Anda di halaman 1dari 18

SMK TAMAN INDAH

73000 TAMPIN
N.SEMBILAN DARUL KHUSUS

DASAR PENGURUSAN
HAL EHWAL MURID
2012

NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH


KOD SEKOLAH : NEA 5057
NO. TELEFON : 06-4414479
N0. FAKS : 06 -4413502
E-MAIL : smktamanindah@gmail.com
LAMAN WEB : http://myhemsmti.blogspot.com

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi;
manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang
menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..

http;//myhemsmti.blogspot.com
DASAR PENGURUSAN HEM ( berkuat kuasa mulai 1.1.2012)
1.0 DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1.1 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)
1.1.1 Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama
persekolahan.
1.1.2 Tandakan BJKM pada setiap persekolahan sebelum pukul 9.00pagi.*Sila
ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng
sekolah. Murid yang datang selepas 2 jam masih dikira hadir ke sekolah.
1.1.3 Tandakan BJKM seperti berikut:
Tandakan “/” sekiranya murid hadir.
Tandakan “O” sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
Tandakan “S” dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab(surat
pengesahan daripada ibu bapa/penjaga atau sijil sakit).
Tandakan “L” dalam bulatan sekiranya murid lewat sekolah (dikira
hadir).
Tandakan “W” dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah
(dikira hadir).
Tandakan “G” dalam bulatan sekiranya murid digantung
persekolahan (dikira tidak hadir).
Elakkan budaya comot. Cecair pemadam tidak boleh
digunakan.Segala kesilapan hendaklah dipotong dan
ditandatangani ringkas.
1.1.4 Semua BJKM hendaklah dihantar ke pejabat sekolah selewat-lewatnya
pada jam 9.00 pagi setiap hari. Pada setiap hari Isnin hingga Khamis ,
Ketua Tingkatan (KT) akan memaklumkan kehadiran kepada guru
tingkatan masing-masing dan guru tingkatan akan memulangkan BJKM
selepas perhimpunan. Pada hari Jumaat, KT akan memaklumkan
kehadiran pada waktu pertama dan kemudian guru tingkatan akan
memulangkan BJKM di rak kelas masing-masing.
1.1.5 BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari haribulan taip-tiap bulan
berikutnya.

1.2 Murid “Bukan Warga Negara” (MBWN)


1.2.1 Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), bayaran levi sebanyak
RM240.00 wajib dibayar di Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan setiap
tahun terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit
bayaran mesti ditunjukkan kepada GPKHEM. Setiap MBWN juga
dikenakan bayaran tambahan seperti murid lain.

1|Page

http;//myhemsmti.blogspot.com
1.3 Fail Peribadi Murid (Folder)
1.3.1 Semua murid dari kelas Peralihan/Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib
mempunyai fail ini.
1.3.2 Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Tingkatan
ditulis pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan
gambar pelajar dengan menggunakan kertas keras.
1.3.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad
pengenalan, keputusan Peperiksaan Dalaman , PMR dan lain-lain
disimpan dalam fail ini. Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK
Kesihatan akan disimpan di Bilik Rawatan.
1.3.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah
menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah.
1.3.5 Semua fail perlu disimpan dalam ‘loker’ berlabel di bilik Peperiksaan.

1.4 Fail Kelas Guru Tingkatan


1.4.1 Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi
memaklumkan ketidakhadiran murid disimpan dalam fail ini.
1.4.2 Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang
sekolah yang dikeluarkan juga disimpan dalam fail ini.
1.4.3 Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh GPKHEM. GPKHEM
akan menyediakan dokumen penyemakan fail kelas.

1.5 Pendaftaran Murid Baru


1.5.1 Guru tingkatan menerima murid baru daripada penyelaras tingkatan.
(Status kewarganegaraan telah dikenal pasti oleh penyelaras tingkatan
terlebih dahulu).
1.5.2 Penyelaras tingkatan akan menyemak semula status kewarganegaraan
murid sebelum urusan mendaftar dilakukan.Mendaftarkan murid baru
dengan memastikan Borang Maklumat Murid (Borang SMM)
dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid
membawa bersama SMM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat
adalah lengkap dan terkini.
1.5.3 Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima
Kumpulkan Borang SMM yang telah lengkap dan serahkan kepada
guru SMM. Guru Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 akan
memasukkan data pelajar-pelajar baru. Bagi guru tingkatan 2,3,4
dan 5 , guru-guru hanya mengemaskini data SMM yang telah
dibuat dan menyerahkan ‘hard copy’ pada guru SMM.
1.5.4 Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang
bentuk biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa.

2|Page

http;//myhemsmti.blogspot.com
1.5.5 Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar dan
memaklumkan kepada PK HEM.
1.5.6 Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar
miskin dan memaklumkan kepada PK HEM.
1.5.7 PK HEM mendapatkan laporan disiplin, PLBS/ULBS, PEKA, Folio KH, PAFA,
dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu.
1.5.8 Murid baru akan menyerahkan borang SMM/disket kepada guru
tingkatan dan kemudiannya akan menyerahkannya kepada guru SMM
untuk pengisian butiran di komputer.

1.6 Buku Teks


1.6.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
1.6.2 Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan
pemulangan buku teks.
1.6.3 Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak
memulangkan buku teks.
1.6.4 Guru tingkatan memastikan setiap murid membalut buku teks dengan
plastik lutsinar dan ditulis nama serta kelas dan murid yang tidak balut
buku akan diminta membeli pembalut buku dalam ’Ops Balut’. Guru
tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan
buku teks di sekolah.
1.6.5 Satu set buku teks setiap murid akan diberi selewat -lewatnya pada hari
pertama persekolahan.

1.7 Murid Keluar/Bertukar/Berpindah


1.7.1 Menentukan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
1.7.2 Mencat atkan maklumat/butiran dalam BJKM kelas.
1.7.3 Pertukaran keluar dari Negeri Sembilan
• Menentukan semua buku teks telah dipulangkan.
• Merekodkan judul buku yang dipulangkan.( Sila gunaborang khas di
pejabat )
• Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
1.7.4 Pertukaran dalam Negeri Sembilan
• Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru.( Sila guna
borang khas di pejabat ).
• Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru SPBT.
1.7.5 Guru tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid murid yang
telah berada di SMKTI sekurang -kurangnya selama satu (1) tahun.
1.7.6 Guru tingkatan menyediakan Surat Akuan Murid bagi murid -murid yang
belajar di SMKTI lebih daripada 6 bulan.
1.7.7 Segala dokumen dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilakri dan
diserahkan kepada murid berkenaaan pada hari akhir persekolahan.
( bergantung kepada keadaan ).

3|Page

http;//myhemsmti.blogspot.com
1.8 Pengurusan & Organisasi Kelas:
1.8.1 Melantik Jawatankuasa Kelas:
• Ketua Tingkatan
• Penolong Ketua Tingkatan
• Bendahari
• AJK Kebersihan 2 orang
• AJK–Keceriaan 2 orang
• AJK –SPBT 2 orang
• Skuad–Prasarana 2 orang
• AJK ICT (celik ICT) – 2 orang
• AJK setiap Mata Pelajaran
1.8.2 Menyelaras penyediaan perkara berikut:
• Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan
hadapan kelas
• Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan hadapan
Kelas
• Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan kenyataan hadapan
kelas.
• Pelan kedudukan kelas – ditampal di atas meja Guru
• Inventori Kelas – ditampal pada pintu
• Papan kenyataan – milik kelas tersebut
• Moto kelas – ditampal pada papan kenyataan hadapan kelas.
• Misi & Visi Sekolah, Misi & Visi KPM, Piagam Pelanggan, Moto Sekolah,
PIPP ( nota: Misi, Visi dan Moto SMKTI akan menjadi soalan wajib
bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Semua murid perlu
menghafal dalam Bahasa Malaysia) – ditampal pada papan
kenyataan hadapan kelas.
• Sudut Program Pencegahan Dadah
• Sudut Bacaan Kelas
• Maklumat mata pelajaran, artikel berinformasi & isu semasa –
ditampal pada papan kenyataan di belakang kelas.
• Alatan pembersihan
• Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran.
1.8.3 Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan putih.
1.8.4 Memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor
siri.
1.8.5 Menggantikan dan membawa turun mana-mana perobot yang rosak.
1.8.6 Kebersihan kelas:
• Memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. Setiap guru yang
masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih
dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan
juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.
• Memastikan sampah di dalam laci dan bakul sampah dibuang pada
waktu akhir setiap hari. 5 minit sebelum berakhir P&P, murid
4|Page

http;//myhemsmti.blogspot.com
bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru.
Semua murid menaikkaan kerusi ke atas meja. Menutup lampu
dan kipas serta pintu sebelum meninggalkan kelas. Memastikan
pintu kelas dikunci.
1.8.7 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
tanggungjawab pihak kelas untuk menggantikannya jika hilang atau
rosak.
1.8.8 Mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
• Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam
keadaan baik dan selamat digunakan.
• Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru
berkenaaan (Guru Perabot/Guru Pembangunan).
• Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik
menjalankan tugas dengan cekap dan penuh dedikasi.
• Mengadakan tabung kelas dengan jmlah kutipannnya terpulang
kepada budi bicara guru dan kemampuan murid. (Diputuskan
dalam mesyuarat kelas dan diminitkan. Satu salinan Minit
Mesyuarat kelas hendaklah diserahkan kepada PK HEM selewat-
lewatnya pada minggu pertama).
Tabung kelas ini perlu diwujudkan untuk tujuan berikut:
• Bahan-bahan kceriaan kelas.
• Tabung kelas/Jamuan akhir tahun, dan lain-lain.
1.9 Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun)
1.9.1 Menyediakan senarai tersebut mengikut format berikut:
Kelas:_____________________
Nama Guru Tingkatan:__________________

Nama Penuh Murid( spt


Bil No. Pend. L/P Kelas (2011) Bangsa Catatan
(KP & susun ikut abjad)
1
2
3

40
Serahkan senarai ini kepada Penyelaras Tingkatan pada Minggu 1 sesi persekolahan

1.10 Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab
1.10.1 Mengisi borong senarai nama murid yang tidak melaporkan
diri.Kumpulan murid ini adalah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak
hari pertama persekolahan sesi 2012, tanpasebarang surat daripada ibu
bapa/penjaga atau surat sakit.
1.10.2 Mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng
sekolah dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga
mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

5|Page

http;//myhemsmti.blogspot.com
2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN

2.1 Ponteng Sekolah


2.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah
dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit
pada keesokan harinya.
2.1.2 Guru tingkatan hendaklah menandakan “0” dalam buku BJKM kelas (sila
rujuk Nota 1.1.3).
2.1.3 Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:

Ponteng
Tindakan Ponteng Berterusan Berkala/Tidak
Berurutan
Amaran 1 ● 3 hari berturut-turut ● 10 hari
● 7 hari selepas Surat ● 10 hari selepas
Amaran 2
Amaran 1 Surat Amaran 1
● 7 hari selepas Surat ● 20 hari selepas
Amaran 3
Amaran 2 Surat Amaran 2
● 14 hari selepas Surat ● 20 hari selepas
Buang Sekolah
Amaran 3 Surat Amaran 3
Jumlah
31 hari 60 hari
keseluruhan

2.1.4 Guru tingkatan hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas


dalam borang Rekod Ponteng Sekolah. Rekod hantaran surat kepada
ibubapa/penjaga (dalam fail kelas).
2.1.5 Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari
pejabat sekolah.
2.1.6 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani
oleh:
Amaran 1 Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 2 Ditandatangani oleh GPKHEM
Amaran 3 Ditandatangani oleh GPKHEM
Buang Sekolah Ditandatangani oleh Pengetua
Salinan 1 ( untuk ibu bapa/penjaga)
Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku )
Salinan 3 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan)
2.1.7 Surat Buang Sekolah meti diisi dalam 4 salinan dan terus hantar kepada
GPKHEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Pengetua.
Nota:
Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan untuk surat sperti berikut:
AP: Amaran Pertama
AK: Amaran Kedua
AT: Amaran Terakhir
BS: Buang Sekolah
6|Page

http;//myhemsmti.blogspot.com
2.1.8 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat,
peraturan berikut hendaklah dipatuhi:
Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat
jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing.
Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat
jawpan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing an berjumpa
dengan GPKHEM terlebih dahulu.
Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah bersama –
sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan pengetua. Murid
hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Pengetua berpuas hati
dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui
surat akur janji.
Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah
membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPNS.

2.2 Buku Kawalan Kelas (BKK)


2.2.1 Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka
mempunyai BKK setiap hari.
2.2.2 BKK akan diedarkan kepada Ketua Tingakatan pada waktu pagi di
meja Ketua Guru Disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab setiap
Ketua Tingkatan untuk memulangkan BKK ke meja Ketua Guru
Disiplin selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.
2.2.3 BKK hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan
diserahkan kepad guru yang masuk pada setiap waktu.
2.2.4 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam
kelas pada masa tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Cina , Bahasa Tamil,
Lukisan Kejuruteraan, ERT, KHB dan Pendidikan Jasmani BKK
akan dibuat secara berasingan.
2.2.5 Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar
kelas/lambat masuk kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar.
2.2.6 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan
kelas bersih dan teratur sebelum menandatangani BKK.
2.2.7 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti
diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya.Hanya
kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam BKK untuk tindakan
Penyelaras BKK( Ketua Guru Disiplin) dan Guru Disiplin pada
keesokan harinya. Jika kes beratyang memerlukan tindakan
segera, buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada
Ketua Guru Disiplin/GPK HEM.
2.2.8 Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BKK) akan menyemak BKK setiap
hari dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk
tindakan selanjutnya pada keesokkannya.
2.2.9 Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan
sempurna mengikut susunan minggu dan bulan dan diserahkan
7|Page

http;//myhemsmti.blogspot.com
kepada GPKHEM pada setiap akhir semester 1 & 2.

2.3 Pas Keluar


2.3.1 Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar
daripada GPK HEM pada awal tahun.
2.3.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas,
berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan.
2.3.3 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kalelas
untuk mendapatkan pas daripada guru kelas atau guru kelas
sebelahnya jika tiada guru.

2.4 Disiplin Murid


2.4.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru
mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah
setiap masa.
2.4.2 Guru-guru mestilah member nasihat dan teguran jika mereka
dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.
2.4.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin
murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM.
2.4.4 Guru hendaklah berpandukan kepada prinsip bahawa hukuman
yang dikenakan mestllah berpatutan dan adil serta setimpal
dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak
terasa teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.
2.4.5 Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negative
guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid.

2.5 Kawalan/Tanggungjawab Guru


2.5.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini diangap
sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan
dan mengenali mereka sebagai seorang individu.
2.5.2 Guru hendaklah fahami dan kenali mana-mana murid yang
sering menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang
lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama.
2.5.3 Jangan mulakan proses P & P jika murid-murid tidak memberi
tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesame sendiri.
2.5.4 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru
sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka
atau di belakang kelas.
2.5.5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian
kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid mengemas dan
membersihkannya dengan segera.
2.5.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid
yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam
kelas. Cuba kenal pasti sebab-sebabnya dan ambil tindakan yang
sewajarnya.
8|Page

http;//myhemsmti.blogspot.com
2.5.7 Penyemakan buku akan dilakukan sebanyak sebanyak 2 kali
setahun oleh pentadbir. Bagi murid-murid yang engkar
walaupun telah diberi amaran , hukuman, guru-guru oleh
memaklumkan kepada Pengetua. Pengetua akan menjalankan
tindakan seperti meminta murid-murid tersebut bersila di
Astaka Ilmu untuk menyiapkan tugasan mereka. Perkara ini akan
dimaklumkan semasa perhimpunan dan murid-murid mesti
mencatatnya di dalam buku nota masing-masing. Hal ini juga
akan dicatatkan di Buku Perhimpunan.

2.6 Dasar Umum Disiplin


2.6.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti
dibawa ke sekolah pada setiap hari.
2.6.2 Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa
bersama sewaktu perhimpunan.
2.6.3 Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan
diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah
dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika
melanggar peraturan melalui forum disiplin.
2.6.4 Pemeriksaan Gempar/Spot Check
2.4.1 Pemeriksaan Gempar/sport check boleh dijalankan dari
semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di bilik
kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak
pentadbir.
2.4.2 Guru disiplin/guru bertugas bersama guru tingkatan atau
guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas akan
menjalankan sport check dengan disaksikan oleh murid
berkenaan.
2.4.3 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid
tersebut akan direkod oleh guru berkaitan dalam Buku
Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di
dalam almari di bilik GPK HEM.
2.4.4 Barang larangan akan disimpan di dalam bilik GPK HEM.
2.4.5 Barang rampasa yang mahal (seperti telefon bimbit)
hanya oleh dituntut balik oleh ibu bapa/penjaga murid
selepas berjumpa dengan GPK HEM dan menandatangani
surat kontrak .
2.4.6 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun
akan dilupuskan setelah dibawa mesyuarat AJK Lembaga
Disiplin & AJK PIBG.
2.4.7 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah
tanggungjawab nurid-murid.

9|Page

http;//myhemsmti.blogspot.com
2.7 Kaedah Mengatasi Disiplin
2.7.1 Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat
kepada:
-semua guru
-kelas-kelas(untuk ditampal)
-bilik-bilik khas
2.7.2 Guru mata pelajaran / guru kelas – rekod kesalahan
murid di buku kawalan kelas
-Guru Disiplin akan kumpulkan
-Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan.
2.7.3 Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
-Kedatangan penuh-2 kali setahun
-Kerap ponteng 2 bulan sekali ( oleh guru penyelaras)
2.7.4 Sijil Sifar Ponteng
-Kelas yang Berjaya mengekalkan sifar ponteng akan
diberikan sijil setiap bulan.Walaupun tidak hadir, ianya
mesti bersebab.
-Murid yang mengekalkan sifar ponteng akan diberikan
sijil dan anugerah pada akhir tahun.

2.8 Pengurusan Perhimpunan


2.8.1 Perhimpunan empat kali seminggu (Isnin,Selasa, Rabu dan
Khamis).Pada hari Jumaat Program KPI.
2.8.2 Diuruskan oleh penyelaras perhimpunan dan guru bertugas.
2.8.3 Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan
kecuali sedang bertugas atau dengan kebenaran.
2.8.4 Segala perhimpunan perlulah ringkas dan padat.
2.8.5 Oleh itu, pengumuman berkaitan Persatuan/Kelab,Badan
beruniform dan Permainan perlu dibuat di papan kenyataan
masing-masing.
2.8.6Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan
sedang dijalankan. Sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar
sebentar daripada berada di perhimpunan tersebut.
2.8.7 Guru-guru yang menguruskan pengucapan awam/public speaking
perlu berada di belakang podium. Teks pengucapan awam/public
speaking mestilah ditaip dan diserahkan satu salinan selepas selesai
perhimpunan.
2.8.8 Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas
(sekiranya murid membaca sewaktu perhimpunan dijalankan)
kecuali student planner.

10 | P a g e

http;//myhemsmti.blogspot.com
3.0 DASAR AM KEBAJIKAN MURID

3.1 Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)


3.1.1 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi
selewat-lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan.
3.1.2 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks
Dalam Zon yang Sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) – 17Mac 2008).
3.1.3 Membantu ibu bapa atau penjaga yang hendak membeli sendiri
buku teks di pasaran terbuka dengan menghubungi penerbit.
3.1.4 Guru Tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima
oleh murid dibalut kemas dan ditulis nama.
3.1.5 Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang
ingin bertukar sekolah di luar Negeri Sembilan memulangkan
semula buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah
ditetapkan. (Sila rujuk bahagian 1.8.3)
3.1.6 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir
tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai
murid yang tidak memulangkannya.
3.1.7 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima buku
SPBT.

3.2 Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP),BRN dan Baitulmal


3.2.1 Guru-guru biasiswa mestilah memastikan murid yang berjaya
menerima surat tawaran dan membuka akaun simpanan di
BankSimpanan Nasional. Guru-guru tingkatan juga boleh meminta
mana-mana murid yang layak untuk memohon biasiswa.
3.2.2 Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru
berkenaan dan pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal
agar tidak disalahgunakan oleh murid berkenaan. Ibubapa atau
penjaga dilarang sama sekali mengambil buku akaun murid.
Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Jika
mendapat lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan
perlu dihantar kepada pihak penaja.
3.2.3 Bagi penerima bantuan biasiswa Baitulmal, Guru Biasiswa
berkenaan mestilah mengenalpasti jika ada murid-murid baru
terutamanya murid tingkatan satu yang pernah menerima bantuan
tersebut semasa mereka di sekolah rendah.
3.2.4 Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan,
mereka mesti memperbaharuhi permohonan mereka semasa di
sekolah menengah dengan mengisi borang permohonan bantuan
Baitulmal.
3.2.5 Guru Tingkatan mesti memastikan bahawa murid-murid berkenaan
dapat menyumbang semula bantuan yang diterima dengan
menyerahkan borang permohonan mereka yang lengkap kepada
Guru Biasiswa berkenaan.
11 | P a g e

http;//myhemsmti.blogspot.com
3.2.6 Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak
menerima sebarang bantuan yang lain dan menyalurkan kepada
pihak PIBG terutama pendapatan ibubapa/ penjaga kuranng
daripada RM1000 sebulan..
3.2.7 Guru biasiswa perlu menyimpan rekod prestasi akademik murid
penerima biasiswa.
3.2.8 Murid ”Bukan Warga Negara” (BWN) tidak layak menerima
biasiswa.

3.3 Khidmat Bimbingan dan Kaunseling


3.3.1 Kaunselor / Guru BDK mestilah memberikan galakan, motivasi dan
merangsang minat murid terhadap akademik di samping membantu
serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi-
sosial yang dihadapinya.
3.3.2 Khidmat bimbingan dan kaunseling harus diuruskan mengikut
etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid
adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak
yang bersama membantunya sahaja.
3.3.3 Kaunselor / Guru BDK boleh membantu murid-murid dengan
memberi bimbingan dan saranan sama ada secara individu atau
kelompok.
3.3.4 Kaunselor / Guru BDK juga harus memainkan peranan aktif dalam
merancang, mengelola dan menjalankan program-program
motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar
kepada pada murid.
3.3.5 Kaunselor harus membimbing murid dalam membuat pemilihan
kerjaya mereka, terutamanya calon-calon lepasan SPM yang ingin
membuat pemilihan kursus di IPTA atau IPTS.
3.3.6 Kaunselor / Guru BDK mestilah mengatur masa untuk member
khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran
ponteng pertama, kedua dan ketiga. Bagi murid yang telah
digantung/dibuang sekolah dan diterima bersekolah semula, sesi
kaunseling perlu dilakukan selama enam bulan dan laporannya
dihantar kepada PK HEM setiap bulan.
3.3.7 Guru Disiplin mahupun Guru Tingkatan boleh merujuk kepada
kaunselor / Guru BDK tentang murid yang memerlukan bantuan
kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin.

3.4 Kebajikan murid


3.4.1 Guru Tingkatan mestilah mendapatkan maklumat mengenai
bilangan anak yatim atau murid yang terlalu rendah SES (Social
Economic Status) agar mereka ini dapat diberikan bantuan. Sila
dapatkan maklumat ini pada minggu pertama sesi persekolahan

12 | P a g e

http;//myhemsmti.blogspot.com
dan isi borang maklumat berkenaan. Serahkan borang tersebut
kepada Penyelaras Tingkatan untuk rujukan GPK HEM
3.4.2 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya
ada di kalangan muridnya yang menghidap penyakit denggi atau
penyakit mudharat yang lain atau murid yang mendapat
kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
3.4.3 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan sekiranya berlaku
kematian/bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa)
atau diri sendiri.

4.0 DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

4.1 Rekod Kesihatan Murid


4.1.1 Guru Tingkatan mestilah memastikan setiap muridnya mempunyai
Buku Rekod Kesihatan.
4.1.2 Buku Rekod Kesihatan ini selalunya diperolehi sewaktu murid
berada di sekolah rendah lagi. Ia akan dibawa dan diteruskan
penggunaannya sehinggalah ke sekolah menengah.
4.1.3 Jika Guru Tingkatan mendapati muridnya tidak mempunyai atau
kehilangan buku tersebut, sila dapatkan daripada PK HEM dengan
bayaran RM1.00 bagi senaskhah.
4.1.4 Buku Rekod Kesihatan wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku
ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat ataupun
semasa suntikan imunisasi ATT (untuk Tingkatan Tiga
sahaja)diberikan kepada murid oleh pegawai kesihatan.
4.1.5 Buku Rekod Kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang
bertukar sekolah dan disertakan bersama Fail Peribadi murid
berkenaan.

4.2 Kad Pergigian Murid


4.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan
setiap tahun, terutamanya kepada murid-murid Tingkatan Satu.
4.2.2 Guru Tingkatan mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu
bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi
menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya.
4.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang
berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh
yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan.

4.3 Surat Rawatan Murid


4.3.1 Guru Tingkatan hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa
mereka boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah.
4.3.2 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau
mana-mana Penolong Kanan.
13 | P a g e

http;//myhemsmti.blogspot.com
4.3.3 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat
rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.

4.4 Murid Sakit


4.4.1 Guru Tingkatan mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid
kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut. Kunci bilik
rawatan akan disimapan setiap satu oleh PK HEM, PK Kokurikulum
dan Guru Bilik Rawatan. Satu lagi disimpan di pejabat. Guru yang
mengambil akan menulis di buku pergerakan.
4.4.2 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru
Bertugas atau Guru Tingkatan boleh menghubungi ibu bapa /
penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah.
4.4.3 Guru Bertugas atau Guru Tingkatan tidak boleh membenarkan
murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walaupun rumahnya
berhampiran dengan sekolah. Murid yang sakit boleh berada di bilik
rawatan sehingga rehat ditemani oleh rakan sekelas yang akan
diganti pada setiap jam. Sekiranya ibubapa/ penjaga masih tidak
dapat mengambil, murid tersebut perlu balik semula ke kelas.
4.4.4 Jika tiada siapa yang dapat menjemput murid berkenaan, dia
dibenarkan menggunakan bilik rawatan yang disediakan di Bilik
Rawatan.
4.4.5 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas
mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid
berkenaan ke klinik atau hospital terdekat atau ke rumah murid
berkenaan.
4.4.6 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan
pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid.

4.5 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah


4.5.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid
menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik
khas,bangunan dan kawasan sekolah.
4.5.2 Guru-guru Tingkatan mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid
kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas
masingmasing.
4.5.3 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk
menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan
kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses P & P.
4.5.4 Guru-guru Tingkatan bertanggungjawab memastikan kelas mereka
dibersihkan pada setiap hari iaitu 5 minit pada waktu pertama
persekolahan(Program Zoom 5 minit).
4.5.5 Guru-guru waktu akhir bertanggungjawab memastikan kelas atau
bilik khas dibersihkan sebelum murid keluar.
4.5.6 Pengurusan kelas juga dilakukan 5 minit sebelum waktu
persekolahan berakhir. Murid-murid dikehendaki menaikkan kerusi
14 | P a g e

http;//myhemsmti.blogspot.com
ke atas meja masing-masing.

4.6 Kantin Sekolah


4.6.1 Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha
kantin mengamalkan kebersihan dalam penyediaan,penjualan dan
menjaga seluruh kawasan kantin.
4.6.2 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM
dengan menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh
JPNS.
4.6.3 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau
pentadbir lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin
sekolah.
4.6.4 Guru-guru juga bertanggungjawab menasihatkan para muridsupaya
mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid
membeli makanan daripada penjual di luar kawasan sekolah.
4.6.5 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti berada di kantin
bersama-sama pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid
semasa waktu rehat.
4.6.6 Guru Disiplin serta Guru Bertugas Harian mesti memastikan murid
menepati masa untuk beredar dari kantin dan masuk kelas apabila
loceng waktu kelima dibunyikan.
4.6.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan / minuman manis di luar
waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas.
4.6.8 Penggunaan plastik minuman adalah dilarang sama sekali.

4.7 Kebersihan Kelas


4.7.1 Murid mesti membersihkan kelas pada waktu pertama, rehat dan
waktu terakhir.
4.7.2 Guru mata pelajaran memeriksa kelas sebelum waktu pertama
bermula dan untuk waktu terakhir, 5 minit sebelum tamat
persekolahan dan menyediakan laporan untuk dimaklumkan
kepada GPK HEM dan akan diumumkan semasa perhimpunan pada
keesokan hari.
4.7.3 Guru bertugas harian membuat pemeriksaan setiap hari pada bila –
bila masa sepanjang minggu bertugas (2 Guru = 2 kali rondaan).
4.7.4 Markah diisi oleh guru bertugas dalam borang kebersihan untuk
menentukan kelas terbersih @ terkotor pada minggu tersebut.
4.7.5 Pengawas sekolah juga menilai kebersihan setiap kelas.
4.7.6 Markah guru bertugas akan dicampur dengan markah pengawas
bertugas.
4.7.7 Guru bertugas akan mengira purata markah menentukan kelas
/terkotor mengikut mingguan.
4.7.8 Keputusan diumumkan pada hari Isnin.
4.7.9 Kelas terbersih diberi penghargaan berbentuk plak.
4.7.10 Kelas terkotor didenda membersihkan kawasan sekolah selepas
15 | P a g e

http;//myhemsmti.blogspot.com
perhimpunan dan diawasi oleh guru tingkatan/guru mata pelajaran
sehingga seluruh kawasan sekolah bersih.
4.7.11 Kelas yang mendapat tempat pertama paling banyak sepanjang
tahun akan diberi hadiah berbentuk ’hamper’ pada akhir tahun
mengikut setiap tingkatan.

5.0 DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH

5.1 Latihan Kecemasan/Kebakaran


5.1.1 Memastikan bahawa latihan kebakaran (”fire drill”) dijalankan 2 kali
setahun.
5.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara memadam api apabila
berlakunya kebakaran kecil.
5.1.3 Memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi.
5.1.4 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan
kelas/bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat
kebakaran dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah
dibantu keluar oleh guru mereka.
5.1.5 Guru-Guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan
elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
5.1.6 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dibawa keluar dari pejabat
oleh staf pejabat ke tempat berkumpul.
5.1.7 Guru Tingkatan mestilah mengambil BJKM kelas masing-masing di
tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera.
Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada
Pentadbir dengan serta-merta.

5.2 Polisi Sekolah Selamat


5.2.1 Pihak sekolah mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek
keselamatan sekolah:
I. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
II. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
III. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum.
5.2.2 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini
dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim
sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah.

5.3 Kenderaan Guru dan Murid


5.3.1 Guru-guru dan murid mesti memastikan kenderaan diletakkan di
tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
5.3.2 Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati apabila

16 | P a g e

http;//myhemsmti.blogspot.com
memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk
mengelakkan sebarang kemalangan.
5.3.3 Guru-guru hendaklah menasihatkan murid supaya mereka memiliki
lesen memandu dan insuran kenderaan bermotor bagi mereka yang
menggunakan motorsikal ke sekolah. (Hanya yang membuat
permohonan khas sahaja).

5.4 Pondok Kawalan Keselamatan


5.4.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah
sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang
bertugas di pintu pagar sekolah.
5.4.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana
pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti
menandatangani Buku Rekod Pelawat dan Mendapatkan Pas
Pelawat terlebih dahulu.
5.4.3 Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir
keselamatan yang terpapar di tiang gate sekolah.

5.5 Menangani Bencana


5.5.1 Menyelaras dan membekalkan data sekolah dan murid kepada
MKN.
5.5.2 Menyediakan maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah.
5.5.3 Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan
penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga.
5.5.4 Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam.
5.5.5 Meningkatkan kesiapsagaan menghadapi bencana di sekolah.

17 | P a g e

http;//myhemsmti.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai