Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SMKBP 2022

BIL PERISTIWA TEKS / SKRIP TINDAKAN


1 Kata-kata Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan..
aluan Cikgu Rokiah
Cikgu Nazrin
Cikgu Faridah
Cikgu Mazlinda
Cikgu Dr Diyana
Diringi Tn Pengetua masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaiku wbt dan salam


sejahtera.

Yang berusaha,
Tn. Haji Rahmat Bin Baharudin, Pengetua SMK Bandar Putra.

Yang dihormati,
Pn. Kamsiah Binti Mohd Ali, GPK Pentadbiran SMK Bandar
Putra.
En. Mohd Kamal Bin Ali, GPK HEM SMK Bandar Putra.
En. Mohd Ismail Bin Amin, GPK Kokurikulum SMK Bandar Putra.
Barisan GKMP SMK Bandar Putra.

Yang diraikan,
Cikgu Rokiah
Cikgu Nazrin
Cikgu Faridah
Cikgu Mazlinda
Cikgu Dr Diyana

Serta barisan guru yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat Datang ke: Majlis Lambaian Kasih sempena persaraan


seorang sahabat kita dan 5 orang yang berpindah tempat
berkhidmat atas sebab kenaikan pangkat, keperluan
perkhidmatan dan sebagainya.

Alhamdulillah, dapat kita bertemu lagi pada majlis yang cukup


bermakna ini.

KUNING EMAS MASAKNYA PADI,


MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI;
TERIMA KASIH DAUN KELADI,
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.

2 Bacaan doa Hadirin yang dihormati,


Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi menambah keberkatan majlis kita, marilah Bersama-sama


kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dilafazkan oleh Al-Fadil Ustaz Arifin Bin Zakaria.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


…………………

Amin Amin Ya Rabbal’alamin.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadil Ustaz


atas bacaan doa itu tadi.

3 Jamuan dan KALAU TAUN PIKAT CEMARA,


persembahan BUATLAH BARA AKAR SELASIH;
montaj SUDILAH TUAN JAMU SELERA,
HIDANGAN MESRA PENGIKAT KASIH.

Dengan lafaz doa menjamu selera,


………………….

Dipersilakan semua untuk menjamu selera.

4 Ucapan PERGI KE KOTA BELI SELASIH,


Pengetua SAYANG SI DARA BUAT HALWA;
BERILAH KATA SIMPULAN KASIH,
SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA.

Majlis diserikan dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn. Haji


Rahmat Bin Baharudin, Pengetua SMK Bandar Putra untuk
menyampaikan ucapan, dipersilakan.
…………………….

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Haji


Rahmat Bin Baharudin atas ucapan itu tadi.

5 Ucapan yang SUDAH BIASA KITA DENGARI,


diraikan PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI;
NAMUN TAK SAMA DENGAN YANG INI,
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Dirai untuk memberikan


ucapan. Dimulakan dengan _________________________
……………………………………………………………………………………………….

Terima kasih diucapkan di atas ucapan yang disampaikan


sebentar tadi.
MALAM HARI BERLAGU UNGGAS,
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN;
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS,
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN.

6 Penyampaian Hadirin sekalian,


cenderamata Majlis seterusnya adalah penyampian cenderamata sebagai
tanda kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Dijemput sekali lagi yang diraikan untuk naik ke pentas,


dimulakan dengan

Cikgu Rokiah
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________

Cikgu Nazrin
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________

Cikgu Faridah
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________

Cikgu Mazlinda
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________

Cikgu Dr Diyana
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
 Tanda kasih dari ___________________
7 Penutup Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
penyampai cenderamata sebentar tadi.

Dengan berakhirnya penyerahan cenderamata tadi, maka


berakhirlah majlis kita pada hari ini. Namun, makanan yang
masih terhidang masih boleh disantap tanpa perlu rasa
bersalah.

Saya mewakili pihak BKGK ingin memohon maaf atas


kelemahan, kekurangan dan tidak layaknya kami berada di sini
menguruskan majlis yang begitu bermakna ini.

BUNGA DEDAP DI ATAS PARA,


ANAK DUSUN PASANG PELITA;
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA,
JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA.

Assalamualaikum wbt dan Salam Fun Run esoknya pula.

Anda mungkin juga menyukai