Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG

KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR


16 MAC 2019
DEWAN LESTARI

Mohon kerjasama kepada semua ibu bapa dan guru untuk mematikan telefon bimbit atau
menukarkan ke mod senya sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan perasmi diiringi oleh barisan tetamu kehormat


KETIBAAN. YDP PIBG, pengarah kolej vokasional kuala selangor, barisan kepimpinan
kolej dan AJK PIBG Kolej Vokasional kuala Selangor.

LAGU Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku. Hadirin dan hadirat
NEGARAKU sekalian diminta bersama –sama menyanyikan Lagu Negaraku hadiri
dipersilakan berdiri

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

KATA ALUAN Mencari timba si anak dara


PENGACARA Di bawah sarang burung tempua,
MAJLIS Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Dan Salam Sejahtera

Yang Berbahagia
Encik Zahariman Bin Ariffin,
Setiausaha sulit YB Puan Rodziah Ismail , Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung
Tradisi

Yang Dihormati
Encik Suraimi Bin Rithwan
Ketua Penolong Pengarah Sektor Hubungan Industri dan agensi luar BPTV

Yang Dihormati
Encik Mt Saafien Bin Kassim
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor

Yang Dihormati
En Shamsul Bahrin Bin Hj Md Shukur
Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS
Yang Dihormati
En Hanis Bin Zahari
Penghulu Mukim Bestari Jaya dan Hulu Tinggi

Yang Dihormati
En Nurol Ashikin bin Nazzir.
Yang Dipertua PIBG Kolej vokasional kuala selangor

Yang Berusaha
Puan Hajah Noraini Binti Ishak
Pengarah Kolej Vokasional Kuala Selangor

Barisan pengurusan Kolej Vokasional Kuala Selangor

Wakil wakil syarikat, Ketua-ketua jabatan, para pensyarah, ibu bapa


seterusnya para hadirin yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah


rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kolej vokasional kuala selangor ke 19
tahun 2019. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang
dan membawa makna kepada kita semua

Bagi pihak ahli jawatankuasa, kami berbesar hati mengalu-alukan


kehadiran Yang Berbahagia Encik Zahariman Bin Ariffin, setiausaha sulit
YB Puan Rodziah Ismail
ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kolej vokasional kuala
selangor kali ke 19 tahun 2019

Tidak lupa, majlis menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang
berkesempatan hadir pada hari ini. Pastinya pertemuan pada hari ini
bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu
pihak kolej dalam meningkatkan potensi pelajar kita khususnya dalam
bidang kemahiran seiring dengan visi kolej vokasional kuala selangor iaitu
peneraju pendidikan teknik dan vokasional yang unggul seterusnya
menjulang nama Kolej Vokasional Kuala Selangor sama ada di bidang
teknikal, kokurikulum mahupun sahsiah pelajar .

BACAAN DOA Bagi memuliakan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat
rahmat. majlis dengan hormatnya menjemput Tuan Hj Abdul Halim Bin Md
Noh untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin ya roball alamin atas bacaan doa itu tadi.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada atas Tuan Hj Abdul
Halim Bin Md Noh bacaan doa itu tadi.

UCAPAN Anak Rantau pergi ke Kuala


YDP PIBG Pergi membawa lara hati
Yang Dipertua kami mempersila
Ucapan diberi kita hayati.

majlis dengan berbesar hati menjemput Yang DiPertua PIBG kolej


vokasional kuala selangor, Yang Berusaha En Nurol Ashikin Bin
Nadzir untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang DiPertua PIBG kolej
vokasional kuala selangor atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


UCAPAN
ALUAN
Pengarah
Bukan keris tanpa ulunya
Bukan majlis tanpa ucapannya.

Seterusnya, Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Noraini Binti


Ishak Pengarah Kolej Vokasional Kuala Selangor untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Noraini Binti
Ishak Pengarah Kolej Vokasional Kuala Selangor. Majlis mengucapkan
ribuan terima kasih.

UCAPAN Tenun benang menjadi sari


PERASMIAN Si atas papan batang jerami
Kepada tuan ruang diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia


Encik Zahariman Bin Ariffin, setiausaha sulit YB Puan Rodziah Ismail
bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Kuala Selangor kali ke-
19 tahun 2019

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.


…..

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Encik Zahariman Bin Ariffin, setiausaha sulit YB Puan Rodziah Ismail
kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis
pada hari ini.

NOU/ MOU Hadirin yang dihormati

Majlis diteruskan lagi dengan sesi menandatangani memorandum of


understanding ( MOU ) bersama pihak industry yang terlibat.

Majlis dengan ini mempersilakan, yang berusaha puan hajah noraini binti
ishak, pengarah kolej vokasional kuala selangor dengan diiringi oleh en
Rizal Bin Mohd Yahya ketua unit perhubungan dan latihan industry .

Dijemput bersama yang berbahagia


Encik Zahariman Bin Ariffin, Encik Suraimi bin rithwan, Encik MT
Saafien bin Kasim dan Encik Nurul Asyikin Bin Nazir untuk
menyaksikan sesi menandatangani MOU. Dipersilakan.

Majlis dimulakan MOU

Dijemput :

1. ENCIK SYED SHAFIK EFFENDY BIN SYED SHAHABUDDIN


( PENGURUS INSA PHOTO ZOOM SDN. BHD & PENGURUS BESAR AL
FALAH ENVISION SDN. BHD )
2. PUAN NOR ZURAINI BINTI MD ZAIN (PENGURUS INSA PHOTO
ZOOM SDN. BHD & PENGURUS BESAR AL FALAH ENVISION SDN.
BHD )
3. ENCIK DARWEEN REZA BIN SABRI ( PENGURUS BESAR MY
CONCEPTUAL ROBOTICS SDN. BHD )
4. ENCIK MUHAMMAD BASRIL BIN MUHAMMAD ASRI ( EKSEKUTIF
PEMASARAN MY CONCEPTUAL ROBOTICS SDN. BHD )
5. ENCIK BUKHARI BIN ILIAS ( PENGURUS HARTA UITM
HOSPITALITY MANAGEMENT SERVICES SDN.BHD.)
6. PUAN SUHAILIN BINTI ZAINAL ABIDIN ( PENGURUS MODAL INSAN
UITM HOSPITALITY MANAGEMENT SERVICES SDN.BHD. )
7. PUAN HARISUM BINTI SALIM ( PENGURUS BESAR E JAI CATERING
)
8. MUHAMMAD FAIZ BIN MIZY ( PENGURUS OPERASI E JAI
CATERING )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

SESI Majlis di teruskan lagi dengan sesi pertukaran MOU


PERTUKARAN
MOU Dengan ini dijemput Puan Noraini Binti Ishak untuk ke atas pentas, di
jemput juga encik suraimi bin Ritwan, encik zahariman bin arifin, encik mt
saafien bin kasim dan encik nurul asyikin bin nazir untuk bersama – sama
menyaksikan sesi pertukaran MOU di antara pihak kolej dan industry

Di jemput :

1. ENCIK SYED SHAFIK EFFENDY BIN SYED SHAHABUDDIN


(PENGURUS BESAR AL FALAH ENVISION SDN. BHD )
2. PUAN NOR ZURAINI BINTI MD ZAIN (PENGURUS INSA PHOTO
ZOOM SDN. BHD
3. ENCIK DARWEEN REZA BIN SABRI ( PENGURUS BESAR MY
CONCEPTUAL ROBOTICS SDN. BHD )
4. ENCIK BUKHARI BIN ILIAS ( PENGURUS HARTA UITM
HOSPITALITY MANAGEMENT SERVICES SDN.BHD )
5. PUAN HARISUM BINTI SALIM ( PENGURUS BESAR E JAI CATERING
)

Majlis menjemput semua wakil industry untuk naik ke atas pentas bagi sesi
photography

Penyampaian Orang berbudi,


cenderamata Kita berbahasa.
perasmi
Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang
Berusaha Puan Hajah Noraini Binti Ishak , Pengarah Kolej Vokasional
Kuala Selangor, untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan
kepada Yang Berbahagia Encik Zahariman Bin Ariffin

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih Yang Berbahagia


Encik Zahariman Bin Ariffin,
dan Yang Berusaha Puan Hajah Noraini Binti Ishak atas penyampaian
cenderahati itu tadi.

Majlis penutup Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG kolej
vokasional kual selangor kali ke 19 tahun 2019. ..

Dari mana asalnya, usah diusul,


Molek budinya menambat hati,
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami AJK PIBG dan Warga Kolej Vokasional Kuala Selangor merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia
Encik Zahariman Bin Ariffin, setiausaha sulit YB Puan Rodziah Ismail

dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,

Perhatian kepada para ibubapa majlis akan berehat seketika. untuk


makluman, mesyuarat akan dimulakan pada pagi.

PENYAMPAIAN Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG
CENDERAHATI sesi 2018/2019.
Ahli pibg Majlis dengan ini menjemput, yang berhormat
Encik Zahariman Bin Ariffin, setiausaha sulit YB Puan Rodziah Ismail
diiringi oleh Yang Berusaha Puan Hajah Noraini Binti Ishak Pengarah Kolej
Vokasional Kuala Selangor untuk menyampaikan cenderamata.
Dipersilakan.

Majlis menjemput
1. Yang dipertua PIBG :
2. Naib yang dipertua PIBG:
3.
4.
5.
6.
7
8
9
10

Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat Encik Zahariman Bin


Ariffin dan para tetamu jemputan khas diiringi Pengarah, Yang
Berusaha Pn Hajah Noraini Binti Ishak, untuk menikmati juadah yang
disediakan di Bilik Jamuan. Dipersilakan.

Cabutan Tuah ayam Nampak di kaki


bertuah Tuah kita siapa yang kena.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi cabutan bertuah, dengan ini majlis
dengan segala hormatnya menjemput ( YDP lama, Puan Pengarah dan
YDP baru ) untuk membuat cabutan bagi nombor yang bertuah.

Anda mungkin juga menyukai