Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL MASRIYAH

1267 JALAN ABDUL KADIR, 14000 BUKIT MERTAJAM


PULAU PINANG
TEL : 04- 537 1705 FAKS : 04- 5305521
___________________________________________________________________
Rujukan Kami: SRIM.600-3/2/9(1)
Tarikh: 5 Ogos 2022

Encik Nor Sani Bin Mohd Nor


YDP PIBG
Sekolah Rendah Islam Al Masriyah

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM MEMASAK BUBUR ASYURA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Unit Dakwah & Kebesaran Islam (Panitia Penididikan Islam) dengan kerjasama Unit
Kokurikulum SRIM akan mengadakan program memasak bubur asyura peringkat sekolah. Butiran
program adalah seperti berikut:

Nama program : Program Memasak Bubur Asyura


Tarikh : 9 Ogos 2022 (Selasa)
Tempat : SRI Al Masriyah

3. Untuk makluman pihak tuan, bubur asyura ini juga akan diedarkan kepada semua murid-
murid SRIM. Oleh itu, anggaran perbelanjaan bahan keperluan untuk memasak bubur asyura adalah
sebanyak RM300.00. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan daripada PIBG
SRIM untuk menampung perbelanjaan bahan keperluan bubur asyura.

5. Justeru itu, amatlah berbesar hati sekiranya PIBG SRIM dapat memberi sumbangan dan kami
dahului dengan jutaan terima kasih. Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ustazah Nor
Hanim binti Haroon di talian 019-458 7719 untuk maklumat lanjut berkenaan program ini.

Sekian, terima kasih.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………..
(MUNA BT HJ AHMAD FUAD)
Guru Besar
Sekolah Rendah Islam Al Masriyah
Bukit Mertajam

Anda mungkin juga menyukai