Anda di halaman 1dari 4

SKRIP MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

SK LONG LELLANG
16 MEI 2016
CUE
Sebelum
mula majlis
Ucapan
Aluan-aluan
Penngacara
Majlis

Catatan

SKRIP
Mohon perhatian
Majlis akan bermula sebentar lagi, diharap para hadirin
dapat mengambil tempat masing-masing.
Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai, terima kasih.
Bunga tanjung di tengah pekan,
Tiupan bayu mencelah suria,
Kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.
Yang Berusaha,
Puan Sandra Maran, Yang Dipertua PIBG
En.Willie, Naib Yang Dipertua PIBG
Yang diraikan,
Guru-guru SK Long Lellang,
Staf-staf sokongan SK Long Lellang
Anak-anak murid serta tuan-tuan dan puan-puan yang
dimuliakan sekalian.
Hadirin sekalian,
16 Mei, merupkan tarikh keramat sambutan Hari Guru di
seluruh negara diadakan . Menyedari hakikat bahawa tiada
guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka
pada hari ini kita berkumpul untuk menjayakan sambutan
Hari Guru dengan cara kita.

Bacaan doa

Hadirin dan hadirat sekalian,


Panggilan cikgu adalah keramat,
Bersabar menabur jasa dan bakti,
Doa dibaca memohon berkat,
Moga majlis sentiasa diberkati.
Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna ini,
majlis menjemput En.Willie@ Mada Tauh untuk
memimpin kita dalam bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
~Habis bacaan doa~
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa
itu tadi.

Nyanyian
Lagu
Negaraku
dan Lagu Ibu
Pertiwiku

Acara kita pada pagi ini diteruskan dengan nyanyian lagu


Negaraku dan diikuti oleh lagu Ibu Pertiwiku.
Hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan penuh
semangat sebagai lambang kecintaan kita kepada sekolah
dan negara.
~Habis nyanyian~
Hadirin dipersilakan duduk. Terima Kasih atas nyanyian
sebentar tadi.

Ucapan Naib

Seterusnya pula, majlis menjemput yang dihormati Puan

YDP PIBG

Ucapan AluAluan Guru


Besar

Sandra Maran , selaku Yang DiPertua PIBG mewakili ibu


bapa untuk menyampaikan ucapan sempena sambutan hari
guru ini. Dipersilakan.
~Habis ucapan~
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Sandra di
atas ucapan beliau sebentar tadi.
Pergi ke kota beli selasih,
Anak keriangan senyum ketawa;
Berilah kata simpulan kasih,
Suburkan mesra satukan jiwa.
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Dihormati
Encik Dom Dawin, Guru Besar SK Long Lellang untuk
menyampaikan ucapan beliau serta merasmikan majlis
sambutan Hari Guru kita pada pagi ini.
Majlis mempersilakan.
~Habis ucapan Guru Besar~
Cantik sungguh di anak kedidi, terima kasih diucapkan atas
ucapan Guru Besar itu tadi.

Perutusan
daripada
Ketua
Pengarah
Pelajaran
Malaysia
oleh Cgu
Vernon

Luas sungguh sawah di sana,


Cantik terlihat diwaktu senja,
Engkaulah guru insan bijaksana,
Gigih mendidik berhati waja.
Sidang majlis sekalian, agenda seterusnya adalah membaca
perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Dengan itu majlis menjemput Cikgu Vernon untuk
membacakan teks perutusan tersebut. Dipersilakan.
~Habis membaca perutusan~
Demikianlah tadi teks ucapan daripada Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia. Pastinya segala nasihat dan amanat
akan menjadi ingatan dan pedoman untuk semua khasnya
kepada guru-guru yang kita raikan.Terima kasih kepada
Cikgu Vernon atas bacaan teks perutusan sebentar tadi.

Perutusan
daripada
Menteri
Pelajaran
Malaysia
oleh Cikgu
Jason

Hadirin sekalian,
Tidak ketinggalan juga perutusan daripada Menteri
Pelajaran Malaysia. Dengan itu majlis menjemput Cikgu
Jason Wan Raja untuk membacakan teks perutusan
tersebut. Dipersilakan.
~Habis membaca perutusan~
Demikianlah tadi teks ucapan daripada Menteri Pelajaran
Malaysia. Pastinya segala nasihat dan amanat yang
disampaikan sebentar tadi akan menjadi ingatan dan
pedoman kepada semua guru-guru yang diraikan.Terima
kasih kepada Cikgu Jason atas bacaan teks perutusan
sebentar tadi.

Nyanyian
Lagu Guru
Malaysia /
Ikrar Guru

Simbolik
Sambutan
Hari Guru
( Pemotogan
Kek)

Pemberian
Kasih
daripada ibu
bapa kepada
guru

Penutup

Hadirin yang dihormati sekalian, sambutan Hari Guru tidak


akan lengkap tanpa mendengar laungan Ikrar Guru dan
nyanyian lagu Guru Malaysia. Dengan ini, majlis
mempersilakan semua guru untuk bersama-sama tampil ke
hadapan bagi menyempurnakan bacaan ikrar guru yang
akan diketuai oleh Cikgu Mohd. Faizul dan disusuli dengan
nyanyian lagu Guru Malaysia serta lagu tema hari guru
pada tahun ini iaitu Guru Pembina Negara Bangsa.
~Habis bacaan ikrar~
Pegang kaca harus beringat,
Bimbang terluka susah nanti,
Ikrar dibaca penuh semangat,
Janji tersemat disudut hati.
Setahun sekali nyanyian berkumandang.
Berbakat sekali guru-guru kita.
Demikianlah tadi nyanyian lagu dan bacaan ikrar daripada
guru-guru yang kita sayangi.
Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan Acara
Memotong Kek. Sesungguhnya, inilah simbolik untuk
melambangkan kerjasama saling memberi dan menerima,
susah dan senang sama dirasa. Kek juga lambang
kemanisan dan keindahan hidup bermasyarakat.
Diminta semua guru tampil ke hadapan bagi
menyempurnakan acara.
~Habis acara pemotongan kek~
Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada para
guru di atas kerjasama yang diberikan.
Bagi menghargai jasa para guru sekalian, kita beralih
kepada acara seterusnya iaitu Pemberian Kasih daripada
ibu bapa dan anak murid kepada guru-guru yang mereka
sanjungi.
Dipersilakan.
~Ikut senarai nama jika ada~
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang
telah memberi sumbangan khas sebagai pemberian kasih
bagi guru-guru sebentar tadi.

Dengan berakhirnya acara pemberian kasih sebentar tadi


maka berakhirlah majlis kita pada malam ini.
Jutaan penghargaan & ribuan terima ksih kepada tetamutetamu undangankhas kerana sudi menghadirkan diri
dalam Majlis Sambutan Hari Guru SK Long Lellang bagi
tahun 2016 ini.
Tidak lupa juga kepada hadirin & hadirat sekalian yang
sudi meluangkan masa bersama bagi memeriahkan lagi
suasana majlis.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga kepada


penghuni rumah panjang Long Lellang kerana sudi
memberikan tempat ini bagi kami untuk menyambut Hari
Guru pada malam ini.
Saya mewakili Jawatankuasa Pelaksana Program memohon
maaf seandainya terdapat kesilapan dan kekurangan
sepanjang majlis ini diadakan.

Sebelum mengundur diri, terimalah dua rangkap pantun ini.


Buah pinang di atas para,
Rasanya kelat tidak terkata;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua;
Di lain masa bersua lagi.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai