Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Wakil Pelajar

Sambutan Hari Guru 2022


SK Petra Jaya

Salam sejahtera

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha Encik Thalasa bin Umik, Guru Besar SK Petra Jaya.

Yang Dihormati Puan Sanisah bt Samsudin Pen. Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati Puan Nur Ain Athirah bt Abullah, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid.

Yang Dihormati Encik Nazamudin bin Bujang, Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Dihormati Puan Haifa bt Ahmad Sarif, Penolong Kanan PPKI.

Yang Dihormati semua guru SK Petra Jaya.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih, kerana memberi peluang dan


kesempatan kepada saya, selaku wakil murid untuk memberikan ucapan, sempena
Hari Guru 2022, yang disambut pada hari ini.

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari keramat bagi mengenang dan menghargai jasa guru.
Tanggal 16 Mei saban tahun telah dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh
yang sama, pada tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu
telah menerima LAPORAN RAZAK, yang telah menjadi Dasar Pelajaran
Kebangsaan, semenjak hari itu.

Tahun ini, Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, telah dipilih sebagai tema Hari Guru.
Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat
mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi. Segalanya
bermula daripada seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan
mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,

Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat
mengenal abc, 1,2,3, one two three dan alif, ba, ta perlulah kita sanjung.
Kesabaran dan kesungguhan mereka melayani karenah kita amatlah besar nilainya.
Jasa itu akan kami kenang hingga ke hujung nyawa.
Rakan sekalian,

Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk menjadi insan
yang cemerlang di dunia dan akhirat. Mereka lah insan yang sedia mendengar
segala masalah kita. Guru lah segala-galanya bagi kami. Oleh itu, guru-guru di
SKC ini merupakan pendidik yang cukup hebat dalam mendidik kami semua.

Guru-guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak
pernah mengenal erti jemu dalam memberikan pelajaran kepada kami semua.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Itu adalah kata-kata Sasterawan Negara, Usman Awang dalam puisinya Guru Oh
Guru.

Saya akhiri ucapan saya dengan memetik kata-kata Solomon Ortiz tentang
pendidikan.

“Education is the key to success in life, and teachers make a lasting impact in
the lives of their students.”

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai