Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012

HBEA 1203: PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : :

810131015961001 810131015961 0137795961 mq_rahmat81@yahoo.com.my BATU PAHAT LEARNING CENTRE

KANDUNGAN Halaman

PENGHARGAAN PENGENALAN TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI JADUAL AKTIVITI PENUTUP BIBLIOGRAFI

1 2-3 4 8 10 11

PENDAHULUAN

Pengertian Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu. Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai; Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang berkaitan. Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)

Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat, manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.

Kreatif

juga

dikaitkan

sebagai

kebolehan

mencipta,

menghasilkan

dan

mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.

Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dengan fitrah memiliki potensi diri. Fitrah hanya akan terserlah apabila seseorang individu berusaha keras mengetengahkannya atau dibimbing oleh orang lain. Hal ini bermakna seseorang perlu berusaha mengenal pasti kekuatan, kemampuan serta daya yang ada pada dirinya.

Namun dengan mengenali ciri positif tersebut dalam diri belum mencukupi tanpa usaha untuk melakukan penggilapan serta pengukuhan yang berterusan sehingga mencapai tahap yang optimum. Di samping itu, bagi memastikan potensi diri senantiasa berada pada tahap optimum, usaha mengenal pasti penghalang perlu dikenal pasti. Dengan berbuat demikian segala kekuatan dapat digembleng untuk menimbulkan tenaga penggerak yang utuh ke arah kejayaan. Pada masa yang sama seseorang individu akan senantiasa menyedari halangan yang dihadapi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasinya.

Komponen

Kreativiti memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti seni, seperti lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama dan puisi membolehkan murid menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri dan mengenali cita rasa sendiri.

Komponen ini mengandungi lima aspek yang terdiri daripada : 1. Persekitaran dan keindahan alam; 2. Lukisan dan kraf tangan; 3. Muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif; 4. Drama dan puisi; dan 5. Warisan budaya Murid dibawa meneroka untuk memerhati, mengenali dan menikmati keindahan alam sekeliling. Murid juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, puisi dan drama. Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai estetika. Melalui komponen ini murid diberi pendedahan kepada lagu dan muzik, permainan, kraf tangan dan peralatan tradisional agar mereka mengenali dan menghargai warisan budaya bangsa pelbagai kaum.

Kepentingan kreativiti kepada kanak-kanak

Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. Mereka lebih banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan, dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping itu, mereka dapat membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari, toleransi terhadap kekaburan, dan mungkin juga, suka berjenaka.

Aktiviti kreatif sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan mereka untuk berfikir. Misalnya, selepas melukis kanak-kanak merancang untuk mempamerkan hasil kerja mereka, mereka belajar untuk membuat keputusan terutamanya dalam memilih lukisan mana yang harus mereka pamerkan, bagaimana ia diuruskan dan adakah mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya. Kreativiti merupakan proses yang berterusan ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Sementara itu, estetika adalah sesuatu penglibatan individu dalam keadaan merasa, bertindak balas dan kepekaan kepada persekitaran semula jadi persekitaran semula jadi serta persekitaran ciptaan manusia. Melibatkan diri dengan aktiviti seni memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan mewarna, melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah aktiviti seni juga membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi. Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni menyediakan

ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka. TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

Perkembangan Kreativiti Fisher

(a) Peringkat Rangsangan

Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.

Biarkan mereka bermain dan meluahkan idea. Bermain adalah sebahagian penting daripada pembelajaran yang membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanakkanak. Ia membolehkan mereka menghayati kreativiti menerusi lima deria mereka penglihatan, pendengaran, rasa, bau, dan sentuhan. Ibu bapa boleh merangsang imaginasi dan menggalakkan kreativiti si manja melalui lakonan dan imaginasi.

Sediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Ini boleh dilakukan dengan memastikan murid merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka tanpa rasa takut ia akan ditolak, dan memastikan keselamatan mereka terjamin supaya mereka boleh meneroka dunia di sekeliling tanpa gangguan.

Tanya soalan yang membina dan jangan bataskan soalan mereka. Guru juga perlu fleksibel menerima jawapan atau respons daripada murid. Walaupun salah, mereka tidak perlu dimarah. Sebaliknya, gunakan kesempatan itu untuk mengajar murid mencari jawapan yang betul. Menyelesaikan masalah adalah komponen penting pemikiran kreatif.

Rangsang pemikiran kreatif dengan aktiviti yang sesuai dengan usia. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru bersama murid, termasuk aktiviti seni, muzik, sukan dan memasak. Aktiviti lain seperti membaca buku dan menonton program pendidikan dan multimedia juga boleh membantu memupuk kreativiti murid.

(b) Peringkat Penerokaan

Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengelohan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan. Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik.

Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk menapulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling .Bagi tujuan itu, guru pendidikan seni boleh menggalakkan penggunaan bahan-bahan terpakai atau bahan kitar semula bagi tujuan penghasilan karya.Ini secara tidak langsung, membimbing murid menjadi individu yang mampu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Selain itu ia akan mengajar mereka menjadi lebih berjimat dan menghargai alam sekeliling.Seperti contohnya botol mineral boleh digubah untuk menjadi bunga plastik dan diwarnakan serta dihiaskan di dalam kelas.Selain itu juga, kelongsong telur boleh dijadikan puppet,dihiaskan dan diwarnakan.Ini akan membuatkan mereka lebih berkreativiti.

Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar berimaginatif.Contoh melalui aktiviti menghasilkan

poster menggunakan kaedah catan. Poster adalah satu bentuk komunikasi perhubungan dan pengiklanan serta berfungsi sebagai pengumuman dan pemberitahuan sesuatu maklumat. Dari aspek penerokaan, kanak kanak dapat membuat penemuan sendiri sama ada dari segi pembacaannya, kajian tugasan mahupun penggunaan alat komunikasi seperti komputer dan internet. Contohnya, guru memberi tugasan untuk mencari bahan bagi membuat poster anti dadah. Pelbagai bahan dan rujukan boleh diterokai oleh kanak kanak seperti melayari laman web Agensi Anti Dadah Kebangsaan, membuat lawatan ke Pameran Penyalahgunaan Dadah dan sebagainya. Ia sekaligus dapat merangsang kecerdasan interpersonal mereka seperti memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka lebih mudah memahami kesan buruk akibat dadah dan sudah tentu menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

(c) Peringkat Perancangan

Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

Contohnya dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran iaitu pokok, pemerhatian pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk belajar mewarna, melukis dan melakar bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan ide untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.

(d) Peringkat Aktiviti

Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut? Maksudnya murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat disekeliling untuk dijadikan hasilan seni.Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.Contohnya bahan semulajadi seperti dahan pokok kelapa boleh dianyam untuk menghasilkan tikar,batang pokok pisang boleh dipotong kecil untuk menghasilkan corak dan suratkhabar lama boleh dibuat origami .Kebiasaaan nya murid di kawasan luar bandar lebih mahir menggunakan media atau bahan disekeliling mereka untuk dijadikan hasilan seni.

(e) Kajian Semula

Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Sebagai contoh , penghasilan karya yang dihasilkan berkemungkinan besar tidak sempurna seperti yang dikehendaki ,namun percubaan demi percubaan dilakukan bagi memastikan hasil tersebut berjaya diperolehi .Secara tidak langsung percubaan ini mendidik murid supaya tidak mudah putus asa dan eksperimentasi yang dilakukan berupaya membina pengalaman berguna di dalam menghasilkan karya yang lain.Contohnya melalui pengalaman sedia ada itu,seseorang murid akan lebih kreatif untuk menghasilkan karya yang menarik dan bermutu.Ketika membuat topeng haiwan,seseorang murid itu cuba melukis dan menghasilkan rupa yang asli.Percubaan demi percubaan akan membantu dia membetulkan kesalahan dan latih tubi itu akan membuatkannya lebih berimaginasi dengan meggunakan teknik teknik lain agar mendapat hasil yang terbaik.

5 Tahap perkembangan pemikiran fisher (1943)

Tahap

Aktiviti Guru merangsang murid dengan pelbagai persoalan mengenai topeng muka (Apa itu topeng, Bagaimana bentuk topeng, Kenapa pakai topeng, Siapa yang pakai topeng) Murid menjawab segala pertanyaan murid Ini secara tidak langsung merangsang kreativiti murid. Guru menyatakan dan menunjuk contoh-contoh topeng kepada murid Pelbagai jenis topeng samada dari watak kartun, haiwan, mitos dahulu, dan karekter pemimpin. Murid dibenarkan memegang dan meluahkan pandangan masing-masing. Murid diberi kebebasan memilih dan meneroka topeng kegemaran masingmasing Murid meneroka minat dan kecenderungan masing-masing Murid dibenarkan secara kreatif mengekspresi khayalan diri. Guru mula berbincang dengan murid bagaimana ingin membina topeng kegemaran masing-masing. Murid menyatakan dan berbincang bersama bagaimana ingin membuat

Aras Taksonomi Bloom

Peringkat Rangsangan

1. Pengetahuan

Peringkat Penerokaan

1. Pengetahuan 2. Kefahaman

Peringkat Perancangan

1. 2. 3. 4.

