihan

melihat dan mengamati hasil seni, sekaligus menghasilkannya dengan

mengambil kira nilai indah, keseimbangannya dengan alam sekitar dan impak

keharmoniannya dalam kehidupan.

Struktur-struktur keseimbangan antara seni dan kehendak kehidupan dalam

mata pelajaran PSV meletakkan ilmu estetik selari dengan kemodenan dan

hambatan kemajuan. Keseimbangan ini boleh membantu mengurangkan

tekanan jiwa dan gangguan persekitaran seperti pencemaran dari hasil ciptaan

manusia yang rakus. Bentuk didikan dalam PSV untuk mencintai alam sekitar,

mereka cipta sesuatu produk pengguna yang mesra alam adalah contoh

keseimbangan antara seni dan kehidupan. Apabila kemajuan pembangunan

yang terdesak diisi dengan rakus di sekeliling kita, mendatangkan kesan


Jangan diabaikan PSV Muka Surat 5
sampingan sehingga berlaku pencemaran atau hasil-hasil ciptaan yang tidak

seimbang dari segi keindahan dan keharmonian. Alam sekitar tidak dilihat asli

lagi kerana dirosakkan oleh manusia yang kurang nilai seni dan estetikanya.

PSV menuju satu cabaran menjelang 2020 yang menuntut PSV bersedia

dengan cabaran tersebut. Cabaran yang mungkin dapat dijangkakan ialah masa

depan dan martabat PSV kian diketepikan. Arus pembangunan mahu diisi

dengan sains dan teknologi yang canggih dan peranan serta nilai ilmu yang

terkandung di dalam PSV mampu melahirkan pelajar kreatif serta berbudaya

cipta yang tinggi. Maka peranan guru PSV ialah menjadikan nilai-nilai kreativiti

dalam seni sebagai asas menyokong fikiran reka cipta pada diri pelajar-pelajar.

Apabila PSV dimansuhkan di dalam peperiksaan PMR, keutamaan mata

pelajaran itu dilihat sudah tidak penting lagi. Ia menjadi subjek alternatif dan tidak

penting dalam pembinaan wargabangsa. Nilai-nila kraf tradisional dan seni

budaya tempatan serta tokoh-tokoh seni tanah air kian dilupakan. Tanpa disedari

arus kemajuan mendesak sesuatu yang mahu merubah nilai itu sendiri. Sekadar

apa yang perlu disemai kepada pelajar ialah untuk tahu dan kenal seni dalam

bentuk lipatan sejarah semata-mata. Masa yang berlalu sedikit demi sedikit

menghakiskan martabat seni.

Jangan diabaikan PSV Muka Surat 6


Nilai pengajaran dan pembelajaran PSV adalah berbentuk penghayatan seni

dan kandungan pengajarannya ke arah menyelesaikan masalah dari sudut

pemikiran kreatif. Untuk itu, sebelum mata pelajaran PSV beransur-ansur pupus,

maka perlulah dari masa ke semasa diperhangatkan isu-isu ini dalam mana-

mana forum dan seminar.

Usaha bersama perlu dimulakan sebagai contoh inisiatif memartabatkan

guru-guru PSV dengan menubuhkan Persatuan Pendidik Seni di setiap negeri.

Diberi keutamaan untuk guru-guru yang berkursus khas menyambung pelajaran

ke peringkat ijazah dan lanjutan. Mengadakan seminar dan forum

membincangkan masa depan mata pelajaran PSV. Mengadakan perjumpaan

dan publisiti melalui hasil karya seni pelajar-pelajar dan guru pada pameran

peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Masa depan dan martabat guru PSV yang diabaikan berpunca daripada tidak

adanya suara kuat yang berpengaruh untuk dibawa ke atas. Gagasan untuk

memartabatkan subjek PSV dan meletakkan kedudukan pendidik seni sebagai

agenda penting perlu diperjuangkan melalui saluran yang berpengaruh. Usaha

ini berterusan dan tidak terhenti di pertengahan jalan, perlu disatukan suara-

suara gagasan ini supaya apa yang dihasratkan tercapai hendaknya.

Jangan diabaikan PSV Muka Surat 7


◄ Haji Judin Haji Ahmad
Tajuk : “Lagenda/Legend”
Akrilik di atas kanvas
Tahun 1999
90 x 89 cm

Seorang pendidik seni visual, pengamal seni


yang sibuk dengan pengajaran dan
pembelajaran sebagai seorang pensyarah
masih mampu berkarya dan berpameran
menjadi model terbaik kepada anak didiknya.
Mohon keizinan memetik karya dari katalog Pameran Aspirasi 2000
“Sprit of Unity and Harmony towards 2000”. Terbitan Badan Amal
Kebajikan Isteri-Isteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
(BIDARA).
ISBN : 983-40239-0-1

Khairul Albar Masror ►


Tajuk : “Heritage from Kenyir”
Bahan : Akrilik di atas kanvas

Seorang pendidik seni visual yang


aktif berkarya dan berjaya
memasarkan karya beliau sebagai
produk komersial.
Mohon keizinan memetik dari katalog Pameran Seni
Lukis Bakat Muda Pesta Pulau Pinang 1998. Koleksi
Muzium Negeri Pulau Pinang dan Balai Seni Lukis
Negeri, Tingkat 3 Dewan Sri Pinang, Lebuh Light,
10200 Pulau Pinang. Tel : 04-2613144
Fax : 04-2613144 www.penangmeseum.com.
E.mail : muzium@po.gov.my.

Jangan diabaikan PSV Muka Surat 8


▲ Nazli Hamzah
Tajuk : “Hidden Stay”
Bahan : Cat minyak di atas kanvas

Seorang pendidik seni visual dari Terengganu. Aktif


berpameran, banyak menyumbangkan idea dan
hasil lukisan realisnya di Muzium Negeri
Terengganu.
Mohon keizinan memetik dari katalog Pameran Seni Lukis Bakat Muda Pesta
Pulau Pinang 1996. Koleksi Muzium Negeri Pulau Pinang dan Balai Seni Lukis
Negeri, Tingkat 3 Dewan Sri Pinang, Lebuh Light,
10200 Pulau Pinang. Tel : 04-2613144 Fax : 04-2613144
www.penangmeseum.com.
E.mail : muzium@po.gov.my.

Jangan diabaikan PSV Muka Surat 9

Anda mungkin juga menyukai