Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PROGRAM FOODBANK

YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA YaPEIM 1.0


PERINGKAT DAERAH GOMBAK 2019

KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj Sajoli b Masdor, Ketua Pegawai


Pendidikan Daerah Gombak / Yang Berusaha En Muhammad Fazli Suhailin,
Pengurus Negeri Selangor dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(YaPEIM) / Yang Berusaha En Azman b Ahmad, Guru Besar SKTPS / Yang
Berusaha Dr Abd Aziz b Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor
Pembangunan Murid / En Sulaiman Bukhari b Hj Amir, Pen Pegawai Pendidikan
Daerah HEM / Yang Berusaha En Aznul Khairi b Ahmad, Pen Pegawai Pendidikan
Daerah HEM dengan diiringi oleh dif-dif kehormat.

BACAAN DOA

Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah


tangan bermunajat, memohon berkat agar majlis mendapat rahmat. Untuk itu,
dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Abdul Basit Rabbani bin Abdullah untuk memimpin
bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadil Ustaz Abdul Basit Rabbani bin Abdullah
atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

Yang Berbahagia Tn Hj Sajoli b Masdor


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gombak

Yang Berusaha En Muhammad Fazli Suhailin


Pengurus Negeri Selangor dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(YaPEIM)

Yang Berusaha En Azman b Ahmad, Guru Besar SKTPS


Yang Berusaha Dr Abd Aziz b Ismail
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid

En Sulaiman Bukhari b Hj Amir


Pen Pegawai Pendidikan Daerah HEM

Yang Berusaha En Aznul Khairi b Ahmad


Pen Pegawai Pendidikan Daerah HEM

Pegawai-pegawai YaPEIM
Guru-guru pengiring
Penerima-penerima sumbangan
Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa

Al-hamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran


ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada 22 Rabiulawwal yang barakah
ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi menjayakan PROGRAM FOODBANK
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA YaPEIM 1.0,
PERINGKAT DAERAH GOMBAK 2019.

Buat pengetahuan semua, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia


(YaPEIM) menyediakan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi melaksanakan
Program Foodbank 1.0 di seluruh negara, sepanjang tahun ini.

Program ini bertujuan membantu meringankan bebanan ditanggung golongan isi


rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan pelajar di institusi pengajian
tinggi (IPT) yang sudah dikenalpasti.
UCAPAN DARI PIHAK YaPEIM

Warga dewan yang dihormati

Tirai ucapan pada pagi hari ini dimulakan dengan ucapan daripada Yang
Berusaha En Muhammad Fazli Suhailin, Pengurus Negeri Selangor dari Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Untuk itu majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Tanam laguni tumbuh kelapa


Terbit bunga pohonnya mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En


Muhammad Fazli Suhailin atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Hadirin yang dimuliakan,

Sekarang tibalah kita pada Ucapan Perasmian. Untuk itu majlis dengan penuh
takzim menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Sajoli b Masdor,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan acara. Dipersilakan.

Berpadi berhuma di negeri Kedah


Tinggalkan Kelantan mencari makan
Ucaptama tuan sempurnalah sudah
Penghargaan jua kami titipkan
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
Yang Berbahagia Tn Hj Sajoli b Masdor di atas kesudian menyampaikan ucapan
perasmian itu tadi.

PENYAMPAIAN SIMBOLIK KEPADA 5 PENERIMA FOODBANK YAPEIM 1.0

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian simbolik kepada 5 penerima
FoodBank YaPEIM 1.0.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Sajoli b Masdor, Ketua


Pegawai Pendidikan Daerah diiringi Yang Berusaha En Muhammad Fazli Suhailin,
Pengurus Negeri Selangor dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(YaPEIM) diiringi Yang Berusaha En Azman b Ahmad, Guru Besar SKTPS dan
Yang Berusaha Dr Abd Aziz b Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid untuk tampil bagi meyempurnakan acara.

Dipersilakan penerima dari Sekolah ……………RUJUK SENARAI

Majlis merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih buat Yang
Berbahagia Tn Hj Sajoli b Masdor atas kesudian menyampaikan
menyempurnakan acara sebentar tadi.

PENUTUP

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

SESI FOTOGRAFI

Hadirin hadirat yang dikasihi.


Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke
penghujungnya. Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada Yang
Berbahagia En Sajoli b Masdor, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gombak / En
Sulaiman Bukhari b Hj Amir, Pen Pegawai Pendidikan Daerah HEM, Unit
Pembangunan Kemanusiaan PPD Gombak dan
_______________________________________ serta semua hadirin atas
kesudian hadir ke majlis yang bermakna ini.

Majlis dengan ini menjemput tetamu kehormat dan para penerima sumbangan
untuk ke hadapan dewan untuk sesi fotografi.

Saya menyusun 10 jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang


kekurangan sepanjang saya mengendalikan majlis ini.

Akhir kata, Wabillah hitaufiq walhidayah, wassalamualaikum Warahmatullah


hiwabarakatuh.
Dengan penuh takzim juga pihak Majlis mempersilakan para jemputan ke Balai
Santap SKTPS untuk menjamah sedikit jamuan yang disediakan selepas sesi
bergambar.

Para penerima Foodbank YaPEIM boleh lah ke belakang pentas untuk


mendapatkan sumbangan.

Anda mungkin juga menyukai