Pengetahuan Kefahaman Penggunaan Analisis

topeng Pelbagai perkara seperti material apa nak guna, warna, bagaimana cara supaya topeng menekap muka di bincangkan. Murid membayangkan secara visual bagaimana topeng yang akan dibina mereka nanti. Peringkat Aktiviti Murid mula membina topeng berdasarkan perancangan masingmasing Guru hanya memantau dan membantu sekiranya murid menghadapi masalah. Kajian Semula Pada fasa terakhir iaitu setelah topeng disiapkan Murid diberi penilaian oleh guru Guru mendengar kekurangan dan kelebihan hasil karya masing-masing Murid merancang penambahbaikan untuk dilakukan pada masa akn datang 1. Pengetahuan 2. Kefahaman 3. Penggunaan 4. Analisis 5. Sintesis 1. Pengetahuan 2. Kefahaman 3. Penggunaan 4. Analisis 5. Sintesis 6. Penilaian

RUMUSAN Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid. Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat. Proses kognitif adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca. Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti. Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya. Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Abruscato, J. (2000).

Teaching children science: A discovery approach (5th ed.).

Boston: Allyn & Bacon. CURRICULUM 507 229 Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall Craik,F.I.M dan Lockhart,R.S. (1972), Level of processing : A framework for research. Journal of Verbal Learning and Verbal Behavior, 11 : 671-684. memory

Damon, W., 1977. The Social World of Child. San Francisco : Jossey-Bass. Edward Chittenden, Jacqueline Jones (1999), Dialogue on Early Childhood Mathematics, and Technology Education/First Experiences in and Technology. American Association for the Diperolehi dari Science, Science, Mathematics

Advancement of Science (AAAS). on

http://public.doe.k12.ga.us/DMGetDocument.aspx/Dialogue

Early Childhood Science.pdf pada 26 Februari 2010. Farrah Wahilda Bt Hj Khirluddin (2006). Perisian pengajaran berbentukan komputer(PBK) untuk pra sekolah di bawah tajuk mengenal haiwan, 5&6.Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi daripada

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/FARRAHWAHILD AAP010074D2006TTP.pdf Harlan & Jelly (1989). Technology for children. Sydney: Prentice Hall Australia.

FISHER CURRICULUM 372.358044 3. FISHER CURRICULUM also has 1st ed. 607 88 Harlan, J. D. & Rivkin, M. S. (1996). Science experiences for the early childhood Englewood Cliffs, NJ: Merrill

years: An integrated approach (6th ed.). Curriculum 507 375 Johnston, J. (1996).

Early explorations in science.

Buckingham, UK: Open

University Press. CURRICULUM 507 437

Jack P. Shonkoff et. al. (2007), The Science of Early Childhood Development.

National

Scientific Council on the Developing Child, Center on the Developing Child at Harvard University. Diperolehi dari 2010. Jas Laile Suzana Jaafar. 1996. Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja. Ampang, Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. Lumpe, A.T. & Staver, J.R. 1995. Peer collaboration and concept development. Journal of Research in Science Teaching. 32(1) : 71-98. Lockhart,R.S dan Craik,F.I.M (1990), Level of processing : A retrospective http://www.speaker.gov/pdf/Shonkoff.pdf. pada 26 Februari

commentar on a framework for memory reseacrh. Canadian Journal of Psychology, 44, 87-112.. Nani Menon & Rohani Abdullah. 2003. Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Bentong, Pahang. PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd. Rohani Abdullah. 2004. Bayi Cerdik. Bentong, Pahang. Publication & Distributor Sdn.Bhd. Surayah Zaidon & Haslinda Md. Ali. 2008. Pendidikan Prasekolah. Shah Alam. Darul Ehsan. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukur. 2008. Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor. Oxford fajar Sdn.Bhd. Vyogtsky (1984). Science for children (2nd ed.). Sydney: Prentice Hall Australia. Selangor

FISHER CURRICULUM 372.3044 1 Zurida bin Haji Ismail & Hasimah Mohd Yunus (2004). Sikap & keyakinan guru- guru prasekolah dalam pengajaran sains awal, 156 & 159.Universiti Sains Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai