Anda di halaman 1dari 14

Kaedah Bermain dalam PdPc Kemahiran Membaca Program Linus Daerah Kapit, Sarawak

Mohd. Fakhrullah bin Mohd Sallehuddin

ABSTRAK

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji sama ada teknik bermain sambil belajar dengan
menggunakan bahan bantu belajar iaitu jam abjad dapat memupuk minat murid sekolah
rendah mengenal dan menyebut abjad A sehingga P dengan betul. Subjek dalam kajian ini
terdiri daripada tiga orang murid iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan (kaum Iban)
di Sekolah Kebangsaan Berjaya (bukan nama sebenar). Data dikumpulkan melalui
pemerhatian, analisis dokumen, temubual, rakaman video dan ujian sebutan terhadap tiga
orang subjek kajian yang terlibat. Analisis awal mendapati bahawa ketiga-tiga subjek
berkenaan belum dapat mengenal dan menyebut abjad yang ditunjukkan. Sehubungan dengan
itu, teknik bermain sambil belajar dengan menggunakan jam abjad telah dilaksanakan. Hasil
daripada tindakan yang di jalankan, adalah didapati bahawa dua daripada tiga orang subjek
tersebut telah dapat mengenal dan menyebut abjad dengan betul.

Kata kunci : Mengenal, bermain, jam, abjad, jam abjad

PENGENALAN

Pembelajaran formal bagi seorang kanak-kanak adalah bermula dari peringkat Prasekolah
lagi. Seawal usia lima hingga enam tahun ini, mereka telah mula diberikan pendidikan asas
sebelum melangkah ke alam yang lebih formal iaitu alam sekolah rendah. Sebelum kanak-
kanak ini melangkah ke alam sekolah rendah, mereka perlu didedahkan dengan empat
kemahiran iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan kemahiran menaakul sebagai
bekalan untuk melangkah ke alam yang lebih mencabar lagi.
Sebelum kanak-kanak ini tahu membaca, sudah semestinya mereka perlu mengenal
abjad terlebih dahulu. Pentingnya mengenal dan menyebut abjad ini dalam kalangan kanak-
kanak perlu diberi perhatian oleh guru sebelum kanak-kanak ini memasuki sekolah rendah
nanti. Kemahiran membaca ini berkait rapat dengan tahap psikolinguistik setiap kanak-kanak
khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah lebih-lebih lagi sekolah di
pedalaman.
Menurut United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization
(UNESCO) dalam NKRA pendidikan, pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan
yang penting dalam perkembangan minda kanak-kanak dan dapat mengurangkan kekurangan
sedia ada dan di masa depan. Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi pada peringkat
awal pendidikan adalah sangat penting bagi mengupayakan kanak-kanak supaya lebih
produktif dan mengelakkan mereka daripada ketinggalan dalam pelajaran. Menurut Jamilah
Ahmad,(1999) menjelaskan bahawa perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak adalah
mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan pemikirannya. Oleh yang demikian,
pendedahan awal kepada asas bacaan terhadap murid.
Kajian ini dijalankan adalah untuk membasmi buta huruf dalam kalangan murid
terutama sekali murid sekolah rendah. Kemahiran membaca adalah salah satu kemahiran
yang perlu dikuasai oleh semua murid seiring dengan empat kemahiran yang ada iaitu
kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Seperti yang diketahui, kemahiran

1
membaca ini akan dapat dicapai oleh murid sekiranya mereka dapat mengenal abjad yang
ada. Sekiranya mereka belum mengenal abjad A hingga Z, sudah tentu agak sukar untuk
mereka membaca suku kata mahupun perkataan yang ada kerana mereka tidak mengenal
huruf serta membunyikan huruf yang ada. Selain itu, antar tujuan kajian ini adalah untuk
memberi peluang kepada guru untuk mencuba kaedah bermain dengan menggunakan jam
abjad untuk mengatasi murid lemah dalam mengenal abjad. Selain itu, kajian ini juga diharap
dapat memberi panduan kepada guru khususnya guru sekolah rendah termasuk guru
prasekolah agar berani mencuba kaedah pengajaran yang baharu, menyeronokkan dan
bersesuaian bagi membantu murid menguasai kemahiran mengenal abjad. Setelah murid
mahir dalam mengenal abjad, sudah tentunya memudahkan murid membatangkan sukukata
seterusnya membaca perkataan dengan mudah serta mereka juga tidak menghadapi masalah
untuk menghadapi proses pembelajaran yang mencabar
Sebelum kanak-kanak ini melangkah ke alam sekolah rendah, mereka perlu
didedahkan dengan empat kemahiran iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan
kemahiran menaakul sebagai bekalan untuk melangkah ke alam yang lebih mencabar lagi lalu
mengelakkan kanak-kanak ini daripada dimasukkan ke dalam kelas pemulihan jika gagal
melepasi saringan LINUS. Program LINUS yang diperkenalkan di sekolah rendah ini adalah
bertujuan untuk membantu murid tahap satu sekolah rendah yang belum menguasai
kemahiran literasi dan numerasi. Justeru itu, cabaran sebagai seorang guru sekolah rendah
bagi memahirkan kanak-kanak ini dengan empat kemahiran yang ada, adalah sangat
mencabar.
Menurut Yahya Othman (2004), pendekatan untuk mengajar bacaan bagi peringkat
awal ini terbahagi kepada dua peringkat dan salah satu peringkat tersebut adalah
menggunakan Pendekatan Binaan (sintetik). Bagi pendekatan binaan ianya terbahagi kepada
tiga kaedah yakni kaedah abjad iaitu melatih murid menyebut dan menghafal huruf daripada
“A” sehingga “Z”. Kaedah yang kedua ialah kaedah suku kata iaitu penekanan kepada dua
jenis huruf iaitu vokal dan konsonan. Huruf konsonan dicantumkan dengan huruf vokal bagi
membentuk suku kata dan akhirnya suku kata pula digabungkan untuk menjadi perkataan.
Kaedah yang ketiga dalam pendekatan binaan ini ialah kaedah fonik iaitu lebih menekankan
kepada bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf dan bukannya nama huruf. Kaedah ini sukar
dilaksanakan terutamanya dalam membentuk huruf konsonan.

TUJUAN KAJIAN
Kajian yang laksanakan ini, hanya akan berfokus kepada satu kaedah dibawah pendekatan
binaan bagi memupuk murid mengenal serta mengecam huruf dengan menggunakan kaedah
yang pertama iaitu kaedah abjad. Kaedah ini adalah sangat sesuai digunakan sebagai
permulaan untuk memperkenalkan huruf kepada subjek kajian yang telah dipilih. Oleh itu,
kurang kajian yang dijalankan menggunakan kaedah bermain menggunakan bahan maujud
(Jam Abjad) bagi membantu murid menguasi abjad sekali gus membantu murid dalam
kemahiran membaca.
Hasil daripada kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada pihak tertentu
terutama sekali para ibubapa, guru serta pihak sekolah agar memberi kesedaran kepada
mereka akan pentingnya memberi perhatian kepada masalah mengenal abjad sekaligus dapat
membantu untuk menangani masalah ini, dan secara tidak langsung dapat membasmi buta
huruf dalam kalangan murid sekolah rendah khususnya di sekolah pedalaman. Sehubungan
dengan itu, secara tidak langsung mampu mencapai hasrat negara bagi merealisasikan modal
insan yang berilmu pengetahuan tinggi sesuai dengan perkembangan era globalisasi pada
masa kini

2
OBJEKTIF KAJIAN
Bagi menejelaskan keberkesanan kaedah bermain dapat memupuk minat murid tahun 1
mengenal abjad, oleh itu kajian ini bertunjangkan kepada satu objektif utama seperti beriut:
i. Mengenal pasti keberkesanan kaedah bermain membantu meningkatkan minat
murid tahun 1 mengenal abjad.

PERSOALAN KAJIAN
Kajian yang akan dijalankan ini akan cuba untuk merungkai dan memberi jawapan kepada
persoalan kajian seperti berikut:

i. Sejauhmanakah Jam Abjad boleh meningkatkan minat murid Tahun 1 dalam


mengenal abjad?

TINJAUAN LITERATUR
Penyelidikan yang telah dilaksanakan ini adalah diperolehi berdasarkan sorotan beberapa
kajian lepas yang pernah dijalankan. Melalui kajian-kajian yang lepas juga, pengkaji telah
mendapat inspirasi untuk merancang sesuatu tindakan untuk membantu murid mengecam dan
mengenal huruf melalui teknik bermain.
Membaca adalah proses tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan
bertulis, ini adalah menurut Harris dan Sipay (1980) dipetik dalam Yahya Othman (2004).
Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan
menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman
dan akhirnya dapat mentafsirkan maksudnya. Kebolehan membaca ini akan dapat dikuasai
oleh murid prasekolah sekiranya asas dalam bacaan iaitu mengenal huruf A-Z dapat dikuasai
dengan sepenuhnya.Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak sejak mereka lahir.
Main adalah merupakan aktiviti utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek
fizikal, intelek, sosial dan emosi. Menurut Jean Piaget (1962), dipetik dalam Mok Soon Sang
(2009) berpendapat bahawa, tujuan main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-
kanak di samping memperkukuh pembelajaran yang baharu diadakan, sementara
membenarkan pembelajaran baharu dijalankan dalam suasana yang releks. Di bawah konteks
pendidikan pula, main ialah satu kaedah dan teknik mengajar yang memberi peluang kepada
murid-murid melakukan aktiviti berpura-pura dibawah keadaan terkawal. Oleh kerana aktiviti
bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, maka proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah
berasaskan kepada bermain. Sarascho (1986) dipetik dalam Kasnani Abdul Karim, et.al
(2006) menyatakan

“Play serves an important in kognitif, creative, language, social and


physical development of young children”. Play, which allows children to
choose their learning focus and which fosters a broad range of
developmental goals, should be included as an essential leaning element
(Bergen 1988, Kats, 1989).
Menurut Ellis (1973) dan Fein (1981) dalam Arousal Modulation Theories dipetik
dalam Kasnani Ab Karim, et al menyatakan bahawa main akan meransang minda, fizikal dan
persepsi kanak-kanak. Main mempunyai lima ciri penting iaitu memberi motivasi dalaman
dalam kanak-kanak, murid dapat memilih secara bebas, menyeronokkan, semua murid dapat
melibatkan diri dan membantu memudahkan proses pembelajaran. Kanak-kanak yang

3
bersekolah rendah berada pada peringkat perkembangan kognitif praoperasi. Dalam tahap
perkembangan ini biasanya murid belajar dengan aktif dan memerlukan perkembangan yang
berterusan serta keterlibatan secara langsung untuk membantu proses perkembangan bahasa,
kognitif, sosial dan fizikal. Maka tugas sebagai guru adalah mengembangkan potensi yang
sememangnya ada di dalam diri murid dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan bagi
menarik minat mereka untuk melibatkan diri dalam setiap pelaksanaan aktiviti yang
dilaksanakan. Aplikasi teknik belajar sambil bermain telah digunakan dengan menggunakan
bahan maujud yang telah dihasilkan sendiri bagi menarik minat murif untuk melibatkan diri
secara aktif dalam kajian ini.
Bermain dengan menggunakan bantuan pelbagai bahan bantu belajar (BBB) maujud
yang disediakan oleh guru juga sebenarnya adalah pemangkin kepada keseronokan untuk
belajar sesuatu yang baharu. Menurut Atan Long (1982), beliau mengatakan bahawa dengan
adanya bantuan daripada bahan bantu mengajar yang disediakan oleh guru, maka murid-
murid akan dapat membina konsep-konsep dengan tepat dan seterusnya mengaitkan konsep-
konsep baharu tersebut dengan pengalaman yang lalu dan masa kini untuk menjadikan
sesuatu pembelajaran itu terang dan bermakna. Gabungan kaedah bermain dalam mengenal
huruf menggunakan bahan bantu belajar iaitu Jam Abjad ini. Melalui usaha yang murni ini
akan dapat memberikan satu hasil yang dapat mengubah cara dan teknik mengenal abjad
dalam pendidikan dan seterusnya dapat membantu sistem pendidikan untuk melahirkan lebih
banyak modal insan yang celik huruf sejak dari bangku prasekolah lagi.
Menurut Yahya Othman (2004), pendekatan untuk mengajar bacaan bagi peringkat
awal ini terbahagi kepada dua peringkat dan salah satu peringkat tersebut adalah
menggunakan Pendekatan Binaan (sintetik). Bagi pendekatan binaan ianya terbahagi kepada
tiga kaedah yakni kaedah abjad iaitu melatih murid menyebut dan menghafal huruf daripada
“A” sehingga “Z”. Kaedah yang kedua ialah kaedah suku kata iaitu penekanan kepada dua
jenis huruf iaitu vokal dan konsonan. Huruf konsonan dicantumkan dengan huruf vokal bagi
membentuk suku kata dan akhirnya suku kata pula digabungkan untuk menjadi perkataan.
Kaedah yang ketiga dalam pendekatan binaan ini ialah kaedah fonik iaitu lebih menekankan
kepada bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf dan bukannya nama huruf. Kaedah ini sukar
dilaksanakan terutamanya dalam membentuk huruf konsonan. Kajian yang laksanakan ini,
hanya akan berfokus kepada satu kaedah dibawah pendekatan binaan bagi membantu murid
mengenal serta mengecam huruf dengan menggunakan kaedah yang pertama iaitu kaedah
abjad. Kaedah ini adalah sangat sesuai digunakan sebagai permulaan untuk memperkenalkan
huruf kepada subjek kajian yang telah dipilih.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini secara umumnya adalah jenis kualitiatif dalam bentuk deskriptif yang
mengukur keberkesanan amalan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu
dan bertema dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian tinjauan ini dijalankan di sebuah
sekolah rendah daerah Kapit.

INSTRUMEN KAJIAN

Kamus Dewan (1998), mendefinisikan pemerhatian sebagai pengawasan atau penelitian.


Secara spesifiknya, pemerhatian adalah sama maksud dengan perkataan persepsi
(perception), iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu),
pandangan (menerusi pancaindera) atau tanggapan. Pemerhatian ini boleh dilakukan dengan

4
memerhati tingkah laku, kecenderungan murid, kekuatan serta kelemahan, sosial dan
pergaulan, emosi, kehendak serta minat murid. Baker (2006) menyatakan bahawa:

“ the value of observation is that it permits researchers to study people in theory native
environment on order to understand ‘things’ from their perspective”.

Mizan (2001) menyatakan bahawa pemerhatian dibuat secara berpilih dan pemerhatian ini
juga menggalakkan perkembangan individu yang memerhati. Menurutnya lagi, sekiranya
yang memerhati ialah seorang guru, dia bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran
mengajar, tetapi juga meningkatkan pemahamannya terhadap murid. Oleh itu, pemerhatian
telah dibuat secara tidak langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
pemerhatian secara tidak langsung tersebut, sedikit gambaran tentang kemahiran mengenal
huruf dalam kalangan murid dapat dilihat. Semasa pelaksanaan tindakan juga, rakaman video
telah digunakan sebagai medium utama instrumen pemerhatian. Rakaman video yang dibuat
telah di analisis dan dijadikan sebagai rujukan bagi melihat proses perjalanan tindakan yang
telah dilaksanakan

Menurut Cannell dan Kahu (1968) dipetik dalam Mok Soon Sang (2010), temubual boleh
ditakrifkan sebagai perbualan di antara dua pihak melalui inisiatif penemubual dengan tujuan
memperolehi maklumat yang releven untuk kajian, dan difokus olehnya suatu kandungan
spesifik yang ditentukan seperti objektif deskripsi, ramalan atau huraian dengan secara
sistematik. Oleh itu, dalam kajian ini, temu bual tidak berstruktur telah digunakan bagi
menemubual peserta kajian bagi mengetahui pandangan serta perasaan mereka terhadap
pengajaran serta pembelajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran yang akan
dilaksanakan. Soalan temubual ini telah digunakan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan
selepas tindakan. Rajah di bawah menunjukkan soalan yang diajukan kepada mereka.

Soalan temubual bersama murid :

1. Adakah awak berasa seronok belajar mengenal dan menyebut abjad?


2. Adakah awak dapat mengenal dan menyebut abjad yang ditunjukkan secara rawak?
3. Adakah cara cikgu mengajar dengan hanya menggunakan papan tulis dan kad imbasan akan
membantu anda mengingati abjad yang ditunjukkan?
4. Apabila cikgu menggunakan jam abjad yang mempunyai pelbagai jenis warna, adakah anda
dapat mengenal dan menyebut abjad itu dengan mudah?
5. Apakah yang kamu suka atau tidak suka sepanjang cikgu mengajar kamu?
Selain itu, temu bual bersama guru yang mengajar juga dilaksanakan bagi mendapatkan lebih
banyak maklumat. Kandungan temu bual dengan guru adalah berkaitan prestasi dan minat
murid dalam mengenal dan menyebut abjad yang ada serta teknik pengajaran yang digunakan
sebelum ini. Justeru, analisis dapat dibuat berdasarkan ulasan dan respon yang diberikan dan
seterusnya membuat penambahbaikan terhadap kajian yang dijalankan. Berikut adalah antara
soalan yang diajukan kepada guru.

Soalan temubual bersama guru tahun 1 :

1. Secara keseluruhan, pada tahap manakah kemahiran mengenal dan menyebut abjad murid di ini?
2. Apakah yang dilakukan oleh cikgu dalam membantu murid mengenal dan menyebut abjad dengan
lancar ?
3. Bagaimanakah tahap perkembangan tiga orang peserta yang saya kaji terutama dalam mengenal
dan menyebut abjad sejak di awal persekolahan lagi?
4. 5
Apakah teknik yang cikgu lakukan bagi membantu tiga orang murid ini pada sesi pengajaran dan
pembelajaran yang cikgu laksanakan sebelum ini?
5. Pada pendapat cikgu, adakah tiga orang murid ini mempunyai peluang untuk mengenal dan
menyebut abjad dengan lancar dan betul?
Analisis dokumen pula amat penting bagi mengenali dengan lebih mendalam akan tahap
perkembangan murid berkenaan dari pelbagai aspek. Maisarah dan Latifah (2012)
menyatakan bahawa analisis dokumen digunakan untuk mencari data-data yang berasaskan
kepada penulisan dan dokumentasi bertulis. Contoh analisis dokumen yang ada ialah Ujian
Diagnostik, Ujian Lisan dan fail peribadi murid itu sendiri. Maka dalam kajian ini beberapa
analisis dokumen seperti analisis hasil kerja murid dan analisis fail peribadi murid digunakan.
Analisis ujian pengesanan berdasarkan hasil kerja peserta kajian yang terlibat juga telah
digunakan sebagai salah satu kaedah untuk mengenal pasti masalah mengenal abjad dalam
kalangan murid yang terlibat. Untuk ujian pengesanan tersebut, pengkaji telah meminta setiap
murid berkenaan untuk menyebut abjad yang ditunjukkan secara rawak dan mengikut urutan.
Hasil daripada ujian tersebut, dapat dikenal pasti bahawa terdapat tiga orang murid yang
masih belum dapat mengenal dan menyebut abjad yang ditunjukkan. Ini menyebabkan
pengkaji mengambil mereka bertiga sebagai subjek dalam kajian ini dengan harapan yang
tinggi untuk membimbing dan membantu mereka mengenal dan menyebut abjad seiring
dengan kemampuan rakan-rakan mereka yang lain.

SAMPEL KAJIAN
Sampel kajian yang akan difokuskan dalam kajian ini adalah murid tahun 1, Sekolah
Kebangsaan Berjaya, Kapit. Seramai tiga orang murid iaitu dua orang lelaki dan seorang
perempuan yang telah terlibat dalam kajian ini yang mana ketiga-tiga orang murid ini
mempunyai masalah yang sama iaitu belum mengenal abjad A hingga Z dengan betul.
LOKASI KAJIAN
Kajian dijalankan di daerah Kapit, Sarawak. Daerah Kapit dimana dahulunya dikenali juga
sebagai bahagian Ketujuh dalam Sarawak meliputi kawasan pedalaman selepas bahagian
Sibu. Luas kawasannya adalah 38,934 km persegi. Kawasan pentadbiran bahagian Kapit
merangkumi daerah Kapit, Belaga dan Song.Pentadbiran pendidikan di Kapit telah ditadbir
dibawah Pejabat Pendidikan Daerah Kapit. Daerah Belaga termasuk Song masing-masing
mempunyai pejabat pendidikan daerah kecil dimana masih ditadbir dibawah Pejabat
Pendidikan Daerah Kapit.
Kajian ini melibatkan semua sekolah rendah di daerah Kapit termasuk sebuah
sekolah jenis kebangsaan Cina yang berjumlah 45 buah ke semuanya. Kajian ini
merangkumi semua sekolah termasuk sekolah pedalaman 1, pedalaman 2 dan pedalaman 3

6
1. Menarik dan
mengekalkan
tumpuan
peserta

Bukti yang 2. Meransang


4. menunjukkan peserta untuk
Meningkatka peserta minat mengutarakan
n motivasi untuk pelbagai
peserta mengenal soalan
abjad

3. Peserta
kelihatan
seronok dan
ceria
mempelajari
abjad

DAPATAN KAJIAN

Ringkasan yang menunjukkan peserta minat untuk mengenal abjad.


Dalam menjawab soalan ini, beberapa instrumen telah digunakan untuk mengenal pasti di
mana Jam Abjad ini mampu menarik dan meningkatkan minat peserta bagi mengenal abjad

7
yang telah diperkenalkan ataupun sebaliknya. Instrumen yang digunakan adalah temubual
bersama murid yang terlibat. Berikut adalah antara transkripsi temu bual antara guru dan
murid yang terlibat.

Rajah 4 : Transkripsi temu bual bersama Amin.

Saya : Seronok tak dapat baca?

Ali : Ya, seronok. Saya boleh kenal A hingga P dah cikgu ( dengan muka yang gembira)

Saya : Suka tak main jam abjad sambil baca?

Ali : Saya suka. Hari-hari saya nak main jam abjad. Abjad tu ada banyak warna. Saya suka
tengok. Saya boleh buka abjad tu cikgu. Saya suka pegang sambil kenal abjad.

Saya : Lepas ni bolehlah awak baca dengan lancar macam kawan-kawan awak.

Ali : Mestilah. Saya boleh ikut baca dengan kawan-kawan dah.

Rajah 4.5 : Transkripsi temu bual bersama Ali.


Daripada temu bual tersebut, jawapan yang diberikan oleh Amin dan Ali dapat
menggambarkan sepenuhnya keberkesanan kaedah tersebut terhadap pembelajaran dan
motivasi mereka. Jika diteliti dengan sepenuhnya, sememangnya kaedah bermain dengan
menggunakan jam abjad dapat menarik dan mengekalkan tumpuan mereka sehingga akhirnya
mereka berjaya mengenal 16 abjad yang telah diperkenalkan. Bagi diri Amin, melalui
pemerhatian mendapati bahawa perubahan yang sangat ketara dapat diperhatikan dalam
dirinya iaitu perubahan dari segi sikap, keyakinan, dan motivasi untuk mempelajari sesuatu
yang baharu. Ini adalah perubahan yang sangat bertentangan dengan diri Amin ketika kali
pertama membuat pemerhatian terhadap sikap dan motivasi yang ditunjukkan dalam
mengenal dan menyebut abjad. Seperti yang telah dijelaskan didalam Bab 2, ciri-ciri yang
ada di dalam diri Amin adalah dia merupakan seorang murid yang cepat lupa dan kurang
memberikan tumpuan terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Boleh dikatakan
bahawa tumpuan Amin hanya setakat 10 minit dan selepas daripada itu, Amin tidak akan
memberi tumpuan dan tidak mengendahkan sesi pdp guru sekiranya aktiviti yang

8
dilaksanakan oleh guru tersebut tidak menarik perhatian Amin. Namun begitu, satu perkara
yang luar biasa dapat ditunjukkan oleh Amin apabila Amin dapat menumpukan perhatian
yang khusus dan lama terhadap permainan jam abjad yang diperkenalkan ini. Apabila ditanya
mengapa dia suka bermain jam abjad, jawapanya adalah kerana dia suka melihat warna-
warna yang ada pada abjad tersebut dan juga kerana dia dapat menyentuh dan mengalihkan
abjad tersebut mengikut tempat yang disukainya. Ini jelas membuktikan bahawa kaedah ini
mampu menarik dan meningkatkan minat murid disebabkan oleh pengolahan bahan bantu
belajar yang berwarna-warni serta mudah alih sesuai dengan minat murid tersebut.
Semasa pelaksanaan ini, Amin dan dua orang lagi murid kelihatan sangat seronok dan
ceria dalam mempelajari abjad yang ada. Keseronokkan yang terpancar diwajah mereka
cukup memberikan semangat kepada saya bagi memberikan yang terbaik kepada mereka.
Walaupun secara hakikatnya mereka bertiga ini agak sukar menerima sesuatu pembelajaran
yang baharu namun tidak salah andainya cuba untuk menerapkan kecintaan terhadap sesuatu
yang mereka sukar kuasai yang akhirnya akan meningkatkan motivasi mereka untuk terus
mempelajari pembelajaran yang mereka anggap sesuatu yang membosankan bagi mereka
sebelum ini. Maka kini, hasilnya telah dapat dilihat apabila ketiga-tiga orang peserta kajian
telah menunjukkan pencapaian yang baik dan keseronokkan untuk mempelajari abjad dapat
diwujudkan dalam diri mereka bertiga. Pepatah ada mengatakan “belum cuba, belum tahu,
dah cuba baharulah tahu”. Oleh itu, pepatah itu dijadikan sebagai pemangkin motivasi untuk
membantu semua murid yang sememangnya tegar dalam mengenal dan menyebut abjad.
Dengan kesabaran yang ada, maka kini dapat menarik nafas lega kerana sekurang-kurangnya
usaha dan penat lelah menyalurkan ilmu kepada peserta kajian yang terlibat tidak sia-sia.
Semasa dalam tempoh melaksanakan kajian dengan berbantukan bahan bantu belajar (BBB)
ini, pelbagai soalan yang diajukan oleh peserta berkenaan dengan jam abjad yang telah
menarik minat mereka. Contoh soalan yang sering diajukan adalah “cikgu, jam ni untuk
apa?”. “huruf warna hijau huruf apa?”, “cikgu, jari jam ni boleh diputar tak?”, “cikgu, kita
main guna jam ni ke?”, dan pelbagai lagi soalan yang mereka ajukan. Ini membuktikan
bahawa sememangnya jam abjad tersebut dapat menarik minat mereka untuk mengikuti sesi
bimbingan yang diberikan.
Di samping itu, melalui pelaksanaan kaedah ini juga, didapati bahawa motivasi murid
yang terlibat telah dapat ditingkatkan sedikit demi sedikit dengan adanya bimbingan yang
tidak pernah putus daripada guru. Peningkatan motivasi ini adalah sangat penting bagi
menjamin murid tersebut untuk sentiasa mempelajari sesuatu secara berterusan agar
pemahaman dan ingatan murid dapat dikekalkan. Hal ini boleh dibuktikan dengan jawapan
daripada temu bual yang telah dilaksanakan bersama Amin dan Ali. Keyakinan dan semangat
Amin dan Ali dalam menjawab soalan yang diajukan mampu memberi gambaran yang jelas
bahawa motivasi peserta kajian tersebut telah dapat dipupuk untuk terus mempelajari abjad.
Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka tidak berasa rendah diri lagi apabila
diminta untuk mengenal sesuatu abjad di hadapan rakan-rakannya. Amin kini adalah seiring
tahap pembelajarannya bersama dengan rakan-rakannya yang lain, begitu juga dengan Ali.
Guru hanya perlu menggilap dan mengasah sedikit sahaja lagi bagi mengukuhkan maklumat
yang terdapat pada skema pemikiran mereka.
Dapat dilihat perubahan yang berlaku terhadap semua murid, Amin yang dahulunya
mudah hilang tumpuan terhadap sesuatu pembelajaran terutama sekali yang melibatkan
mengenal dan menyebut huruf, kini telah menunjukkan perubahan yang positif dimana
tumpuan Amin terhadap apa yang disampaikan semasa dalam bimbingan telah dapat
dikekalkan. Kesabaran Amin dalam menunggu giliran bagi bermain dengan jam abjad juga
telah dapat dipupuk sejak kali pertama tindakan ini dilaksanakan. Penerangan dan penerapan
nilai dalam diri peserta telah disemai bagi membolehkan mereka sentiasa bersabar dan
bertoleransi semasa bermain dengan jam abjad tersebut. Motivasi dan kata-kata semangat

9
juga telah diberikan kepada peserta bagi membolehkan mereka bersemangat untuk
mempelajari abjad. Kata-kata semangat yang diberikan sedikit sebanyak telah mengubah
persepsi peserta kajian mengenai pembelajaran mengenal dan menyebut abjad. Jika sebelum
ini persepsi mereka mengenai pembelajaran mengenal abjad adalah membosankan, namun
setelah kaedah ini dilaksanakan persepsi mereka mengenai pembelajaran abjad telah berubah
sepenuhnya iaitu berubah menjadi satu keseronokkan dan kegembiraan bagi mereka untuk
belajar mengenal dan menyebut abjad.

Gambar 3: Ali dan Amin kelihatan seronok Gambar 4: Siti sentiasa menunjukkan
dapat bermain jam abjad bersama-sama. kesungguhan dalam mempelajari abjad yang
ada

Jika dilihat pada diri Ali pula, sebelum ini Ali sukar mengeluarkan suara semasa
disuruh menyebut abjad yang ditunjukkan mahupun menjawab apa sahaja soalan yang
diajukan. Tetapi kini Ali tidak lagi bersikap sebegitu kerana keyakinan pada diri Ali telah
dapat dipupuk melalui pelaksanaan kaedah yang telah dilaksanakan. Ali diberi kebebasan
bertanya, berinteraksi, bersoaljawab bersama rakan dan guru, bebas bermain dengan
menggunakan jam abjad dan sebagainya semasa dalam proses membantu mereka. Dengan
kebebasan dan kepercayaan yang diberikan telah membantu Ali mengubah sikap pemalu atau
sikap sukar mengeluarkan suara apabila berada di hadapan orang lain. Melalui sikap yang
ditunjukkan oleh Ali, telah menimbulkan kesedaran kepada saya bahawa seorang guru tidak
harus membuat persepi terhadap diri seseorang murid melalui apa yang dilihat pada luaran
murid tersebut, tetapi seorang guru perlu mendalami dan menyelami sikap dalaman yang
terdapat dalam diri murid. Hal ini kerana, apa yang ditunjukkan oleh murid secara luaran,
adalah tidak sama dengan apa yang terkandung pada dalaman mereka. Cuma bagaimana
seseorang guru itu dapat menyelami sikap sebenar murid tersebut adalah bergantung pada
kebijaksanaan dan kreativiti seseorang guru itu. Dengan keyakinan yang ada pada diri Ali,
secara tidak langsung telah membantu Ali mengenal kesemua abjad yang telah diperkenalkan
dengan baik berbantukan kepada jam abjad yang telah disediakan.
Bagi diri Siti pula, dapat dilihat keseronokkan pada diri Siti setiap kali proses
bimbingan dilaksanakan telah membantu Siti mengenal beberapa abjad yang ditunjukkan.
Walaupun Siti hanya dapat mengenal beberapa abjad sahaja, namun ianya sudah cukup
membuktikan bahawa ada sinar harapan untuk Siti mengenal abjad yang ada dengan bantuan
daripada guru dan bahan bantu belajar yang sesuai dengan minat Siti. Sebenarnya salah satu
faktor yang menyebabkan Siti sukar memahami dan mengingati abjad yang ada, adalah
disebabkan oleh ketidakhadiran Siti ke sekolah. Melalui penelitian terhadap buku kehadiran
guru yang mengajar adalah di dapati bahawa peratusan kehadiran Siti ke sekolah adalah
sangat rendah jika dibandingkan dengan murid yang lain. Dalam seminggu hanya dua ke tiga
kali sahaja Siti menghadirkan diri. Ini menyebabkan agak sukar bimbingan dibuat dan
menyebabkan Siti ketinggalan jauh daripada rakan-rakan yang lain. Walau bagaimanapun,
pengkaji tetap berusaha dan memberi bimbingan yang sepenuhnya semasa Siti hadir ke

10
sekolah walaupun hakikatnya agak sukar untuk membantu Siti mengenal dan menyebut 16
abjad yang diperkenalkan.

PERBINCANGAN
Kajian tindakan ini telah dirancang dan dilaksanakan dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Perubahan yang paling ketara berlaku dalam kalangan murid adalah dua daripada
tiga orang peserta kajian telah dapat menguasai kemahiran mengenal dan menyebut 16 huruf
abjad yang telah diperkenalkan kepada mereka dengan menggunakan kaedah bermain sambil
belajar menggunakan jam abjad. Walaupun salah seorang daripada peserta kajian ini belum
dapat menguasai sepenuhnya 16 abjad yang telah diperkenalkan, namun begitu perubahan
dalam mengenal beberapa abjad yang ditunjukkan membuktikan bahawa ada sinar harapan
untuk murid tersebut mengenal abjad yang telah di perkenalkan. Ini akan dapat dicapai
sekiranya murid tersebut dapat menghadirkan diri ke sekolah setiap hari.
Lain daripada itu, keberkesanan Jam Abjad yang telah dilaksanakan ini juga telah
mengubah persepsi mereka bertiga bahawa belajar mengenal dan menyebut abjad bukanlah
sesuatu yang membosankan. Jika sebelum ini murid kelihatan kurang berminat mengenal
abjad, namun setelah pelaksanaan kaedah bermain dengan menggunakan jam abjad, murid
kelihatan sangat berminat untuk menyukai kemahiran yang perlu mereka kuasai ini iaitu
kemahiran mengenal dan menyebut abjad. Perhatian peserta kajian dapat dikekalkan apabila
abjad yang mempunyai pelbagai warna telah digunakan dalam menghasilkan bahan bantu
belajar ini. Mereka kerap menimbulkan persoalan seperti “cikgu, kenak huruf ya ada warna?”
atau “ Gu, huruf apa ya, nak warna merah ya?”. Persoalan-persoalan yang diajukan inilah
yang menjadi bukti dan ukuran bahawa peserta kajian mula berminat untuk belajar mengenal
dan menyebut abjad. Perkara beginilah yang harus dipupuk dalam diri generasi muda
terutama sekali ketika mereka berada dibangku sekolah rendah lagi. Seperti kata pepatah
“melentur buluh, biarlah daripada rebungnya” dan juga sejajar dengan kata pujangga
“belakang parang kalau diasah, lagikan menjadi tajam”. Justeru, peranan guru dianggap
sangat penting ibarat senjata yang paling ampuh dalam usaha menyebarluaskan kefahaman
dan memperkembangkan kemahiran mengenal abjad agar seterusnya menjadikan murid yang
dilahirkan kelak mahir membaca. Saya berasa sangat bersyukur kerana kaedah baharu yang
saya perkenalkan ini telah dapat diterima oleh murid dan keberkesanan kaedah ini juga
menunjukkan hasil yang sangat memberansangkan.
Namun begitu, apabila kaedah bermain sambil belajar dengan menggunakan jam
abjad ini dilaksanakan, didapati bahawa peserta kajian seronok dan tertarik untuk
mempelajari abjad yang terdapat pada jam abjad tersebut. Penggunaan deria penglihatan dan
deria sentuhan telah di aplikasikan dalam penghasilan bahan bantu belajar bagi memberikan
pengalaman yang menarik kepada peserta kajian semasa mempelajari abjad. Peserta kajian
dapat menyentuh dan merasa bentuk dengan menggunakan deria sentuhan bagi setiap abjad
yang mudah alih itu. Di samping itu, dapat memperkukuh ingatan mereka terhadap bentuk
abjad tersebut dengan berbantukan kepada penggunaan warna warna yang dapat menarik
perhatian mereka seperti warna merah, hijau, biru, kuning dan sebagainya. Penggunaan
warna ini adalah sangat membantu kerana sistem otak murid akan cepat memproses dan
mengingati warna warna yang mereka lihat. Ini telah terbukti berdasarkan hasil kajian para
tokoh dan ilmuan berdasarkan penggunaan warna dalam meningkatkan ingatan dan
mengukuhkan konsep yang ingin disampaikan oleh guru.
Menurut Hajijah Hassan (2008) dalam Juliza Rosli (2010), penggunaan warna dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid-murid menguasai konsep yang
ditumpukan. Berdasarkan Alaimmah Ali (2008) kajian yang menggunakan teknik pen
berwarna berjaya mengurangkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar dan huruf

11
kecil. Teknik menggunakan warna tersebut berjaya membantu murid-murid kendaliannya.
Sebagai seorang guru, pengetahuan asas mengenai warna penting bagi membantu untuk
menonjolkan mesej yang hendak disampaikan kepada anak didiknya Norriati A et al (2009).
Kanak-kanak juga gemar kepada warna yang terang dan vibran seperti warna merah, kuning
dan jingga Noriati, et al, (2009). Menurut Atan Long (1983) dalam Ahmad Mohammad
Salleh (2003) pula, alat yang menggunakan warna dan bentuk yang unik akan lebih menarik
perhatian. Demikian juga alat-alat yang dapat dipandang, didengar dan dirasa akan lebih
mendatangkan kesan.
Goh (2006) dalam Noriati (2009) menyatakan apabila pelajar mendengar penjelasan
teks sambil melihat kepada grafik berkaitan yang dipaparkan, mereka bukan hanya cuba
menambahkan maklumat ke dalam stor ingatan tetapi juga cuba memahami bahan
penyampaian dengan memilih teks dan grafik yang relevan secara aktif, mengolah ke dalam
model mental verbal dan model mental visual serentak serta mengintegrasikan model-model
tersebut.
Dengan berpandukan kepada kajian-kajian terdahulu ini, maka terhasillah satu inovasi dalam
pendidikan bagi membantu murid mengenal dan menyebut abjad dengan cara yang
menyeronokkan. Di sini dapat dirumukan bahawa seorang guru perlulah mempunyai inovasi
dalam setiap kaedah pengajarannya. Usaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai
sesuatu permasalahan yang timbul adalah perlu bagi menjadikan seorang guru lebih
berinovasi dalam menyelesaikan isu permasalahan yang timbul dengan mengunakan kaedah
atau tindakan yang sesuai.
Namun begitu, dengan menggunakan dan mengaplikasikan kaedah ini dalam dunia
pendidikan, murid bukan sahaja dapat mengenal dan menyebut abjad yang diperkenalkan,
namun begitu keseronokkan belajar dengan menggunakan kaedah dan bahan bantu belajar
yang disediakan menjadikan dunia persekolahan menjadi sesuatu yang memberi keterujaan
untuk murid-murid ini dalam mempelajari sesuatu yang baharu kepada mereka. Ini memberi
kesedaran kepada saya bahawa menjadi bakal seorang guru yang akan mendidik anak bangsa
di alaf ke-21 ini memerlukan daya kreativiti dan pembaharuan dalam menyampaikan sesuatu
pengajaran kepada murid sejajar dengan tahap kebolehan dan minat murid yang seiring
dengan perubahan semasa corak pendidikan di negara ini. Hal ini adalah selaras dengan
pendapat Mok Soon Sang, 2012 yang menyatakan bahawa seorang guru itu perlulah
memperlihatkan reformasi dan inovasi dalam pendidikan serta perubahan kurikulum dalam
perpesktif yang positif atau yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, murid,
masyarakat dan negara. Menurut beliau lagi, ciri berpandangan positif yang perlu ditonjolkan
dalam kualiti professional keguruan adalah seperti peka kepada perubahan, sedar tentang
keperluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran dan juga mempunyai inovasi dalam
tugas. Ini jelas menunjukkan bahawa saya sebagai bakal guru prasekolah perlulah bersikap
proaktif dalam melengkapkan diri dengan ciri-ciri guru yang telah disenaraikan.

KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji berpendapat bahawa seharusnya
kemahiran literasi seseorang itu harus dipupuk sejak kecil lagi. Kanak-kanak harus
didedahkan dengan literasi sebelum memasuki alam persekolahan yang lebih formal bagi
mengelakkan mereka mengalami masalah ketika di dalam bilik darjah. Ibu bapa haruslah
tidak mengabaikan pendidikan awal kanak-kanak dan menurut Azizah (2002) pendidikan
tersebut adalah penting kerana 90% daripada perkembangan otak berlaku secara optimum
sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun. Pendapat beliau itu sangat saya sokong
kerana banyak kajian membuktikan bahawa kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan
awal sebelum melangkah ke alam persekolahan akan mengalami kesukaran dalam 4M

12
berbanding mereka yang mempunyai pendidikan awal. Guru turut memainkan peranan dalam
mempertingkatkan tahap bacaan kanak-kanak dengan mengenal pasti dahulu tahap murid
sebelum menjalankan sebarang sesi pengajaran supaya dapat kita memupuk minat murid
tersebut.

RUJUKAN
Adli Aziz Abdillah (2012). Mimik Mukaku. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan
IPBL, 169-185.
Ahmad Mohammad Salleh (2003). Kursus Perguruan Lepasan Izajah
Pendidikan ISLAM – Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti.
Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin ( 2011). Pengantar Penyelidikan
Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Selangor Darul Ehsan :
Penerbitan Multimedia.
Alaimmah Ali (2008). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar dan
Noktah bagi Murid 1 Kenanga (Intervensi) Menggunakan Teknik Pen
Warna Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai.
Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Selangor : Fajar Bakti.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat. Selangor : Dawama
Boon Poon Ying, Noriati A.Rashid Syarifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid
dan ALam Belajar. Shah Alam : Penerbit Oxford Fajar.
Carrolina Anak Anuar (2012). Dadu Vokal Ajaib. Dirujuk pada 21 Mac 2015,
dilaman sesawang: http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/
BukuKoleksi/2012/PRA/5.%2 Carol.pdf

Fatimah Hj Bakri (2012). Asas Kemahiran Membaca Kanak-Kanak Prasekolah.


Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PGSR IPBL, 44-62.
Felicia Michael ( 2012). Biskut Huruf Meningkatkan Bacaan. Dirujuk pada 21
Mac 2015, dilaman sesawang:
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/
PRA/8.%20Felicia.pdf
Hajijah Hasan (2008). Kaedah Mesra Warna dalam Kalangan Pelajar Tingkatan
Lima. Kajian indakan Sempena Hari Profesionallisme SMK Majakir Papar.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat.
Selangor : Dawama
Lee Chiong Wee (2012). Pembelajaran Visual dalam Usaha Meningkatkan
Tahap Kefahaman Murid Prasekolah. Koleksi Artikel Penyelidikan
Tindakan PISMP IPBL, 85-97.
Lisah Binti Chong Vui Fah ( 2011). Penelitian Teknik Menyemak Data Dalam
Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Dirujuk pada 22 Mac 2015, dilaman
Sesawang :
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/JurnalActionResearch/
2011/4%20Lisah%20 Artikel%20TEKNIK%20MENYEMAK%20DATA.pdf
Maisarah Saidin dan Latifah Abdul majid (2012). Pembentukan Jati Diri Kanak-
Kanak Melalui Bahan Bacaan Bahasa Malaysia: Jurnal Hadhari 4 (1)
(2012) 77-102. Dirujuk pada 14 Julai 2015, dilaman sesawang :
www.ukm.my/jhadhari
Mascle, D. (2006). Teach your child the alphabet. Dirujuk pada 20 Mac 2015,

13
dilaman sesawang : http://ezinearticles.com/?Three-Keys-To-Teaching- Your-Child-
The- Alphabet&id=232645
Mok Soon Sang ( 2009 ). Perkembangan kanak-kanak. Ipoh Perak : Penerbit
Multimedia.
Mok Soon Sang ( 2010 ). Penyelidikan dalam Pendidikan, Perancangan dan
Pelaksanaan Penyelidikan. Ipoh, Perak : Penerbitan Multimedia.
Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2004). Panduan
Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Publication.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor ( 2008).
Psikologi Pendidikan . Shah Alam: Oxford Fajar.
Taylor, P.C. & Wallace. (2007). Contemporary qualitative research: Exemplar for
science and mathematics and technology educators. Dirujuk pada 20 Mac
2015, dilaman sesawang :
http://books.google.com.my/booksid=9JszW2c7vUC&pg=
PA91dq=Merriam,S.B.(1992).Qualitativeresearchineducation
Wan Fatmawati Wan Bujang ( 2012). Jom Mengecam ABC. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP IPBL, 56-70.
Yahya Othman ( 2006 ). Mengajar Membaca, Teori dan Aplikasi. Kuala Lumpur :
PTS Profesional.

14

Anda mungkin juga menyukai