Anda di halaman 1dari 10

ANALISA TENTANG AKTIVITI PRABACAAN

Membaca ialah asas bagi semua pembelajaran dan pencarian ilmu.


Sekiranya seorang ibu selaku pendidik di rumah, mengajar bayinya membaca
pada usia satu, dua atau tiga tahun maka ia tidak akan gagal untuk belajar
membaca di sekolah pada usia enam, tujuh atau lapan tahun. Kenal huruf dan
kejayaan adalah berpasangan, manakala buta huruf dan kegagalan adalah
pasangan sebaliknya

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca, iaitu kesediaan


untuk bacaan awal atau asas. Ianya meliputi kemahiran pengamatan
pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan
daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan
bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk manakala
aktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman
pengamatan penglihatan dan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata
dan perkataan sebagai pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata.

Antara aktiviti lain bagi memperolehi kemahiran prabacaan ialah aktiviti


membezakan bentuk. Objektifnya untuk mengecam bentuk yang berlainan di
dalam satu set bahan bantu belajar. Aktiviti meneka bentuk juga boleh dijalankan
yang bertujuan mengecam bentuk dengan menggunakan deria sentuh. Aktiviti
lain seperti memadan huruf, yang bertujuan dapat memadankan bentuk huruf
yang sama, aktiviti nama saya, mengeja nama sendiri, mengenal susunan atau
urutan huruf, aktiviti benda-benda di sekeliling saya yang bertujuan mengaitkan
huruf dengan bunyi perkataan, aktiviti mengumpulkan kad huruf, menghasilkan
mobil abjad. Pada peringkat murid di prasekolah atau tadika terdapat banyak
lagi aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti kotak huruf misalnya yang bertujuan untuk mengaitkan
huruf dengan bunyi perkataan. Permainan lain seperti “Di Manakah Saya”,
“Permainan Kad Nama”, “Pokok Nama” dan aktiviti membina perkataan,
Kaedah Abjad

Berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata , perkataan dan


frasa, membaca ayat dan aktiviti mengeja menggunakan Bahan Bantu Belajar
yang sesuai. Kaedah ini juga dikenali kaedah mengeja. Murid perlu
mengenalpasti nama-nama huruf melalui latihan menyebut dan menghafal abjad
a hingga z, huruf besar dan kecil. Penggunaan Bahan Bantu Belajar amat
membantu guru bagi membolehkan murid menguasai aktiviti membaca. Setelah
murid menghafal semua nama huruf, murid perlu di tekankan nama dan bunyi
huruf vokal ( a, e, i, o dan u ). Seterusnya pembentukan suku kata secara
berturutan dan diikuti perkataan iaitu latih tubi mengeja. Pengejaan dilakukan
dengan menyebut nama huruf dan seterusnya diikuti dengan sebutan suku kata.

Kaedah Suku Kata

Dalam melaksanakan aktiviti seperti menyebut nama huruf abjad A hingga Z,


huruf besar dan kecil, menyebut sukukata V(vocal) dan KV (konsonan vocal),
mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat
penggunaan bahan Bantu belajar yang sesuai diperlukan bagi membantu
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kaedah Pandang dan Sebut

Aktiviti utama kaedah ini ialah memandang dan menyebut. Kaedah ini
memerlukan murid melakukan aktiviti menyebut perkataan, mencerakin
perkataan supaya menjadi suku kata. Ia juga dinamakan kaedah seluruh
perkataan kerana pelajarannya bermula dengan memperkenalkan perkataan
terlebih dahulu, barulah huruf atau suku kata. Seterusnya murid dikehendaki
membina dan membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, guru perlu juga
menggunakan bahan bantu belajar seperti kad imbasan, di mana murid
menyebut perkataan-perkataan secara berulang-ulang. Murid sepatutnya
memandang gambar objek yang ditunjuk dan seterusnya menyebut
perkataannya pula. Ini bermakna dalam kaedah ini, langkah pertama menyebut
perkataan, diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Langkah
seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Penggunaan bahan Bantu
belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini.

Kaedah Fonik

Menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyi,


tanpa mengingat nama huruf. Bermula huruf vokal, diikuti konsonan dan
seterusnya pembentukan sukukata serta perkataan bermakna. Aktiviti yang
boleh dilakukan seperti membunyikan huruf dengan asosiasi benda (Bahan
Bantu Belajar). Aktiviti membantangkan sukukata dan perkataan ialah menyuruh
murid menyebut atau membunyikan perkataan tanpa membatang suku kata
menggunakan BBB. Aktiviti seterusnya ialah membaca frasa dan ayat, di mana
dengan menggunakan BBB murid dikehendaki membaca frasa, diikuti aktiviti
membaca ayat yang lengkap.
ANALISA TENTANG AKTIVITI PRATULISAN

Sebagai guru kita boleh menerangkan kepada murid bahawa tulisan (abjad)
adalah alat bahasa dan pemikiran yang telah dihasilkan melalui proses jangka
masa yang begitu panjang, misalnya abjad A, B, C yang kita lihat sekarang
adalah hasil rekaan manusia yang bermula daripada tamadun yang berkurun
lamanya. A mislanya abjad oraang Mesir lebih kurang 3000 tahun sebelum
masehi. Dalam bidang kreativiti, kita perlu mengesan berbagai jenis bentuk dan
makna dari satu-satu perkara. Sebagai contoh abjad W yang mana 2V berjalan
bersama atau 2 gigi jerung, abjad M macam gunung atau W terbalik. Banyak lagi
perkara-perkara dari abjad lain yang boleh dihidupkan bentuk atau ertinya yang
luar biasa yang boleh meningkatkan kreativiti murid dalam mengajar pratulisan.

Pratulisan merupakan aktviti penting sebelum murid melangkah ke Tahun


Satu. Aktiviti ini dijalankan terutama di kelas prasekolah atau tadika. Ianya
merupakan asas untuk untuk kemahiran tulisan mekanis. Menulis merupakan
satu penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang
membentuk perkataan, ayat dan lain-lain. Aktiviti pramenulis ialah tempoh masa
murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum dapat menulis
huruf dengan kemas dan teratur. Latihannya menitikberatkan perkara-perkara
berikut iaitu :-
a. latihan–latihan pergerakan tangan
b. latihan gerakan tangan yang bebas supaya dapat menulis dengan
sempurna
c. latihan pergerakan mata dan
d. latihan koordinasi mata dan tangan.
Latihan-latihan Pergerakan Tangan

Dalam latihan pergerakan tangan,aktiviti seperti menggenggam dan


membuka tangan beberapa kali secara berulang-ulang, menggenggam dan
menghancurkan atau meronyok sehelai daun atau kertas, mengenggam dan
merasa beg yang berisi kekacang dan memegang benda-benda seperti pensel
dengan cara guru menunjukkan cara memegang benda-benda dengan cara
yang betul. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari,
menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan
sebagainya., Aktiviti seperti memasang butang baju dan sebagainya serta latihan
membuka dan mengikat semula tali kasut juga merupakan latihan pergerakan
tangan . Latihan menggerakkan jari ini supaya murid-murid bersedia untuk
menggunakan jari bagi memegang pensel disamping sebagai latihan
penggunaan otot-otot tapak tangan dengan aktiviti membuat bentuk daripada
plastisin, tanah liat atau tepung yang dibancuh dengan air.

Latihan Pergerakan Tangan Yang Bebas Untuk Menulis Dengan Sempurna

Aktiviti gerakan tangan secara bebas yang dilakukan oleh murid ini
bertujuan supaya murid dapat menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu
latihan membentuk garisan lurus, latihan membentuk corak-corak campuran
bulatan dan garis lurus boleh dilakukan secara bebas. Latihan melukis gambar-
gambar mengandungi garisan lurus dan bulat juga termasuk dalam aspek
gerakan tangan secara bebas supaya akhirnya murid dapat menulis dengan
lebih sempurna. Aktiviti bagi tangan juga boleh dilakukan melalui aktiviti melukis
bentuk bebas menggunakan jari di udara, di meja, di lantai, di rumput tanpa
menggunakan alat tulis seperti membentuk bulatan, menulis bentuk-bentuk di
atas pasir atau tanah. Aktiviti merasa huruf sebenar dalam bentuk 3D, Huruf
kertas pasir. Membuat rantai secara bebas turut membantu murid membentuk
huruf akhirnya.
Latihan Pergerakan Mata

Latihan bagi mata seperti menutup kedua-dua mata murid dengan tangan,
membuka mata dan menyebut benda-benda yang ditunjuk atau dipegang oleh
guru. Aktiviti seperti menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang
ditunjuk oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Aktiviti lain
seperti menyebut benda-benda pelbagai saiz yang dipegang oleh guru.
Seterusnya guru boleh menyuruh murid menyebut warna benda atau menyebut
bentuk asas objek.

Latihan Kordinasi Mata dan Tangan

Aktiviti mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan merupakan


latihan bagi kordinasi mata dan tangan. Aktiviti –aktiviti lain yang boleh
dilaksanakan seperti menyusun , mencantum dan mewarna gambar yang
diselaras mengikut urutan. Aktiviti lain dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan
ialah mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf, memadankan
gambar bagi benda-benda yang serupa, mencari sejumlah benda yang
tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti membuat garisan lurus dari
atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan
sebaliknya juga dapat melatih murid bagi kordinasi mata dan tangan.

Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu


memegang pensel serta boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih
membentuk lambang-lambang tulisan. Bermula di kertas kosong tanpa garisan,
diikuti latihan membentuk huruf pada garisan, di mana peringkat ini ialah
peringkat menulis mekanis.
Berikut ini adalah beberapa contoh kegiatan pra tulisan

1. Mari Menabung

Alat yang diperlukan:

o Kotak kasut yang salah satu sisinya mempunyai lubang, pstikan


lubang berada tidak sejajar/searah satu dengan lainnya, hal ini
agar permainan lebih bervariasi dan bertentangan.
o Duit syiling/butang baju (lebih baik jika dengan pelbagai ukuran)

 Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), koordinasi


mata tangan, serta melatih kecekapan dan kelembutan jari
tangan serta pergelangan tangan (bila anak mencuba
memasukkan duit syiling /butang baju dengan pelbagai
posisi lubang.

2. Membantu menjemur

Alat yang diperlukan:

o Penyepit kain
o Gambar kanak-kanak/ saputangan/stokin

o Tali diikat diantara dua kerusi)

 Permainan melatih pola pegang alat tulis (3 jari), melatih


kekuatan jari-jari dan koordinasi dua tangan serta koordinasi
mata-tangan.
3. Memasukkan kacang hijau ke dalam penyedut air plastik
Alat yang diperlukan:

o Penyedut air plastik dan kacang hijau


 Permainan melatih pola pegang alat tulis, koordinasi dua
tangan, koordinasi mata-tangan, melatih kecekapan dan
kelembutan jari tangan serta melatih konsentrasi dan
kesabaran.

4. Menguli dan membuat rekaan menggunakan doh


Alat yang diperlukan:
o Tepung gandum,garam,pewarna dan sedikit minyak
Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal
kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

5. Melakar bentuk (objek/ huruf/ nombor) menggunakan jari telunjuk di atas

permukaan berlainan seperti di udara dan di pasir.

Alat yang diperlukan:


Pasir,besen atau bekas yang besar.
Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih mengawal
kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.
6. Menyambung Titik
Alat yang diperlukan :
Pensil,pensil warna, kertas putih.
Permainan melatih koordinasi mata-tangan, melatih
mengawal kekuatan dan gerakan jari tangan si kecil.

Aktiviti di atas merupakan contoh yang boleh dikembangkann menjadi kegiatan


pra menulis yang bertujuan untuk menyediakan murid untuk menulis dengan baik
dan berminat.

Nota: Ini adalah hasil analisis yang boleh dikongsi bersama. Rujukan diambil
daripada pelbagai sumber. Amatlah diharapkan usaha ini mendapat keberkatan.
Salam perkogsian dari PGSR BM IPGM KDRI

Anda mungkin juga menyukai