Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM YANG DIJALANKAN OLEH PANITIA PENDIDIKAN

SENI

NAMA PROGRAM : Program Panitia Pendidikan Seni Visual

TARIKH :

MASA : ISNIN - JUMAAT

TEMPAT : Tempat kediaman masing-masing

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk


minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai Kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan matapelajaran lain. Murid
di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan
Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual,
imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan rekabentuk dalam
pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi
diri.

Objektif panitia adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan
produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Panitia berhasrat membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadapTuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang kearah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Visi panitia pendidikan seni adalah membina generasi pelajar yang harmonis,
kritis, kreatif dan Inovatif serta memperoleh gred cemerlang menjelang 2015.Misi
panitia adalah menyediakan program yang memberi peluang kepada pelajar memupuk
budaya Penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni.

Program panitia PSV tahun ini dijalankan secara berlainan berbanding dengan
tahun sebelumnya.Ini adalah kerana pandemic wabak covid-19.Semua murid terpaksa
menjalankan aktiviti PSV secara maya.Murid terpaksa menjalankan secara
individu.Namun begitu murid juga menjalankan tugas yang diberi cemerlang oleh ahjk
Panitia Pendidikan seni visual.Selain itu,ibu bapa juga memberi sokongan untuk
membantu murid menjalankan tugasan mereka.

Antaranya program pertandingan diadakan secara online kepada murid ialah


menghasilkan poster, ikat dan celup serta menghasilkan arca. Ketiga-tiga program
tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid. mereka dapat
meneroka dan memperkembangkan idea dan kreativiti mereka melalui program
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai