Anda di halaman 1dari 13

PENDEKATAN BERMAIN DALAM KEMAHIRAN MENGENAL

HURUF KECIL BAGI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Shahariah binti Zainal


Asiah binti Munajam
Taufik bin Mohd Hidir
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kertas konsep ini membincangkan kepentingan pendekatan aktiviti bermain dalam


meningkatkan kemahiran mengenal huruf kecil di prasekolah. Tranformasi
kurikulum pendidikan prasekolah melalui pelaksanaan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2010 menekankan kemahiran bahasa. Isu yang
dibincangkan dalam kertas konseptual ini ialah berkenaan masalah mengenal huruf
dan masalah kekeliruan pada huruf-huruf yang seakan sama. Pendekatan bermain
merupakan faktor utama yang membantu kanak-kanak dalam kemahiran mengenal
huruf . Kaedah pengajaran dan alat bantu yang menarik serta menyeronokkan dapat
membantu guru-guru prasekolah menangani masalah mengenal huruf dengan lebih
mudah dan berkesan.

Kata kunci: belajar melalui bermain, pendidikan prasekolah, kemahiran mengenal


huruf
kecil, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

ABSTRACT

This concept paper will discuss the importance of play activities in improving the
skills of recognizing lower case alphabet in preschool. The transformation of
preschool education curriculum according to the National Pre-School Curriculum
Standard emphasizes on language skills. The issues discussed in this conceptual
paper are the problems in recognizing alphabet and confusion between similar
alphabet. Play activities is one of the main factor in helping children recognize
alphabet. Interesting teaching methods and aids can help preschool teachers to
overcome the problem of recognizing alphabet among children in an easier and
effective way.

Key words: learning through playing, preschool education, recognizing lower case
alphabet, National Preschool Curriculum Standard.

30
PENGENALAN

Program Prasekolah adalah satu program pendidikan untuk kanak-kanak


berusia
antara empat hingga enam tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara
formal dalam
tahun satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum Prasekolah,1998). Salah satu
Kurikulum Pendidikan Prasekolah adalah asas membaca dan menulis. Seseorang
kanak-
kanak sudah menguasai kemahiran asas apabila mereka mempunyai kemahiran
mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.(Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2010 ).

Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah


lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain adalah
sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Menurut Moyles (2005) bermain adalah
pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan
dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain sesuatu permainan,
kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan memahami isu yang berlaku di
sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan. Apabila kanak-kanak seronok
belajar sesuatu perkara, mereka terus berminat untuk mengambil bahagian dalam
pembelajaran, kesannya tumpuan kepada sesuatu perkara menjadi semakin baik.

Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak lebih fokus dengan segala perkara


berkaitan aktiviti permainan yang dilakukan. Justeru, kanak-kanak mendapat
pengalaman pembelajaran yang bermakna dan proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih baik. Malangnya, ramai ibu bapa malahan ada guru dan pengusaha
pusat pendidikan awal kanak-kanak menganggap kaedah bermain kurang penting dan
menekankan fokus kepada pencapaian akademik. Kesannya, banyak program
pendidikan awal kanak-kanak menggunakan kaedah
latih tubi dan mengabaikan aktiviti bermain dalam kurikulum pendidikan awal
kanak-kanak (Miller & Almo 2009).

Membaca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan terutama bagi


kanak-kanak
yang berumur tiga hingga lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah
individu yang
paling besar keinginannya untuk mempelajari, mengetahui, meneroka, mencuba dan
menyelidik. Keupayaan mereka untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara
akan
bertambah jika mereka dapat mencuba dengan cepat dan berkesan. Sebelum kanak-
kanak
dapat membaca dengan baik, mereka perlu diberikan kemahiran mengenal huruf.
Pada awal
tahun persekolahan, kebanyakan kanak-kanak amat sukar untuk mengenal huruf-
huruf yang
menjadi asas kepada kemahiran membaca (Roslinda,2010). Kanak-kanak yang dapat
membaca, mudah diberi rangsangan dan dorongan untuk belajar.
31
Dalam teori perkembangan dan pembelajaran Gagne(1975), pembelajaran
adalah satu
cara pemprosesan data dan maklumat. Proses pembelajaran bergerak daripada
peringkat yang
mudah kepada peringkat yang paling sukar atau rumit. Pembelajaran pada aras yang
tinggi
bergantung kepada pembelajaran di peringkat rendah. Gagne telah mengenal pasti
lapan
jenis pembelajaran yang bermakna iaitu pembelajaran isyarat, pembelajaran
rangsangan
gerak balas, pembelajaran rangkaian, pembelajaran pertalian berbahasa,
pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran hukum dan
penyelesaian masalah. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengatasi pada peringkat
asas iaitu mengenal huruf supaya membolehkan kanak-kanak bergerak ke tahap
yang lebih tinggi.

BERMAIN SEBAGAI MEDIUM PERKEMBANGAN BAHASA DAN


LITERASI

Vygotsky dalam Roopnarine dan Johnson (2005) berpendapat, proses mental


yang lebih tinggi berkembang apabila kanak-kanak membentuk pertuturan semasa
melakukan aktiviti praktikal. Sebelum kanak-kanak bertutur, mereka menggunakan
alat bagi menyempurnakan tugas tetapi setelah mereka bertutur mereka
menggunakan bahasa dalam aktiviti. Tingkah laku mereka berubah melalui
penggunaan bahasa dan aktiviti tersebut. Pada masa yang sama mereka berupaya
merancang dan menguasai persekitaran sekeliling mereka. Vygotsky menekankan
permainan adalah pilihan kanak-kanak sendiri dan disokong oleh guru atau pun
orang dewasa melalui perbincangan dan sesi soal jawab.

Melalui bermain, kanak-kanak belajar berkomunikasi, menyesuaikan diri


dengan persekitaran, berinteraksi dengan rakan dan mengenali benda-benda di
sekeliling mereka. Berdasarkan teori Piaget pada peringkat pra operasional (umur 2-7
tahun)kemahiran bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat dan dapat diasah
melalui pelbagai aktiviti. Menurut Sufean et al. (2005), kanak-kanak yang berada di
prasekolah mengikut teori perkembangan kognitif Piaget berada pada peringkat pra
operasional dan konkrit operasi. Pada peringkat ini, proses pembelajaran tindakan
secara mental terhadap sesuatu perkara ataupun objek berlaku. Semasa proses ini,
kanak-kanak belajar bagaimana menggunakan perkataan dan gambaran untuk
mewakili objek. Kanak-kanak prasekolah sebenarnya sudah memahami dengan baik
tentang bahasa bertulis sebelum mereka belajar membaca dan menulis secara
konvensional lagi (Berk 2008). Kemahiran ini seterusnya boleh diasah melalui
pembelajaran menggunakan aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan dan
perkembangan mereka.

Aktiviti bermain dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar konsep
literasi

32
awal. Apabila kanak-kanak minat untuk terus belajar, mereka memperoleh
kemahiran baharu dan kemahiran ini dapat meningkatkan perkembangan kanak-
kanak dalam jangka masa panjang (Cristie & Roskos 2009; Almon 2004).

Aktiviti bermain adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran


terutamanya
bahasa. Christie dan Roskos (2009) berpandangan terdapat hubungan aktiviti
bermain dengan persekitaran permainan dalam pemupukan kemahiran literasi. Bahan
bacaan bertulis dalam ruang permainan misalnya gerai piza yang diletakkan papan
tanda, menu dan nama pekerja dapat meningkatkan kemahiran literasi dengan
berkesan. Bukti juga menunjukkan persekitaran bermain yang kaya dengan
kemahiran literasi dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kanak-kanak
tentang fungsi perkataan bertulis, keupayaan mengenal perkataan bertulis, keupayaan
menggunakan strategi kefahaman seperti memastikan dan membetulkan sendiri
perkataan bertulis yang dilihat.

Aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak melalui


beberapa cara. Kajian Williamson dan Silvern dalam Cristie dan Roskos (2009)
melihat perkaitan naratif antara proses bermain dengan perkembangan literasi
mengesan bagaimana permainan fantasi bertema dapat meningkatkan kefahaman
bacaan. Hasil kajian mendapati kanak-kanak yang banyak terlibat dengan aktiviti
perbualan permainan meta (meta-play) semasa bermain dapat memahami jalan cerita
dengan lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang kurang terlibat dengan
aktiviti permainan. Arce (2000) berpandangan bermain benar-benar berlaku apabila
kanak-kanak memilih sendiri aktiviti di persekitaran yang sesuai dan terdapat pilihan.
Oleh itu, kanak-kanak seharusnya diberikan masa secukupnya untuk bermain dan
bagi memastikan mereka dapat menyerap apa yang mereka belajar, mereka
seharusnya diberi kebebasan bermain. Apabila kanak-kanak bermain dengan bebas,
mereka
memilih sendiri apa, bagaimana, dengan siapa dan berapa lama mereka hendak
melakukan permainan mengikut kemampuan mereka.

Neuman dan Copple (2004) melihat hubungan bermain dengan kemahiran


literasi yang melibatkan simbol, struktur bunyi dan bahan bercetak. Kemahiran
bahasa dan literasi dapat dipupuk melalui permainan bunyi bahasa, simbol-simbol
dan konsep bahan bercetak. Cristie dan Roskos (2009) juga berpendapat kebanyakan
kanak-kanak belajar bahasa melalui bermain dan jelas ia dapat meningkatkan
kemahiran bahasa dan literasi kanak-kanak. Persekitaran yang dimanipulasikan,
permainan bertema, permainan fantasi dan aktiviti bebas adalah antara permainan
bahasa yang berupaya meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Walau
bagaimanapun, semasa proses bermain kanak-kanak perlu bersosial dan berinteraksi
dengan individu lain seperti rakan sebaya atau orang dewasa seperti pengasuh, guru
dan ibu bapa untuk bermain. Tanpa rakan sebaya dan individu lain, kemahiran
komunikasi kanak-kanak tidak akan berlaku, apatah lagi untuk berkembang dengan
baik.

Bahasa ialah sistem perlambangan yang paling canggih, kompleks dan luas
(Abdullah 2005). Bahasa mengandungi beberapa aspek dan setiap aspek mempunyai
33
peraturannya sendiri. Aspek-aspek ini terdiri daripada fonologi, sintaksis, semantik
dan pragmatik. Pembelajaran bahasa kanak-kanak ialah proses berterusan yang
berlaku setiap hari melalui aktiviti terutamanya aktiviti bermain. Semasa kanak-
kanak berkomunikasi menggunakan bahasa, mereka juga terlibat dengan penggunaan
aspek-aspek berikut:

1. Fonologi berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi
dalam sesuatu bahasa itu berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik
berkaitan dengan fonologi, namun fonetik menekankan bagaimana bunyi-
bunyi bahasa dikeluarkan secara fizikal. Menurut Abdullah (2005), fonetik
mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam
pertuturan. Dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak, penggunaan kaedah
fonetik dapat membantu kanak-kanak membunyikan suku kata dan
menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi perkataan. Aktiviti bermain
dengan abjad, suku kata dan perkataan menggunakan kaedah fonetik sangat
sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula belajar membaca. Kaedah fonetik
membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi bahasa.

2. Semantik berkaitan dengan makna perkataan dan ayat. Dalam bahasa


harian, perkataan semantik bermaksud makna (Abdullah 2005). Semantik
mempunyai perkaitan dengan cara menerangkan makna sesuatu perkataan
dan maksud perkataan itu terbentuk dalam bentuk imej si penutur. Apabila
kanak-kanak membina perkataan dan ayat, mereka akan cuba membayangkan
makna perkataan dan ayat yang dibaca. Nik Safiah et al. (1997) menyatakan
perkataan mengandungi makna terdiri daripada satu atau beberapa gabungan
bunyi bahasa. Kanak-kanak yang tidak dapat menguasai sesuatu bahasa dari
segi maknanya tidak dapat memahami dan membayangkan apakah yang
dibaca ataupun didengarinya daripada pertuturan orang lain. Tidak hairanlah
kanak-kanak yang tidak dapat memahami makna sesuatu perkataan dan ayat
dengan baik akan berulang kali menanyakan soalan yang sama. Dalam
pembelajaran bahasa pada peringkat pendidikan awal kanak-kanak, objek dan
gambar memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan makna
perkataan. Penggunaan objek dan gambar melalui aktiviti permainan bahasa
misalnya dapat membantu kanak-kanak melalui aktiviti melihat, menyentuh
dan merasa objek di sekeliling.

3. Sintaksis ialah rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan


dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa (Nik Safiah et al. 1997). Sintaksis mempunyai
perkaitan dengan peraturan bahasa tentang bagaimana perkataan dapat
disusun menjadi ayat. Semasa berkomunikasi, kanak-kanak belajar menyusun
perkataan dalam ayat dengan betul walaupun mereka belum mengetahui
peraturan tatabahasa. Guru dan orang dewasa memainkan peranan yang
penting dalam memastikan pertuturan kanak-kanak menggunakan bahasa
yang ayatnya disusun dengan betul. Penggunaan bahasa yang betul semasa
berkomunikasi dapat membantu kanak-kanak menguasai pembelajaran
tatabahasa awal dengan baik. Pada peringkat awal kanak-kanak, penyusunan
kata-kata dibentuk dalam ayat mudah.
34
4. Pragmatik merujuk kepada peraturan yang mengawal perlakuan semasa
komunikasi, seperti air muka, bahasa badan dan cara bertutur mengikut
konteks sosial. Semasa berkomunikasi dengan rakan sebaya, guru dan ibu
bapa, kanak-kanak
belajar menggunakan cara percakapan yang berbeza mengikut kesesuaian
konteks dan individu yang berinteraksi dengan mereka. Kanak-kanak semasa
bermain menggunakan perlakuan komunikasi dan cara bertutur yang sesuai
dengan rakan sebaya dan mengikut konteks persekitaran.

KEMAHIRAN MEMBACA MELALUI AKTIVITI BERMAIN

Kemahiran membaca adalah kemahiran yang penting dalam pendidikan


terutamanya
pada peringkat awal alam persekolahan kerana kemahiran membaca mempunyai
hubungan dengan penguasaan bahasa. Penguasaan bahasa kanak-kanak adalah asas
perkembangan kognitif yang melibatkan kegiatan memperoleh pengetahuan melalui
pengalaman membaca. Kelemahan penguasaan bahasa lama-kelamaan akan
membawa kesan yang berlanjutan terutamanya dari segi pemerolehan pengetahuan.
Jadi, kelemahan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar terutamanya yang lemah
membaca tidak boleh dipandang ringan. Ini adalah kerana maklumat yang diperoleh
dalam pembacaan boleh digunakan untuk pelbagai aspek dalam kehidupan dan
pelajar yang menghadapi masalah membaca sukar untuk mencapai keputusan yang
baik dalam mata pelajaran (Tamam et al. 2010).

Kemahiran membaca yang lemah menyebabkan kanak-kanak tidak dapat


mengikuti pembelajaran formal. Malah, kegagalan membaca akan membawa kepada
risiko kegagalan semasa di sekolah (Mercer 2005). Kajian mengatakan kanak-kanak
memperoleh kemahiran kesediaan membaca yang menyeluruh mendapat keputusan
yang baik pada tahap tinggi dan mampu memberi respons yang memberangsangkan
(Rita Kurnia & Rohaty 2009). Kanak-kanak yang mahir membaca lebih terdedah
dengan pembacaan buku yang ditentukannya sendiri. Menurut Saayah et al. (2010),
interaksi buku dan rakan sebaya dapat memberi peluang kepada kanak‐kanak
meneroka dunia buku mengikut cita rasa mereka iaitu mereka dapat mencuba
membaca dan mengenali konsep membaca bersama rakan‐rakan sebaya.

KEMAHIRAN MENGENAL HURUF MELALUI AKTIVITI BERMAIN

Proses untuk mengenal dan menguasai huruf A hingga Z adalah amat penting
bagi pendidikan awal persekolahan seorang murid. Permainan bahasa berkonsepkan
belajar melalui bermain (study and fun) adalah kaedah permainan dalam proses
pembelajaran kanak-kanak. Bahan bantu disediakan dalam bentuk permainan
dipraktikkan dalam pengajaran.
Guru memainkan peranan yang penting dalam menyediakan alat-alat bantu
mengajar dan jenis permainan yang sesuai dengan peringkat atau tahap murid itu
sendiri agar menarik dan menyeronokkan. Kanak-kanak prasekolah sering
menghadapi masalah terutama dalam mengenal huruf. Ini kerana prasekolah
merupakan tempat pertama mereka menerima pembelajaran secara formal.
35
Kebanyakan kanak-kanak yang memasuki prasekolah masih lagi tidak mengenal
huruf dan tidak dapat membentuk dan menulis huruf yang betul.

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran


yang berkesan kepada kanak-kanak prasekolah. Mengikut pendapat Imam Al-
Ghazali, sudah menjadi fitrah kanak-kanak itu sendiri suka bermain dan bergembira
pada peringkat umur tiga hingga enam tahun. Guru perlu kreatif dalam merancang
aktiviti yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan memberi tumpuan
terhadap pengajaran guru. Aktiviti yang dirancang dapat menyeronokkan serta
menggembirakan mereka melalui bermain.

ISU-ISU

Membaca adalah suatu medan ilmu yang perlu dikuasai untuk memenuhi
keperluan
pembelajaran kanak-kanak. Bagi mencapai tahap membaca, kanak-kanak perlu
menguasai
kemahiran asas mengenal huruf . Masalah mengenal huruf adalah faktor penting
dalam masalah membaca kanak-kanak. Kanak-kanak prasekolah sering menghadapi
masalah mengenal huruf. Kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam mengenal
dan menyebut huruf biasanya menghafal huruf tersebut mengikut urutan
(Norshazreen Azwin, 2010). Mereka sebenarnya tidak dapat mengenal huruf
sekiranya diminta menyebut secara rawak. Namun mereka dapat menyebut huruf
sekiranya diminta menyebut secara turutan. Ini adalah kerana mereka menggunakan
kaedah hafalan. Kesukaran murid prasekolah dalam kemahiran mengenal dan
menyebut huruf serta menulis bentuk huruf dengan betul secara tidak langsung akan
menggagalkan pembelajaran kanak-kanak kerana perlu mengenal huruf dan menulis
untuk menjawab soalan peperiksaan apabila mereka berada di sekolah rendah kelak.

Selain itu, sebilangan kanak-kanak mengalami masalah kekeliruan pada


huruf-huruf yang seakan sama. Dalam perkembangan fizikal dan mental sepanjang
zaman prasekolah, kanak-kanak biasanya mengalami kekeliruan huruf. Kanak-kanak
tidak dapat membezakan antara huruf-huruf yang mempunyai bentuk yang seakan
sama seperti huruf b, d, p dan q. Kekeliruan ini timbul kerana disebabkan huruf-
huruf seperti b, d, p dan q adalah tidak lengkap siri dan tidak mengikut urutan.
Baurner dan Bernice (1998, seperti dinyatakan dalam Rohaty dan Shafie, 2005)
menyarankan agar kanak-kanak diberhentikan segera semasa membaca dan dibantu
mengenal pasti huruf yang terkeliru seperti huruf b, d, p dan q yang sering
mengganggu kelancaran sebutan kanak-kanak.

Menurut Kamaruddin dan Siti Hajar (1997), menulis merupakan proses


penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang
membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat. Manakala Haris dan
Sipay (1980), menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh
tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Kanak-
kanak pada peringkat prasekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan
untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Simbol-simbol ini akan di
terjemah dalam bentuk suku kata, perkataan dan kemudiannya ayat. Peringkat-
36
peringkat ini perlu dilalui oleh kanak-kanak sebelum mereka dapat membaca dengan
lancar.
Kekeliruan dan masalah pengecaman yang dihadapi oleh kanak-kanak akan
menjejaskan kemahiran mereka dalam bacaan dan tulisan. Jika kanak-kanak tidak
dapat mengenali bentuk-bentuk huruf, mereka akan mengalami kesukaran untuk
menulis perkataan yang akan membawa mereka kepada kemahiran membaca dengan
lancar. Di dapati kanak-kanak seringkali menggunakan huruf besar dalam penulisan
mereka. Sedangkan, dalam penulisan yang sebenar, mereka perlu menulis dengan
menggunakan huruf kecil. Namun, disebabkan mereka tidak dapat mengenali huruf-
huruf kecil yang seakan sama bentuk seperti huruf b, d, p dan q, kesukaran untuk
menulis dan membaca akan timbul.

Isu pertama: Apakah cara untuk mengatasi masalah mengenal huruf kecil
secara hafalan?

Bahasa amat penting dan digunakan dalam semua aspek dan bidang.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Dokumen Standard Prasekolah,2010)
telah menggariskan bahawa pada akhir prasekolah murid boleh mengenal bentuk
huruf a hingga z di bawah fokus kemahiran membaca.

Mengenal huruf melalui gambar memudahkan kanak-kanak mempelajari


bahasa dengan mudah. Menurut Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera (1993)
mempelajari setiap perkataan yang mereka lihat, ditulis dengan baik dan kemudian
dibaca, didengar sebagai perkataan yang disebut berasingan ialah penanda yang
penting. Pembangunan idea ini dimudahkan melalui pengalaman melihat pembaca
menukarkan bahan bercetak kepada perkataan yang disebut, dan sebaliknya, melihat
perkataan ditukar oleh penulis menjadi bahan bercetak.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, kad imbasan huruf dan gambar
ini juga disebut sebagai alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar ini akan membantu
guru mempercepat proses pemahaman murid-murid yang lazimnya bersifat abstrak
dengan menganggap objek-objek konkrit melalui pandangan dan pendengaran. Ini
bersesuaian dengan Teori Edgar Dale yang digambarkannya dalam bentuk ’cone of
experience’ yang antara lain mengatakan bahawa proses pembelajaran bermula
dengan menganggap aspek semi-abstrak hingga akhirnya kepada yang lebih abstrak
(Azman Wan Chik,1989).

Berdasarkan kajian Roziah Abd Hamid (2005), kemahiran membaca dengan


menggunakan kad suku kata dan gambar telah dapat ditingkatkan berdasarkan
keputusan beliau iaitu dalam ujian pra, peratusan yang diperolehi bagi satu sukukata
ialah 50 peratus, dua sukukata 20 peratus dan tiga sukukata kosong peratus manakala
dalam ujian pasca pula, peratusan bagi ujian satu sukukata telah meningkat kepada
90 peratus, dua sukukata 60 peratus dan tiga sukukata 20 peratus. Hal ini
menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan melalui pemilihan
penggunaan kad imbasan huruf dan gambar dapat mengatasi masalah penguasaan
kemahiran mengenal huruf a-z.

37
Berdasarkan kajian Nur Izziana(2010), penggunaan kad imbasan huruf dan
gambar dalam membantu kanak-kanak prasekolah meningkatkan kemahiran
mengenal huruf besar dan huruf kecil dari a hingga z melalui aktiviti bermain kad
secara pengulangan.

Menurut Norshazreen Azwin (2010), berdasarkan hasil kajiannya didapati


permainan bahasa yang digunakan berkesan dalam membantu murid dalam mengenal
serta menyebut huruf yang betul. Kejayaan ini menunjukkan belajar melalui bermain
boleh meningkatkan kemahiran mengenal dan menyebut huruf dengan betul
berbanding kaedah lain yang digunakan seperti kaedah latih tubi atau kaedah hafalan.
Menurut Linah Summase (2009), pendekatan belajar melalui bermain mampu
menarik minat kanak-kanak untuk memperkembangkan diri mereka.

Isu kedua: Apakah cara untuk membezakan antara huruf-huruf yang


mempunyai bentuk yang seakan sama seperti huruf b, d, p dan q.

Kemahiran mengenal huruf adalah satu aspek pembelajaran yang perlu


dikuasai pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak sebelum mereka melalui
proses membaca. Dalam perkembangan fizikal dan mental sepanjang zaman
prasekolah, kanak-kanak biasanya mengalami kekeliruan huruf (Rosner &
Rosner,1990). Kekeliruan tersebut biasanya hilang secara beransur-ansur apabila
melangkah ke alam persekolahan. Pembelajaran di sekolah dibahagikan kepada dua
peringkat utama iaitu belajar untuk membaca dan membaca untuk belajar (Barnard et
al.1996). Bagi peringkat pertama iaitu peringkat belajar untuk membaca, terdapat
proses yang dinamakan nyah-kod (decoding) yang melibatkan penterjemahan huruf
kepada bentuk fonologikal dan bahasa. Sementara satu lagi proses yang terlibat ialah
kefahaman (comprehension), iaitu satu proses yang lebih kompleks dan melibatkan
pengekstrakan makna dari fonologikal yang dihasilkan.

Gibson & Lewin (1975), telah mengenal pasti bahawa huruf dipelajari dengan
mengenali ciri-ciri spatial yang tertentu. Dalam kes ini, guru-guru sangat berperanan
dalam membantu kanak-kanak pada tahap awal membaca untuk membezakan huruf-
huruf secara visual dengan menggunakan alat bantuan mengajar seperti buku huruf
dan penggunaan kad huruf. Berdasarkan Teori Pembelajaran Semasa (Adam,1990),
adalah lebih baik untuk memperkenalkan huruf besar terlebih dahulu berbanding
huruf kecil kepada kanak-kanak dan memperkenalkan beberapa huruf pada satu-satu
masa berbanding banyak huruf bagi meningkatkan penguasaan pengetahuan mereka
terhadap bunyi dan huruf. Pendapat ini disokong oleh Rosner & Rosner (1990),
bahawa memperkenalkan huruf-huruf manuskrip kes rendah (huruf kecil) pada tahap
skala persepsi visual yang tidak sesuai di samping penggunaan ‘mnemonic’ yang
tidak efektif serta kesalahan konsep pengecaman yang diamalkan oleh kanak-kanak
tersebut ketika mempelajari huruf buat pertama kali boleh member kesan fenomena
huruf terbalik.

Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk


memanipulasikan pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Contohnya seperti mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu
memberikan jawapan alternative b kepada huruf p yang ditunjukkan. Selain dari
38
masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dan
contoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara huruf b dengan
huruf d dan huruf p dengan huruf q (Higgins et al. 1996). Berdasarkan kajian-kajian
lepas, Abdul Aziz Talib (1989), telah menyenaraikan kesukaran-kesukaran dalam
kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan. Ini termasuk
kesukaran pada peringkat huruf di mana kanak-kanak perlu mengenal bentuk huruf
kecil terlebih dahulu sebelum mereka dapat menguasai kemahiran yang lain.

Kaedah kad huruf pintar juga merupakan kaedah yang sesuai digunakan oleh
guru dalam membantu kanak-kanak mengenal huruf dan membezakan huruf yang
seakan-akan sama bentuknya (Roslinda, 2010). Keberkesanan kaedah ini membawa
satu perubahan yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak dalam
meningkatkan kemahiran mengenal huruf terutama huruf kecil. Berdasarkan hasil
dapatan kajian ini, kaedah ini bukan sahaja membantu kanak-kanak mengenal
kesemua huruf tetapi juga dapat mengurangkan kesilapan kanak-kanak dalam
membezakan huruf b,d , p dan q yang seakan-akan sama bentuknya. Kanak-kanak
mudah untuk membezakan huruf-huruf ini kerana adanya garisan yang membezakan
kedudukan huruf-huruf tersebut. Mereka juga dapat mengetahui kedudukan huruf di
atas garisan seperti atas, bawah, kiri dan kanan. Secara tidak langsung kanak-kanak
juga dapat belajar cara menulis huruf di atas yang bergaris. Ini sekali gus
memudahkan guru dalam proses mengajar menulis yang akan membawa kepada
kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak.

CADANGAN

Semakin seronok murid prasekolah belajar, semakin cepat mereka memahami


pembelajaran mereka (Sumiyati, 2009). Belajar melalui bermain akan mendatangkan
keseronokan dan hiburan serta merangsang individu mempelajari sesuatu melalui
cara yang aktif dalam cara yang tidak formal (Rashid Azizan, 1995). Alat bantu
mengajar yang menarik dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan lebih berkesan (Ruhaida, 2005).

Bagi meningkatkan minat dan penguasaan kemahiran mengenal huruf murid


prasekolah, bermain doh adalah aktiviti bermain yang menyeronokkan. Bermain doh
antara bahan bantu mengajar yang dapat membantu mengurangkan masalah
mengenal huruf dan kekeliruan huruf. Doh merupakan salah satu alat untuk
memantapkan kemahiran motor halus. Bermain dengan doh dapat membantu
melembutkan tangan dan jari jemari kanak-kanak ketika memicit, menggentel,
menekan, menguli, meramas dan membentuk huruf-huruf a hingga z dengan cara
yang betul (Siti Norazuanna, 2010). Doh juga digunakan sebagai langkah untuk
meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membentuk huruf seterusnya
meningkatkan kemahiran menulis huruf dengan betul dan baik. Kemahiran
koordinasi mata dan tangan perlu diperkukuhkan sebelum mula menulis (Dulhadi
Ismail, 2005). Di antara aktiviti yang dapat memperkukuhkan koordinasi mata dan
tangan kanak-kanak adalah seperti menguntai manik, mengoyak, menggentel,
mencubit dan lain-lain. Kaedah ini dapat memusatkan perhatian dan mengurangkan
kebosanan yang biasa dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah pengajaran
seperti latih tubi dan kelas.
39
Kaedah menggunakan tali juga membantu kanak-kanak prasekolah untuk
membentuk huruf a hingga z. Penggunaan tali akan meningkatkan kemahiran motor
halus kanak-kanak. Menurut Dulhadi(2005), kemahiran koordinasi mata dan tangan
perlu diperkukuhkan sebelum mula menulis untuk mengawal koordinasi pergerakan
mata dan tangan dengan betul. Tali merupakan salah satu alat yang dapat
meningkatkan koordinasi mata dan tangan. Kanak-kanak perlu menumpukan
perhatian apabila membentuk huruf dengan menggunakan tali bagi menghasilkan
bentuk huruf yang betul. Selain itu, teknik kolaj juga boleh digunakan untuk
membantu meningkatkan keupayaan kanak-kanak mengingat huruf-huruf. Kanak-
kanak perlu mengoyak kertas dan menampalkan kertas di atas huruf-huruf yang
diberikan. Aktiviti mengoyak juga merupakan salah satu aktiviti untuk meningkatkan
keupayaan motor halus.

KESIMPULAN

Transformasi kurikulum pendidikan prasekolah melalui KSPK 2010 menyeru


guru memfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang
menggembirakan dan bermakna kepada kanak-kanak. Belajar melalui bermain
terbukti sebagai amalan terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSKP) 2010 memfokuskan pembelajaran
berpusatkan kanak-kanak dan antara fokus utamanya ialah pembelajaran melalui
bermain (KPM 2010). Dalam KSPK, aktiviti belajar melalui bermain amat
digalakkan sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah. Berdasarkan unsur-unsur
dalam kemahiran bahasa Melayu yang difokuskan dalam Tunjang Komunikasi
KSPK ialah kemahiran bahasa mencakupi kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Kemahiran membaca pula melibatkan kemahiran mengenal huruf,
mengenal vokal, mengenal konsonan, membaca suku kata, membaca perkataan,
membaca frasa, membaca ayat tunggal, membaca ayat dalam konteks, memahami
bahan bacaan, membaca buku dengan betul dan mengamalkan tabiat membaca.

Daripada perbincangan di atas, jelas menunjukkan kepentingan aktiviti


bermain dalam meningkatkan kemahiran mengenal huruf a hingga z bagi kanak-
kanak prasekolah. Ini amat
penting kerana kemahiran mengenal huruf adalah satu aspek pembelajaran yang
perlu dikuasai pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak sebelum mereka
melalui proses membaca. Kaedah pengajaran dan alat bantu yang menarik serta
menyeronokkan juga membantu guru-guru prasekolah menangani masalah mengenal
huruf dengan lebih mudah dan berkesan.

RUJUKAN

Abdullah. (2005). Liguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Almon, J. (2004). The Vital Role of Play in Early Childhood Education.
http://waldorfresearchinstitute.org/pdf/BAPlayAlmon.pdf. [1 Mac 2010].
Arce, E. (2000). Early curriculum basics: play, discovery, creativity. Curriculum for
Young Children, 29-39. USA: Delma Thomson Learning.
40
Berk, L. E. (2008). Application of information processing to academic learning.
Child
Development, 304-308. UK: Allyn & Bacon.
Christie, J. F. & Roskos, K.A. (2009). Play’s potential in early literacy development.
Encyclopedia on early childhood development [online]. Centre of exellence for
early childhood developement
http://www.childencyclopedia.com/documents/Christie- RoskosANGxp.pdf. [1
Mac 2010]
Downey, J. & Garzoli, E. (2007). The effectiveness of play-based curriculum in early
childhood education. Sonoma State University.
http://teachplaybasedlearning.com/8.html. [2 April 2011]
Katz, G. L. & Chard S. C. (2006). The Reggio Emilia approach. Dlm. Parkay, F.W.,
Anctil,
E.J. & Hass, G. Curriculum planning: A contemporary approach, 331-333.
Boston:
Pearson Education.
Klein, A. S. (2008). Different approaches to teaching: Comparing three preschool
programs.
http://www.earlychildhoodnews.com/earlychildhood/article_view.aspx?
ArticleID=367. [23 April 2011]
Kementerian Pelajaran Malaysia 2010. Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mercer, C. D. (2005). Teaching students with learning problems. UK: Prentice Hall.
Miller, E. & Almon, J. (2009). Crisis in kindergarten:Why children need to play in
school.
USA: Alliance for Childhood.
Moyles, J. (2005). The excellence of play. New York: Open Press University.
NAEYC. (2008). History of NAEYC. Online at
www.naeyc.org/about/history.asp. muat turun 30 Mac 2011
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2003). Panduan pendidikan prasekolah.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Norshazreen Azwin. (2010) Meningkatkan Tahap Mengenal Abjad A Hingga Z
dalam
Kalangan Kanak-kanak Prasekolah Melalui Permainan Bahasa. Prosiding
Seminar
Kajian Tindakan Prasekolah 2010.
Neuman, S. B. & Copple, C. (2004). Learning to read and write: Developmentally
Appropriate Practices for young children. National Association for the
Education
of Young Children –Washington D.C.
http://www.pbs.org/teacherline/courses/rdla155/pdfs/c2s2_5devapprop.pdf.[1
5 Mac 2010]
Ornstein, A. C. & Hunskin, F. P. (2004). Curriculum: Foundation principles and
issues.
USA: Pearson Educaton.

41
Rita Kurnia & Rohaty Mohd. Majzud. (2009). Kesediaan membaca kanak-kanak
prasekolah di Pekanbaru Riau. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM.
http://www.ukm.my/fpendidikan/images/download/16.167
172%20Kemajuan%20Rita%20Kurnia.pdf. [12 Januari 2010
Roopnarine, J. L. & Johnson, J. E. (2005). Approach to early childhood education.
New
Jersy: Pearson Prentice Hall.
Roslinda Abdullah (2010). Meningkatkan Kemahiran Mengenal Huruf Kecil Dalam
Mengenal Huruf Kecil dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Melalui
Kaedah Kad Huruf .Prosiding Seminar Kajian Tindakan Prasekolah 2010.
Saayah Abu, Rohaty Mohd. Majzub & Nor Aishah Buang (2010). Amalan membaca
dan
penggunaan buku kepada kanak-kanak prasekolah dalam perspektif rakan
sebaya. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara ke 4 2010, 3-4
Ogos
2010. Bangi.
Siti Norazuanna Abd.Ghani (2010). Penggunaan Doh Membantu Meningkatkan
Kemahiran
Menulis Huruf A Hingga Z. Prosiding Seminar Kajian Tindakan Prasekolah
2010
Sharifah Nor Puteh, Manisah Mohd Ali, Norshidah Mohamad Salleh & Aliza Alias.
(2009).
Penggunaan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam
kurikulum permainan pendidikan awal kanak-kanak. Laporan Teknikal Projek
Penyelidikan UKM-GG-05-FRGS0003-2007. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Smidt, S. (2010). Playing to learn: The role of play in early years. New York:
Routledge.

42

Anda mungkin juga menyukai