Anda di halaman 1dari 1

Rujukan Kami : SMIAABM/KURI/4.1/6.

0/18/060
Tarikh : 2 Februari 2018 bersamaan
16 Jamadilawal 1439H
PENGETUA
MRSM TUN GHAFAR BABA,
JALAN SEMPANG KERAYONG,
77000 JASIN,
MELAKA

U/P DR. ZULFAKA BIN ISHAK

،‫الســـالم عليــكم ورحــمة هللا وبركـــاته‬

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyusun program pengisian


kepada guru-guru secara bulanan dalam usaha meningkatkan kemahiran dan keilmuan
mereka dalam bidang pendidikan serta keguruan.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput tuan sebagai penceramah
bagi mengisi slot program pada kali ini. Perkara yang ingin difokuskan dalam program kali ini
ialah berkenaan dengan pembinaan peribadi guru yang cemerlang di sekolah yang
merangkumi pelbagai aspek. Maklumat program adalah seperti berikut :

TARIKH : 10 Februari 2018


HARI : Sabtu
TEMPAT : Bilik Seminar Asy-Syatibi
MASA : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

4. Justeru itu, pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memenuhi
jemputan ini bagi menjayakan hasrat yang digariskan. Segala kerjasama dan perhatian
daripada pihak tuan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

US. MD. ZUBIR BIN OSMAN


Pengetua
SMI Al-Amin Bestari D’Merlimau.

Anda mungkin juga menyukai