Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS MOTIVASI JOM KE SEKOLAH 2K & 2I TAHUN 2017

Bismillahirrahmanirrahim,

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Yang Berusaha,
En Said Khairani bin Tuan Said
Guru Besar SK Kawang.

Yang Berusaha,
Encik Ahamad Roshni bin Hj Khalid
Pen Kanan Hal Ehwal Murid SK Kawang,

Yang Dihormati,
Barisan pensyarah daripada IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu. iaitu
1. En Gilbert David
2. En Ladius Emor
3. Pn Siti Hajar bt Md Noh
4. Pn Mery Yatie bt And Rahim
5. En Ajis bin Rosli

Barisan guru sekolah SK Kawang,

Seterusnya murid-murid dari Kelas 2 Kreatif dan 2 Inovatif

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam Papar Tatap Mendahului.

Buah pauh si bunga rampai,


Kilauan bintang sungguh mengasyikkan,
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan Izin Kasih-Nya pada petang yang barakah ini kita dapat sama-sama berkumpul bagi
melangsungkan Majlis Motivasi Jom Ke Sekolah untuk Kelas 2 Kreatif & 2 Inovatif pada tahun
ini. Bagi seluruh warga SK Kawang., pihak majlis mengalu-alukan kehadiran para pensyarah dari
IPG Kampus Gaya ini pada hari ini. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini akan menjadi
lebih bermakna.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan
bagi memimpin bacaan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada atas bacaan doa sebentar
tadi.

Hadirin yang dihormati,

Tirai ucapan pada petang ini, dimulakan dengan ucapan oleh En Said Khairani bin Tuan Said,
Guru Besar Sk Kawang. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Sekalung penghargaan kepada yng berusaha guru besar SK Kawang atas kesudian menyampaikan
ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn Rosmah binti Hj Sibin, selaku penyelaras program
Jom Ke Sekolah bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi apresiasi buat pada Pn Rosmah diatas ucapan
sebentar itu tadi.

Untuk pengatahuan hadirin sekalian, di sini saya akan bacakan tintatif program yang akan berjalan
sebentar lagi. (RUJUK ATURCARA MAJLIS)

Dengan tidak membuang masa majlis kita akan diteruskan dengan program yang telah dirancang.
Dengan ini dipersilakan pihak pensyarah untuk mengambil alih majlis. dipersilakan.
PENUTUP

Hadirin yang dikasihi.

1. PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PEMENANG (KUMPULAN)

TEMPAT
1. KUMPULAN ______________
2. KUMPULAN______________
3. KUMPULAN ______________
4. KUMPULAN ______________
5. KUMPULAN ______________

Di jemput ketua kumpulan naik ke atas pentas

2. PENYAMPIAN SIJIL PENGHARGAN KEPADA PARA PENSYARAH

1. En Gilbert David
2. En Ladius Emor
3. Pn Siti Hajar bt Md Noh
4. Pn Mery Yatie bt And Rahim
5. En Ajis bin Rosli

3. PENYAMPIAN CENDERAHATI KEPADA PENGARAH IPG KAMPUS GAYA KOTA


KINABALU. CENDERAHATI INI ADALAH SUMBANGAN PIBG SK KAWANG.

Tiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Maka majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Sekalung apresiasi sekali lagi diucapkan kepada para pensyarah IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu
kerna sudi datang dan membimbing anak-anak SK Kawang ini.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis ini. Yang
baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.

Tirai majlis saya tutup dengan Wabillah itaufiqwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabaratuh.

Anda mungkin juga menyukai