Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN Persekitaran prasekolah bermaksud suatu tempat dimana, kanak-kanak dapat bergerak bebas untuk bekerja dan meneroka.

Dalam masa yang sama kanakkanak dapat belajar melalui persekitaran prasekolah pengalaman praktik. Di sekolah Mentossori, dan merupakan penghubung antara kanak-kanak

guru/pengasas melalui alatan dan memberikan kanak-kanak pengalaman bagi perkembangan intelek,social dan fizikal. Persekitaran akan memberi kesan kepada mood, kebolehan untuk membina perhubungan dan keberkesanan sesuatu tugasan malah memberi implikasi terhadap kesihatan seseorang kanak-kanak.Menurut Maria Mentossori (1870-1952) persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila mereka memerlukannya. Dalam erti kata lain, pendidikan bagi seseorang kanak-kanak merangkumi segala aktiviti dan pengalaman yang telah disediakan oleh orang dewasa,aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan juga bahasa atau teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Menyedari kepentingan persekitaran terhadap perkembangan kanak-kanak, setiap guru prasekolah perlu menyediakan lebih kurang 6 sudut perkembangan bagi memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka pelajari di prasekolah. Diantara sudut-sudut yang dimaksudkan itu ialah, Tunjang Bahasa dan Komunikasi,Ketrampilan Diri,Kemanusiaan,Sains dan Teknologi, Agama Islam & Moral,Fizikal & Estetika dan sebagai menyahut seruan kerajaan sudut 1 Malaysia diadakan sebagai sudut tambahan di kelas prasekolah. Dalam tugasan ini, kami perlu membina plan lantai,menghuraikan tentang beberapa sudut yang terdapat dalam kelas prasekolah, membina bahan yang difikir sesuai untuk diletakkan di sudut tersebut dan membincangkan tentang pemilihan bahan tersebut berdasarkan kurikulum,kaedah,teori pembelajaran dan psikologi perkembangan kanak-kanak. Diharap dengan terhasilnya tugasan kumpulan ini, dapat menjawab soalan tugasan yang telah diberikan untuk subjek Learning Environment For Young Children bagi semester September,2012.

RUMUSAN Persekitaran di prasekolah memainkan peranan sangat penting kepada perkembangan kanak-kanak kerana masa yang dihabiskan di tadika / taska lebih banyak berbanding di rumah. Persekitaran yang kondusif, berinformasi dan menarik menjadi factor utama kanak-kanak berminat untuk hadir ke prasekolah.Guru dan Pembantu pengurusan murid perlu bertanggungjawab ke atas penyediaan persekitaran prasekolah yang mengikut ciri-ciri sebenar sesebuah prasekolah. Forman(1993) telah mengemukakan sebuah projek tentang bagaimana kanak-kanak mengkaji keadaan persekitaran mereka pada musim bunga yang berkaitan dengan bunga popi.Guru dan kanak-kanak akan berkomuniksi,bersoal jawab membandingkan kerja masing-masing dan membincangkan beberapa perkara yang terdapat di ladang popi.Kemudian mereka membuat lawatan dan berada di ladang popi selama beberapa hari.Di situ,mereka membuat pemerhatian,perbandingan serta menjawab soalan dan apabila balik semula ke sekolah, mereka dapat melukis bunga popi dalam keadaan yang lebih tepat dan sempurna.Ini menunjukkan persekitaran yang dibincangkan bukan sahaja di dalam kelas prasekolah, malah persekitaran luar juga berperanan untuk memberi pengalaman baru dan menarik kepada kanak-kanak. Terdapat hubungan antara persekitaran dan aktiviti di sudut-sudut

pembelajaran contohnya aktiviti bermain di sudut bahasa, melalui permainan dadu bahasa, kanak-kanak boleh menambahkan lagi pebendaharaan kata mereka dan dalam masa yang sama nilai-nilai murni seperti sabar,berani dan bertolak ansur dapat dipupuk.Dalam pendekatan Bank Street Development Interaction yang diasaskan untuk Head Start Program oleh Elizabeth Gilkeson menyatakan dari segi interaksi dengan orang lain program ini percaya bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan lebih berkesan melalui interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa dalam persekitaran yang dibentuk dengan pelbagai kegiatan. Akhir sekali,aspek-aspek pengurusan kelas prasekolah tidak boleh dipandang remeh kerana, ia mempengaruhi kesediaan kanak-kanak prasekolah untuk belajar dan meneroka alam kanak-kanak.Pengurusan kelas prasekolah yang positif boleh membimbing kanak-kanak dan membantu mereka belajar bertingkahlaku yang baik dan sopan.

SPESIFIKASI BAHAN 1. Kategori 2. Tajuk Permaianan 3. Teknik : Bahasa Malaysia : DADU BAHASA : Belajar Melalui Bermain

4. Standard Pembelajaran : Kemahiran Mendengar 1.1 Mendengar dan mengecam bunyi perkataan yang berbeza. 1.1.1 Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang berbeza. Kemahiran Membaca 3.1 Mengenal huruf vocal 3.1.1 Mengecam huruf vocal yang ada dalam perkataan. 3.2 Membina suku kata dan perkataan. 3.2.1 Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vocal. 5. Objektif permainan: Diakhir permainan kanak-kanak dapat:5.1 Mengecam perkataan yang bermula dengan huruf vokal yang berlainan. 5.2 5.3 Membunyikan huruf vokal mengikut bentuk ilustrasi mulut. Mengeja dan menyebut suku kata hasil gabungan huruf vokal dan huruf konsonan. 6. Peralatan :

Sebuah dadu bersaiz besar yang mempunyai 6 permukaan yang

dilukis

gambar mulut berdasarkan 5 huruf vocal a,e,I,o,u. Namun begitu,terdapat satu permukaan dadu yang dicetak huruf x,menunjukkan tanda hilang giliran. 25 keping kad imbasan yang mengandungi 5 perkataan yang bermula dengan huruf vocal contohnya, ayam,itik,obor dan sebagainya.

7.

Cara Bermain

a) Sebelum permainan dimulakan,guru perlu menyembunyikan semua kad imbasan di sudut Tunjang Bahasa & Komunikasi tetapi, masih boleh dilihat oleh kanak-kanak. b) Seramai 10 orang kanak-kanak berdiri dalam satu bulatan kecil. c) Setiap murid perlu melontarkan dadu ke lantai. Sekiranya dadu menunjukkan permukaan huruf a,kanak-kanak dikehendaki mencari perkataan yang bermula dengan huruf tersebut disekitar sudut tersebut dalam masa 10 saat,guru dan rakan mereka akan mengira sehingga kanak-kanak tersebut kembali ke dalam bulatan. d) Kanak-kanak akan mengeja perkataan tersebut bersama-sama rakan mereka. e) Permainan diteruskan sehingga semua kad imbasan telah dieja dan dibaca. f) Sekiranya dadu menunjukkan huruf x ,maka kanak-kanak tersebut hilang giliran dan perlu diberi peluang kepada kanak-kanak lain. g) Pemenang dikira melalui seberapa banyak kad perkataan yang diperolehi oleh seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak yang paling banyak perkataan dikira pemenang dalam permainan tersebut. 8. Nilai-nilai Murni : Berani, bertolak ansur, yakin dan mematuhi peraturan permainan.

DOKUMENTASI BERGAMBAR

INA, LETAK GAMBAR DADU, KAD PERKATAAN,ATAS SEKALI LETAK GAMBAR KEDUA-DUA BAHAN DAN NAMAKAN PERMAINAN, CTH : DADU BAHASA DLM PAGE NI, NAMAKAN SEKALI SETIAP GAMBAR YANG DILETAK CTH :

GAMBAR 1 DADU BAHASA

PEMILIHAN BAHAN BERDASARKAN KURIKULUM Dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK) telah digariskan beberapa objektif pendidikan prasekolah, diantaranya ialah kanak-kanak boleh menggunakan Bahasa Malaysia dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi. Sementara itu,berdasarkan empat prinsip utama KSPK, salah satu daripadanya ialah pembelajaran yang menggembirakan. Di sini jelas menunjukkan kepentingan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan berdasarkan kurikulum yang telah digubal pada tahun 2010. Disamping itu teknik pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan menjadi prinsip utama ketika proses pembelajaran berlaku. Pemilihan bahan bagi permainan Dadu Bahasa ini dipilih sebagai bahan permainan yang boleh diletakkan di sudut Bahasa & Komunikasi (Bahasa Malaysia)selain bahan bantu mengajar lain seperti buku,majalah,kamus,kad huruf dan sebagainya. Lebih-lebih lagi dadu ini digandingkan dengan kad perkataan yang mempunyai 25 perkataan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan perlu dilaksanakan secara bersepadu melalui Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan (ABP), iaitu suatu pendekatan yang menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan umur, perkembangan diri,kebolehan,bakat dan minat kanak-kanak. Justeru itu, pemilihan bahan bantu mengajar yang diberi nama Dadu Bahasa telah dijustifikasi penggunaannya berorientasikan ABP dimana, dengan menggunakan bahan tersebut yang mesra pengguna, ia bersesuaian dengan umur kanak-kanak

prasekolah.Seiring dengan perkembangan diri kanak-kanak yang masih dalam proses mengeja,mengecam,menyebut perkataan ianya amat sesuai untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Seterusnya minat dan kebolehan kanakkanak untuk menggunakan bahan tersebut,dengan bimbingan guru permainan akan lebih seronok apabila mereka diberi pujian oleh guru mereka.

PEMILIHAN BAHAN BERDASARKAN KAEDAH Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut Mentossori (1995), the child must find the environment motivating,so he or she is interested in pursuing the available activities.The child will then want to conduct his own experiences Dalam tugasan ini,kaedah yang digunakan bersama bahan yang dibina ialah belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang ini mengambilkira factor merangsang naluri ingin tahu,mengukuhkan daya koordinasi motor kasar dan motor hormat halus,menggunakan kreatif,memupuk semangat bergaul,sifat

menghormati dan berdisiplin dikalangan kanak-kanak berumur 5-6 tahun.Jean Piaget (1896-1980) ada menyatakan kanak-kanak hendaklah diberi kebebasan untuk bermain,membuat ujikaji dan mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang bersepadu. Melalui permainan Dadu Bahasa ini, kedua-dua proses bermain dan belajar berlaku secara serentak.Kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan kognitif yang optimum disamping dapat menggalakkan kemahiran berfikir secara fleksibel dan mengambil risiko.(Sluss,2005) Terdapat 4 jenis permainan iaitu permaianan solitary,parallel,associative dan cooperative. Namun begitu, dalam permainan Dadu Bahasa ini ianya tergolong dalam jenis permainan cooperative dimana, seorang kanak-kanak bermain bersama kanak-kanak lain,mereka saling lengkap

melengkapi.Ada kerjasama dan tolak ansur.Minat sendiiri dapat dijadikan minat kumpulan dan kurang campur tangan guru. Diantara ciri-ciri bermain yang boleh diterapkan dalam permainan Dadu Bahasa ini, ialah secara sukarela,penglibatan aktif,bebas dari peraturan dalaman kerana peraturan dibentuk oleh pemain,berfokuskan proses berbanding produk dan akhir sekali sangat menyeronokkan. Oleh itu,jelaslah bahawa hak bermain adalah hak kanak-kanak.Hak Asasi Kanak-kanak 1989 ada menyatakan kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk bermain dan beriadah,kerana semua perkembangan diri kanak-kanak berlaku disitu secara menyeluruh dan bersepadu. PEMILIHAN BAHAN BERDASARKAN TEORI PEMBELAJARAN John Amos Comenius (1592-1670) percaya bahawa pendidikan akan lebih mudah jika bermula daripada umum kepada khusus,senang kepada susah,diajar dengan menggunakan deria,berdasarkan umur dan kaedah yang betul,proses tidak terlalu cepat dan bahan pengajaran dipamerkan.Oleh yang demikian,pemilihan Dadu Bahasa sebagai bahan bantu mengajar telah memenuhi prinsip pengajaran yang telah dinyatakan oleh Comenius. Teori Maturationis menekankan tentang kesediaan dan kematangan kanakkanak.Aktiviti dalam permainan Dadu Bahasa ini dirancang untuk membantu perkembangan dan pencapaian kanak-kanak dalam pemulihan bahasa. Menurut pendapat ahli falsafah John Locke(1632-1704) berdasarkan Teori Behaviouris, manusia adalah pasif dan mudah menerima.Pembelajaran berlaku akibat daripada minda menerima rangsangan daripada orang lain dan juga persekitaran.Justeru itu, apabila kanak-kanak menerima rangsangan daripada guru tentang permainan Dadu Bahasa,mereka akan cuba untuk menerima arahan dan peraturan yang telah diberikan. Pendapat ini disokong lagi dengan Teori Interaktionis (Konstruktivis) yang telah menegaskan bahawa ataupun pengaruh persekitaran. pembelajaran berlaku akibat interaksi antara factor semulajadi dalam diri kanak-kanak dengan rangsangan

Teori Tingkahlaku Froebel(1782-1852) menyatakan pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Melalui teori ini menjelaskan bahawa tingkahlaku kanak-kanak boleh diperhatikan,dikawal dan juga diramal.Berdasarkan teori ini, dalam permainan Dadu Bahasa pelbagai tingkahlaku dapat dilihat diantaranya, sikap berani mencuba,sabar,bersemangat, dan rasa ingin menang menguasai diri kanak-kanak yang sedang bermain. Satu lagi teori pembelajaran yang berkaitan ialah Teori Pestalozzi(1746-1827) yang pernah membentuk pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objek.Beliau percaya dengan kaedah pembelajaran melalui manipulative seperti menyentuh objek akan meninggalkan kesan terhadap sesuatu konsep pembelajaran.Oleh itu, dengan menyentuh Dadu Bahasa,kanak-kanak akan lebih rasa yakin dan memahami konsep permainan dengan sempurna. PEMILIHAN BAHAN BERDASARKAN PSIKOLOGI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Dalam menuju ke arah pendidikan yang global peranan bahasa amat penting.Dengan bahasa kanak-kanak perlu bercakap berkenaan pengalaman mereka dan menyatakan perkara yang mereka fikirkan. Guru prasekolah bertanggungjawab untuk memupuk bahasa dengan menerangkan perkara ataupun aktiviti yang dilakukan melalui objek,menjelaskan pemikiran dengan menyoal dan menjawab soalan mereka.Lev Vygotsky(1896-1934) percaya bahawa dengan interaksi social diantara kanak-kanak dengan orang sekelilingnya dapat meningkatkan perkembangan mental,bahasa dan social mereka. Menurut Mentossori,peringkat awal kanak-kanak (2 hingga 6 tahun)mestilah berada diperingkat pembinaan bahasa.Pada peringkat ini juga kanak-kanak perlu menguasai 20,000 hingga 50,000 perkataan dalam tempoh ini.Dalam aktiviti Dadu Bahasa, pebendaharaan kata kanak-kanak akan lebih bertambah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak dimana,Mahzan Arshad(2012) ada menyatakan dalam bukunya kanak-kanak pada peringkat ini akan terlibat secara langsung dalam menggunakan bahasa.Saat ini amat penting kerana kanak-kanak menguasai bahasa pertama (bahasa ibunda)mereka dalam usia ini.Namun begitu kemungkinan kanak-kanak menguasai bahasa asing lebih mudah kerana pada usia ini bahasa dapat dikuasai sbelum kanak-kanak berusia belasan tahun.

Teori Perkembangan Eric Erikson menekankan kepentingan hubungan social dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Ini menunjukkan hubungan social diantara kanak-kanak ketika mengikuti permainan Dadu Bahasa dapat ditingkatkan kerana perkembangan seorang kanak-kanak adalah proses berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Kadar perkembangan adalah berbeza-beza bagi setiap individu,menurut pandangan ahli psikologi perkembangan manusia meliputi aspek emosi,jasmani,rohani,social dan kognitif.Semua factor ini dipengaruhi oleh factor utama iaitu baka dan persekitaran.Akhir sekali, melalui bahan bantu mengajar ini semua aspek perkembangan dalam diri seorang kanak-kanak dapat dirangkumi dalam satu permainan yang diberi nama Dadu Bahasa. BIBLIOGRAFI Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Pusat Perkembangan Kurikulum.Kuala Lumpur. Mahzan Arshad (2012) Pendidikan Literasi Awal Kanak-kanak Teori dan Amali Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim,Perak. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah(2003) Panduan Pendidikan Prasekolah. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Bentong,Pahang. Saayah Abu , Surayah Zaidon & Siti Saleha Samsuri(2006) Panduan Untuk Pengusaha Tadika Percetakan Zafar Sdn.Bhd. ,Kuala Lumpur. Rohaya Hj. Yahya (1996)Kaedah Montessori Utusan Publications & Distributors Sd. Bhd. Kuala Lumpur. Modul Pendidikan Awal Kanak-kanak UniRAZAK. EPB3113 Learning Environment for Young Children

Azizah Lebai Nordin(2002)Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur Dr. Shahizan Hasan & Ahmad Shahabudin Che Noh(2006) Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah. PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd. Ina tolong tambah bibliografi yang ina ade

LEARNING ENVIRONMENT FOR YOUNG CHILDREN EPB 3113

Tajuk : Plan Lantai Sudut Pembelajaran dan Bahan Bantu Mengajar

Disediakan Oleh:

Jaslizawaty binti Alwi (JB 1110691) Nor Alina binti Md. Usoff (JB 1110935) Unit : Bachelor Of Early Childhood Education (PPG) Nama Tutor : Pn. Fauziah binti A.Rahim Tarikh: 1 Disember 2012

Anda mungkin juga menyukai