Anda di halaman 1dari 7

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

DPLI-PSV

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pendek Kajian Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Victor Lowenfeld Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pendidikan Seni Visual kami iaitu Tn. Hj. Mohd Jamel bin Hj. Ismail di atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau serta bantuan yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan tugasan ini. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberi sokongan moral serta sentiasa mendoakan kejayaan saya. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang turut sama membantu dalam menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Terima kasih buat semua.

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

DPLI-PSV

ABSTRAK

Kajian peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak ini merupakan sebuah hasil kajian yang melibatkan lukisan kanak-kanak dari umur 2 tahun hingga ke 17 tahun. Kajian ini berdasarkan kepada teori Victor Lowenfeld dan Britain (1982). Sebanyak 6 lukisan kanak-kanak telah digunakan sebagai sampel kajian bagi mewakili setiap peringkat perkembangan seni kanak-kanak. Kajian ini dapat menunjukkan bahawa perkembangan seni kanak-kanak yang berkembang dari satu peringkat ke peringkat yang lain terutamanya aspek-aspek kemahiran penggunaan bahan dan media serta pendedahan kepada persekitaran mereka. Kajian ini juga boleh menjadi panduan kepada guru-guru pelatih seni di dalam perancangan kurikulum kelak.

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

DPLI-PSV

PENDAHULUAN

Definisi Pendidikan Seni Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari. Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, grafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden. Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semula jadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik. Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan

pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya.

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

DPLI-PSV

PENGENALAN

Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menggembirakan, menyenangkan. Selain itu, seni juga telah diberi banyak definisi oleh pelbagai pihak. Antaranya, seni adalah Pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan. Definisi ini telah diberi oleh Emerson. Seni juga sesuatu yang dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan, atau apa yang terlintas dan terfikir melalui pemikiran kreatif. Seni juga adalah sesuatu yang berunsur indah, halus dan penuh bermakna. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat sifat yang biasa, secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat, didengar dan juga berdasarkan pengalaman yang lalu.

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

DPLI-PSV

LATAR BELAKANG

Kanak-kanak dan Seni Visual


Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.

Kepentingan Pendidikan Seni Visual Kepada Kanak-kanak


(a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. (b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. (c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk

mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. (d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. (e) Aspek Sosial dan Emosi
5

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

DPLI-PSV

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Keinginan Asas Kanak-kanak I. Keinginan untuk bergerak secara bebas, Berjaya dan diiktiraf, diterima dan disanjung (hasil karya dipuji dan dipamerkan) II. III. Keinginan untuk bersaing, ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan) Keinginan untuk meneroka, pencapaian kreatif dan meluahkan perasaan (bagi peluang kepada mereka meneroka dan bereksperimentasi)

Kanak- Kanak dan Seni Lukis


Melukis sebagai Medium Komunikasi. Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial.Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna didalam lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan. Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk:

Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri.


6

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

DPLI-PSV

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap perkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan

(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata

Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan

pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan

memanipulasikan objek alam.

Anda mungkin juga menyukai