Anda di halaman 1dari 4

Majlis pelancaran SUMUR.

Mengumumkan ketibaan,
Encik Rosmadi bin Ahmad
Penolong PPD bahagian JQAF
PPD baling sik

Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu asma ul husna, lagu Negaraku,
lagu negeri kedah serta lagu sekolah.

Hadirin dipersilakan duduk

Yang dihormati,
Penolong PPD bahagian JQAF, Encik Rosmadi bin ahmad
Yang Berusaha
tn. Pengetua, Tn Hj Ismail Zawawi bin Ahmad kemeri

Yang dihormati
Pn rosmaini binti omar

Penolong Kanan Pentadbiran

Pn jamilah binti abd rani


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En. Mohd norzi bin mat saman
Penolong Kanan Kokurikulum

En. Mohd mahyuddin bin mat ali


Penolong Kanan Tingkatan Enam
Guru-guru Kanan Mata pelajaran
Guru-guru seterusnya anak pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
rahmatnya dapat kita bersama-sama berkumpul bagi memeriahkan pelancaran
program SUMUR SMa an najah Tahun 2018. Majlis mengucapkan selamat
datang dan terima kasih di atas kehadiran en rosmadi bin ahmad atas kesudian
beliau meluangkan masa untuk datang ke majlis kita pada pagi ini.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
saudara Imran bin Zania untuk membacakan doa. Dipersilakan.
Amin ya robbal alamin. Terima kasih kepada saudara Imran atas kesudian beliau untuk memimpin
bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar alunan bacaan Al quran daripada
___________________________________
Terima kasih diucapkan kepada saudara ___________________________-atas kesudian bacaan
doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sesungguhnya dalam proses membentuk insan yang kamil, SMA AN NAJAH
tidak pernah lupa untuk mengesampingkan keperluan pembangunan akhlak dan
keperibadian mulia.
Berkenaan program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)
Kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada kecemerlangan
akademik semata-mata malah merangkumi aspek sahsiah diri, keperibadian,
personaliti serta mempunyai jati diri yang mantap dalam mengharungi cabaran
semasa yang serba unik dan kompleks .justeru dengan adanya program SUMUR
ini diharapkan agar sahsiah [A1] pelajar akan bertambah baik, menjadi insan yang
cemerlang rohaniah dan akliah.

Maka cabaran warga pendidik pastinya perlu menyemai benih nilai murni ke arah
pembentukan personaliti unggul. Perancangan rapi ini harus direncana dan
diperhalusi bagi merealisasikan impian berkenaan.

Objektif Program SUMUR ialah


1. Membentuk sahsiah pelajar secara berterusan.
2. Pembangunan sahsiah yang mantap melahirkan pelajar yang
cemerlang dunia dan akhirat
3. Membudayakan nilai dan sifat terpuji dalam kehidupan
seharian.

Hadirin sekalian, tidak lengkap majlis kita sekiranya kita tidak mendengar sedikit
ucapan aluan daripada tuan pengetua kita. Justeru,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput
tn. Hj ismail zawawi bin ahmad kemeri
Pengetua SMa an najah
Untuk Menyampaikan ucapan alu-aluan
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
…….
Terima kasih diucapkan kepada tn. Hj ismail zawawi bin ahmad kemeri atas
ucapan sebentar tadi.

.
Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang dihormati. En rosmadi bin ahmad
Penolong pegawai PPD bahagian JQAF
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan pelancaran program
SUMUR sma an najah 2018.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
………
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada en rosmadi bin ahmad atas
ucapan itu tadi.

(Gimik SUMUR)

Majlis sekali lagi menjemput en rosmadi bin ahmad, penolong ppd bahagian JQAF
diiringi tuan pengetua tn haji ismail zawawi bin ahmad kemeri
untukmenyempurnakan gimik pelancaran sumur seterusnya menyampaikan sijil
pelantikan kepada naqib dan naqibah bagi tahun 2018. Dipersilakan

Dijemput wakil naqib


Dijemput wakil naqibah

Seterusnya, dijemput tuan pengetua tn hj ismail zawawi bin ahmad kemeri untuk
menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada en rosmadi bin ahmad.
Dipersilakan.

Terima kasih kepada en rosmadi bin ahmad atas kesudian beliau


menyempurnakan gimik pelancaran dan penyampaian sijil pelantikan kepada
naqib dan naqibah sebentar tadi

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan


___________________________________ dipersilakan.
sebelum majlis melabuhkan tirai, bicara ini terhenti, saya mewakili
majlis menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada keterlanjuran kata yang
menghiris hati, mencuit jiwa, meluka rasa.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat en rosmadi binn ahmad
atas komitmen dan sokongan beliau bagi menjayakan Majlis Pelancaran SUMUR
SMKATS 2018 kali ini.

Sekian terima kasih

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah


Assalamualaikum...........
.................

Dijemput kepada tetamu ke kantin sekolah untuk menikmati sedikit jamuan.

Anda mungkin juga menyukai