Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

PROGRAM CILIK HAJI


SK TANJUNG PUTERI RESORT
SESI 2022/2023
CUE ANN CATATAN
Pra aluan Bagi menyemarakkan lagi suasana program pada hari ini, hadirin
diminta untuk melaungkan talbiah bersama-sama.

Hadirin sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Diminta murid-murid


untuk duduk dalam keadaan tenang dan senyap.

Senarai Mega berarak indah berbalam


Protokol / Dipuput bayu ke pohon ara
Salutasi Pemanis kalam pembuka kata
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmaniraahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang berusaha CIKGU HJ JAIDI BIN ALI,


Guru Besar SK Tanjung Puteri Resort,

Yang Dihormati, CIKGU NOR AZAH BINTI MAT SARIF,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

CIKGU HJ SHAHUDIN BIN IBRAHIM, Guru Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid

CIKGU ABDULLAH BIN KONOK, Guru Penolong Kanan Ko-


Kurikulum

CIKGU NORHAYATI BINTI KHAMIS, Guru Penolong Kanan


PPKI

CIKGU WAN ASRANIZA BINTI ABDUL GHANI, Guru


Penolong Kanan Petang

barisan guru-guru serta anak didik yang dikasihi sekalian.

Kata-kata Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan


aluan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam
Pengerusi Program Haji Cilik, Sk Tanjung Puteri Resort bagi Sesi
Majlis 2022/2023.
Untuk pengetahuan hadirin, program Simulasi Haji Cilik ini
bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang ibadah
haji sama ada dari segi teori mahupun amali kepada semua
murid SK Tanjung Puteri Resort, seterusnya menanam
keazaman kepada murid-murid dalam melaksanakan ibadah
haji pada usia muda.

Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami mendah
Mohon berkat yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-
sama menadah tangan mengaminkan doa yang akan
Selepas dipimpin oleh Ustaz Muiz.
bacaan doa Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aamiin aamiin ya rabbal alamin.

Terima kasih Ustaz Muiz atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan alu- Hadirin yang dihormati.


aluan
GB/GPK Majlis akan diteruskan dengan ucapan dan perasmian dari
Petang GPK Petang.

Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan

Yang Berusaha, CIKGU WAN ASRANIZA BINTI ABDUL


GHANI, Guru Penolong Kanan Petang SK Tanjung Puteri
Resort

untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan


program Haji Cilik SK Tanjung Puteri Resort bagi sesi
2022/2023

Dipersilakan.
Selepas
ucapan Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Ucapan Hadirin sekalian


penyelaras
program Majlis seterusnya menjemput penyelaras Program Haji Cilik
untuk memberi taklimat ringkas.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan:


Ustazah Rabiah binti Majid untuk memberikan taklimat
seterusnya mengambil alih program ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Sekian
daripada saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai