Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM QIAMULLAIL DAN MOTIVASI PELAJAR

LATAR BELAKANG PROGRAM


Qiamullail merupakan satu amalan yang amat digalakkan bagi umat Islam. Di samping
ibadah fardhu yang ditunaikan setiap hari dengan ibadah ini kita dapat membentuk jiwa dan
rohani lebih mantap. Sebagai umat Islam hendaklah kita merebut peluang yang ada untuk
menunaikan amalan sunat yang tidak penah ditinggalkan oleh junjungan kita Rasulullah saw.

Sehubungan dengan itu, Unit Bina Insan / Panitia Pendidikan Islam dan Jawatankuasa
Surau Al-Falah tidak mahu melepaskan peluang untuk menjalankan program ini sebagai salah
satu aktiviti kurikulum yang bertujuan untuk membimbing murid ke arah mendisiplinkan diri
dalam beribadah serta mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari di dalam kelas.

OBJEKTIF
 Mendedahkan kepada pelajar pelaksanaan qiamullail
 Mendedahkan kepada pelajar cara menunaikan solat sunat yang dilakukan semasa
qiamullail.
 Melahirkan pelajar yang berdisiplin terutama dalam solat.
 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara murid.

KUMPULAN SASARAN
43 orang peserta yang terdiri daripada murid Tahun 6 ( Calon UPSR )

TARIKH DAN TEMPAT


 18 - 19 Ogos 2017 (Jumaat- Sabtu)
 Surau Al-Falah & Dewan Seri Tanjung SK Tanjong Gemok

MASA
 Rujuk Tentatif Program

TINDAKAN
 Semua guru Pendidikan Islam SK Tanjong Gemok
 Semua guru Tahun 6

AKTIVITI
 Solat Hajat
 Ceramah Motivasi
 Qiamullail
TENTATIF PROGRAM
9 September 2011 (JUMAAT)

5.30 petang : Pendaftaran pelajar.

6.30 petang : Taklimat tentang program.

7.00 malam : Makan malam

7.30 malam : Solat maghrib berjamaah

8.00 malam : Bacaan yasin beramai-ramai

9.00 malam : Ceramah motivasi

10.30 malam : Minum malam

11.00 malam : Tidur

10 September 2011 (SABTU)

4.00 pagi : Persiapan untuk Qiamullail

4.30 pagi : Qiamullail

6.00 pagi : Solat Subuh

6.30 pagi : Kuliah Subuh

7.30 pagi : Solat Sunat Dhuha

8.00 pagi : Sarapan

8.30 pagi : Bersalaman dan bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Butiran Jumlah

1. Saguhati penceramah motivasi RM 150.00 RM 150.00

3. Makan/minum murid RM12.00 x 43 orang RM516.00

4. Kertas A4 / Handout RM 100.00 RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 766.00

AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Pn. Haznita Bt. Mohd Yusof ( Guru Besar SK Tanjong Gemok )

Pengerusi : En. Azman B. Mat Jusoh ( GPK Hal Ehwal Murid )

Naib Pengerusi 1 : Pn. Shahmila Bt. Salim ( GPK Pentadbiran )

Naib Pengerusi 2 : En. Hazli B. Mustaffa


( GPK Kokurikulum )

Setiausaha : En. Arlis Suhazam B. Jamilon


Bendahari : Pn. Siti Fadzilah Bt. Solkifli
Modul/Pengisian : Pn. Umi Kalthom Bt. Saud
Jemputan : Pn. Afiza Bt Ayub
Kebajikan : Pn. Zaini Bt. Sulaiman
: En. Mohd Hanif B. Omar
Pendaftaran : Pn. Norlailawati Bt, Ahmad
Makanan : Pn. Zaiton Bt Ruslan
Penginapan : En. Muhammad Hadzrammi B. Suhaimi

PENUTUP
Semoga program ini dapat membentuk dan membimbing para pelajar untuk menghayati dan
melaksanakan ibadah sunat yang diamalkan oleh baginda Rasulullah.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_________________________ _________________________
(Arlis Suhazam Bin Jamilon) ( Azman Bin Mat Jusoh )
Setiausaha GPK Hal Ehwal Murid
Unit Bina Insan SK Tanjong Gemok
SK Tanjong Gemok

Disahkan oleh :

_______________________
( Haznita Binti Mohd Yusof )
Guru besar
SK Tanjong Gemok
KERTAS KERJA
CADANGAN
PROGRAM QIAMULLAIL DAN MOTIVASI
TAHUN 6 ( CALON UPSR )
SK TANJONG GEMOK 2017

TARIKH:
18 - 19 OGOS 2017

TEMPAT:
SURAU AL-FALAH & DEWAN SERI TANJUNG
SK TANJONG GEMOK

ANJURAN :
UNIT BINA INSAN / PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DAN JAWATANKUASA SURAU AL-FALAH
SK TANJONG GEMOK

Anda mungkin juga menyukai