Anda di halaman 1dari 17

Senyuman dan

Bermain
CT ROKIAH ISMAIL
WEEK 2
Pengenalan
Bagi kanak-kanak, main merupakan satu laluan yang membolehkan
kanak-kanak belajar dan mengenali persekitaran atau dunianya
melalui penerokaan, simulasi, lakonan, proses cuba-jaya dan
manipulasi alatan.
Senyuman dan bermain adalah suatu yang selari. Ia
menggambarkan keseronokan dan interaksi antara kanak-kanak
dengan objek yang di main.
Seorang bayi akan mula mengukirkan senyumannya apabila mereka
ditegur atau diagah oleh ibu bapa atau penjaganya. Ini adalah cara
bermain bayi sebelum mereka bermain dengan objek /alat mainan
lain.



Senyum boleh dianggap sebagai proses menghilangkan
tekanan .
Ini berlaku apabila kanak-kanak berhadapan dengan perkara
yang di luar jangkaan atau tidak biasa bagi mereka.
Jika mereka dapati keadaan itu menggugat atau tidak
menyenangkan mereka akan menangis atau menjauhkan diri.
Namun jika sebaliknya, tekanan akan menghilang dan kanak-
kanak akan senyum, ketawa dan mungkin juga akan cuba
untuk mendekati atau menggapai sumber tersebut.
Penilaian kanak-kanak sama ada menarik dan tidak terhadap
sesuatu situasi,orang atau objek akan membawa kepada
kanak-kanak tersebut untuk memberi reaksi positif iaitu
senyum mahupun ketawa.
Interaksi kanak-kanak dengan objek
Ketika berusia 2 bulan bayi membuat peniruan semasa interaksi bermain
dengan penjaganya atau ibu bapanya. Bayi juga meniru ekspresi wajah
ketika berinteraksi.
Bayi mula berinteraksi dengan objek seawal usia enam bulan dengan
memegang objek dan memasukkannya ke dalam mulut. Bayi akan
mengoyang dan menghentak objek yang dipegangnya.
Apabila mencapai usia dua belas bulan bayi selalunya melihat objek,
membalikkannya, memegang dan memasukkan ke dalam mulut,
mengoyang dan menghentak-hentak.
Setelah mencapai usia lima belas bulan, meneliti objek sebelum
melakukan aktiviti dengan objek tersebut.
Biasanya kita dapat melihat kanak-kanak berusia 2 tahun bermain objek
dengan pelbagai peniruan mengikut apa yang dilihatnya.
Sebaik mencapai usia tiga tahun kanak-kanak melakukannya mengikut
tema dengan objek. Contohnya memberi makan anak patung dengan
cawan mainan atau bermain kereta mainan.

Kanak-Kanak berusia tiga tahun ke atas memasuki tahap pernyataan
simbolik. Kanak-kanak memerlukan jenis mainan realistik untuk
memulakan alam permainan olok-olok. Setelah kanak-kanak menguasai
kemahiran olok-olok dan imaginasi, mereka akan menggunakan item
abstrak seperti kotak besar untuk dijadikan kenderaan atau rumah.
Apabila kanak-kanak menemui objek baru selalunya kanak-kanak akan
meneroka objek tersebut.

Permainan Gerakan
dan Interaksi
(Play with motion and interaction)

Bermain dengan
gerakan dan interaksi
Kajian menunjukkan secara semulajadi kanak-kanak
menggunakan empat set cara untuk bermain iaitu
pergerakan dan interaksi, objek, bahasa dan peralatan
sosial. Ini merupakan perkembangan semulajadi dalam
mainan kanak-kanak.
Setiap permainan itu mengambarkan semangat
berasaskan sumber pergerakan. Mainan dengan
pergerakan digabungkan dengan main dan peraturan.
Umur enam tahun atau tujuh tahun dilihat kanak-kanak
melibatkan diri dengan aktiviti seperti melompat tali
dengan nyanyian, kejar mengejar dan sebagainya.

Pergerakan adalah suatu aspek yang unik malah amat penting dalam
pendidikan jasmani/ aktiviti fizikal untuk kanak-kanak. Aktiviti pergerakan
mempunyai banyak faedahnya jika kanak-kanak diberi peluang untuk
mencuba melakukan pelbagai pergerakan. Guru-guru dan ibu bapa perlu
menitikberatkan hal ini kerana ianya menguntungkan kanak-kanak dari
pelbagai sudut.
Antaranya ialah sesuatu pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh
badan menjadi sihat dan meningkatkan daya kecerdasan. Contohnya,
dengan melakukan aktiviti fizikal, kanak-kanak dapat megeluarkan peluh
dari badan. Fungsi peluh ialah menyihatkan tubuh badan dan
menyingkirkan toksin. Tambahan pula, kanak-kanak dapat meningkatkan
stamina mereka.
Kanak-kanak dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya dan
menguasai kemahiran fizikal. Sebagai contoh, melakukan aktiviti leap iaitu
berlari sambil melonjak tinggi menuntut kesabaran yang tinggi di kalangan
kanak-kanak. Bagi mereka, aktiviti ini adalah agak sukar, namun jika diberi
latihan yang secukupnya, nescaya kanak-kanak akan berjaya melakukan
aksi leap.

Kanak-kanak akan memperkembangkan perkembangan emosi mereka
kerana mereka akan merasa seronok apabila mereka dapat menguasai
beberapa kemahiran tertentu. Contohnya ialah, kanak-kanak seringkali
melompat kegembiraan apabila mereka menang tempat pertama dalam
pertandingan lumba lari.

Selain itu, kanak-kanak akan menjadi lebih seronok jika terdapat muzik
dimainkan semasa melakukan aktiviti pergerakan seperti pergerakan
bukan lokomotor iaitu twist. Tambahan pula, kanak-kanak akan berasa
puas jika mereka melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dengan betul dan
estetik (Zainun Ishak, 2006).

Di samping itu, melakukan aktiviti dapat memupuk semangat setiakawan
dan kanak-kanak dapat bersaing dengan sihat. Contohnya, situasi ini dapat
dilihat apabila kanak-kanak bermain ting-ting (aksi hop) bersama-sama
dan saling memberi sokongan antara satu sama lain.

Di sini, sifat toleransi bersama rakan-rakan mula menyerlah dan juga sifat
kepimpinan kerana mereka sudah dilantik oleh rakan-rakan mereka untuk
menjadi ketua.


Seterusnya, kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perkembangan
sosial mereka dengan berinteraksi bersama rakan-rakan dan guru
ketika melakukan aktiviti . Contohnya, kanak-kanak mengikuti
arahan yang diberikan oleh guru dan seterusnya membantu rakan-
rakan lain dalam melakukan aktiviti berlari, melompat dan lain-lain
secara bersama-sama.

Di samping itu juga, dengan melakukan aktiviti fizikal, kanak-kanak
dapat menamkan sifat keberanian dalam diri masing-masing. Ini
adalah kerana, kanak-kanak berani bersoal jawab dengan guru jika
terdapat apa-apa kemusykilan dalam melakukan aktiviti. Pada tahap
ini, sifat ingin tahu dalam jiwa kanak-kanak mula menebal dan
mereka akan berusaha mencuba pelbagai aktiviti lokomotor seperti
berlari dengan membawa bola ping-pong dalam sudu, dan aktiviti
bukan lokomotor seperti melambung bola dan sebagainya.
Bermain Melalui Pergerakan
Permainan merupakan aktiviti yang memenuhi citarasa kanak-kanak untuk
penglibatan aktif dalam situasi pembelajaran. Walaupun objektif jangka
pendek permainan kanak-kanak adalah untuk menghiburkan murid-murid,
tetapi permainan kanak-kanak memberi sumbangan yang baik dan
berkesan terhadap perkembangan kognitif, minda serta perkembangan
diri murid-murid. Permainan yang melibatkan pergerakan tidak boleh
dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.
Menerusi pergerakan kanak-kanak dapat membina sifat jasmani dan
sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan,
kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang
diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam meningkatkan
perkembangan dan kebolehan mereka.
Selain itu, pergerakan tersebut berperanan mendedahkan murid-murid
kepada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan.

5 Jenis Pergerakan
1) Gerakan mengikut lirik lagu
cth: lagu labah-labah, chicken dance, dsb.
2) Gerakan asas dengan muzik
cth: senaman tommy
3)Interpretasi muzik dengan gerakan
cth: kastenet, kayu tik tok, marakas dsb.
4)Gerakan bebas dengan muzik (menari dengan spontan).
5)Gerakan menunjukkan cerita /tema
cth: semut yang malas, sang kancil dan buaya dsb.
Permainan pergerakan membantu kanak-
kanak dalam aspek berikut:

Membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar
mereka. Kanak-kanak belajar melalui penglibatan secara
terus dan pengalaman langsung.
Membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama,
berkongsi, mengikut peraturan dan kesedaran tentang
kebersihan.
Meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus
dan motor kasar.
Sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai
percubaan.
Satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.

Pembangunan Kemahiran Motor

Membangunkan kemahiran lokomotor

Membangunkan kemahiran bukan lokomotor

Membangunkan kecergasan fizikal

Pembangunan Afektif-sosial

Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi so
sial dan semangat bekerjasama.

Menggalakkan keadilan.

Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan (mendengar
arahan).

Kriteria Permainan Pergerakan
Jenis permainan ini tidak kompleks

Strukturnya ringkas dan sedikit kemahiran diperlukan

Membawa keseronokan,memberi kejutan keputusan dibuat serta-merta

Bersifat hiburan dan membawa kanak-kanak ke alam imaginasi

Boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat

Memerlukan sedikit atau tanpa alatan

Senang ditadbir dan peraturannya sedikit
Aktiviti kumpulan
Pilih satu permainan pergerakan dan interaksi
(play with motion and interaction) yang sesuai
dan bincangkan kebaikan/kepentingan
permainan tersebut secara ringkas.

Anda mungkin juga menyukai