Anda di halaman 1dari 39

TAJUK 1: KONSEP DAN LATAR BELAKANG

SOALAN: Latihan (ms. 10) Setelah membaca kandungan di atas sila senaraikan lima faedah yang boleh diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan. Huraikan bagaimana lima faedah itu mempengaruhi kehidupan seharian anda.

JAWAPAN: Seni Dalam Pendidikan merupakan mata pelajaran yang mengandungi kaedahkaedah seni visual, muzik dan pergerakan dalam pembelajaran dan

perkembangan kanak-kanak.

Antara konsep-konsep yang diberi penekanan

dalam topik ini ialah warna dalam seni visual, irama dalam muzik dan ruang dalam pergerakan. Pengetahuan bagi ketiga-tiga konsep ini boleh diperolehi melalui aktiviti penerokaan, pengalaman dan ekspresi.

Antara lima faedah yang diperoleh melalui Seni dalam Pendidikan ialah: Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Dapat mempelajari cara belajar, iaitu dapat mengaplikasi informasi secara berkesan. Dapat menghubung kaitkan gerak hati, celik akal dan kecerdasan Lateral Leaps.

Kelima-lima faedah ini boleh mempengaruhi kehidupan harian kita. Antara pengaruh-pengaruh tersebut ialah: i. Ia dapat meningkatkan keupayaan setiap individu dalam aspek kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintesis dan menilai melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi. ii. Ia juga dapat membantu individu mengembangkan potensi kita dalam meneroka, menghubung kaitkan idea dan objek di antara pemikiran perlakuan. iii. Ia dapat memupuk disiplin diri, mengukuhkan kendiri diri dan mementingkan kreativiti di samping menitikberatkan kepentingan dan semangat

berpasukan. iv. Ia dapat mempengaruhi individu mencapai keperluan manusia secara menyeluruh dalam menyampaikan isu dan idea, di samping individu juga boleh membuat pertimbangan yang wajar dan mengapresiasi.

Aktiviti Tutorial (ms. 12)

Tajuk 1:soalan tutorial Anda dikehendaki membaca beberapa artikel journal atau buku mengenai seni dalam pendidikan .

Senaraikan faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dan kepentingan seni dalam pendidikan di sekolah rendah dengan rujukan kepada teori pembelajaran. Jawapan anda hendaklah disokong dengan pandangan tiga orang tokoh bidang ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan ini pastinya mendatangkan banyak faedah kepada para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Faedah-faedah yang diperolehi seperti berikut: i. Para pendidik dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah lebih seronok. ii. Mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat memotivasikan para pendidik yang menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional.

iii. Membantu para pendidik untuk meningkatkan perkembangan intelek khususnya dalam aspek penyelesaian masalah. iv. Guru dapat membantu dan membimbing pelajar memahami dalam diri sendiri dan persekitaran.

Terdapat 4 kepentingan seni dalam pendidikan di Sekolah Rendah. Antaranya ialah: 1. Aktiviti Seni Visual Muzik dan Pergerakan sebenarnya boleh mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkurli, kecerdasan dan sebagainya. Menurut Teori Konstruktivisme, manusia belajar secara aktif dengan membina ilmu yang berguna kepada dirinya (actively construct knowledge that they find personally meaningful). Justeru itu, melalui pembelajaran

seperti ini, kita akan dapat membantu dan memudahkan kanak-kanak mengaitkan pengetahuan yang baru dipelajari dengan pengetahuan yang telah mereka perolehi yang dan menguasai ada. maklumat itu, tersebut dengan akan

pengetahuan

mereka

Dengan

kanak-kanak

menerangkan pengetahuan baru mereka melalui pelbagai cara dan bentuk, misalnya, persembahan. Seterusnya, aktiviti lanjutan akan dibuat lagi

mengukuhkan pemahaman mereka.

2. Melalui aktiviti Seni Visual Muzik dan pergerakan, kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.

3. Integrasi Seni Visual Muzik dan Pergerakan dengan mata pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.

4. Aktiviti

Seni

Visual

Muzik

dan

Pergerakan

memudahkan

proses

menghubungkaitkan semua benda alam.

Dengan demikian, aktiviti Seni

Visual Muzik dan pergerakan membantu mengaktifkan pembelajaran dan pemindahan pembelajaran.

TAJUK 2: KANAK-KANAK DAN SENI Aktiviti ms. 14 Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain Sembunyi Sembunyi (Hide and Seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut:

Bagaimana mereka menguruskan permainan ini Bagaimana menyembunyikan diri mereka Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari Ekspresi mereka apabila mereka ditemui

Berdasarkan pemerhatian saya, kanak-kanak menguruskan permainan ini dengan mewujudkan tindakan untuk memberi arahan sesama mereka sendiri dan ada yang memberi penerangan. Bagaimana menyembunyikan diri. Kanak-kanak ini akan pergi ke suatu tempat yang dirasakan sesuai di mana mereka tidak akan diketahui oleh kawan-kawan yang lain. Misalnya, di belakang pintu, bawah katil, atas pokok dan sebagainya. Bagi mereka yang mencari pula akan berfikir, melilau dan mencari dengan penuh hati-hati. Kanak-kanak tersebut akan cuba pergi ke sesuatu

tempat yang dirasakan adalah tempat yang sesuai untuk bersembunyi. Ekspresi apabila ditemui mungkin akan rasa terkejut, riang, gembira, seronok dan hampa kerana tempat persembunyian telah diketahui.

Latihan ( ms. 17, 18 & 19 ) 1. Keinginan untuk bergerak Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Permainan-permainan tradisional. Misalnya, sang harimau,

pendidikan jasmani yang melibatkan pergerakan atau dalam kelas iaitu bergerak ke sana dan ke sini iaitu menghampiri rakan. melibatkan pergerakan fizikal. Semua ini

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai. Pujian yang paling digemari oleh kanak-kanak merupakan sesuatu yang dapat merangsang minda dan pemikiran mereka. Kanak-kanak gemar menunjukkan hasil kerja walaupun tidaklah seberapa.

Misalnya, pemberian hadiah seperti buku, coklat, pensel atau alat permainan sekiranya mereka telah mendapat sesuatu kejayaan.

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain.

Bagi membolehkan mereka diterima oleh rakan sebaya, kanak-kanak ini akan cuba untuk bergaul, bermesra, bersosialisasi dan mencari rakan baru. Pergaulan ini akan membolehkan diri mereka dirasakan dihargai dan dapat diterima oleh rakan-rakan yang lain.

4. Keinginan untuk bersaing Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya. Lazimnya, kanak-kanak gemar bersaing dan adanya sikap iri hati sesama rakan sebaya sekiranya rakan yang lain mendapat sesuatu yang lebih baik daripadanya. Misalnya, di dalam kelas penilaian hasil kerja, peperiksaan atau sesuatu pertandingan. Begitu juga sekiranya berlakunya pergaduhan masing-masing hendak menang dan

menegakkan kebenaran walhal diri mereka memang bersalah.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk diberi perhatian oleh orang lain yang melihatnya. Misalnya, keinginan untuk menjadi ketua kelas yang baik ataupun pengawas. Ini kerana sekiranya mereka

menyandang sesuatu jawatan di sekolah, sudah tentu masyarakat di

luar atau ibu bapa menghargai diri mereka kerana dipilih untuk menjadi ketua yang boleh mengawasi murid-murid lain di sekolah.

6. Keinginan untuk meneroka.

Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan. Gemarkan aktiviti luar kelas atau bilik darjah. Misalnya dalam mata pelajaran Sains meneroka sumber-sumber alam yang memerlukan mereka membuat kajian di luar kelas. Begitu juga dengan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan lazimya beraktiviti di luar sama ada di padang atau gelanggang.

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Aktiviti kreatif lazimnya melibatkan mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Sains yang banyak memerlukan kreativiti seseorang individu. Misalnya Pendidikan Seni kreativiti untuk melukis pelbagai bentuk gambar yang diarahkan oleh guru.

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.

Kanak-kanak juga mempunyai keinginan untuk meluahkan sesuatu yang terpendam dalam diri mereka. Dalam aktiviti seperti membaca sajak, syair atau aktiviti ko-kurikulum seperti tarian atau lakonan semua ini boleh memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan isi hati melalui pergerakan yang dilakukan.

9. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu, mereka dapat meneroka, menyentuh persekitaran. Bagi kanak-kanak, mereka mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk mengetahui sesuatu perkara yang baru. Oleh itu, mereka suka bertanya kepada orang yang berada di persekitaran mereka seperti ibu bapa, guru, kakak atau abang. Adakalanya, mungkin nampak dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan

pendiam tetapi sebenarnya mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk mengetahui sesuatu sambil berfikir kejadian tersebut. Misalnya, keinginan untuk mengetahui bagaimana boleh munculnya bulan pada waktu malam, mengapa matahari panas dan sebagainya. Persoalan apa dan mengapa akan sentiasa berada dalam pemikiran mereka.

10

TAJUK 3: IRAMA, WARNA DAN RUANG

Aktiviti (ms. 23) i. Aktiviti Detik: ekspresi diri Rasa dan kira denyutan nadi anda dalam masa 10 saat.

Berapakah bilangan denyutan nadi anda dalam masa 10 saat itu? Jawapan: 10 kali.

Tepuk tangan anda mengikut denyutan nadi. Gambarkan secara visual denyutan nadi anda itu.

ii. Aktiviti: irama panjang dan irama pendek Sila berjalan 10 langkah ke hadapan. Sekarang anda dikehendaki melompat setempat sebanyak 10 kali. Antara aktiviti-aktiviti yang anda lakukan tadi, yang manakah

mengambil masa yang lebih panjang? Jawapan: 10 langkah ke hadapan.

Ulang pergerakan dengan sebutan, la.

11

Cuba pula gambarkan kelajuan pergerakan tadi dalam bentuk visual.

Melompat

Berjalan

iii. Aktiviti: corak berulang Pilih satu rupa, contohnya rupa jantung. Ulang rupa itu memenuhi kertas lukisan anda.

Tahukah anda apabila rupa itu berulang, anda akan menghasilkan corak?

12

Cuba hasilkan corak yang berlainan pula dengan mengulang rupa yang sama tetapi berlainan arah.

Pilih rupa yang lain pula dan ciptalah corak-corak melalui pengulangan rupa dan lihatlah hasil kreativiti anda itu.

13

Aktiviti (ms. 24-25) a) Perhati dan senaraikan warna-warna yang anda lihat di dalam bilik darjah. Bayangkan suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-warnanya.

Warna Bilik darjah Putih, hijau, biru muda, coklat Tepi pantai Biru, hijau, kuning, hitam, putih, coklat, kelabu

Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang dilihat di dalam bilik darjah.

Warna yang terdapat di tepi pantai nampak lebih tenang sesuai diaplikasikan dalam bilik darjah. Warna biru muda pada dinding dalam bilik darjah seolah-olah seperti langit dan warna biru di tepi pantai. Papan hitam dan pintu yang

berwarna hijau seperti tumbuh-tumbuhan yang hijau dan air laut tepi pantai. Warna coklat pada kerusi, meja, papan kenyataan dan tirai di bilik darjah seolaholah seperti pokok, kerusi dan tanah atau pasir di tepi pantai. Manakala siling berwarna putih di bilik darjah digambarkan seperti awan dan pasir putih di tepi pantai. Warna kelabu pada lantai bilik darjah seperti batu-batan dan langit dalam keadaan mendung di tepi pantai.

14

Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna di dalam bilik darjah, agar suasana lebih menarik untuk belajar.

Bagi pengubahsuaian warna di dalam bilik darjah, saya mencadangkan agar suasana lebih menarik, kita boleh menggunakan warna seperti berikut: Siling bilik darjah dikekalkan dengan warna putih. Warna biru dinding bilik darjah ditukar dengan warna hijau bagi

melambangkan warna tumbuh-tumbuhan. Papan kenyataan yang berwarna coklat ditukarkan kepada warna biru muda yang bermotifkan flora.

Warna pintu dikekalkan dengan warna hijau. Tikar pada lantai bilik darjah yang berwarna coklat ditukar dengan warna hijau yang menampakkan suasana lebih ceria. Meja hendaklah dibalut dengan plastik meja dengan warna merah jambu agar kelihatan lebih ceria dan menarik.

b). Marilah kita meneroka keindahan warna. Anda boleh menggunakan sama ada pensel warna atau warna air untuk meneroka dan mendapat hasil campuran warna melalui eksperimen. Campur: merah dengan biru; anda akan mendapat warna ungu. Merah dengan kuning; anda akan mendapat warna jingga. Biru dengan kuning; anda akan mendapat warna hijau.

15

Campur:

ungu dengan merah; anda akan mendapat warna merah, ungu. Jingga dengan kuning; anda akan mendapat warna kuning, jingga. Hijau dengan biru; anda akan mendapat warna biru, hijau.

c). Merujuk pada contoh pertama yang diberikan, isikan tindakbalas anda pada tempat kosong yang disediakan.

WARNA

OBJEK

EMOSI

MUD MUZIK

PERGERAKAN Merah Biru Api sungai Marah Tenang Pantas dan kuat Sederhana dan Lembut Hijau Tumbuhtumbuhan Kuning Matahari Gembira Ceria Pantas dan sederhana Pantas dan sederhana Hitam Pakaian Sedia lambat dan Tidak bermaya Perang Rantai sugul Jazz Menongkah dagu Menggosok mata Tepuk tangan Menghentak kaki Menggoyangkan tangan dan badan Melompat-lompat

Selepas anda meneroka warna melalui ketiga-tiga aktiviti di atas, buat satu refleksi pendek tentang peranan warna dalam kehidupan harian anda.

16

Warna memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian manusia. Ia membolehkan kita mengenali alam benda dan objek alam sekeliling kita. Misalnya, daun pokok berwarna hijau, langit berwarna biru, pasir berwarna putih dan coklat. Umpamanya Warna juga digunakan oleh manusia dalam pelbagai keadaan. peniaga-peniaga menggunakan warna yang sesuai bagi

pembungkusan barangan mereka untuk melariskan jualan.

Warna-warna yang terang pula digunakan dalam poster-poster untuk menarik perhatian orang ramai. Warna juga boleh mempengaruhi perasaan kita.

Biasanya warna yang cerah dan terang menimbulkan perasaan riang dan gembira. Manakala warna yang gelap seperti hitam menggambarkan perasaan muram dan sedih. Salah satu contoh yang paling ketara ialah apabila kita berasa tidak sedap hati jika langit tiba-tiba menjadi mendung kerana hendak hujan.

Ia juga penting dalam kehidupan masyarakat berbudaya. Misalnya, warna putih menggambarkan suci dan bersih, merah melambangkan meriah bagi orang Cina. Ia juga boleh menceriakan dan memeriahkan suasana. Misalnya, dalam bilik darjah dihiasi dengan pelbagai warna dan dalam majlis hari jadi, lampu dan segala perhiasan berwarna-warni untuk memeriahkan suasana. Kesimpulannya, apa yang penting pada masa kini ialah warna memainkan peranan utama sebagai daya tarikan.

17

Aktiviti (ms. 27) Apakah perbezaan penggunaan ruang semasa anda: - Duduk - Berdiri Semasa duduk, pergerakan kita menjadi terhad. Ini kerana ruang pergerakan kaki dan tangan menjadi kecil dan sempit. Bahagian pinggang dan punggung tidak dapat bergerak dengan bebas. Semasa berdiri, seluruh badan kita bebas bergerak. Ruang pergerakan juga menjadi luas.

18

Aktiviti (ms. 28) Luahkan pengalaman pergerakan anda itu dengan melukis garisan-garisan.

Ayunan tangan (garisan beralun)

Pusingan tangan (garisan berlingkar)

Ayunan badan (garisan beralun)

Naik turun tangan ( garisan zig-zag)

19

iii). Ekspresi pergerakan dalam ruang melalui gambar.

Tulis satu refleksi ringkas tentang pengalaman pembelajaran anda melalui aktiviti ini. (ms. 29) Melalui aktiviti ini, suasana pembelajaran di sekolah menjadi lebih

menyeronokkan dan merangsang minat untuk belajar. Murid-murid menjadi aktif kerana permainan tersebut menarik dan menyeronokkan. tersebut, wujudnya semangat berpasukan antara murid-murid. Dalam permainan

Murid-murid juga dapat mengenali fungsi warna.

Contohnya, warna merah Aktiviti ini efektif.

melambangkan tikus dan warna kuning melambangkan kucing. menggambarkan penggunaan ruang, irama dan warna

yang

Kesimpulannya ruang, irama dan warna saling berhubungkait dengan suasana pembelajaran di dalam kelas.

20

Aktiviti tutorial ( ms. 30) Tajuk 3: Soalan tutorial Berdasarkan senario waktu rehat di sekolah anda, tuliskan dan buat catatan dalam bentuk grafik berasaskan pemerhatian yang berikut. Bunyi yang anda dengar Pergerakan manusia Susunan peralatan Warna-warna pada makanan, pakaian dan peralatan

Reka satu aktiviti yang berkaitan dengan ruang, warna dan irama yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Biru Merah Putih Kuning Hitam Coklat Hijau Jingga

Berlari Mengunyah Tarik Berjalan Melompat

Tepuk tangan Hentak kaki

Pergerakan manusia

Senario masa rehat

Warna-warna pada makanan, pakaian dan peralatan

Susunan peralatan
21

Bunyi yang didengar

Penyapu Kapur Kerusi Meja Buku-buku Pemadam papan hitam Peralatan menulis

Jeritan Ketawa Menangis Ketuk meja

TAJUK 4:

DERIA DAN SENI

Aktiviti: Satu ekplorasi untuk mengetahui dan menajamkan deria semasa berinteraksi dengan persekitaran. (ms. 31-33) SILA RUJUK MS. 32, 33 & 34

Latihan (ms. 34) Sedarkah anda bahawa ada antara deria kita lebih peka berbanding deria-deria kita yang lain? Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti di atas, bolehlah anda

mengenalpasti deria mana yang lebih menghasilkan tindak balas. Senaraikan mengikut kekuatan tindak balas. Pendengaran Merasa Melihat
22

Sentuhan Menghidu

Aktiviti Tutorial (ms. 35) Tajuk 4: i. Tuliskan satu refleksi individu yang ringkas tentang apa yang anda sudah pelajari dan alami berasaskan kepentingan deria, terutamanya, dalam konteks anda sebagai seorang pelajar serta guru. Memperkaya imaginasi murid Memperbanyakkan dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah. Meluahkan emosi dan perasaan sendiri serta memahami perasaan orang lain dengan lebih baik. Dapat membuat pemerhatian dengan lebih teliti. Mengurangkan jurang komunikasi dan salah faham antara murid dengan guru. Murid boleh membuat deduksi kepada pemerhati secara sistematik dan saintifik.

ii.

Dalam aktiviti yang berikut, anda akan diperkaya dengan kesedaran dan kepentingan deria untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti pelakuan di sekeliling kehidupan harian anda.

Mendengar Merasa

: memahami perbualan dan percakapan : merasa sesuatu melalui lidah sama ada manis, masam

23

atau manis. Penglihatan Sentuhan kasar. : melihat atau memandang tempat menarik. : merasa dengan tangan sama ada lembut, keras atau

iii.

Anda dikehendaki menulis respon deria yang terlibat pada ruang yang disediakan.

Mendengar Merasa Penglihatan Sentuhan

Telinga Lidah Mata Tangan

24

TAJUK 5: PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI

Aktiviti (ms. 38) Apakah yang anda faham dengan perkataan meneroka dalam seni? Pengalaman meneroka merupakan pengalaman yang sangat

menyeronokkan kerana melalui penerokaan kita boleh meninjau dan melibat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Jadi, dalam seni pelbagai aktiviti boleh kita terokai dari segi membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta dengan menggunakan pelbagai idea dan bahan. Misalnya, dari segi penggunaan warna pelbagai corak, rupa dan bentuk boleh dibuat hanya menggunakan pewarna. Melalui gambar yang dilukis inilah kita dapat membuat tafsiran dan luahan perasaan yang boleh kita terokai secara mendalam.

Aktiviti-aktiviti yang perlu anda terokai. (ms. 39) i. Bayangkan anda sedang berada di tepi pantai. pukulan ombak. Cuba dengar bunyi

Terokai bunyi yang anda bayangkan itu dengan

menggunakan pelbagai media seperti warna dan berus, alat-alat muzik gantian seperti peralatan dapur dan kemudian gerakkan badan anda mengikut bunyi itu.

25

Warna biru melambangkan air.

Garisan gelombang ini menunjukkan bunyi

ombak-ombak besar dan kecil. Titik biru itu pula, menggambarkan bunyi ombak apabila berlanggar dengan batu. ii. a). Ambil sehelai kertas dan terokai aktiviti-aktiviti berikut:

pegang tepi kertas dan kipaskan secara perlahan-lahan, cepat dan sangan cepat. Perlahan-lahan Jawapan: Bunyi yang terhasil ialah bunyi yang lembut dan angin dari kertas dikipas perlahan-lahan menghasilkan bunyi yang lembut dan sangat halus bunyi dan ada ketikanya bunyi sukar didengar.

Cepat Jawapan: Bunyi yang terhasil jelas dan bunyi angin dari kipas didengar

dengan jelas. Bunyi kipasan kertas agak kuat.

Sangat Cepat Jawapan : Bunyi yang terhasil jelas dan kasar. Kertas yang dikipas telah menghasilkan bunyi dan angin yang kuat. Alunan yang dihasilkan agak tinggi dan cepat.

Temu kedua-dua hujung kertas dan gosokkannya Jawapan: Bunyi yang terhasil dari geseran agak jelas dan alunan yang terhasil adalah sederhana tetapi cepat.

26

Gulungkan kertas Jawapan: Bunyi yang terhasil ialah sederhana.

Kibarkan kertas Jawapan: Bunyi yang terhasil ialah beralun.

Renyokkan kertas Jawapan: Bunyi yang terhasil agak kasar dan bergetar.

Koyakkan kertas menjadi dua bahagian Jawapan: Bunyi yang terhasil kasar.

Koyakkan kertas menjadi cebisan-cebisan kecil. Jawapan: Bunyi yang terhasil agak singkat didengar dan tidak ada bunyi yang kuat.

b. Catat bunyi yang anda dengar berdasarkan aktiviti yang dijalankan di atas. c. Terokai aktiviti di atas dengan manipulasikan penggunaan bahan-bahan yang dicadangkan seperti plastik, kadbod, daun dan lain-lain. Anda boleh juga menggunakan cara-cara lain.

Plastik : setiap bunyi yang dihasilkan agak kasar dan berserabut.

27

Kadbod : agak susah untuk mendengar bunyi kerana ia lebih tebal. Aktiviti agak sukar dilakukan.

Daun : ia mengeluarkan bunyi yang lembut.

iii.

a). Ambil sebiji bola dan terokai aktiviti-aktiviti berikut: golekkan bola golekkan badan jatuhkan bola dari ketinggian yang berbeza lompat ke atas dan jatuhkan badan dan melompat ke tepi beberapa kali mengikut ketinggian yang berbeza.

baling bola ke atas lompat ke atas baling bola ke bawah turunkan badan ke bawah dan duduk mencangkung. Lantunkan bola secara perlahan-lahan, cepat dan sangat cepat duduk mencangkung dan lompat perlahan-lahan, cepat dan sangat cepat.

b.

Perhatikan pergerakan bola dan lakukan pergerakan badan berdasarkan pemerhatian itu.

c.

Teroka aktiviti-aktiviti di atas dengan menggunakan media lain seperti pensel, kertas, tin dan kotak.

Pensel lompat dan terus jatuh. Kertas lompat dengan lembut dan jatuhkan badan dengan lembut. Tin lompat, jatuh berdiri, dan jatuhkan badan ke bawah. Kotak lompat dan jatuh berdiri.

28

Aktiviti (ms. 40) a. Ambil sehelai kertas dan krayon. berikut: Pegang krayon secara menegak dan kemudian lukiskan beberapa garisan seperti tebal, nipis, beralun, zig-zag dan lain-lain. Nipis Kemudian cuba terokai aktiviti-aktiviti

Tebal Beralun

Zig-zag

Berputus-putus

Berbiji-biji

Berserabut

Berbulu

29

b. Terokai aktiviti di atas dan perhatikan imej-imej yang terhasil. Catat kesan imej yang terhasil itu. Sebatang krayon 1) Nipis garisan nipis 2) Tebal garisan tebal 3) Beralun ombak 4) Zig-zag gigi gergaji 5) Berputus-putus jahitan pada kain, garisan putus-putus di atas jalan raya. 6) Berbiji-biji batu 7) Berserabut benang yang berserabut 8) Berbulu hujan 9) Hentakkan bintik-bintik kasar 10)Gosokkan terpulang di atas permukaan yang digunakan.

Dua batang krayon 1) Tebal kayu besar 2) Nipis kayu kecil 3) Beralun corak 4) Zig-zag corak 5) Berputus-putus jahitan 2 benang atas kain. 6) Berbiji-biji batu yang disusun 7) Berserabut 2 benang berserabut.

30

8) Berbulu-bulu pijakan kaki pelbagai saiz di atas pasir. 9) Hentakkan bintik-bintik pelbagai warna 10)Gosokkan terpulang pada permukaan.

c.

Terokai aktiviti-aktiviti di atas dengan manipulasikan penggunaan bahanbahan yang dicadangkan seperti cat air, arang, pastel dan pensel dengan menggunakan cara yang lain pula seperti renjis, tiup, guris dan lain-lain.

Buat

perbandingan

dan

catatkan yang

kesan-kesan dicadangkan

imej itu.

hasil

daripada boleh

penggunaan

pelbagai

bahan

Anda

menggunakan pengurusan grafik untuk menjelaskan jawapan anda. KESAN-KESAN IMEJ

Krayon Pelbagai imej Terbentuk Tersusun Nipis Cat Air * Imej berserabut tetapi menarik * Bintik-bintik Arang Imej yang Pastel * Pelbagai imej terbentuk

terbentuk kasar.

31

Pensel Imej banyak mudah dan kemas. Aktiviti (ms. 41) Apa yang anda faham dengan maksud pengalaman dalam Seni? Seni merupakan proses pembelajaran yang sangat menyeronokkan. Ini kerana melalui seni kita boleh meneroka pelbagai bidang melalui eksperimen, mencipta, menggambar dan mewarna secara kreatif. Pengalaman yang diperolehi ini akan menjadikan kita sebagai seorang yang faham tentang penemuan, hasil, atau kemahiran. Misalnya, kemahiran melukis merupakan sesuatu yang menguntungkan kepada diri seseorang. Ini kerana kita boleh menggambar dan mewarna

mengikut kebolehan yang ada pada diri kita dan mungkin tidak ada dalam diri orang lain. Inilah pengalaman yang paling bermakna sekali.

Aktiviti cadangan anda memperoleh pengalaman: (ms. 42)


i.

Berdasarkan pengalaman anda apabila sampai ke sekolah, catatkan perasaan anda pada situasi berikut:

Sampai di pintu pagar sekolah 1. Rasa tidak sabar nak buat kerja dan siapkan kerja. 2. Rasa geram kerana ada kereta yang berhenti di depan pintu menghantar anak dan memberi wang belanja. menunggu kereta beredar. Bercakap menyebabkan terpaksa

32

Berjumpa dengan guru besar dan staf 1. Rasa takut nak jumpa guru besar, tetapi sekiranya telah berjumpa rasa biasa dan lega. 2. Rasa biasa dan adakala gembira berjumpa dengan staf yang lain. Kadangkadang ada rasa segan kerana baru mula bertugas di situ. Berjumpa dengan murid-murid 1. Rasa malas hendak masuk kelas. 2. Apabila berjumpa dengan murid-murid tahun 1 rasa terhibur kerana dapat melihat pelbagai gelagat mereka. 3. Kadang-kadang timbul perasaan marah dan geram kepada murid-murid yang degil dan tidak mendengar kata. 4. Rasa dihargai kerana murid-murid mengucapkan salam apabila berjumpa.

Semasa waktu rehat di kantin sekolah 1. Rasa lega kerana dapat berehat sekejap dan dapat mengisi perut yang kosong dan lapar.

Loceng sekolah berbunyi pada akhir sesi 1. Rasa gembiran kerana masa kerja telah tamat. 2. Rasa ingin cepat hendak sampai ke rumah.

ii.

Tulis pengalaman anda tentang situasi pembelajaran berikut:

33

a).

Penggunaan pelbagai alat bahan seperti berus, warna, alat muzik,

plastisin, riben, kayu dan bola. Pengalaman situasi pembelajaran menggunakan berus, warna, alat muzik, plastisin, riben, kayu dan bola lebih banyak saya perolehi di sekolah rendah. Ketika itu, saya seronok menggunakan pelbagai alat bahan.

b). Imej, bunyi dan pergerakan yang terhasil daripada penggunaan alat dan bahan tersebut. Pelbagai imej, bunyi dan pergerakan yang terhasil dari penggunaan alat dan bahan tersebut. Kadang kala bunyi yang terhasil agak berserabut. Contohnya; Berus dan warna : banyak imej yang terhasil, bunyi kurang terhasil dan pergerakan banyak menggunakan tangan. Alat muzik : tidak ada imej yang terhasil tetapi ia akan mengeluarkan bunyi yang menarik sekiranya dilakukan dengan betul dan pergerakan yang terhasil bergantung kepada alat yang digunakan. Plastisin : banyak imej yang boleh dibentuk, bunyi yang terhasil kurang tetapi banyak pergerakan menggunakan tangan. Riben : banyak imej yang boleh dibentuk. Bunyi yang terhasil agak lembut, pergerakan yang digunakan ialah tangan. Kayu : tidak ada imej yan dibentuk tetapi menghasilkan bunyi yang banyak dan kasar.

34

Bola : tidak ada imej yang terbentuk . Bunyi yang terhasil dari lantunan, sepakan, balingan dan banyak pergerakan yang digunakan.

c). Pelbagai langkah yang terlibat melalui penggunaan alat dan bahan tersebut. I. II. Kita mesti menyediakan bahan-bahan tersebut. Kita juga mesti menyediakan bahan-bahan dan alat yang perlu ada, di samping alat dan bahan tersebut. III. Langkah keselamatan semasa menggunakan alat dan bahan perlu diambil kira. IV. Langkah kebersihan perlu juga diambil kira untuk menghasilkan imej yang kemas dan bersih.

5.1.3 Cadangan aktiviti yang perlu anda ekspresikan: (ms. 43) i). Cuba tanya pada diri anda soalan-soalan berikut: a. bolehkah anda gunakan sapuan berus untuk meluahkan ekspresi anda? boleh, tapi tafsiran orang lain mungkin berbeza.

b. bolehkah anda mencipta pergerakan untuk meluahkan perasaan anda? boleh, tapi bukan mencipta tetapi secara drastik.

c. bolehkah anda luahkan emosi anda secara lisan? boleh tetapi bergantung pada situasi.

35

ii). Sedang muzik itu dialunkan: a. gunakan sapuan berus untuk meluahkan perasaan anda mengikut alunan. (rujuk lukisan) b. Cipta satu pergerakan yang boleh meluahkan perasaan anda.

c. Luahkan emosi anda secara lisan. alangkah bahagianya hidup ini kiranya saya memiliki rumah banglo yang besar dan keluarga yang bahagia dengan gelak tawa anak-anak.

Latihan (ms. 44) Sound Story Bayangkan anda dan rakan-rakan sedang berada di sebuah pasar malam. Anda dikehendaki membuat latihan-latihan berikut: Tuliskan lima ayat perihal apa yang anda lihat di pasar malam itu.

a. saya dapat melihat begitu ramai orang berkunjung ke pasar malam. b. Saya dapat melihat pelbagai barang yang dijual. c. Saya dapat melihat pelbagai warna gerai dan pakaian.

36

d. Saya melihat pelbagai cara yang digunakan oleh penjual untuk menarik perhatian pelanggan. e. Saya melihat aksi-aksi seorang penjaja melakukan kerja-kerjanya.

Pilih seorang penjaja :

a. senaraikan warna-warna peralatan yang digunakan oleh penjaja itu. merah, biru, kuning, hijau, metalic dan perak.

b. nyatakan pergerakan-pergerakan yang digunakan oleh penjaja itu. menghiris daging kebab menggoreng roti mengambil bahan jualan dan diletakkan ke dalam plastik. Memberi baki wang kepada pelanggan. Mmemanggang ayam, ikan.

c. tiru bunyi yang dihasilkan daripada gerak laku penjaja itu.

Hasilkan sebuah props yang sesuai dengan pemandangan itu. Gunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang kreatif. botol dan tin Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan sahaja, cuba tiru tiga daripada aksi yang dilakukan oleh penjaja itu secara berterusan.

menghiris daging kebab

37

memanggang ayam mengambil bahan jualan dan diletakkan ke dalam plastik.

AKTIVITI TUTORIAL (ms.45) Tajuk 5: Soalan Tutorial Berdasarkan latihan yang diberikan di atas, anda dan rakan-rakan dikehendaki melakonkan situasi di pasar malam itu. Anda dikehendaki menggunakan bahanbahan gantian untuk menggambar ekplorasi, pengalaman dan ekspresi bagi situasi itu. Bahan-bahan: plastisin (peralatan) kotak (gerai) botol (botol sos, mayonis) tin (tungku api)

a. seorang meniru bunyi orang bercakap. b. seorang jadi penjaja kebab. c. 2 orang jadi pelanggan. d. seorang jadi pembantu penjaja. e. seorang jadi anak penjaja. f. Seorang jadi isteri penjaja. * lakonan di atas dibuat tanpa dialog.

38

39

Anda mungkin juga menyukai