Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN MUADZAM JAYA

26700 MUADZAM SHAH


PAHANG
TEL : 09 4526257
FAX : 09-4526255
_____________________________________________________________________________
Ruj Kami : CBA8036.100-18/1/1 ( )
Tarikh : 09 JULAI 2015

Kepada :

PENGETUA,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG
26700 MUADZAM SHAH
PAHANG

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI QARI BAGI PROGRAM KHATAM AL-QURAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Muadzam Jaya, Muadzam Shah akan menganjurkan


Majlis Khatam Al-Qur’an yang akan melibatkan murid Tahun 4, 5 dan 6. Majlis ini bertujuan
mendidik pelajar dalam menghayati, memahami serta membudayakan Al-Quran dalam
kehidupan.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
mengizinkan pelajar tuan yang bernama MUHAMMAD AMIRUL AZHAR BIN MOHAMED
(TINGKATAN 5) sebagai qari dengan memperdengarkan bacaan beliau sempena dengan Majlis
Khatam Al-Quran. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 14 Julai 2015 (Selasa)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Muadzam Jaya

4. Kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai. Semoga majlis ini dapat memberi ilmu
yang bermanfaat dan membentuk sahsiah yang tinggi dikalangan anak bangsa kita.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

…………………………………..
( MAHAMAD NORIZAN BIN MUSA )
Guru Besar
SK Muadzam Jaya

s.k fail

Anda mungkin juga menyukai